30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024
UtamaBerita UtamaTaiwan kerah jet pejuang ketika sembilan pesawat China masuki zon pertahanan udaranya...

Taiwan kerah jet pejuang ketika sembilan pesawat China masuki zon pertahanan udaranya pada hari Rusia menyerang Ukraine

Tentera Udara Taiwan mengerahkan pesawat pejuangnya pada 24 Februari sebagai memberi amaran kepada sembilan pesawat tentera China yang memasuki zon pertahanan udaranya pada hari Rusia menyerang Ukraine.

Taiwan, yang didakwa China sebagai wilayahnya sendiri, sebelum ini mengadu misi yang sama kerap dilakukan oleh tentera udara China sejak dua tahun lalu, walaupun pesawat tidak menghampiri negara itu secara dekat.

Pesawat pejuang AJ-16. (Gambar oleh Ministry of National Defence, R.O.C)

Bilangan pesawat yang terlibat adalah jauh dari pencerobohan berskala besar terakhir, iaitu 39 pesawat China pada 23 Januari dan sejak itu, terbang melepasi ruang udara sedemikian rupa mula kerap dengan beberapa pesawat sahaja, yang mana kurang sedikit.

Kementerian Pertahanan Taiwan berkata misi terbaharu itu melibatkan lapan jet pejuang J-16 China dan sebuah pesawat peninjau Y-8, yang terbang melintasi kawasan di timur laut Kepulauan Pratas yang dikawal Taiwan di penghujung atas Laut China Selatan.

Jet pejuang Taiwan dihantar untuk memberi amaran kepada pesawat China itu dan peluru berpandu pertahanan udara dikerahkan untuk ‘memantau aktiviti’, kata kementerian itu, menggunakan perkataan standard untuk menerangkan bagaimana Taiwan dengan tindakan balasnya.

Gambar oleh Ministry of National Defence , R.O.C

Taiwan berhati-hati memerhati krisis di Ukraine, dengan kebimbangan China mungkin akan melakukan percubaan mengambil kesempatan ke atas negara pulau itu.

Walaupun Taipei tidak melaporkan sebarang pergerakan luar biasa oleh tentera China, kerajaan telah meningkatkan tahap amaran.

China tidak pernah melepaskan penggunaan kekerasan untuk membawa Taiwan di bawah kawalannya, dan secara rutin mengutuk penjualan senjata Amerika Syarikat atau menunjukkan sokongan kepada Washington.

Gambar oleh Ministry of National Defence , R.O.C

Jurucakap Kementerian Pertahanan China Tan Kefei mengulangi Taiwan adalah ‘isu teras’ China dan ia tidak akan bertolak ansur dengan campur tangan asing.

“Kami menggesa pihak Amerika Syarikat  untuk mengiktiraf sensitiviti tinggi isu Taiwan, berhenti campur tangan dalam hal ehwal dalaman China dan berhenti bermain api dalam isu Taiwan,” kata Tan Kefei ketika ditanya mengenai isu Indo-Pasifik di Beijing.

Dalam gambaran keseluruhan strategi Indo-Pasifik 12 halaman yang dikeluarkan pada awal Februari, pentadbiran Joe Biden berikrar untuk memberikan lebih banyak sumber diplomatik dan keselamatan ke rantau ini.

Mengenai Taiwan, Washington akan bekerjasama dengan rakan kongsi di dalam dan luar rantau ini, untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan di selat yang memisahkan pulau itu dari China, katanya.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI