30.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024
UtamaGaya HidupTerbuang emas dalam tong sampah, wanita ini bersyukur ada 'wira oren' yang...

Terbuang emas dalam tong sampah, wanita ini bersyukur ada ‘wira oren’ yang bantu mencari sehingga jumpa

Sudah menjadi kesukaan para wanita untuk memiliki emas. Ada yang memang suka melaram mengenakan emas di tubuh dan ada juga yang suka mengumpul emas untuk dijadikan sebagai aset. Mereka seperti ini biasanya akan membeli emas dan mengumpulnya sedikit demi sedikit terutama jika harga emas semasa turun. Hasilnya, tanpa disedari aset emas mereka boleh menjadi bertambah banyak.

Namun, bayangkan jika koleksi emas yang dikumpul bertahun-tahun lesap begitu sahaja… Pasti akan menjadi mimpi ngeri buat sesiapa sahaja yang mengalaminya.

Pengalaman tersebut dirasai sendiri oleh seorang wanita dari Pulau Pinang, Rohaya Ismail, atau lebih dikenali sebagai Yaya apabila dia dengan tidak sengaja telah terbuang dompet yang berisi barang kemas miliknya ke dalam tong sampah.

Dia walau bagaimanapun masih bernasib baik kerana koleksi emas tersebut berjaya ditemukan semula dengan bantuan pekerja majlis perbandaran tempatan.

Di laman Facebooknya Yaya menceritakan kisah sedih yang menimpanya sehingga dia dibantu oleh pekerja Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), yang digelarnya sebagai “wira oren”.

Mengimbas kembali pengalaman pahitnya, Yaya berkata dia secara tidak sengaja terbuang dompet kecil berwarna putih yang berisi barangan kemasnya semasa menukar lampin anaknya di rumah.

Selepas menyedari kesilapannya, dia pergi untuk memeriksa tong sampah tetapi ianya telah dikosongkan oleh abangnya.

Dalam keadaan panik, dia segera memaklumkan kepada abangnya tentang barang kemasnya yang hilang dan mereka pergi untuk memeriksa tong sampah besar di hadapan kuarters polis tempat mereka tinggal.

Namun begitu, mereka mendapati tong sampah itu juga telah dikosongkan sekitar jam 7.45 pagi itu sedangkan dia tersedar akan kesilapannya sekitar jam 9 lebih.

“Dalam hati ni nak kata reda dan tak reda sama banyak. Terus terdetik… Allahu apalah salah diri ni Allah uji sampai macam tu sekali.

Yaya berkata dompet yang mengandungi barang kemas emas itu dikumpulnya sejak berusia 18 tahun, serta beberapa hadiah daripada perkahwinannya. Dia cuba memujuk diri untuk redha namun masih terkilan lebih-lebih lagi kalau dalam keadaan terdesak dia memang memerlukan emasnya.

Dipendekkan cerita, abang wanita itu bergegas menjejaki lori kompaktor sehingga berjaya menemuinya dan menceritakan apa yang berlaku kepada pekerja-pekerja berkenaan.

Simpati dengan wanita tersebut, pekerja-pekerja MBSP berkenaan membantunya mencari dompet kecil berisi barang kemas di depo sampah di Tasek Gelugor.

Dalam hati ni nak kata reda dan tak reda sama banyak. Terus terdetik… Allahu apalah salah diri ni Allah uji sampai macam tu sekali.

Berkat kesungguhan dan keikhlasan pekerja-pekerja berkenaan yang sanggup menyelongkar timbunan sampah, dompet kecil bilik wanita berkenaan akhirnya ditemui.

“Dalam pukul 1.30 tengah hari, abang video call dan tunjuk emas tu dengan pekerja-pekerja MBSP. Apa lagi masa ni barulah menangis sungguh-sungguh tak tahu nak beritahu perasaan tu macam mana.

“Allahu betullah mereka pun kata ada rezeki tak ke mana, kami usaha tolong cari saja dan semua izin Allah permudahkan urusan mencari pun tak lama mana.

Abangnya juga memberitahu bahawa 10 orang pekerja MBSP datang bersama-sama membantu dalam pencarian di mana mereka terpaksa ‘mengorek’ timbunan sampah sekitar 3.5 tan yang dikutip pagi itu.

Pada penghujung hari, Yaya mendepositkan sejumlah wang kepada mereka sebagai tanda penghargaan atas usaha mereka.

“Terus beritahu nak akaun untuk transfer juga dekat pegawai in-charge wakil semua yang tolong cari sebab Yaya dah niat.

“Terima kasih yang tak terhingga kepada semua pekera MBSP dan semua yang bertugas di Seberang Perai Utara, in-charge yang berusaha, korbankan masa dan tenaga.

“Semoga Allah murahkan rezeki kalian dan dipermudahkan urusan dunia akhirat serta dalam lindungan Allah,” tulisnya lagi.

Perkongsian yang memaparkan gambar pekerja MBSP atau ‘wira oren’ bertungkus lumus mencari barang milik wanita tersebut menjadi tular di media sosial.

Rata-ratanya netizen di Facebook memuji sikap ikhlas dan bertanggungjawab pekerja-pekerja yang terlibat dalam misi tersebut.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI