26.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 1, 2025
UtamaGaya HidupWanita ini temui bapa kandung lepas lebih 20 tahun tidak mengenalinya hasil...

Wanita ini temui bapa kandung lepas lebih 20 tahun tidak mengenalinya hasil bantuan gigih pengguna Twitter

Apabila Cinta yang berusia 24 tahun menerima mesej langsung di Twitter bahawa seseorang telah menemui bapa kandungnya, dia hampir tidak mempercayainya.

Tidak menaruh harapan yang banyak pada ketika Cinta membuat rayuan kepada pengguna Twitter untuk membantu mencari bapanya yang tidak pernah dilihat atau mendengar keberadaannya selama lebih 20 tahun.

Pencariannya bermula baru-baru ini apabila tiba-tiba Cinta berasa ingin tahu bagaimana keadaan bapanya. Wanita ini turut benar-benar ingin tahu bagaimana rasanya mempunyai bapa.

@cintadatsme/Twitter

Sepanjang hidupnya Cinta telah tinggal di Petaling Jaya. Selepas ibu bapanya berkahwin, mereka telah berpindah dari Sabah ke Semenanjung Malaysia, di mana mereka membesarkan Cinta dan dua adik-beradiknya, jelasnya kepada SAYS.

Cinta berkata, kali terakhir bertemu bapanya adalah ketika dia baru berusia dua atau tiga tahun sebelum ibu bapanya berpisah, di mana bapanya berpindah semula ke Sabah. Satu-satunya perkara yang diingati tentang bapanya adalah kenangan dalam beberapa gambar bersamanya semasa Cinta masih bayi.

@cintadatsme/Twitter

Selepas beberapa percubaan pencarian yang gagal di Google dan Facebook, Cinta memutuskan untuk mendedahkan pencariannya kepada umum dan mencuba nasib di Twitter.

“Ramai yang kata kali terakhir dia dilihat di Taman Kosas Ampang,” tulisnya di Twitter.

Cinta juga berkongsi apa yang diingatinya, nama panggilan bapanya ialah Junior dan berketurunan Sabah-Filipina.

Hantarannya mendapat perkongsian ribuaan pengguna dan suka di Twitter. Seorang pengguna Twitter malah menambah baik gambar lama bapanya untuk membantunya dalam misi pencarian itu.

Perkara ajaib berlaku apabila dalam masa kurang 24 jam, lebih 6,000 ciapan semula dan 8,000 suka pada ciapan itu, sebelum seseorang telah berjaya menemui bapa Cinta.

Cinta memberitahu sebenarnya seorang tidak dikenali di Twitter telah menghubunginya dan menghubungkannya dengan bapanya. Cinta juga mendapat tahu bapanya kini tinggal di Beaufort, Sabah.

@cintadatsme/Twitter

“Saya bertemu muka dengannya melalui panggilan video. Perasaan bercampur baur. Saya rasa janggal untuk memanggilnya ‘papa’ dan terus berfikir, ‘Ini benar-benar berlakukah?’.”

“Saya menangis kegembiraan. Gembira, sedih, ada pelbagai emosi,” kata Cinta.

Cinta sudah mula merancang perjalanan untuk bertemu dengan bapanya yang telah lama terpisah termasuk saudara mara lain yang tidak pernah ditemuinya, seperti nenek sebelah bapanya. 

@cintadatsme/Twitter

Cinta bercadang untuk menyimpan wang yang mencukupi untuk membuat perjalanan pulang ke Sabah pada yang paling awal ketika Hari Raya Aidilfitri.

Pertemuan semula yang menyentuh hati itu mendapat perhatian, pujian dan ucapan tahniah ramai pihak di Twitter.

@cintadatsme/Twitter

Pengguna Twitter menitiskan air mata kegembiraan untuk Cinta dan mendoakan yang terbaik untuk keluarga ini.

@cintadatsme/Twitter

Mereka juga memuji kuasa pengguna Twitter begitu cekap dalam menghubungkan bapa dan anak perempuan yang telah lama terpisah ini dalam tempoh masa yang singkat.

@cintadatsme/Twitter

Cinta berkata dia rasa gembira, bersyukur dan teruja untuk bertemu semula dengan bapanya, tetapi turut bersimpati dengan mereka yang lain, yang ingin bertemu ibu bapa mereka.

“Jangan pernah putus harapan untuk mencari ibu bapa anda.”

“Media sosial sekarang sangat berkuasa. Satu gambar sudah cukup untuk boleh mencari mereka, seperti mana ia membantu saya. Insya-Allah, anda juga akan menemui mereka!” katanya memberi dorongan.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI