30.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, August 24, 2025
Utama Blog Laman 206

Wanita ini temui bapa kandung lepas lebih 20 tahun tidak mengenalinya hasil bantuan gigih pengguna Twitter

0

Apabila Cinta yang berusia 24 tahun menerima mesej langsung di Twitter bahawa seseorang telah menemui bapa kandungnya, dia hampir tidak mempercayainya.

Tidak menaruh harapan yang banyak pada ketika Cinta membuat rayuan kepada pengguna Twitter untuk membantu mencari bapanya yang tidak pernah dilihat atau mendengar keberadaannya selama lebih 20 tahun.

Pencariannya bermula baru-baru ini apabila tiba-tiba Cinta berasa ingin tahu bagaimana keadaan bapanya. Wanita ini turut benar-benar ingin tahu bagaimana rasanya mempunyai bapa.

@cintadatsme/Twitter

Sepanjang hidupnya Cinta telah tinggal di Petaling Jaya. Selepas ibu bapanya berkahwin, mereka telah berpindah dari Sabah ke Semenanjung Malaysia, di mana mereka membesarkan Cinta dan dua adik-beradiknya, jelasnya kepada SAYS.

Cinta berkata, kali terakhir bertemu bapanya adalah ketika dia baru berusia dua atau tiga tahun sebelum ibu bapanya berpisah, di mana bapanya berpindah semula ke Sabah. Satu-satunya perkara yang diingati tentang bapanya adalah kenangan dalam beberapa gambar bersamanya semasa Cinta masih bayi.

@cintadatsme/Twitter

Selepas beberapa percubaan pencarian yang gagal di Google dan Facebook, Cinta memutuskan untuk mendedahkan pencariannya kepada umum dan mencuba nasib di Twitter.

“Ramai yang kata kali terakhir dia dilihat di Taman Kosas Ampang,” tulisnya di Twitter.

Cinta juga berkongsi apa yang diingatinya, nama panggilan bapanya ialah Junior dan berketurunan Sabah-Filipina.

Hantarannya mendapat perkongsian ribuaan pengguna dan suka di Twitter. Seorang pengguna Twitter malah menambah baik gambar lama bapanya untuk membantunya dalam misi pencarian itu.

Perkara ajaib berlaku apabila dalam masa kurang 24 jam, lebih 6,000 ciapan semula dan 8,000 suka pada ciapan itu, sebelum seseorang telah berjaya menemui bapa Cinta.

Cinta memberitahu sebenarnya seorang tidak dikenali di Twitter telah menghubunginya dan menghubungkannya dengan bapanya. Cinta juga mendapat tahu bapanya kini tinggal di Beaufort, Sabah.

@cintadatsme/Twitter

“Saya bertemu muka dengannya melalui panggilan video. Perasaan bercampur baur. Saya rasa janggal untuk memanggilnya ‘papa’ dan terus berfikir, ‘Ini benar-benar berlakukah?’.”

“Saya menangis kegembiraan. Gembira, sedih, ada pelbagai emosi,” kata Cinta.

Cinta sudah mula merancang perjalanan untuk bertemu dengan bapanya yang telah lama terpisah termasuk saudara mara lain yang tidak pernah ditemuinya, seperti nenek sebelah bapanya. 

@cintadatsme/Twitter

Cinta bercadang untuk menyimpan wang yang mencukupi untuk membuat perjalanan pulang ke Sabah pada yang paling awal ketika Hari Raya Aidilfitri.

Pertemuan semula yang menyentuh hati itu mendapat perhatian, pujian dan ucapan tahniah ramai pihak di Twitter.

@cintadatsme/Twitter

Pengguna Twitter menitiskan air mata kegembiraan untuk Cinta dan mendoakan yang terbaik untuk keluarga ini.

@cintadatsme/Twitter

Mereka juga memuji kuasa pengguna Twitter begitu cekap dalam menghubungkan bapa dan anak perempuan yang telah lama terpisah ini dalam tempoh masa yang singkat.

@cintadatsme/Twitter

Cinta berkata dia rasa gembira, bersyukur dan teruja untuk bertemu semula dengan bapanya, tetapi turut bersimpati dengan mereka yang lain, yang ingin bertemu ibu bapa mereka.

“Jangan pernah putus harapan untuk mencari ibu bapa anda.”

“Media sosial sekarang sangat berkuasa. Satu gambar sudah cukup untuk boleh mencari mereka, seperti mana ia membantu saya. Insya-Allah, anda juga akan menemui mereka!” katanya memberi dorongan.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Terbuang emas dalam tong sampah, wanita ini bersyukur ada ‘wira oren’ yang bantu mencari sehingga jumpa

0

Sudah menjadi kesukaan para wanita untuk memiliki emas. Ada yang memang suka melaram mengenakan emas di tubuh dan ada juga yang suka mengumpul emas untuk dijadikan sebagai aset. Mereka seperti ini biasanya akan membeli emas dan mengumpulnya sedikit demi sedikit terutama jika harga emas semasa turun. Hasilnya, tanpa disedari aset emas mereka boleh menjadi bertambah banyak.

Namun, bayangkan jika koleksi emas yang dikumpul bertahun-tahun lesap begitu sahaja… Pasti akan menjadi mimpi ngeri buat sesiapa sahaja yang mengalaminya.

Pengalaman tersebut dirasai sendiri oleh seorang wanita dari Pulau Pinang, Rohaya Ismail, atau lebih dikenali sebagai Yaya apabila dia dengan tidak sengaja telah terbuang dompet yang berisi barang kemas miliknya ke dalam tong sampah.

Dia walau bagaimanapun masih bernasib baik kerana koleksi emas tersebut berjaya ditemukan semula dengan bantuan pekerja majlis perbandaran tempatan.

Di laman Facebooknya Yaya menceritakan kisah sedih yang menimpanya sehingga dia dibantu oleh pekerja Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), yang digelarnya sebagai “wira oren”.

Mengimbas kembali pengalaman pahitnya, Yaya berkata dia secara tidak sengaja terbuang dompet kecil berwarna putih yang berisi barangan kemasnya semasa menukar lampin anaknya di rumah.

Selepas menyedari kesilapannya, dia pergi untuk memeriksa tong sampah tetapi ianya telah dikosongkan oleh abangnya.

Dalam keadaan panik, dia segera memaklumkan kepada abangnya tentang barang kemasnya yang hilang dan mereka pergi untuk memeriksa tong sampah besar di hadapan kuarters polis tempat mereka tinggal.

Namun begitu, mereka mendapati tong sampah itu juga telah dikosongkan sekitar jam 7.45 pagi itu sedangkan dia tersedar akan kesilapannya sekitar jam 9 lebih.

“Dalam hati ni nak kata reda dan tak reda sama banyak. Terus terdetik… Allahu apalah salah diri ni Allah uji sampai macam tu sekali.

Yaya berkata dompet yang mengandungi barang kemas emas itu dikumpulnya sejak berusia 18 tahun, serta beberapa hadiah daripada perkahwinannya. Dia cuba memujuk diri untuk redha namun masih terkilan lebih-lebih lagi kalau dalam keadaan terdesak dia memang memerlukan emasnya.

Dipendekkan cerita, abang wanita itu bergegas menjejaki lori kompaktor sehingga berjaya menemuinya dan menceritakan apa yang berlaku kepada pekerja-pekerja berkenaan.

Simpati dengan wanita tersebut, pekerja-pekerja MBSP berkenaan membantunya mencari dompet kecil berisi barang kemas di depo sampah di Tasek Gelugor.

Dalam hati ni nak kata reda dan tak reda sama banyak. Terus terdetik… Allahu apalah salah diri ni Allah uji sampai macam tu sekali.

Berkat kesungguhan dan keikhlasan pekerja-pekerja berkenaan yang sanggup menyelongkar timbunan sampah, dompet kecil bilik wanita berkenaan akhirnya ditemui.

“Dalam pukul 1.30 tengah hari, abang video call dan tunjuk emas tu dengan pekerja-pekerja MBSP. Apa lagi masa ni barulah menangis sungguh-sungguh tak tahu nak beritahu perasaan tu macam mana.

“Allahu betullah mereka pun kata ada rezeki tak ke mana, kami usaha tolong cari saja dan semua izin Allah permudahkan urusan mencari pun tak lama mana.

Abangnya juga memberitahu bahawa 10 orang pekerja MBSP datang bersama-sama membantu dalam pencarian di mana mereka terpaksa ‘mengorek’ timbunan sampah sekitar 3.5 tan yang dikutip pagi itu.

Pada penghujung hari, Yaya mendepositkan sejumlah wang kepada mereka sebagai tanda penghargaan atas usaha mereka.

“Terus beritahu nak akaun untuk transfer juga dekat pegawai in-charge wakil semua yang tolong cari sebab Yaya dah niat.

“Terima kasih yang tak terhingga kepada semua pekera MBSP dan semua yang bertugas di Seberang Perai Utara, in-charge yang berusaha, korbankan masa dan tenaga.

“Semoga Allah murahkan rezeki kalian dan dipermudahkan urusan dunia akhirat serta dalam lindungan Allah,” tulisnya lagi.

Perkongsian yang memaparkan gambar pekerja MBSP atau ‘wira oren’ bertungkus lumus mencari barang milik wanita tersebut menjadi tular di media sosial.

Rata-ratanya netizen di Facebook memuji sikap ikhlas dan bertanggungjawab pekerja-pekerja yang terlibat dalam misi tersebut.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Gempa bumi landa Sumatera Barat, gegaran kuat turut dirasai di Malaysia

0

JAKARTA – Gempa bumi berukuran 6.2 pada skala Richter melanda Sumatera Barat, Indonesia pada 8.39 pagi waktu tempatan (9.39 pagi di Malaysia) pada Jumaat, 25 Februari turut dirasai di beberapa bahagian di Malaysia.

Jabatan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia (BMKG) Indonesia melaporkan gempa bumi yang berlaku pada jam 8.39 pagi terletak 17 kilometer di Timur Laut Pasaman Barat, 64 kilometer di barat laut Bukit Tinggi.

Gempa bumi pertama dilaporkan berpusat 18 kilometer ke timur laut kawasan yang sama.

Kedalaman gempa adalah 10 kilometer. Gempa bumi tersebut tidak berpotensi menyebabkan tsunami, menurut keterangan BMKG.

Di Kota Padang, gegaran dirasakan pada tahap tiga dan empat, menyaksikan penduduk panik dan lari bertempiaran menyelamatkan diri.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) turut mengeluarkan amaran gegaran susulan gempa bumi itu di Twitter pada jam 10.12 pagi waktu Malaysia.

“Gegaran akibat gempa itu boleh dirasai di bahagian barat Semenanjung Malaysia, terutamanya Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor,” kata MetMalaysia dalam ciapan di Twitter.

Sementara itu, di beberapa kawasan di Lembah Klang iaitu di Putrajaya, Cyberjaya, Medan Tuanku, Jalan Tun Razak dan Port Klang melaporkan mereka turut merasai gegaran tersebut. 

Malahan ada yang bergegas keluar dari bangunan pejabat dan kediaman akibat gegaran kuat di Lembah Klang.

Kakitangan di Bangunan Wisma BERNAMA, Jalan Tun Razak memaklumkan pada jam 9.35 pagi 25 Februari, gegaran berlaku kira-kira 5 minit sebelum semua warga kerja Bernama bergegas keluar dari bangunan berkenaan bagi tujuan keselamatan.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Taiwan kerah jet pejuang ketika sembilan pesawat China masuki zon pertahanan udaranya pada hari Rusia menyerang Ukraine

0

Tentera Udara Taiwan mengerahkan pesawat pejuangnya pada 24 Februari sebagai memberi amaran kepada sembilan pesawat tentera China yang memasuki zon pertahanan udaranya pada hari Rusia menyerang Ukraine.

Taiwan, yang didakwa China sebagai wilayahnya sendiri, sebelum ini mengadu misi yang sama kerap dilakukan oleh tentera udara China sejak dua tahun lalu, walaupun pesawat tidak menghampiri negara itu secara dekat.

Pesawat pejuang AJ-16. (Gambar oleh Ministry of National Defence, R.O.C)

Bilangan pesawat yang terlibat adalah jauh dari pencerobohan berskala besar terakhir, iaitu 39 pesawat China pada 23 Januari dan sejak itu, terbang melepasi ruang udara sedemikian rupa mula kerap dengan beberapa pesawat sahaja, yang mana kurang sedikit.

Kementerian Pertahanan Taiwan berkata misi terbaharu itu melibatkan lapan jet pejuang J-16 China dan sebuah pesawat peninjau Y-8, yang terbang melintasi kawasan di timur laut Kepulauan Pratas yang dikawal Taiwan di penghujung atas Laut China Selatan.

Jet pejuang Taiwan dihantar untuk memberi amaran kepada pesawat China itu dan peluru berpandu pertahanan udara dikerahkan untuk ‘memantau aktiviti’, kata kementerian itu, menggunakan perkataan standard untuk menerangkan bagaimana Taiwan dengan tindakan balasnya.

Gambar oleh Ministry of National Defence , R.O.C

Taiwan berhati-hati memerhati krisis di Ukraine, dengan kebimbangan China mungkin akan melakukan percubaan mengambil kesempatan ke atas negara pulau itu.

Walaupun Taipei tidak melaporkan sebarang pergerakan luar biasa oleh tentera China, kerajaan telah meningkatkan tahap amaran.

China tidak pernah melepaskan penggunaan kekerasan untuk membawa Taiwan di bawah kawalannya, dan secara rutin mengutuk penjualan senjata Amerika Syarikat atau menunjukkan sokongan kepada Washington.

Gambar oleh Ministry of National Defence , R.O.C

Jurucakap Kementerian Pertahanan China Tan Kefei mengulangi Taiwan adalah ‘isu teras’ China dan ia tidak akan bertolak ansur dengan campur tangan asing.

“Kami menggesa pihak Amerika Syarikat  untuk mengiktiraf sensitiviti tinggi isu Taiwan, berhenti campur tangan dalam hal ehwal dalaman China dan berhenti bermain api dalam isu Taiwan,” kata Tan Kefei ketika ditanya mengenai isu Indo-Pasifik di Beijing.

Dalam gambaran keseluruhan strategi Indo-Pasifik 12 halaman yang dikeluarkan pada awal Februari, pentadbiran Joe Biden berikrar untuk memberikan lebih banyak sumber diplomatik dan keselamatan ke rantau ini.

Mengenai Taiwan, Washington akan bekerjasama dengan rakan kongsi di dalam dan luar rantau ini, untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan di selat yang memisahkan pulau itu dari China, katanya.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Ukraine larang lelaki berumur 18 hingga 60 Tahun tinggalkan negara selepas pencerobohan Rusia

0
Ukrainian troops patrol in the town of Novoluhanske, eastern Ukraine, on February 19, 2022. - Ukraine's army said Saturday that two of its soldiers died in attacks in on the frontline with Russian-backed separatists, the first fatalities in the conflict in more than a month. "As a result of a shelling attack, two Ukrainian servicemen received fatal shrapnel wounds," the military command for the separatist conflict said. (Photo by ARIS MESSINIS / AFP) (Photo by ARIS MESSINIS/AFP via Getty Images)

Seorang pegawai Ukraine mengumumkan pada lewat 24 Februari larangan lelaki berumur 18 hingga 60 tahun meninggalkan negara itu selepas Rusia menyerang awal pagi waktu tempatan.

Ketua kastam wilayah Lviv, Daniil Menshikov, menyiarkan “mesej segera” di Facebook dengan hantaran “ekoran status negara tentera, lelaki-warga Ukraine, berumur 18 hingga 60 tahun tidak akan dibenarkan ke luar negara kita,” menurut terjemahan.

Menshikov menambah, “Tolong jangan mencetuskan panik dan jangan cuba menyeberangi sempadan bersendirian! Kemenangan bersama kita! Kemuliaan untuk Ukraine!”

Tentera Ukraine berkawal di Novoluhanske, timur Ukraine, 19 Februari 2022. (Gambar oleh ARIS MESSINIS/AFP/Getty Images)

Negara bergolak itu mula menyenaraikan pasukan simpanan dalam peringkat umur tersebut, menurut angkatan tentera Ukraine.

“Kami mengagihkan senjata dan kami akan terus berbuat demikian kepada sesiapa sahaja yang akan memintanya untuk melindungi kedaulatan kami,” kata Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky di media sosial. “Masa depan kita bergantung kepada setiap rakyat.”

Setakat petang 24 Februari, Menteri Penjagaan Kesihatan Ukraine Oleh Lyashko berkata angka kematian negara itu meningkat kepada 57 orang dan sekurang-kurangnya 169 cedera. Bagaimanapun, angka itu pasti akan meningkat kerana rakaman video menunjukkan tentera Rusia dan Ukraine bertempur hebat di beberapa bandar dan wilayah yang berbeza.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengesahkan lebih 100,000 orang telah dipindahkan secara dalaman di Ukraine.

“Terdapat perpindahan yang ketara di dalam negara-nampaknya lebih daripada 100,000 orang telah berpindah antara sempadan yang melarikan diri daripada keganasan demi tujuan keselamatan,” Matthew Saltmarsh, jurucakap bahagian pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, memberitahu media. “Dan terdapat pergerakan ke arah dan merentasi sempadan antarabangsa. Tetapi keadaan masih huru-hara dan berkembang dengan pantas.”

Presiden Rusia Vladimir Putin mengisytiharkan perang ke atas Ukraine dalam ucapan di televisyen sebelum subuh, dan pada masa yang sama, letupan dan tembakan kedengaran di seluruh Ukraine, termasuk berhampiran Kyiv. Serangan itu telah menamatkan beberapa minggu usaha diplomatik yang sia-sia oleh pemimpin Barat untuk mengelak peperangan.

Putin mewajarkan tindakannya dengan mendakwa serangan ke atas Ukraine diperlukan untuk melindungi orang awam di kawasan pemisah timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia. Pegawai Barat mengatakan dakwaan Putin adalah palsu dan menyifatkan pencerobohan Rusia sebagai “perang pilihan.”

Gambar oleh ARIS MESSINIS/AFP/Getty Images

Nampaknya ia mengingatkan dunia tentang senjata nuklear Rusia yang luas, Putin memberi amaran “tiada sesiapa yang boleh meragui serangan secara langsung ke atas negara kita akan membawa kepada kemusnahan dan akibat yang mengerikan bagi mana-mana penceroboh yang berpotensi.”

Pada 24 Februari, Rusia dan Ukraine membuat tuntutan persaingan mengenai kerosakan yang mereka saling lakukan. Kementerian Pertahanan Rusia berkata ia telah memusnahkan banyak pangkalan udara Ukraine, kemudahan tentera dan dron. Rusia mengesahkan kehilangan salah satu jet serangan Su-25nya, menyalahkan “kesilapan juruterbang,” dan berkata sebuah pesawat pengangkut An-26 telah terhempas kerana kegagalan teknikal, mengorbankan keseluruhan anak kapal. Tidak dinyatakan berapa ramai yang berada di dalam pesawat itu.

Rusia mendakwa serangan tidak menyasarkan bandar-bandar dengan orang awam, tetapi wartawan melihat kemusnahan di banyak kawasan awam.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Anjing polis menangkap bola tenis dengan imej sepantas kilat, mata berkelip ketinggalan menyaksikannya

0

Pegawai polis Jordan Walker dari Jabatan Polis El Cajon California membaling ke atas bola tenis itu dengan tenang, dan anjing polis bernama Jester ini meluru untuk mendapatkannya dengan sepantas kilat, jika anda sempat melihat.

Bola tenis itu hanya sempat jatuh sejauh 5cm, kelajuan Jester sungguh luar biasa mampu mengalahkan jaguh pecut Usain Bolt jauh ke hadapan.

Instagram

Jester paling suka bola tenis. Dalam rakaman video itu, pegawai polis Walker memegang bola tenis dan melemparkannya dari paras pinggang.

Instagram

Bola itu terlucut dari tangannya sebelum Jester yang sedang menunggu pantas meluru untuk menangkap dan menggonggongnya ke hadapan.

Pecutan segeranya begitu menakjubkan dengan tontonan terpegun warga maya dan komen memuji oleh ratusan ribu pengikut Jester di laman Instagramnya.

Instagram

“Jester benar-benar tidak kelihatan,” kata mereka yang sangat kagum.

“Jester benar-benar ‘Lightning Bolt’ dunia anjing. Walaupun pada gerakan perlahan video, anda hanya boleh melihat imejnya yang tidak jelas dalam sekali lalu.”

“Jika macam ini penjenayah tidak sempat hendak melakukan kejahatan. Anjing polis ini tidak pernah bergurau!”

Instagram

“Anjing kilat yang akan hilang dalam sekelip mata.”

“Kelajuan ini terlalu menakutkan!”

“Saya tidak dapat melihat gambarnya selepas menontonnya 10 kali.”

Instagram

Jester adalah anjing baka Belgian Malinois. Pegawai K-9 ini menjalankan tugasnya bersama rakan sepasukan Pegawai Polis Jordan Walker di Jabatan Polis El Cajon di California.

@k9_jester/Instagram

Jester begitu cekap menjalankan tugasnya dalam membanteras jenayah. Jester akan meluru ke sasaran dengan sekali arahan, dan penuh dengan kuasa dan tangkas bertindak dalam menyempurnakan tugas itu.

@k9_jester/Instagram

Walaupun sentiasa serius dalam tugas, Jester turut gemar mempamerkan ekspresi comel dan ceria, maka tidak hairan pegawai polis Walker sangat terpesona dengan anjing yang bijak ini dan hubungan mereka sangat erat.

@k9_jester/Instagram

Jordan Walker sentiasa mengemas kini perkembangan Jester di Instagram, yang juga membuatkan ramai pengikutnya mengagumi anjing polis ini. Sisi lain selain menunjukkan keberanian dan ketangkasannya yang sepantas kilat di alam kepolisian.

Tonton video di bawah:

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Salang Sayang Resort maafkan calon SPM yang membanjiri Google beri ulasan buruk selepas khilaf jawab soalan peperiksaan BM

0

Tidak tahu pula calon SPM boleh membawa rasa tidak puas hati mereka akibat kegagalan sendiri menjawab soalan peperiksaan, ke dalam media sosial sehingga mungkin boleh menjejaskan perniagaan orang lain yang tidak bersalah. Rasa hairanlah pula.

Inilah yang berlaku apabila sekumpulan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), iaitu anak-anak kita yang tidak berpuas hati menghebohkan resort Pulau Tioman dengan ulasan buruk selepas ia dipaparkan dalam peperiksaan mereka.

Semasa ujian mendengar Bahasa Malaysia pada 21 Februari, nama resort, Salang Sayang Resort, disebut sebagai destinasi percutian.

Malangnya, nama itu sukar difahami dan ramai yang melayari media sosial selepas peperiksaan untuk mengadu mereka telah salah mendengar sebagai “salam sayang”, “salam layang”, dan juga “layang layang”, dan takut markah peperiksaan itu dipotong kerana kesilapan.

Beberapa pelajar kemudiannya mendapati kewujudan pusat peranginan itu dalam talian dan meninggalkan satu siri penarafan 1 bintang pada profil Google, sambil menyalahkan pusat peranginan itu atas masalah tidak berkenaan yang membabitkan mereka.

Google

Semuanya kerana atas satu perkara kecil yang diperbesarkan.

Google

Walaupun perbuatan itu mendapat kritikan daripada pengguna media sosial lain kerana sikap tidak matang calon-calon ini, Salang Sayang Resort telah mengambil keputusan untuk mengambil tindakan tegas yang lembut.

Pemilik resort itu, Nadiah Tuan Rozaimon Azam, memberitahu mStar apabila dihujani mesej dan komen pada petang Isnin, beliau pada mulanya bimbang akan beberapa pelanggan yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan hotelnya.

Instagram

Walau bagaimanapun, apabila beliau mula membaca mesej secara individu dan menyemak situasi dengan kakitangannya, rupanya baru mengetahui aduan itu bukan datang daripada pelanggan tetapi berkaitan dengan peperiksaan mendengar Bahasa Malaysia SPM.

“Menurut seorang pelajar, soalan itu berbunyi ‘Keluarga Iman pergi bercuti ke Pulau Tioman dan menginap di Salang Sayang Resort’, tetapi ada yang salah mendengar sebagai ‘Salam Dayang’, ‘Salam Layang, malah ‘Sembayang Resort’,” katanya.

Instagram

Berasa lucu dengan kekeliruan yang ditimbulkan oleh nama resortnya, Nadiah berkata beliau tidak terganggu dengan ulasan buruk itu dan memahami kekecewaan yang mungkin dirasai oleh para pelajar dalam menjawab peperiksaan.

“Melihat dari sisi terang, Alhamdulillah, kami melihat ini sebagai anugerah daripada Allah kerana sebelum ini tiada siapa yang tahu tentang kewujudan kami,” katanya kepada Malay Mail.

Instagram

Tambahnya, beliau juga mungkin akan menyediakan pakej promosi pelancongan untuk calon SPM kelahiran 2004.

“Kepada semua calon SPM ’04, terlalu banyak pesanan langsung dan komen yang masuk. Selamat berjaya kepada anda semua dan terima kasih kerana menyedari kewujudan resort kami,” tulisnya di Instagram Story.

Instagram

Menjawab komen yang bertanya sama ada beliau mempunyai perjanjian dengan kerajaan supaya nama resortnya muncul dalam peperiksaan di seluruh negara, Nadiah menambah dengan emoji ketawa, “Sila datang ke resort apabila SPM tamat. Salang Sayang tidak salah, orang yang menulis soalan itu mesti pernah datang ke sini.”

Instagram

Nasib baik pemilik resort ini serius baik hati.

Adik-adik ini semua belum lagi berada di alam nyata kehidupan, sudah berani menyalahkan orang lain sebab rasa tidak puas hati tak tentu pasal. Tetapi tidak mengapalah, boleh dimaafkan budak baru belajar.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Gambar keputusan ujian kendiri Covid-19 kini perlu dimuat naik di MySejahtera

0

Pengguna aplikasi MySejahtera kini perlu memuat naik gambar keputusan ujian COVID-19 ketika mengemas kini status laporan kendiri jangkitan itu.

Gambar itu perlu menunjukkan di mana dan bila ujian Covid-19 dibuat, selain keputusannya sama ada positif atau negatif.

Sebelum ini, pengguna hanya perlu mengisi borang di aplikasi itu dengan mengesahkan sama ada positif, negatif atau ujian tidak sah selepas membuat ujian jangkitan berkenaan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menasihatkan supaya ujian saringan kendiri dibuat sebelum merancang untuk berkumpul, berkunjung sempena cuti perayaan atau menyertai sebarang acara awam.

Individu yang didapati menjadi kontak rapat dan belum lengkap vaksinasi, termasuk tiada suntikan dos penggalak perlu menjalani isolasi atau pengasingan untuk tempoh tujuh hari.

Bagi individu yang sudah menerima suntikan dos penggalak, mereka hanya perlu menjalani pengasingan selama lima hari sekiranya didapati menjadi kontak rapat.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga mengesyorkan agar anda mengambil ujian kendiri COVID-19 sebelum menghadiri perhimpunan atau acara keramaian.

Anda juga harus menjalankan ujian jika anda menunjukkan simptom Covid-19, seperti sakit tekak, batuk, selesema atau demam.

Jika anda merupakan kenalan rapat kes Covid-19 yang positif, KKM mengesyorkan anda menjalankan ujian kendiri sekurang-kurangnya lima hari selepas itu.

Bagi yang positif Covid-19 anda diminta untuk memaklumkan kepada sesiapa sahaja yang anda hubungi dalam tempoh tersebut untuk membendung penularan wabak.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Meter pintar TNB bolehkan penggunaan elektrik dipantau dengan lebih tepat, terus dikemas kini setiap 30 minit

0

Isu bil TNB antara isu yang sering dibincangkan di media sosial terutama ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan oleh kerajaan. Walaupun PKP sudah berkahir namun acapkali netizen mempersoalkan tentang bil elektrik mereka yang melambung tinggi.

Buat anda yang masih tidak tahu sebenarnya anda boleh memantau bil elektrik anda sendiri. Hanya dengan menggunakan aplikasi khas, myTNB anda boleh melihat penggunaan elektrik anda. Tidak hanya itu, anda juga boleh terus ke laman web myTNB untuk melihat sendiri bil dan penggunaan elektrik anda.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif mampan yang disokong oleh kerajaan, Tenaga National Berhad (TNB) kini merancang untuk menggantikan semua meter sedia ada dengan Meter Pintar di Malaysia.

Pelancaran ini akan dilakukan secara berperingkat dan akan boleh diakses secara percuma sepenuhnya oleh pengguna. Ia akan dipasang oleh TNB selepas anda menerima notis pemasangan untuk kawasan kejiranan anda melalui mel.

Dengan Meter Pintar daripada TNB, anda akan dapat memantau penggunaan elektrik anda dengan mudah melalui myEnergy melalui laman web myTNB dan aplikasi myTNB.

Jadi, dengan aplikasi ini anda boleh menggunakan tenaga elektrik dengan lebih cekap. Hasilnya, anda bukan sahaja dapat mengurangkan bil elektrik, tetapi dalam masa yang sama memastikan penggunaan karbon juga dapat dikurangkan demi alam sekitar.

Apa yang lebih menarik kesemua maklumat bakal tersedia di hujung jari anda. Kesemua maklumat boleh diperolehi hanya dengan menggunakan papan pemuka (dashboard) myEnergy — melalui laman web myTNB. Tidak hanya itu, bacaan meter tenaga pada Meter Pintar akan dikemas kini pada 30 minit.

Berikut ialah kepentingan Meter Pintar:

  • Pemantauan yang lebih mudah dapat memudahkan anda mengenal pasti keadaan penggunaan elektrik yang tinggi dan membantu anda menyesuaikan diri dengan tabiat yang lebih cekap tenaga.
  • Bacaan meter yang lebih tepat dan anda boleh membayar bil elektrik pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja melalui aplikasi myTNB.

Setelah Meter Pintar anda telah dipasang, daftar akaun di laman web myTNB untuk mengakses papan pemuka myEnergy anda.

Untuk mendaftar, anda memerlukan nombor akaun TNB anda, yang boleh didapati di sudut kiri atas bil elektrik anda. Anda juga boleh menggunakan aplikasi untuk mengimbas kod bar di bahagian bawah bil untuk memudahkan proses.

Anda boleh menyemak papan pemuka myEnergy anda untuk mendapatkan maklumat berikut:

  1. Kos
    Anda boleh melihat kos elektrik harian, bulanan dan tahunan. Kos penggunaan tenaga akan ditunjukkan dalam graf dan maklumat serta butiran lanjut juga boleh diperolehi dalam satu aplikasi.
  2. Penggunaan
    Tab ini menunjukkan penggunaan elektrik harian, bulanan dan tahunan anda dalam (kWj). Anda boleh menggunakan maklumat di sini untuk mengetahui jumlah elektrik yang anda gunakan dari bulan ke bulan, dan membuat pelarasan yang diperlukan untuk mengurangkan penggunaan tenaga.
  3. Kesan Alam Sekitar
    Anda boleh melihat bahagian ini untuk mengetahui berapa banyak pelepasan karbon (CO2) yang telah anda hasilkan untuk setiap kWj tenaga elektrik yang dijana. Ini dikira mengikut purata bilangan kereta, berat sampah atau bilangan pokok. Sebagai contoh, ia akan menunjukkan kepada anda berapa banyak pokok yang perlu anda tanam untuk mengimbangi penggunaan bulan semasa anda.

Secara keseluruhannya, Meter Pintar lebih memudahkan anda untuk mengenal pasti keadaan penggunaan tenaga yang tinggi, sekali gus membantu anda membuat perubahan positif tentang penggunaan tenaga.

Hanya gunakan maklumat yang ditunjukkan pada papan pemuka myEnergy anda melalui laman web myTNB atau aplikasi myTNB untuk membantu menguruskan penggunaan tenaga anda.

Buat anda di luar sana yang ingin mengetahui lanjut mengenai Meter Pintar bolehlah berkungjung ke laman web myTNB untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Kren ‘skylift’ hilang kawalan dan melayang-layang akibat ribut, pekerja terkandas berdepan detik mencemaskan

0

PETALING JAYA: Beberapa orang pekerja di atas dua buah gondola berdepan detik cemas apabila gondola yang dinaiki berayun dengan kuat akibat ditiup angin kencang.

Apa yang berlaku ialah sebuah jentera ‘skylift’ kelihatan berayun kuat selepas dipukul angin kencang, dipercayai berlaku di Menara TS Law, Jalan Kamuning, Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada petang Selasa.

Video berdurasi satu minit yang tular di media sosial itu menunjukkan jentera berkenaan berayun sebanyak dua kali ketika dipukul angin kencang hingga mengakibatkan ia menghentam struktur bangunan lain yang terletak bersebelahannya.

Angin kencang kemudiannya dilihat sekali lagi menghayunkan jentera itu lebih jauh sebelum menghentam struktur bangunan itu sekali lagi dan akibat hentaman itu, jentera tersebut dilihat tersangkut pada struktur atas bangunan bersebelahan.

Facebook

Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS999 kira-kira 3.56 petang sebelum menghantar jentera bantuan ke lokasi.

Dalam satu kenyataan, pusat operasi jabatan itu berkata sepasukan empat orang anggota bomba dihantar ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat daripada wakil pemaju tapak pembinaan.

Komander Pusat Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Junain Bahau memaklumkan ketika pasukan bomba dan penyelamat tiba di lokasi, mangsa yang terkandas di atas gondola telah berjaya turun dan menyelamatkan diri.

“Apabila tiba di lokasi kejadian selepas menerima maklumat daripada wakil tapak pembinaan, mangsa yang berada di gondola itu sudah berjaya menyelamatkan diri.

“Tiada tindakan daripada pasukan Bomba di tempat kejadian,” katanya lagi.

Tonton video di sini.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor: