Jurugambar memainkan peranan yang penting bukan sahaja dalam memastikan gambar yang diambil kelihatan cantik tetapi juga mampu menyuarakan kisah di sebaliknya. Gambar yang terbaik mampu membawa kita pergi ke saat tersebut seolah-olah kita berada di situ.

Di Jepun, Masayuki Oki merupakan seorang jurugambar bebas dari Kobe yang terkenal kerana sering mengambil gambar jalanan. Namun, gambar jalanan yang dimaksudkan bukanlah gambar yang memaparkan bangunan, lanskap atau kawasan kebudayaan, tetapi beliau lebih gemar untuk menonjolkan sisi kehidupan kucing terbiar di sekitar Tokyo.

Menyebut tentang kucing jalanan, kita pasti menggambarkan keadaan kucing yang tidak terurus, kurus, berkurap dan sebagainya. Namun, tugas Masayuki dalam bidang fotografi ini adalah beliau ingin memaparkan tarikan yang ada pada setiap kucing terbiar ini supaya ianya dapat mengubah persepsi orang ramai terhadap makhluk itu.

Menurut Masayuki, beliau mula menceburi bidang ini sejak tahun 2013 dan kisahnya bermula sewaktu dia melihat beberapa kucing terbiar di sebuah taman berdekatan dengan pejabatnya. Dia mula mengambil gambar kucing-kucing tersebut dan memuat naik di laman sosial Instagram.

Hampir setiap hari selama 9 tahun, Masahiko menghabiskan masanya bersama kamera jenis Canon EOS-1DX III untuk mengambil gambar kucing-kucing ini.

Berkongsi gambar kehidupan kucing jalanan merupakan minat Masahiko dan menjadi pencetus kegembiraan buatnya.

Menerusi gambar tersebut, kita mempelajari bahawa kucing juga mempunyai perasaan.

Mereka gemar bermain bersama dan adakala menunjukkan sifat kasih sayang serta menjaga kebajikan antara satu sama lain.

Dalam setiap gambar yang dikongsikan oleh Masahiko, ianya membawa pelbagai erti yang tersirat.

Bagaimana seekor ibu kucing mempersiapkan anak-anaknya untuk menghadapi bahaya dunia, mengadaptasi kehidupan bersama manusia dan melakukan apa yang terbaik sebagai seekor kucing iaitu tidur.

Kucing juga sama seperti manusia biasa, memiliki identiti tersendiri di samping emosi dan hubungan yang kompleks.

Sehingga kini, hasil kerja Masahiko telah diterbitkan dalam pelbagai majalan dan dipaparkan di kaca televisyen.

Malah, beliau juga pernah menerbitkan sebanyak 10 buah almbum gambar komersial yang kesemuanya memaparkan sisi kehidupan kucing. Meskipun memiliki bakat yang besar, Masahiko tetap merendah diri.

“Saya sebenarnya tidak pandai mengambil gambar lain selain kucing. Cuma kucing-kucing ini yang bijak bergambar. Mereka fotogenik”.

Perkongsian Masahiko tentang kehidupan kucing terbiar ini membuatkan kita sedar bahawa kita perlu sentiasa berkongsi rezeki dengan setiap makhluk yang ada di muka bumi ini. Malah, kewujudan mereka juga sebenarnya mampu merubah pandangan kita terhadap hidupan lain.
Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times
Pilihan Editor: