29.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 11, 2026
Utama Blog Laman 212

Jangan buang botol Carrie Junior sebelum ambil hadiah comel yang tersembunyi di situ!

0

Berapa ramai antara anda yang pernah menggunakan sabun badan Carrie Junior semasa kecil-kecil dahulu? Ketika itu waktu mandi pastinya menjadi waktu yang sering ditunggu-tunggu. Apa yang lebih menyeronokkan adalah ketika melihat iklan Carrie Junior di TV. Kita dengan bangganya akan mengakui bahawa kita juga menggunakan jenama itu setiap hari!

Namun begitu, sebenarnya ramai antara kita yang tidak tahu bahawa terdapat rahsia tersembunyi di sebalik botol Carrie Junior. Bertahun-tahun berlalu barulah kita tahu sebenarnya ada sesuatu istimewa yang diletakkan pada botol Carrie Junior!

Menurut sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok, @raraabrah dia ada menunjukkan bagaimana dia menemui ‘rahsia’ di sebalik botol Carrie Junior 1000g. Apa yang dilakukan ialah dia telah membuka label belakang botol Carrie Junior dan mendapati ada mainan comel yang ‘tersembunyi’ di dalam sebuah lubang kecil.

Walaupun label hadapan ada menunjukkan bahawa terdapat mainan percuma di dalamnya, tetapi ramai yang mengakui bahawa mereka juga baru mengetahui perkara ini dan selama ini tidak sedar bahawa memang ada permainan pada botol tersebut.

Tidak hanya itu, ramai juga yang telah membuang botol Carrie Junior mereka dengan hadiah-hadiah percuma tersebut sekali. Kepada yang tidak tahu, syarikat tesebut sebenarnya telah ‘meletakkan’ hadiah di pada botol Carrie Junior sejak tahun 2014 lagi.

Beberapa tahun lalu, Carrie Junior telah mereka enam patung kecil yang dipanggil koleksi ‘Sukan Ria’ iaitu:

Carrie Junior – patung gajah yang suka main bola sepak
Speedy Tommy – patung kura-kura yang terpantas di trek larian
Tuffy Teddy – patung beruang yang paling kuat
Dribbly Minky – patung racook yang hebat dalam sukan hoki
Smashy Macky – patung monyet yang tangkas bermain ping pong
Trophy – Trofi kejohanan sukan

Koleksi mainan ini dikatakan telah dibungkus secara rawak dalam setiap produk Carrie Junior 700ml, Carrie Junior Baby Bath, Carrie Junior Baby Shampoo, Carrie Junior Baby Hair & Body Wash serta Carrie Junior Kids Shampoo.

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak dan menggunakan produk Carrie Junior, pastikan anda tidak membuang botol yang mempunyai label “Free Finger Puppet Collection” kerana di dalamnya ada mainan percuma yang menanti anda!

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Rumah dipecah masuk oleh pengawal keselamatan, netizen kongsi detik mendebarkan melihat apa yang berlaku pada CCTV

0

Kejadian jenayah boleh berlaku di mana sahaja dan kepada sesiapa sahaja. Kadangkala orang-orang terdekat juga tidak boleh begitu dipercayai. Banyak sahaja kes-kes yang berlaku melibatkan orang terdekat. Jadi, pelbagai langkah keselamatan perlu diambil supaya kita tidak tidak menjadi mangsa kepada mana-mana penjenayah.

Antara langkah keselamatan yang sering dilakukan orang ramai ialah dengan memasang ‘alarm’ keselamatan mahupun kamera litar tertutup (CCTV). Jadi, jika ada sesuatu yang tidak kena loceng akan berbunyi dan memberitahu tuan rumah ada sesuatu yang sedang berlaku manakala CCTV pula akan merakam pergerakan individu yang disyaki.

Baru-baru ini seorang pengguna Facebook, Yuyun Nissa, berkongsi detik mendebarkan apabila rumahnya dimasuki oleh seorang lelaki. Tidak hanya itu, lelaki tersebut juga dengan selamba telah berkeliaran di dalam rumah Yuyun seolah-olah itu adalah rumahnya sendiri.

Menurut Yuyun, dia mendapat notifikasi dari CCTV dan tidak menyangka pengawal keselamatan yang sepatutnya menjaga keselamatan di kawasan perumahannya sendiri telah memecah masuk rumah dalam diam dengan tujuan yang tidak baik.

Berikut adalah kejadian yang terjadi dan diceritakan wanita itu:

“Hendak dijadikan cerita, pada 10 Februari 2022, jam 12.14 pagi Yuyun belum sampai ke rumah lagi kerana masih di luar dalam perjalanan pulang dari makan malam.

“Tiba-tiba menerima dapat notifikasi aplikasi CCTV, ia dapat mengesan pergerakan dari dalam. “Motion detected” asyik menyala-nyala.

“Jadi saya terus buka dan tengok live CCTV. Allahuakhbar sekali tengok ada seorang lelaki dalam rumah.

“Lelaki itu macam dikenali sangat. Apabila saya tengok baju dia pakai, Oh No!! Kenal sangat. Rupanya security guard perumahan Yuyun,” titip wanita itu.

Menurut ibu kepada tiga cahaya mata itu, lelaki berkenaan dilihat ke sana dan ke mari di dalam rumah. Malah lelaki itu sempat menghubunginya, seolah-olah mempunyai niat yang tidak baik.

“Dia berkeliaran dalam rumah naik turun siap buka baju seluar semua. Sempat lagi dia menghubungi menerusi Whatsapp Call, bertanya saya di mana ketika itu.

“Motif dia bukan nak mencuri atau merompak pun. Dia memang nak cari Yun ada niat yang tidak baik,” katanya.

Dalam pada itu, menurut Yuyun, kediaman yang dikunci rapi telah dimasuki tidak tahu dari mana. Bagaimanapun mujurlah kakak dan abang ipar yang tinggal berdekatan segera ke rumahnya.

“CCTV cuma dapat mengesan pergerakan di ruang tamu sahaja. Saya terus cepat-cepat call kakak dan abang ipar, minta mereka tengokkan rumah.

“Bila abang ipar sampai sahaja di rumah terus lelaki itu lari keluar rumah hingga tertinggal baju kerjanya.

“Alhamdulillah bersyukur sangat kerana ALLAH memelihara dan melindungi saya dan anak-anak.

“Ya ALLAH perasaan takut seram semua ada. Tidak dapat dibayangkan kalau saya ada di rumah dengan anak-anak,” titipnya.

Kes telah dilaporkan kepada pihak polis dan lelaki itu berjaya diberkas. Menurut Yuyun, lelaki berkenaan telah diberkas. Lebih mengejutkan polis turut memberitahu pengawal itu turut mempuyai rekod lampau melibatkan dadah.

“Okay, akhirnya tahu kenapa dia berani sangat sampai masuk rumah. Saya berterima kasih kepada pihak polis yang cekap dan cepat membuat tangkapan,” tulisnya.

Yuyun turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati walaupun tinggal di kawasan yang mempunyai sistem keselamatan.

“Saya bersyukur tiada apa yang berlaku. Cuma ingin mengingatkan korang walaupun kita tinggal dalam kawasan perumahan yang ada kawalan keselamatan belum tentu rasa selamat.

“Sentiasa berjaga-jaga dan berhati-hatilah semua,” pesannya.

Menurut Yuyun, kes berkenaan masih sedang berjalan. Dia turut meminta doa daripada netizen supaya semuanya dipermudahkan.

Tonton video di sini.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Lelaki kerap beri makan kucing jalanan dapat perhatian warganet dengan pujian mulia sungguh hatinya

0

Bermula dengan jangan memandang luaran seseorang dan terus memperkatakan tentangnya jika kita tidak mengetahui kisah di sebaliknya.

Satu rakaman video menunjukkan seorang lelaki berpakaian lusuh memberi makan kucing jalanan terbiar telah menyentuh ribuan hati warganet kerana sikap tidak mementingkan diri lelaki itu.

Facebook

Video berkenaan diambil oleh seorang rider pekerja penghantaran dikenali Amar Thegel Amar yang terserempak dengan lelaki itu semasa dia sedang bekerja.

Lokasi lelaki itu biasa memberi makan kucing jalanan dikatakan terletak berhampiran stesen minyak Shell Seksyen 17 berdekatan Universiti Malaya di Petaling Jaya.

Facebook

Rakaman video tular berdurasi 42 saat itu, memaparkan rider itu bertanya kepada lelaki berhati mulia ini sama ada dia sudah makan atau belum, dan dia menjawab ya.

“Sudah makan, saya makan sikit sahaja,” jelas lelaki berpakaian lusuh ini.

Facebook

“Selalu ke beri kucing ini makan dekat sini?” rider itu bertanya.

“Yalah,” lelaki itu menjawab, sambil menambah, “Dulu ada lebih banyak kucing, tetapi sekarang, hanya tinggal dua ekor kucing ini.”

Facebook

Lelaki itu dilihat sedang duduk di tepi parit selepas membukakan bekas makanan kepada dua kucing oyen yang dia tahu sedang kelaparan.

Seekor kucing dilihat sedang sibuk makan, manakala seekor lagi kelihatan menghampiri lelaki itu untuk meminta belaian kasih sayang.

Facebook

Video tular dengan tontonan hampir 560,000 di Facebook mendapat perhatian dan komen para warganet yang memuji sikap mulia dan tidak mementingkan diri lelaki itu kerana mengambil berat kebajikan haiwan terbiar.

Facebook

Dalam perkembangan terkini, ahli majlis MBPJ bagi Seksyen 16 dan Seksyen 17 Medaline Chang memaklumkan bahawa lelaki itu bukan seorang gelandangan dan dia tinggal bersama ibu bapanya di Seksyen 17, Petaling Jaya.

Facebook

Bagi mereka yang menetap di sekitar kawasan ini sudah biasa melihat lelaki itu dengan rutin hariannya selama bertahun-tahun memberi makan kepada kucing jalanan.

Tonton video di sini.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Mayat reput ditemukan dalam keadaan duduk selepas dua tahun meninggal dunia

0

ROM – Mayat seorang wanita berusia 70 tahun di Itali dalam keadaan sedang duduk dan dipercayai sudah meninggal dunia sejak lebih dua tahun lalu akhirnya ditemui pihak berkuasa.

Penemuan menggemparkan mayat Marinella Beretta itu dibuat di kediamannya di Prestino berhampiran Lake Como di utara Rom ketika polis mahu memberi amaran tentang risiko pokok tumbang di halaman rumahnya susulan angin kencang di Lombardy.

Menurut CNN, pihak berkuasa sedang menyiasat jika wanita berkenaan mempunyai saudara mara yang masih hidup.

Jiran-jiran Beretta dilaporkan tidak berjumpa dengan warga emas itu sejak September 2019 dan mengandaikan dia telah berpindah sebelum bermulanya wabak Covid-19.

Datuk Bandar Como, Mario Landriscina, menjemput bandar itu ke pengebumian mendiang yang masih belum ditetapkan tarikhnya. Malah katanya pemerintah tempatan akan menguruskan pengebumian.

“Saya akan cuba berada di sana dan saya menjemput seluruh bandar untuk hadir.

“Wanita ini tidak mempunyai saudara mara, kita boleh menjadi saudaranya,” katanya.

Elena Bonetti, Menteri Kekeluargaan Itali menggesa panggilan telefon perlu dibuat kepada warga emas untuk memastikan keadaan mereka terjaga.

“Apa yang berlaku kepada Marinella Beretta di Como adalah bukti sebuah kesunyian yang dilupakan.

“Kembalilah untuk memulihkan hubungan antara kita. Peka dan saling menjaga antara satu sama lain adalah tanggungjawab institusi dan rakyat kita. Tiada siapa yang perlu ditinggalkan sendirian,” titipnya menerusi Facebook.

Data Institut Statistik Kebangsaan (ISTAT) pada 2018 menunjukkan hampir 40 peratus individu berusia lebih 75 tahun di negara itu tinggal berseorangan kerana tidak mempunyai saudara-mara atau rakan.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Cara paling unik pancing ikan, nenek ini hanya guna botol serta tepung gandum dan tidak sampai seminit umpan sudah mengena!

0

Ramai yang melihat memancing sebagai aktiviti yang membuang masa dan tenaga. Mana tidaknya, jika tiada rezeki tunggu lah berjam-jam lamanya pasti tidak akan ada umpan yang mengena. Namun, bagi kaki pancing aktiviti ini bukan sekadar aktiviti kosong. Tidak kira lah mereka mendapatkan hasil atau tidak kerana apa yang lebih penting masa mereka terisi dengan melakukan sesuatu yang mereka suka.

Buat kaki pancing mereka pasti ada teknik atau kaedah yang sering digunakan supaya ikan makan umpan yang diletakkan. Dari segi memilih joran hingga lah kepada memilih jenis umpan yang mahu digunakan- semuanya diambil kira sehingga ada yang sanggup berbelanja besar untuk mendapatkan peralatan memancing yang bagus.

Namun, berbeza pula dengan nenek ini. Dia juga pandai memancing tetapi kaedah yang digunakan sangat berlainan dengan cara biasa. Tidak hanya itu, umpan yang digunakan juga tidak sama dengan umpan biasa yang digunakan kaki pancing tetapi jumlah tangkapannya bukan biasa-biasa!

Video nenek ini memancing telah menjadi tular di internet sehingga menerima pelbagai reaksi orang ramai. Video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, Mohd Di Shuhainie telah menunjukkan seorang nenek berumur 78 tahun berkongsi cara menangkap ikan dengan mudah dan pantas.

Percaya atau tidak tanpa menggunakan joran atau umpan hidup nenek tersebut berjaya menangkap ikan dengan mudah. Dengan hanya menggunakan botol plastik dan tepung gandum sebagai umpannya dia tidak perlu menunggu lama untuk umpannya mengena.

Botol itu terlebih dahulu diletakkan air di dalamnya. Kemudian ambil sesudu tepung gandum dan dibancuh sebelum botol tersebut dilontarkan ke dalam air.

Nenek tersebut juga sempat berkongsi cara membuat alat tangkapan ikan itu dengan memberitahu, bahawa dia hanya perlu meletak tepung gandum ke dalam botol plastik dan terus saja mencuba nasib.

“Berlajar tangkap ikan cara rare… umur saya dah 30 baru tahu ada cara tangkap ikan gini…. sifu saya ni umur dah 78 tahun tapi steady…
Kita pergi mana-mana cari kawan, bukan lawan…dapat ilmu baru kat Kelantan kali ni..” kata Mohd Di Shuhainie.
Rata-rata netizen berasa sangat teruja dengan kemahiran unik nenek tersebut dalam menangkap ikan sehingga ada yang berminat untuk menuntut ilmu dari nenek itu.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Patutlah tersumbat, pekerja pembersihan sapu semua sampah daun menghala ke dalam longkang

0

Setiap orang dengan ajaran mereka sejak kecil. Jika ibu bapa mengajar kita sejak kecil, uruskan sampah dengan betul dengan membuangnya ke tempat yang betul, dan jangan sesekali membuang ke dalam longkang, parit dan sungai. Dan kita akan bertanya mengapa?

Mereka ibu bapa dan datuk nenek kita akan memberi jawapannya, jika hujan lebat, air mengalir bawa sampah, longkang tersumbat, parit tersumbat, sungai tersumbat, sudahnya kita yang karam.

Facebook

Masa pun berlalu dan hari ini, satu perkara yang kita sebagai rakyat Malaysia baru temui semasa banjir ialah kepentingan mengekalkan sistem perparitan yang baik, dengan membuang sampah mengikut cara yang betul. Satu perkara asas yang sepatutnya semua orang sudah maklum ketahui.

Perkara yang nampak sangat mudah dan tidak memerlukan otak rumit untuk memikir, jika kita tidak membuang apa-apa barang atau benda ke dalam longkang, air akan mengalir dengan baik dan cekap.

Facebook

Tidak tahu pula apa yang pekerja pembersihan dan tukang sapu fikirkan selepas mereka dibayar gaji untuk membersihkan kesemua longkang kita, tetapi akhirnya menyumbat sistem saliran itu dengan lebih teruk lagi.

Satu hantaran Facebook oleh Inforoadblock baru-baru ini berkongsi video seorang wanita berdepan dengan pekerja pembersihan jalan, selepas berasa tidak puas hati melihat dia menyapu sampah, daun dan ranting dari tepi jalan ke dalam longkang di Brickfields, Kuala Lumpur.

Facebook

Mereka menulis, “Video tular pekerja pembersihan kontraktor Alam Flora menyapu sampah dan membuangnya ke arah longkang. Mana penyelia yang memantau pekerja ini?”

Facebook

Dalam video itu, kedengaran wanita itu menegur pekerja ini dan rakan sekerjanya. Dia memberitahu rakan sekerjanya untuk menunjukkan kepada pekerja pembersihan itu cara betul menyapu sampah ke arah kaki lima, bukannya ke arah tepi jalan di mana longkang terbuka terletak.

Facebook

Rakan sekerja itu kemudian menggunakan hujung batang penyapu yang bertentangan untuk mengorek semua daun, ranting dan keseluruhan sampah yang boleh dilihat di dalam longkang. Dan ia memang sangat banyak untuk menghalang air lalu.

Facebook

“Sikap begini tidak boleh dibiarkan kerana perbuatan seperti itu akan membuatkan longkang tersumbat dan jika hujan, ia akan menyebabkan banjir kilat,” kata hantaran itu.

Facebook

Patutlah ada masa-masa bila hujan lebat dan saliran longkang tersumbat, kita melihat abang polis trafik yang menyingsing lengan baju menarik semua sampah keluar bagi mengalirkan air lalu. Rupanya angkara segelintir pekerja pembersihan yang tidak buat kerja mereka dengan betul.

Facebook

Diharap pihak berkuasa tempatan menyelia dan memantau para kontraktor pembersihan mereka dalam memastikan perkara yang mudah ini tidak menyumbang kepada potensi banjir kilat di bandar-bandar kita.

Dan setiap antara kita juga perlu memainkan peranan dan tanggungjawab untuk menjaga kebersihan di kawasan masing-masing.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Doktor yang membantu penemuan Omicron dakwa terima tekanan untuk tidak dedahkan ia varian ringan

0

Doktor yang membantu penemuan varian COVID-19 Omicron mendakwa beliau menerima tekanan daripada beberapa pegawai kerajaan untuk tidak mendedahkan ia adalah strain yang lebih ringan.

Bercakap kepada akhbar Welt Jerman, Dr. Angelique Coetzee, yang kini ketua Persatuan Perubatan Afrika Selatan, berkata semasa perbincangan dengan pegawai Eropah, beliau diberitahu untuk tidak menyatakan bahawa pesakit Omicron menunjukkan simptom yang lebih ringan daripada varian COVID-19 sebelumnya.

“Saya telah diberitahu untuk tidak menyatakan secara terbuka yang ia adalah penyakit ringan. Saya telah diminta untuk mengelak daripada membuat kenyataan sedemikian dan menyatakan ia adalah penyakit yang serius. Saya menolak,” katanya kepada Welt sebagai menjawab soalan mengenai perbincangan awal berkenaan Omicron dengan pegawai Eropah.

Gambar oleh AHMAD GHARABLI /AFP /Getty Images

Dr. Coetzee tidak menjelaskan secara terperinci siapa pegawai yang didakwa memintanya untuk berdiam diri. Dalam temu bual itu, Dr. Coetzee berkata pegawai Afrika Selatan tidak cuba menekannya, yang mendakwa kemudiannya, beliau dikritik oleh pihak berkuasa di United Kingdom dan Belanda.

“Saya seorang doktor dan berdasarkan gambaran klinikal tiada tanda-tanda menunjukkan kami sedang berhadapan dengan penyakit yang sangat serius. ‘Course’ kebanyakannya ringan. Saya tidak mengatakan anda tidak akan sakit jika anda bergejala ringan,” sambung beliau.

“Definisi ringan penyakit COVID-19 adalah jelas, dan ia adalah definisi [Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)]: pesakit boleh dirawat di rumah dan oksigen atau kemasukan ke hospital tidak diperlukan,” kata Dr. Coetzee. 

Sambil menambah,”Penyakit serius adalah satu dalam yang kita lihat jangkitan pernafasan pulmonari akut: pesakit memerlukan oksigen, mungkin juga pernafasan buatan. Kami melihatnya dengan Delta-tetapi tidak dengan Omicron. Jadi saya berkata kepada orang ramai, ‘Saya tidak boleh berkata seperti itu kerana ia bukan apa yang kami lihat’.”

Semasa perbincangan itu, beliau mengingati apa yang diberitahunya kepada pegawai lain. “Apa yang saya katakan pada satu ketika – kerana saya sudah bosan dengannya ialah: Di Afrika Selatan, ini adalah penyakit ringan, tetapi di Eropah, ia adalah penyakit yang sangat serius. Itulah yang ahli politik anda mahu dengar.”

Pada akhir November, Dr. Coetzee berkata dalam beberapa temu bual, termasuk dengan CNN, bahawa “majoriti apa yang kami sampaikan kepada pengamal penjagaan kesihatan primer adalah ia kes yang sangat ringan, sangat ringan hingga kepada sederhana … dan oleh itu, pesakit ini, bermakna mereka tidak perlu dimasukkan ke hospital buat masa ini.”

Gambar Hiasan /Unsplash

“Kami cuba menyampaikan mesej di luar sana kepada dunia untuk berkata mendengar. Kami tidak mengatakan ini tidak akan menjadi penyakit bakal datang yang akan menyebabkan penyakit teruk; ia akan boleh menyebabkan penyakit yang teruk, tetapi jika penyakit ini boleh menyebabkan lebih daripada majoriti orang mengalami simptom ringan, mudah dirawat di rumah, tidak perlu masuk hospital, itu adalah hadiah pertama,” tambahnya.

Memandangkan Omicron dinamakan secara kontroversi sebagai ‘varian membimbangkan’ oleh WHO pada November 2021, beberapa kajian telah mencadangkan varian tersebut menunjukkan simptom yang lebih ringan berbanding varian Delta. Pada masa ini, menurut data daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat, Omicron menyumbang sebahagian besar jangkitan semasa COVID-19 di seluruh negara itu.

Kajian oleh sekumpulan penyelidik Jepun dan Amerika Syarikat, yang diterbitkan pada akhir Disember 2021, mendapati varian Omicron menyebabkan kurang kesan kerosakan kepada paru-paru, tekak dan hidung.

The Epoch Times telah menghubungi Agensi Ubat-Ubatan Eropah untuk mengulas kenyataan Dr. Angelique Coetzee.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Kurang senang dengan kehadiran anak autisme, jiran-jiran buat aduan sehingga kontrak rumah sewa keluarga itu tidak diperbaharui

0

Bukan mudah untuk membesarkan anak-anak istimewa. Mereka bukan sahaja mempunyai keperluan yang berbeza malah mereka juga perlu diberikan perhatian khusus oleh orang-orang di sekeliling mereka. Namun, tugas tersebut menjadi lebih sukar apabila ada yang tidak faham dengan keadaan tersebut.

Baru-baru ini seorang bapa kepada seorang anak autisme meluahkan rasa hatinya mengenai kontrak rumah sewa yang tidak diperbaharui oleh tuan rumah mereka.

Melalui perkongsiannya menerusi laman Instagram, seorang bapa bernama Iman Wan memberitahu bahawa perkara tersebut berpunca daripada anak lelakinya yang merupakan seorang autisme.

Apa yang berlaku ialah jiran-jirannya membuat aduan yang mengatakan mereka kurang senang dengan kehadiran anak istimewanya, Adam di kediaman mereka di Temasya Suria, Shah Alam, Selangor.

“Kepada jiran kiri dan kanan, kami tahu apa anda buat dan kami tahu anda orang macam mana. Tapi jangan bimbang, hasrat anda sudah tercapai.

“Anda sudah berjaya membuatkan pemilik tidak memperbaharui kontrak sewaan kami. Kami akan berpindah keluar pada hujung bulan ini. Anak saya tidak akan menjadi gangguan kepada anda lagi.

“Minta maaf atas masalah yang ditimbulkan. Anda boleh menjalani kehidupan dengan tenang selepas ini,” ujar Iman lagi dengan panjang lebar.

Adam atau nama penuhnya Adam Wan Mun Yu sebelum ini menjadi perhatian apabila ahli keluarga sering berkongsi berkongsi foto dan video memaparkan rutin hariannya sebagai penghidap masalah spekrum autistik (ASD).

Menurut Iman Wan lagi, anak keduanya itu tidak membuat bising pada setiap masa. Baginya orang ramai yang masih kurang empati, belas kasihan dan pemahaman terhadap golongan autisme.

“Adam tidak bising setiap hari dan kalau berlaku, ia tidak pernah dari subuh hingga malam. Kami tahu daripada sumber yang boleh dipercayai, perkara ini berlaku kerana pemilik tertekan menerima aduan dilakukan dua jiran kami.

“Kami faham dan sedar di mana kami duduk. Kami berharap untuk berpindah apabila rumah kami akan siap sepenuhnya dalam beberapa tahun lagi, tetapi Allah mempunyai perancangan lebih baik,” ujarnya lagi.

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai netizen di Instagram. Rata-rata meluahkan rasa simpati mereka terhadap apa yang berlaku kepada mereka sekeluarga. Mereka turut menitipkan doa semoga segala urusan Iman Wan sekeluarga dipermudahkan.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Dua beradik, 4 dan 2 tahun maut selepas makan sisa makanan daripada tong sampah

0

Dua kanak-kanak warganegara Myanmar maut di Kampung Sungai Tepa, Bukit Malut, Langkawi setelah memakan makanan yang dijumpai daripada tong sampah pada 13 Februari lalu.

Kedua-dua beradik yang masing-masing berusia 4 tahun dan 2 tahun itu, Nizambudin Jamaludin dan Ngei dilaporkan meninggal dunia di rumah jiran berhampiran lokasi tong sampah.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, pihak polis dimaklumkan mengenai kejadian itu pada jam 6:15 petang dan mereka bergegas ke lokasi kejadian.

Pada jam 5:30 petang, bapa mangsa yang berusia 36 tahun ternampak anaknya di tong sampah dalam keadaan terhuyung-hayang sebelum mengangkat keduanya ke rumah jiran.

“Bapa kanak-kanak lelaki itu menemui anak lelakinya berhampiran tong sampah dalam keadaan terhuyung-hayang. Dia kemudian bertindak membawa kedua anaknya ke rumah jiran”.

“Kanak-kanak itu kemudiannya didapati berhenti bernafas selama beberapa minit. Salah seorang penduduk selepas itu segera menghubungi pihak polis”.

Menurut Shariman, kedua-dua mangsa dipercayai telah memakan makanan yang mereka jumpai daripada tong sampah.

“Petugas perubatan telah mengesahkan kematian mereka. Mayat kemudian telah dibawa ke jabatan forensik Hospital Sultanah Maliha untuk dibedah siasat dan menjalani ujian COVID-19”.

Buat masa ini, kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Siasatan lanjut difahamkan masih sedang berjalan.

Difahamkan bahawa kedua-dua mangsa tinggal bersama bapanya di rumah jiran di kampung tersebut, memandangkan mereka tiada rumah.

Bapanya bekerja sebagai tukang membaiki kelengkapan bot dan turut mengambil upah kerja-kerja kampung bagi menyara kehidupan.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Kemunculan ikan jerung paus di perairan Sabah tarik perhatian

0

Kemunculan ikan jerung paus di Pulau Sapi, Taman Marin Tunku Abdul Rahman, Kota Kinabalu baru-baru ini telah menarik perhatian warganet, memandangkan spesies ikan jerung paus amat jarang ditemui di perairan Sabah.

Kehadiran spesies ikan jerung paus atau nama saintifik haiwan itu Rhincodon typus sebanyak dua kali di perairan Pulau Sapi membuatkan mereka yang terserempak dengannya menjadi teruja.

Facebook

Video yang berjaya dirakam Sabah Parks berdurasi 27 saat itu berjaya memaparkan kelibat seekor ikan jerung paus pada jarak dekat dalam penampakan mengagumkan yang jarang-jarang berlaku.

Spesies jerung paus merupakan spesies ikan bukan mamalia paling besar di dunia yang boleh membesar sehingga 12 meter panjang dengan berat boleh mencecah 21 tan metrik.

Facebook

Ikan jerung paus merupakan spesies paling lama pernah direkodkan berevolusi sejak 60 juta tahun yang lalu.

Ikan jerung paus berhabitat di perairan beriklim tropika pada suhu antara 25 hingga 30 darjah Celsius dengan purata hayat boleh mencecah sehingga 70 tahun.

Facebook

Spesies jerung paus biasa ditemui di Afrika Selatan, perairan Andaman, Amerika Selatan, Australia Barat dan Indonesia, malahan beberapa kali pernah dilihat di luar pantai Terengganu, tetapi amat jarang ditemui di perairan Sabah.

Oleh kerana ikan jerung paus spesies yang suka berhijrah dan bermigrasi, maka tidak mustahil ia boleh sampai ke lokasi luar biasa seperti ke perairan Sabah dan negeri lain di Malaysia.

Facebook

Amat bertuah buat sesiapa sahaja yang terserempak dan menemui spesies ikan jerung paus ini di Malaysia. 

Tonton video di sini.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor: