26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024
UtamaBerita UtamaGempa bumi landa Sumatera Barat, gegaran kuat turut dirasai di Malaysia

Gempa bumi landa Sumatera Barat, gegaran kuat turut dirasai di Malaysia

JAKARTA – Gempa bumi berukuran 6.2 pada skala Richter melanda Sumatera Barat, Indonesia pada 8.39 pagi waktu tempatan (9.39 pagi di Malaysia) pada Jumaat, 25 Februari turut dirasai di beberapa bahagian di Malaysia.

Jabatan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia (BMKG) Indonesia melaporkan gempa bumi yang berlaku pada jam 8.39 pagi terletak 17 kilometer di Timur Laut Pasaman Barat, 64 kilometer di barat laut Bukit Tinggi.

Gempa bumi pertama dilaporkan berpusat 18 kilometer ke timur laut kawasan yang sama.

Kedalaman gempa adalah 10 kilometer. Gempa bumi tersebut tidak berpotensi menyebabkan tsunami, menurut keterangan BMKG.

Di Kota Padang, gegaran dirasakan pada tahap tiga dan empat, menyaksikan penduduk panik dan lari bertempiaran menyelamatkan diri.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) turut mengeluarkan amaran gegaran susulan gempa bumi itu di Twitter pada jam 10.12 pagi waktu Malaysia.

“Gegaran akibat gempa itu boleh dirasai di bahagian barat Semenanjung Malaysia, terutamanya Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor,” kata MetMalaysia dalam ciapan di Twitter.

Sementara itu, di beberapa kawasan di Lembah Klang iaitu di Putrajaya, Cyberjaya, Medan Tuanku, Jalan Tun Razak dan Port Klang melaporkan mereka turut merasai gegaran tersebut. 

Malahan ada yang bergegas keluar dari bangunan pejabat dan kediaman akibat gegaran kuat di Lembah Klang.

Kakitangan di Bangunan Wisma BERNAMA, Jalan Tun Razak memaklumkan pada jam 9.35 pagi 25 Februari, gegaran berlaku kira-kira 5 minit sebelum semua warga kerja Bernama bergegas keluar dari bangunan berkenaan bagi tujuan keselamatan.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI