30.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024
UtamaKesihatanDr Say Shazril alami kerosakan buah pinggang tahap 2, kencing berdarah. “Kemungkinan...

Dr Say Shazril alami kerosakan buah pinggang tahap 2, kencing berdarah. “Kemungkinan ada batu pada buah pinggang saya”

Kesihatan tubuh badan ternyata tiada galang gantinya. Setiap daripada kita dituntut untuk sentiasa menjaga kesihatan demi kelangsungan hidup yang berkualiti.

Namun baru-baru ini, kita semua dikejutkan dengan berita bahawa pengacara dan doktor selebriti terkenal, Dr Say Shazril yang dikhabarkan mengalami kerosakan buah pinggang.

Menurut sumber, pengacara rancangan My Doctor terbabit berasa terkejut dan terkedu setelah mengetahui berita tersebut.

Berkongsi keputusan ujian kesihatannya baru-baru ini, Dr Say mengakui dirinya terkedu dan bimbang mengenangkan keadaan buah pinggangnya berada dalam keadaan yang kurang baik.

Selain itu, juga, bacaan kolesterolnya juga membimbangkan. “Saya tidak terkejut dengan bacaan kolesterol kerana dalam keluarga, ibu dan bapa saya juga berdepan masalah yang sama”.

“Apa yang mengejutkan adalah keadaan buah pinggang saya. Keadaannya boleh saya katakana serius kerana terdapat darah dalam air kencing”, dedahnya.

Ujarnya lagi, hasil ujian air kencing walau bagaimanapun tidak mengesan sebarang jangkitan. “Kemungkinan ada batu pada buah pinggang saya”.

Dr Say sebelum ini ada berkongsi informasi mengenai keputusan ujian kesihatan menerusi laman Instagramnya, di mana bacaan kolesterol dalam tubuhnya adalah sekitar 7.0, manakala keadaan buah pinggangnya pula disahkan mengalami kerosakan tahap dua.

Dia tidak menolak kemungkinan bahawa pola pemakan, gaya hidup dan stress adalah punca kepada keputusan ujian kesihatannya yang membimbangkan itu.

“Tahun lalu, kita semua jalani hidup yang cukup menekan. Saya pula seorang yang gemar bersenam di gimnasium. Apabila ditutup, saya pun tak banyak bersenam. Mungkin itu juga antara faktornya”.

Katanya, meskipun bacaan kolesterol menurun namun ianya masih tinggi dan belum berada di tahap yang memuaskan.

Dia juga berkata bahawa dirinya perlu melakukan perubahan drastik khususnya daripada aspek gaya hidup dan pemakanan untuk memperbaiki tahap kesihatannya.

“Moga dengan keputusan medical checkup ini buat saya kekal motivated untuk teruskan healthy lifestyle saya”.

“Badan nak guna lama. Apa guna ada bini cantik, anak handsome, duit berkepok kalau kesihatan tunggang langgang”.

Dalam pada itu, dia turut menasihati orang ramai untuk turut membuat pemeriksaan kesihatan bagi mengetahui status kesihatan diri masing-masing.

“Siapa yang tak buat medical checkup lagi, nasihat saya mala mini puasa pukul 12 malam. Esok 8 pagi pergi klinik berdekatan untuk buat basic medical checkup”.

The best investment you can make is in your own health”, tulisnya.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI