30.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 30, 2025
Utama Blog Laman 204

Rayuan Timbalan PM Ukraine dijawab, Elon Musk aktifkan perkhidmatan internet satelit Starlink

0

Elon Musk membalas rayuan Timbalan Perdana Menteri Ukraine dengan nada positif, yang meminta taikun itu membantu negaranya mendapatkan akses internet satelit, walaupun setelah Rusia berjaya memusnahkan sistem telekomunikasi di Ukraine.

Pemilik syarikat gergasi angkasa lepas SpaceX itu berkata dengan jaminan, lebih banyak terminal perkhidmatan jalur lebar satelit Starlink akan dihantar ke Ukraine, dan ia disahkan menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di Twitter

Ini susulan Timbalan Perdana Menteri Ukraine, Mykhailo Fedorov merungut perkhidmatan internet terganggu teruk selepas Rusia menceroboh dan menyerang Ukraine, menerusi ciapan di Twitter.

Timbalan Perdana Menteri Ukraine Mykhailo Fedorov (Gambar oleh Future Publishing/Getty Images)

“Semasa anda cuba menjajah Marikh — Rusia cuba menduduki Ukraine! Sementara roket anda berjaya mendarat dari angkasa lepas — roket Rusia menyerang orang awam Ukraine! Kami meminta anda untuk menyediakan stesen Starlink kepada Ukraine dan untuk memberitahu orang Rusia yang waras untuk berdiri,” rayu Fedorov kepada Musk.

Ciapan itu segera dibalas oleh Elon Musk dengan satu kenyataan ringkas yang cukup memberikan penyelesaian segera.

“Perkhidmatan Starlink kini aktif di Ukraine. Lebih banyak terminal dalam perjalanan,” jawab Musk.

Pengasas syarikat gergasi angkasa lepas SpaceX Elon Musk (Gambar oleh TNS)

Pemantau Internet NetBlocks berkata Ukraine menyaksikan beberapa gangguan ketara dalam perkhidmatan internet sejak Rusia melancarkan operasi ketenteraan di negara itu, terutama di bahagian selatan dan timur di mana pertempuran paling hebat berlaku.

Selain serangan udara dan darat yang hebat dengan kemaraan Rusia, Ukraine turut mengalami serangan siber.

Laman web Kementerian Luar, Kabinet Menteri dan Parlimen Ukraine semuanya berada di luar talian selama beberapa jam pada hari Rabu berikutan serangan siber yang turut menjejaskan beberapa bank di negara itu.

Starlink adalah sistem berasaskan ruang yang telah dibina oleh SpaceX selama bertahun-tahun untuk membawa akses internet ke kawasan yang kurang mendapat perkhidmatan liputan jalur lebar di dunia.

Gambar Hiasan / Unsplash

SpaceX yang berpangkalan di Hawthorne, California mempunyai hampir 2,000 satelit Starlink yang mengorbit Bumi pada ketinggian 547 kilometer.

Minggu lalu, satelit Elon Musk melancarkan perkhidmatan internet berkelajuan tinggi percuma untuk menghubungkan kampung terpencil di Tonga yang terputus hubungan sejak letusan gunung berapi dan tsunami yang dahsyat pada Januari, jadi perkara yang sama boleh dilakukan dengan segera untuk rakyat Ukraine.

Satelit membolehkan sejumlah besar maklumat dipancarkan dengan cepat ke mana-mana titik di Bumi tanpa memerlukan kabel gentian optik.

“Pada 2022 teknologi moden adalah salah satu tindak balas terbaik terhadap kereta kebal, roket dan peluru berpandu. Saya telah merujuk kepada gergasi teknologi terbesar untuk menyokong sekatan kepada Persekutuan Rusia. Kami meminta mereka membantu kami menghentikan pencerobohan keterlaluan ini ke atas rakyat kami!” Mykhailo Fedorov dalam satu lagi ciapan di Twitter pada Sabtu, 26 Februari.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Turun lagi selepas 29 tahun, pendaki Gunung Kinabalu teruja menyaksikan fenomena salji yang luar biasa

0

Puluhan pendaki dan malim gunung teruja apabila dapat menyaksikan fenomena salji yang turun di Gunung Kinabalu dalam kejadian luar biasa berlaku pada jam 7.18 pagi 28 Februari.

Walaupun fenomena menakjubkan itu berlaku dalam masa yang singkat iaitu kira-kira dua minit, pengalaman itu cukup memberikan pemandangan indah ekstra dan menggembirakan buat mereka yang bertuah berada di gunung tertinggi di Asia Tenggara itu.

Facebook

Beberapa pendaki berkongsi beberapa video tular pengalaman luar biasa yang jarang berlaku itu menunjukkan hujan salji yang lembut turun dan membasahi permukaan puncak gunung berkenaan.

Seorang malim gunung dan pelatih via-ferrata, Hajiri Sulumin yang sempat merakam salji sedang turun berkata, dia sedang menunggu pendaki di Sayat-Sayat apabila fenomena itu berlaku pada jam 7.18 pagi.

Facebook

Katanya, ini adalah pengalaman kedua menyaksikan salji turun di puncak Gunung Kinabalu dan pertama kali pada tahun 2018, yang mana pada masa itu ia bukan salji tetapi hanya proses pembekuan.

Berdasarkan rekod, fenomena salji turun pernah berlaku di Gunung Kinabalu pada tahun 1975 dan kali terakhir pada tahun 1993, kata Pengurus Taman Kinabalu Justinus Guntabid kepada media.

Facebook

Menurutnya, beberapa tahun sebelum ini ada dikatakan berlaku fenomena salji yang turun tetapi ia hanya proses pembekuan di puncak gunung itu.

“Tetapi pada pagi ini, ia memang salji yang turun. Ia berlaku kira-kira 2 minit sahaja. Salji boleh dilihat dari Sayat-Sayat sehingga puncak Gunung Kinabalu di Kilometer 8.72,” jelas Justinus.

Facebook

“Suhu yang direkodkan di Panalaban antara jam 2 hingga 10 pagi tadi adalah lebih kurang 6.9 hingga 12 darjah celsius, yang mana lebih sejuk daripada biasa dan saya percaya di puncak suhunya jauh lebih sejuk berbanding di Panalaban,” katanya.

“Purata kelembapan yang direkodkan pada tempoh masa yang sama adalah 52 hingga 62 peratus dan ini bermakna ia lebih lembap daripada biasa, iaitu sekitar 70 peratus,” tambahnya.

Facebook

Maka, sejak 29 tahun pada kali terakhir fenomena salji turun di Gunung Kinabalu berlaku, mereka yang berada pada momen itu sememangnya adalah antara para pendaki dan malim gunung yang bertuah.

Tonton video di sini.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Ramai yang takut buat ‘nasal test’ sebab sakit, pakar ENT kongsi cara betul dapatkan sampel

0

Saban hari kes Covid-19 di Malaysia mencecah puluhan ribu. Walaupun kita sudah berhati-hati, tetapi jumlah angka jangkitan wabak ini nampaknya masih tinggi. Walaupun setinggi mana pun kes yang ada orang ramai masih tetap perlu keluar- sama ada untuk bekerja mahupun untuk melakukan kerja-kerja dan aktiviti lain.

Jadi, ramai yang melakukan ujian kendiri untuk memastikan mereka tidak dijangkiti. Biasanya mereka akan menggunakan Rapid Test Kit (RTK-AG) iaitu melalui air liur atau calitan hidung bagi mengesan jangkitan Covid-19.

Memandangkan ada dua cara untuk menjalankan ujian kendiri, rasanya ramai yang lebih selesa untuk menggunakan ujian air liur. Hal ini kerana jika menggunakan kaedah calitan hidung ramai yang tidak berani.

Mereka bimbang hidung mereka akan sakit atau geli ketika sampel diambil. Lihat sahaja gambar, sudah boleh buatkan ramai yang gerun! Dalam masa yang sama masih ramai juga yang tidak tahu cara mendapatkan sampel calitan hidung yang betul.

Namun, anda tidak perlu bimbang lagi kerana seorang doktor pakar bedah Hidung, Mulut & Tekak (ENT) di Australia, Dr. Eric Levi telah berkongsikan tutorial untuk mendapatkan sampel calitan hidung dengan betul di laman instagramnya.

Menurut Dr. Eric, untuk mendapatkan keputusan sampel yang betul, seharusnya sampel yang diambil ialah daripada mukus yang ada di saluran pernafasan yang berada di dalam bahagian belakang lubang hidung.

Ketika melakukan calitan hidung anda perlu menolak kapas ke bawah secara perlahan-perlahan dan menghala ke dalam lubang hidung dengan perlahan dan berhati-hati, sekitar 2 hingga 3cm ke dalam.

Setelah itu, pusingkan kapas dalam tempoh 12 ke 15 saat sebelum mengeluarkan sampel calitan tersebut.

Jika anda melakukan cara yang betul hidung anda tidak akan merasakan kesakitan. Biasanya kesakitan terjadi akibat anda menolak kapas menghala ke atas di bahagian atas hidung.

Dengan itu, sampel hanya diperolehi daripada bahagian hadapan hidung ialah sampel bulu hidung dan ianya boleh mempengaruhi keputusan sampel yang tidak tepat.

Bagi anda yang masih mempunyai tanda tanya bagaiamana cara melakukannya dengan betul, lihat sendiri video yang dikongsikan oleh Dr. Eric Levi. Semoga bermanfaat!

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

https://www.instagram.com/tv/CZG34zSlbkP/?utm_medium=copy_link

Ketahui jenis ketuhar dan fungsinya, selepas ini tiada masalah lagi untuk membuat pastri sendiri

0

Ada antara kita yang mahir memasak. Sebut sahaja menu apa, sama ada makanan kampung, makanan barat atau pencuci mulut, semuanya hanya di hujung tangan mereka. Ada yang memiliki bakat, sekali ajar sudah pandai dan ada pula yang perlu membelek buku resipi atau video masakan sebelum memasak. Tidak kisahlah, apa yang penting ialah ada kemahuan.

Bagi sesetengah orang lain pula mereka lebih suka membuat makanan seperti kek, pastri atau roti. Membuat makanan-makanan seperti ini biasanya akan memberi kepuasan buat mereka lebih-lebih apabila melihat hasilnya.

Buat mereka yang sudah lama berkecimpung dalam bidang membuat kek atau roti atau apa sahaja pastri anda mungkin sudah mahir tentang jenis-jenis ketuhar.

Bagi anda yang tidak tahu, sebenarnya di dalam pasaran terdapat pelbagai jenis ketuhar yang mempunyai fungsi yang tersendri. Jadi, sebelum beli ketahui dahulu fungsi-fungsi ketuhar supaya nanti apabila anda membakar anda tidak akan berhadapan sebarang masalah.

Jadi, jom kenali jenis ketuhar dan fungsinya!

BERIKUT ADALAH JENIS-JENIS KETUHAR & FUNGSINYA:

Tujuan Admin berkongsi tip semua ini adalah kerana ingin membantu anda yang keliru dan tidak tahu fungsi peralatan elektrik yang digunakan dalam mem’baking@cooking’.

Sebelum ini Admin pernah kongsikan tentang struktur penghasilan kek, peralatan ‘bakery’ dan bahan-bahan ‘bakery’ yang banyak digunakan. Hari ini tentang ketuhar pula.

Secara lazimnya, resepi terdapat di mana-mana sahaja yang penting kita harus belajar seni dan selok-belok membuat kuih dan juga mendapatkan tip yang penting.

Admin harap dengan tip dan panduan yang Admin kongsikan ini secara tidak langsung anda dapat “belajar” tentang selok belok peralatan bakery yang ada di rumah anda.

Ok..ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang KETUHAR. Hari ini Admin kongsikan tip dan jenis-jenis ketuhar yang berbeza.

Semoga tips ini akan mendatangkan manfaat pada anda semua.

JENIS–JENIS KETUHAR

Di dalam proses membuat kek, biskut, pastri dan roti, bukan sahaja kemahiran yang di perlukan untuk mendapatkan hasil yang terbaik tetapi ketuhar juga memainkan peranan yang amat penting.

Jom kita kenali dengan rapat lagi jenis jenis ketuhar yang berbeza.

  1. KETUHAR JENIS BINA DALAM (BUILT IN OVEN)

Ketuhar jenis ini memang cukup sesuai untuk kesemua jenis pembakaran. Ianya boleh membakar roti, kek, pastri dan biskut.

Bergantung kepada jenama yang anda beli, ada sesetengah ketuhar jenis begini, kepanasannya tidak begitu rata jika anda membakar 2 atau 2 tingkat (2 tier baking).

Kalau anda membakar biskut cara begini, anda harus rajin memusing dan menukarkan loyang kuih anda supaya mendapat kepanasan yang lebih rata (rotate the trays to get even baking results).

Tetapi apabila membakar kek, lebih baik jika kita membakar satu tingkat sahaja.

  1. KETUHAR YANG ADA KIPAS (OVEN WITH FAN)

Ketuhar yang mempunyai kipas bina dalam selalunya membakar biskut dan pastry dengan cukup baik kerana kipas itu memutar angin panas dengan rata jika kita membakar dua atau tiga tingkat (2 or 3 tier baking).

Tetapi apabila digunakan untuk membakar kek, kipas ini akan mengeringkan kek sedikit.

Jadi, jika ada pilihan untuk tidak membuka butang kipas atau switch off (tutup kipas) apabila membuat kek, itu adalah lebih baik (sesetengah ketuhar ada butang kipas).

Tetapi jika kita tidak boleh memilih untuk menutupnya (tiada butang kipas) adalah lebih baik jika kita kurangkan sedikit masa membakar kek itu.

Contohnya, jika kek itu memerlukan masa 45 minit untuk membakarnya di ketuhar biasa, kita kurangkan masanya dalam 5 minit lebih awal. Jika kita menggunakan ketuhar yang ada kipas ini supaya keknya tidak kering sangat.

  1. KETUHAR GELOMBANG MIKRO (MICROWAVE OVEN)

Ketuhar jenis ini adalah seperti ketuhar “2 IN 1” iaitu, ianya boleh di gunakan untuk fungsi ketuhar gelombang mikro dan juga untuk membakar biskut, brownie atau kek-kek cawan.

Ketuhar begini sesuai bagi mereka yang jarang membuat kek yang besar. Jika kita membakar kek yang agak besar, ada kalanya bahagian tengah kek tidak masak dengan betul.

Selalunya, kita lebih menggunakan fungsi ‘microwave’ nya sahaja.

Jadi bagi mereka yang suka membakar roti, pastri dan kek-kek perayaan, jenis ketuhar sebegini mungkin kurang sesuai dan kek-kek yang di bakar di microwave oven sebegini selalunya kelihatan agak pucat dan padat.

FUNGSI – FUNGSI DI KETUHAR

Apakah kelainan fungsi-fungsi yang terdapat di ketuhar? Adakah ianya boleh di gunakan untuk membakar segala macam kek dan kuih?

Mari kita tinjau kegunaan fungsi-fungsi yang berlainan ini. Kebanyakan ketuhar bina dalam (built in oven) mempunyai fungsi yang agak sama iaitu:

  1. TOP & BOTTOM HEAT

Ini cukup sesuai untuk membakar semua jenis kek, biskut, pastri dan roti.

Jika kita membakar kek yang agak besar sedikit, kita harus meletakan kek itu di bahagian agak bawah sedikit (lower rack to avoid top part of cake burnt).

Tetapi jika membakar roti dan pastri, lebih sesuai jika kita meletakkannya di bahagian tengah sahaja.

  1. TOP HEAT ONLY

Ramai yang keliru apabila melihat fungsi ini. Mereka sangkakan yang ‘Top Heat’ sesuai untuk membakar kek lapis!

Sebenarnya ‘Top Heat’ ini lebih sesuai di gunakan apabila kita membakar kek keju.

Jika digunakan untuk membakar kek lapis, nanti kek lapis itu akan menjadi terlalu kering dan adakalanya garing.

  1. BOTTOM HEAT ONLY

Fungsi ‘Bottom Heat’ ini cukup sesuai jika kita ingin menggaringkan roti yang berinti seperti pizza.

Adakalanya, inti pizza itu sudah masak tetapi bahagian bawah rotinya pula masih kurang garing atau lembab.

Di sinilah kita menggunakan fungsi ‘bottom heat’ ini untuk memasakkan roti itu tanpa mengeringkan dan memasakkan inti pizza yang diatasnya itu.

  1. GRILL

Inilah fungsi utama apabila kita membakar kek lapis. Dengan menggunakan ‘grill’, setiap lapisan kek lapis kita pasti menjadi dengan cantik dan tidak menjadi kering.

Api ‘grill’ ini juga cukup sesuai jika kita ingin mengaringkan hanya bahagian atas ayam atau daging (grill effect of chicken or roast lamb/ beef) untuk sekejap sahaja.

  1. STEAM INJECTION

Tidak kesemua ketuhar ada fungsi ini.

Fungsi ini cukup sesuai jika kita ingin membakar sesetengah jenis roti seperti roti Perancis. Ianya akan menggaringkan dan meranggupkan pemukaan roti itu.

  1. SUHU (TEMPERATURE)

Setiap saiz ketuhar itu mempunyai suhu kepanasan yang berbeza. Dapatkan nasihat daripada pakar penjual sebelum membuat belian terlebih dahulu.

Semoga dengan tip yang Admin kongsikan ini anda telah mendapat ilmu yang baru untuk manfaat anda.

Tips yang telah diberikan ini, harapnya anda boleh gunakan sebaik mungkin dan berjaya menghasilkan air tangan pastri dan bakeri yang lazat untuk keluarga di rumah. Semoga berjaya!

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Ikuti tips cara goreng Char Kuey Teow supaya tidak lembik, kembang atau hancur, memang menjadi!

0

Ramai antara kita yang suka makan makanan yang ‘simple’, makanan yang lengkap dengan semua khasiat dan rasa tetapi tidak leceh atau sukar untuk disediakan.

Ada yang suka menikmati sepinggan nasi goreng, atau mi goreng yang cukup dengan semuanya- sayur-sayuran ada, ayam atau makanan laut pun ada. Hanya dengan sepinggan, menu lengkap boleh dinikmati tanpa perlu memasak tiga, atau empat jenis lauk.

Selain nasi goreng atau mi goreng, Char Kuey Teow juga sering menjadi pilihan ramai. Char Kuey Teow merupakan sejenis mi yang bentuknya sedikit berbeza. Ianya berbentuk lebar dan berwarna putih yang sering digorengkan dengan pelbagai bahan lain seperti sayur, telur dan makanan laut.

Namun, tidak semua orang mahir untuk memasak Char Kuey Teow yang betul-betul enak. Hal ini kerana kadang-kala tekstur mi boleh menjadi terlalu kembang atau lembik dan keadaan itu boleh menjejaskan rasa Char Kuey Teow yang sebenar.

Mungkin ada yang sudah kehabisan idea mencari sebab mengapa Char Kuey Teow yang dimasak tidak sama seperti di kedai makan. Untuk anda yang mahu tahu sebenarnya ada tips mudah yang boleh diikuti supaya Char Kuey Teow anda tidak kembang atau lembik.

Berikut adakah perkongsian seorang pengguna Facebook, Puan Yurni Emilia, yang ada berkongsi tentang cara memasak Char Kuey Teow dengan betul dan enak. Ikuti tips yang dikongsikan dan semoga Char Kuey Teow anda akan menjadi selepas ini!

Dah beberapa kali nampak ahli kumpulan ini menghadapi krisis menggoreng Kuey Teow. Di sini saya kongsikan tips asas untuk selamatkan keadaan ya…

1) Kuey Teow ‘tidak mesra’ dengan air, jadi…

Jangan basuh lama-lama. Bila basuh pastikan ianya ditos kering cepat-cepat.
Basuh pakai air paip sahaja . Bukan dengan air panas.

Membasuh Kuey Teow adalah pilihan. Sesetengah orang buat, sesetengah orang tidak. Saya pilih basuh, untuk asingkan Kuey Teow satu satu. Tak suka yang melekat.

2) Bila menggoreng, Kuey Teow sangat mesra dengan minyak. Jadi, sila letak minyak lebih sikit.

3) Nak ‘Penang style’ letaklah sedikit minyak bijan. Sikit saja sebab minyak bijan baunya kuat.

4) Kena lebihkan bahan perisa seperti sos tiram, kicap, cili boh atau tomato/cil sos. Ingat, Kuey Teow tidak mesra dengan air.

5) Tambah air apabila hanya nak buat Char Kuey Teow banjir.

6) Kalau nak tambah telur, pastikan telur tu goreng kering sikit sebelum digaulkan/kacau dengan Kuey Teow yang sedang digoreng tu.

Okay ini sajalah tips. Harapnya, dapat membantu mengurangkan insiden Kuey Teow goreng kembang.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Bina benteng siap-siap hadapi kemaraan air banjir, persediaan bijak tuan rumah di Pasir Puteh ini dapat tabik ramai

0

Ketika bencana banjir di Kelantan dan Terengganu bertambah buruk dengan banyak rumah yang tenggelam selepas beberapa sungai melebihi paras bahaya, kita amat bersimpati dengan nasib para mangsa yang terjejas.

Ramai yang berkongsi keadaan di kawasan-kawasan yang terjejas yang memaparkan air banjir telah naik dan memasuki rumah masing-masing.

Bagaimanapun, satu video TikTok yang tular ini menunjukkan situasi terbalik dan berlainan di Kampung Bukit Abal, Pasir Puteh, Kelantan sehingga mendatangkan rasa kagum serta pujian warganet.

Facebook

Rakaman video itu menunjukkan satu kawasan rumah penduduk yang tidak dimasuki air banjir ekoran idea tuan rumahnya yang genius.

Kelihatan dalam video itu, tuan rumah telah membuat persediaan awal dengan meletakkan benteng penghadang yang dipercayai daripada bahan beg pasir, papan kayu dan plastik tebal kalis air yang memagar seluruh kawasan rumahnya supaya air banjir yang lalu tidak memasuki rumah.

Facebook

Maka ramai yang bertanya bagaimana tuan rumah ini melakukannya sehingga dapat menghalang air banjir daripada memasuki kawasan rumahnya.

Anak kepada tuan rumah menjelaskan, sebelum ini rumah mereka pernah dinaiki air dan usaha membuat benteng penghadang banjir itu telah dilakukan pada tahun ini agar air banjir tidak dapat memasuki ke dalam rumah mereka.

Facebook

“Kami buat pagar daripada susunan kayu papan dan dibungkus dengan plastik yang tebal bagi mengelakkan air memasuki kawasan rumah,” katanya dalam ruangan komen di TikTok setelah video itu menjadi tular.

Video ini turut mendapat perhatian laman Facebook MatGeo yang sering membincangkan berkenaan isu cuaca dan geografi negara dan memuji tindakan bijak tuan rumah di Pasir Puteh itu.

Dalam hantaran itu dia berkata, salah satu kaedahnya ialah penggunaan beg pasir yang pernah disaran ketika banjir melanda Selangor pada tahun lalu.

Penggunaan beg pasir juga adalah sangat mudah, tidak rumit dan ia digunakan di seluruh dunia sejak berzaman lamanya dalam menahan kemaraan air banjir.

Facebook

“Beg pasir digunakan di seluruh dunia sejak dulu dalam menahan air banjir kerana butirnya yang berat, tindannya yang ‘grip’, dan apabila menahan air, ia menjadi lebih berat dan mencengkam antara satu sama lain atas bantuan pasir yang basah dan menghalang tiris,” kata MatGeo.

Tetapi perlulah dengan menjalankan persediaan rapi yang telah diakukan terlebih awal selepas menjangkakan bencana banjir akan berlaku lagi ketika hujan lebat tidak berhenti. 

“Pemilik rumah ini tentu sekali seorang yang peka, analitikal dan terkehadapan dalam menjangkakan apa yang cuaca akan bawakan, dalam beberapa hari yang lebih awal,” puji MatGeo.

Tonton video di sini.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

‘Habis dijual’, restoran Nasi Kandar milik lelaki Jepun di Tokyo jadi tumpuan sejak hari pertama pembukaan

0

Sejak dibuka kepada orang ramai awal Februari lalu, restoran nasi kandar yang diberi nama Zero Two Nasi Kandar Tokyo yang terletak 5 minit berjalan kaki dari Stesen Otemachi, Tokyo, Jepun mendapat sambutan yang memberangsangkan. Mana tidaknya, sebelum operasi harian tamat, nasi kandar telah habis dijual!

Facebook

Menurut Japanese Heart, restoran tersebut diasaskan oleh Encik Tateda, seorang rakyat Jepun yang telah jatuh hati dengan kelazatan nasi kandar ketika melawat Malaysia suatu ketika dahulu.

Encik Tateda yang turut menguruskan restoran India Selatan di Osaka, Jepun membuat keputusan untuk membuka restoran nasi kandar kerana begitu kagum dengan keenakan makanan tersebut.

Japanese Heart

Difahamkan, restoran Zero Two Nasi Kandar Tokyo menawarkan dua jenis beras iaitu:

  1. Asas: Beras bijirin panjang dan separuh beras perang digunakan. Tekstur nasi lebih rangup walaupun selepas dicampur dengan lauk-pauk. Walaupun dituangkan kari ke atasnya, pelanggan tidak akan berasa muak dengan nasi kandar tersebut.
  2. Pear Briani: Dimasak dengan menggunakan beras Basmati. Rasa Briani itu tidak begitu masin dan rasanya kekal lazat biarpun dicampur dengan lauk-pauk yang lain.

Kemudian, pelanggan boleh memilih pelbagai jenis lauk utama, kari dan ulam-ulaman dengan harga yang berpatutan. Antara lauk-pauk yang disediakan ialah:

  • Kari itik masala.
  • Kari dal goreng.
  • Sayuran bermusim (jenis sayur ditukar setiap hari).
  • Raita (salad yogurt).
  • Sos Pakuchi dan bamiseri.
  • Telur masala separuh masak.
  • Ayam panggang.
  • Hirisan daging kambing.
  • Taugeh dan bendi (diberikan percuma).

Bagi memudahkan pelanggan yang pertama kali mahu menjamah makanan terkenal Malaysia ini, pihak restoran telah menyediakan menu dengan kombinasi lauk yang cukup mengecurkan!

Selain itu, pelanggan juga boleh mendapatkan maklumat awal di Facebook rasmi Zero Two Nasi Kandar Tokyo bagaimana hendak membuat pesanan nasi kandar sebelum ke restoran.

Cara membuat pesanan nasi kandar seperti yang dicadangkan oleh restoran Zero Two Nasi Kandar Tokyo ialah:

  1. Pilih 1 daripada 2 jenis nasi yang disediakan dan saiznya (saiz M, L atau S).

  2. Pilih 3 daripada 6 pilihan lauk utama.

  3. Pilih 3 daripada 6 pilihan ulam-ulaman.

  4. Pilih 2 daripada 6 pilihan kari.

  5. Letak ‘topping’ iaitu taugeh dan bendi yang diberikan percuma.

Bagi pelanggan muslim, mereka tidak perlu ragu-ragu kerana semua bahan dan perasa yang digunakan dalam masakan nasi kandar tersebut adalah halal. Bahan-bahan masakan seperti sayur, daging dan ikan dipilih secara teliti yang diperoleh dari Semenanjung Atsumi. Selain itu, proses penyediaan memasak nasi kandar ini turut dititiberatkan oleh pengasas restoran ini apabila mereka belajar mengenai cita rasa muslim dan kaedah memasak dari muslim tempatan.

Facebook

Jika anda adalah rakyat Malaysia yang berada di Jepun ketika ini, rindu anda pada kampung halaman pasti terubat dengan kehadiran restoran nasi kandar ini. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri kelazatan nasi kandar biarpun daripada air tangan orang Jepun!

Restoran Zero Two Nasi Kandar Tokyo ini dibuka setiap hari dari jam 11 pagi hingga 9 malam. Jika kesuntukan masa untuk makan di situ, anda boleh bungkus nasi kandar tersebut dan nikmatinya bersama yang tersayang.

Walau bagaimanapun, anda harus merancang perjalanan anda kerana katanya pada hari Sabtu dan Ahad, restoran ini menerima tempahan paling banyak berbanding hari lain.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Wanita yang siar rusuhan Capitol AS secara langsung di Facebook dihukum penjara 45 hari, denda AS$5,000

0

Seorang wanita dari California yang menyiarkan perjalanannya menyusuri dan memasuki Capitol Amerika Syarikat di Facebook pada 6 Januari 2021, dijatuhi hukuman penjara 45 hari dan denda AS$5,000 oleh Hakim Kanan Daerah Amerika Syarikat Reggie B. Walton, yang memberi syarahan kepadanya kerana menyalahkan ‘Black Lives Matter’ dan ‘Antifa’ atas beberapa keganasan yang berlaku pada hari itu apabila ia “secara jelas bukan itu kesnya.”

Imelda Acosta, yang diterangkan dalam dokumen mahkamah dengan nama media sosialnya—Mariposa Castro—menerima hukuman di Mahkamah Daerah untuk Columbia Amerika Syarikat atas pertuduhan mengadakan perarakan, berdemonstrasi atau berpiket di bangunan Capitol, yang merupakan satu kesalahan. Sebagai sebahagian daripada perjanjian pengakuan, beberapa pertuduhan lain telah diketepikan.

Klip berdurasi 47 minit siaran Facebooknya dimainkan oleh pendakwa raya Jordan Konig pada pendengaran hukuman. Konig berhujah untuk hukuman penjara 60 hari. Memo hukuman kerajaan memetik kenyataan yang dibuat Acosta dalam strim langsung, termasuk “kami akan datang” dan “ini adalah perang.”

Imelda Acosta atau dikenali ‘Mariposa Castro’ di media sosial memasuki bangunan Capitol Amerika Syarikat melalui tingkap yang telah pecah pada 6 Januari 2021. (Gambar oleh U.S Department of Justice/The Epoch Times)

Semasa strim langsung itu, Acosta berkata, “Kami menceroboh masuk! Kami menceroboh masuk! Kami sedang melakukannya. Kami menceroboh, bukan? … Kami mendapatkan balik rumah kami. Ini Capitol kami. Kami mengambilnya semula. Tiada lagi benda mengarut!” menurut pendakwa raya. Acosta memasuki Capitol melalui tingkap yang pecah, menurut dokumen mahkamah.

Hakim Walton berkata penjara adalah hukuman yang perlu, untuk menghantar mesej kepada orang lain yang mempunyai pemikiran yang sama.

“…Adalah menjadi pandangan saya bahawa untuk orang ramai memahami sekiranya anda akan terlibat dalam jenis tingkah laku yang anda lakukan, jika anda akan membuat kenyataan yang anda buat pada hari itu merujuk kepada apa yang telah berlaku, dan kemudian jika anda akan menyebarkan maklumat itu kepada orang lain, mesti ada penalti untuknya,” kata Hakim Walton.

Peguam bela Elita Amato berhujah dalam memo hukuman bahawa Acosta tidak menyebabkan kerosakan atau terlibat dalam sebarang keganasan semasa berada di dalam Capitol.

Acosta memberitahu Hakim Walton yang dia seorang pencinta keamanan yang membawa bendera keamanan bersamanya pada hari itu. Dia menggambarkan dirinya sebagai “sangat empati” dan berkata bahawa di Capitol, “tenaga gelap … hanya menyedut saya ke dalam perkara ini.”

Imelda Acosta aka Mariposa Castro memasuki Capitol Amerika Syarikat semasa strim langsung Facebook pada 6 Januari 2021. (Gambar oleh U.S Department of Justice / The Epoch Times)

Hakim: Kenapa salahkan Antifa, Black Life Matter (BLM)?

Hakim Walton mencelah dalam kenyataan Acosta dan menjelaskan bahawa beliau tidak mempercayai dengan perdebatan itu. Beliau menegur kerana rujukan yang dibuatnya kepada BLM dan Antifa dalam siaran Facebook.

“Saya rasa wajar menjelaskan kepada sesiapa sahaja yang berada di Capitol pada hari itu atau yang menontonnya di TV bahawa mereka yang melakukan perkara yang berlaku pada hari itu adalah penyokong bekas Presiden Trump,” kata Walton, “tetapi anda mewakili dengan menyatakan perbuatan ini dilakukan oleh orang Antifa dan Black Lives Matter.”

“Kini saya tidak membiarkan keganasan oleh sesiapa, tetapi itu sangat membimbangkan tentang mengapa anda cuba menyalahkan orang lain atas perkara yang jelas tidak berlaku,” kata Hakim Walton.

Acosta berkata dia hanya “mengulangi apa yang orang lain katakan.”

“Tetapi anda mempunyai mata anda sendiri,” kata hakim. “Anda mempunyai mata anda sendiri untuk melihat apa yang berlaku. Apa yang menyebabkan anda mengulangi sesuatu yang dikatakan oleh orang lain yang jelas adalah palsu, memandangkan apa yang anda perlu lihat dan perhatikan?”

Hakim juga menyoal Acosta mengenai kenyataannya tentang mengambil semula Capitol.

“Anda rasa anda ambil balik Capitol dari siapa?” Hakim Walton bertanya.

“Saya hanya mengulangi apa yang orang lain ulangi dan itu baru keluar,” katanya. “Saya tidak tahu daripada siapa kami mengambil Capitol kembali. Ia hanya sesuatu yang saya ulangi daripada orang lain,” jawabnya.

Hakim Walton membuat kenyataan lanjutan sebelum memutuskan hukuman itu, dengan menyatakan kedua-dua tindakan dan kata-kata Acosta adalah faktor yang perlu dipertimbangkan. Beliau menyatakan kekecewaan dengan perpecahan politik di Amerika, dan dakwaan penyokong Trump mengenai penipuan pilihan raya dalam undi presiden 2020.

“Kes-kes ini sukar, kerana pada satu pihak, kebanyakan orang yang terperangkap dalam situasi ini tidak mempunyai rekod terdahulu dan nampaknya telah menjalani kehidupan yang baik sebelum apa pun yang menyebabkan mereka mengembangkan pemikiran untuk melakukan apa yang mereka lakukan pada 6 Januari,” kata hakim. 

“Sebaliknya, saya amat bimbang kita mempunyai orang di negara kita yang, apabila ada pilihan raya dan mereka tidak mendapat jalan mereka, mereka bertindak seperti apa yang kita lihat telah berlaku pada 6 Januari,” tambahnya.

Hakim Walton berkata keadaan ini “membawa warga Amerika ke tempat yang sangat berbahaya.”

“Apa yang berlaku seterusnya? Adakah wajar jika sesiapa sahaja calon Demokrat bertanding dan kalah—dan itu selalu menjadi kemungkinan—penyokong Demokrat kemudian akan berkata, ‘Baiklah, kami fikir pilihan raya telah dicuri’ dan membantah seperti yang dilakukan oleh bekas presiden?”

Penyokong Trump telah menunjukkan keganasan oleh ratusan haluan kiri anti-Trump pada hari pelantikan presiden pada Januari 2017. Perusuh membaling batu dan ketulan konkrit ke arah polis, memecahkan tingkap premis perniagaan di pusat bandar, membakar limosin di hujung zon selamat pelantikan dan menyalakan unggun api ketika malam tiba. Polis telah melakukan lebih 200 tangkapan. Gabungan DisruptJ20 telah mengumumkan matlamatnya untuk menutup atau menghalang majlis pelantikan presiden dan makan malam presiden.

‘Sejarah berulang’

Hakim Walton, yang dilantik oleh Presiden George W. Bush pada 2001, berkata beliau telah membaca buku tentang bagaimana perang saudara bermula. Beliau berkata “sebegitu banyak sejarah berulang di Amerika,” dengan perkara yang berlaku di tempat lain “menyebabkan kemusnahan demokrasi.”

“Sekarang jenis perkara yang sama kini berlaku di Amerika, kerana kita mempunyai segmen masyarakat di mana ia harus menjadi cara mereka dan tidak ada cara lain. Masyarakat demokratik tidak boleh berfungsi seperti itu, kerana dalam masyarakat demokratik, seseorang akan menang dan akan ada yang kalah. Dan dari segi sejarah, walaupun orang mungkin tidak gembira kerana kalah, mereka menerima realiti itu,” jelas Hakim Walton.

Sambil memberitahu Acosta yang beliau tidak percaya dengan kenyataannya pada 2022 bahawa wanita itu hanya mengulangi kata-kata orang lain ketika strim langsung.

“Bertentangan dengan apa yang anda katakan sekarang dan bertentangan dengan apa yang anda katakan dalam surat anda, anda berada di sana untuk tempoh masa yang panjang,” katanya. “Anda nampak gembira. Anda nampaknya gembira dengan apa yang berlaku. Anda nampaknya bukan seorang yang cintakan kedamaian. Anda seolah-olah seseorang yang berusaha untuk memberi inspirasi kepada orang lain untuk melakukan apa yang anda fikir anda telah lakukan.”

Imelda Acosta aka Mariposa Castro di hadapan Capitol Amerika Syarikat semasa strim langsung Facebook pada 6 Januari 2021. (Gambar oleh U.S Department of Justice / The Epoch Times)

“Apakah jenis mesej yang dihantar kepada orang yang mungkin mempunyai pemikiran yang sama seperti anda pada hari itu?” tanya hakim. 

“Itu situasi yang sangat membimbangkan untuk negara ini alami. Ia membimbangkan saya. Saya cintakan negara ini. Negara ini telah berbuat baik kepada saya. Dan untuk melihat apa yang orang cuba lakukan kepada negara ini untuk partisan mereka sendiri, perspektif berat sebelah adalah sangat membimbangkan.”

Hakim Walton menekankan keperluan untuk menunjukkan contoh.

“Kebimbangan yang saya ada ialah mesej apa yang anda hantar kepada orang lain, kerana malangnya, terdapat ramai orang di sini yang mempunyai pemikiran yang sama seperti yang wujud pada 6 Januari yang menyebabkan peristiwa itu berlaku. Jika orang mula mendapat tanggapan bahawa anda boleh melakukan apa yang berlaku pada 6 Januari, anda boleh mengaitkan diri anda dengan tingkah laku itu dan tiada akibat sebenar, maka orang akan berkata, ‘Mengapa tidak kita melakukannya sekali lagi?’,” kata Hakim Walton dengan rasional hukuman itu ke atas Imelda Acosta.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Jerman akan hantar senjata anti-kereta kebal, peluru berpandu ke Ukraine ekoran kebalikan dasar utama

0

Jerman akan menyediakan senjata anti-kereta kebal dan peluru berpandu darat ke udara untuk Ukraine, Canselor Jerman Olaf Scholz mengumumkan pada Sabtu, 26 Februari.

“Serangan Rusia menandakan titik perubahan. Adalah menjadi kewajiban kami untuk melakukan yang terbaik untuk membantu Ukraine dalam mempertahankan diri daripada tentera penceroboh Putin. Itulah sebabnya kami membekalkan 1,000 senjata anti-kereta kebal dan 500 peluru berpandu Stinger kepada rakan-rakan kami di Ukraine,” katanya dalam ciapan di Twitter.

Ini adalah kebalikan besar dasar utama Berlin dengan larangan eksport senjata ke zon pertempuran.

Canselor Jerman Olaf Scholz (kiri) dan Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy (kanan) ketika sidang media di Kyiv, Ukraine pada 14 Februari 2022. (Gambar oleh SERGEI SUPINSKY/AFP/Getty Images)

Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy mengalu-alukan perubahan pendirian Jerman dengan berkata, “Teruskan, Canselor Olaf Scholz! Pakatan anti-perang sedang beraksi!”

Berlin pada Sabtu membenarkan rakan NATO Belanda dan Estonia untuk menghantar senjata buatan Jerman ke Ukraine.

Kumpulan bekalan senjata itu termasuk 400 RPG dari Belanda dan ‘GDR howitzer’ lama dari Estonia.

Jerman mempertahankan dasar lama untuk tidak mengeksport senjata ke zon perang, sebahagiannya berakar umbi dalam sejarah berdarah abad ke-20 dan mengakibatkan pasifisme. Negara-negara yang berhasrat untuk meneruskan eksport senjata Jerman perlu memohon kelulusan dari Berlin terlebih dahulu.

Canselor Scholz telah berulang kali merujuk kepada dasar ini dalam beberapa minggu kebelakangan apabila enggan menghantar senjata ke Ukraine.

Ketika pencerobohan Rusia ke atas Ukraine memasuki hari keempat, pertempuran tercetus di pinggir ibu negara Kyiv, yang dianggap sebagai matlamat utama tentera Rusia menawan Ukraine.

Tentera Ukraine berkereta kebal berada di barisan hadapan menuju pertempuran dengan Rusia di wilayah Lugansk, Ukraine pada 25 Februari 2022. (Gambar oleh ANATOLII STEPANOV/AFP/ Getty Images)

Pegawai Amerika Syarikat dan United Kingdom berkata, tentera Rusia berada kira-kira 30 kilometer, dari pusat bandar.

Kepantasan yang mendahului itu telah diperlahankan yang “kemungkinan akibat kesukaran logistik yang teruk dan tentangan kuat tentera Ukraine”, kata Kementerian Pertahanan United Kingdom.

Bagaimanapun, seorang pegawai Pentagon memberi amaran keadaan sebaliknya mungkin berubah dengan pantas.

“Ia adalah medan perang dan acara di medan perang adalah dinamik dan ia boleh berubah dengan sangat, sangat cepat,” kata pegawai itu.

Kereta kebal milik tentera Rusia yang musnah dalam pertempuran di wilayah Lugansk, Ukraine pada 26 Februari 2022. (Gambar oleh ANATOLII STEPANOV/AFP /Getty Images)

Presiden Joe Biden meluluskan tambahan AS$350 juta dalam bantuan ketenteraan dari inventori Pentagon, termasuk anti-perisai, senjata kecil, pelbagai amunisi, perisai badan, dan peralatan yang berkaitan. Rumah Putih juga dilaporkan meminta Kongres untuk menyediakan dana tambahan AS$6.4 bilion untuk membantu Ukraine.

United Kingdom menghantar bantuan ketenteraan pertahanan ke Ukraine dan berkata negara itu telah melatih 22,000 tentera Ukraine.

Lebih 100,000 tentera Rusia telah memasuki Ukraine, kata Presiden Zelenskyy dalam ciapan di Twitter.

Beliau enggan meninggalkan Kyiv, menolak tawaran pemindahan oleh Amerika Syarikat dan menggesa rakyat Ukraine untuk keluar berperang.

Ribuan pelarian dari Ukraine melepasi sempadan Poland di Korczowa pada 26 Februari 2022. (Gambar oleh Czarek Sokolowski/AP)

“Kami tidak akan meletakkan senjata. Kita akan pertahankan negara kita. Senjata kita adalah kekuatan kita. Ini tanah air kita. Negara kita. Anak kita. Kami akan melindungi mereka semua,” kata Presiden Zelenskyy dalam video yang disiarkan melalui media sosial.

Kementerian Pertahanan Ukraine menggesa rakyat untuk melakukan apa sahaja yang mereka mampu untuk memperlahankan kemaraan Rusia, termasuk membuang papan tanda dengan nombor dan nama jalan, di bandar, kampung dan wilayah mereka.

“Mari kita lakukan segala yang mungkin untuk menyingkirkan penjajah Rusia dari Ukraine secepat mungkin,” tulis kementerian itu di Twitter.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

“Saya perlukan peluru, bukan tunggangan,” Presiden Ukraine tolak tawaran Amerika Syarikat untuk tinggalkan negara

0

Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy menolak tawaran pemindahan dari Amerika Syarikat untuk kekal berada di dalam negaranya ketika tentera Rusia menawan lebih banyak kawasan, kata pegawai Ukraine pada 26 Februari.

“Perjuangan di sini; Saya perlukan peluru, bukan tunggangan,” kata Presiden Zelenskyy dalam satu kenyataan.

Jurucakap Jabatan Negara memberitahu The Epoch Times dalam e-mel, “Kami sentiasa maklum lokasi Presiden Zelenskyy dan berhubung rapat dengan beliau dan pasukannya.”

Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky berucap kepada negara melalui telefon pintarnya di tengah ibu negara Kyiv pada 26 Februari 2022. (Gambar oleh Ukrainian Presidential Press Office/AP)

“Kami terus memberikan sokongan kepadanya dan kerajaan Ukraine yang dipilih secara demokrasi, tetapi kami tidak akan menyentuh ke dalam hal keselamatan,” tambah jurucakap itu.

Presiden Amerika Syarikat Joe Biden berkata pada hari Jumaat, beliau menghubungi dan bercakap dengan Presiden Zelenskyy selepas sidang kemuncak tergempar Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). Biden berkata beliau “memuji tindakan berani rakyat Ukraine yang berjuang untuk mempertahankan negara mereka” dan “menyampaikan sokongan ekonomi, kemanusiaan, dan keselamatan yang berterusan disediakan oleh Amerika Syarikat serta usaha berterusan kami untuk mengumpulkan negara lain dalam menyediakan bantuan serupa.”

Pentadbiran Biden juga dilaporkan telah meminta Kongres meluluskan bantuan sebanyak AS$6.4 bilion untuk menyediakan sokongan kepada Ukraine.

Presiden Zelenskyy bercakap dengan rakyat Ukraine semasa berdiri di Kyiv, ibu negara negara itu, pada hari Sabtu ketika pertempuran telah tercetus di jalanan.

“Selamat pagi warga Ukraine. Jangan percaya berita palsu. Saya di sini. Kami tidak akan meletakkan senjata. Kita akan pertahankan negara kita. Senjata kita adalah kekuatan kita. Ini tanah air kita. Negara kita. Anak kita. Kami akan melindungi mereka semua,” kata Presiden Zelenskyy dalam video itu, dalam hantaran di media sosial.

Tentera Rusia menyerang Ukraine pada 24 Februari di mana pertempuran hebat di beberapa bahagian dan wilayah negara telah berlaku sejak itu.

Presiden Rusia Vladimir Putin menuntut rakyat Ukraine melucutkan senjata dan menggulingkan Presiden Volodymyr Zelenskyy.

Kyiv kekal di bawah kawalan Ukraine, kata Presiden Zelenskyy dalam video berasingan yang dikeluarkan oleh pentadbirannya pada awal Sabtu.

Tetapi sebagai tambahan kepada pertempuran darat, serangan udara menyebabkan kerosakan kepada bahagian bandar menyebabkan anggota tentera serta orang awam cedera dan terbunuh.

Menteri Luar Ukraine Dmytro Kuleba berkongsi gambar bangunan pangsapuri yang rosak akibat serangan, menulis “Kyiv, bandar kami yang indah dan aman, terselamat satu malam lagi di bawah serangan tentera darat Rusia, peluru berpandu.”

“Salah satunya telah melanggar sebuah apartmen kediaman di Kyiv. Saya menuntut dunia: mengasingkan Rusia sepenuhnya, mengusir duta, embargo minyak, merosakkan ekonominya. Hentikan penjenayah perang Rusia!” Kuleba menambah.

Tiada tentera luar membantu tentera Ukraine tetapi beberapa negara, termasuk Amerika Syarikat, telah menyediakan senjata dan bentuk bantuan lain.

Tentera Ukraine memeriksa kerosakan di Kyiv, Ukraine pada 26 Februari 2022. (Gambar oleh SERGEI SUPINSKY/AFP/Getty Images)

“Kami terus memberikan sokongan kepada Ukraine untuk mempertahankan diri,” kata John Kirby, setiausaha akhbar Pentagon, memberitahu pemberita di Washington. “Saya akan jelaskan di sini, kami akan menyediakan bantuan keselamatan tambahan untuk Ukraine. Bagaimana ia akan dilakukan, ia masih dalam proses.”

Presiden Zelenskyy telah mendesak NATO tentang sama ada Ukraine boleh menyertai tetapi “tiada siapa yang menjawab” katanya dalam video baru-baru ini. “Tetapi kami tidak takut, kami tidak takut apa-apa. Kami tidak takut untuk mempertahankan negara kami, kami tidak takut dengan Rusia,” katanya.

NATO pada hari Jumaat, 25 Februari mengaktifkan pasukan tindak balas pantas buat pertama kali dalam sejarah.

“Kami telah mengerahkan tentera darat dan pertahanan udara di bahagian timur bersekutu, dan aset maritim seluruh kawasan NATO, yang termasuk anggota jiran Ukraine,” kata ketuanya Jens Stoltenberg dalam kenyataan media.

Di bawah peraturan NATO, serangan terhadap salah satu negara anggota dianggap sebagai serangan terhadap semua negara anggota.

Pegawai Rusia berkata mereka menceroboh Ukraine kerana potensi menyertai NATO tidak ditolak oleh pemimpin Ukraine atau pegawai NATO.

Perdana Menteri Finland berkata berikutan pencerobohan itu, ia mengubah perdebatan sama ada Finland perlu menyertai, yang mendorong Maria Zakharova, jurucakap menteri luar Rusia, membuat kenyataan, sekiranya Finland atau Sweden menyertai NATO, ia akan mencetuskan “akibat ketenteraan dan politik yang serius.”

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor: