28.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, August 26, 2025
Utama Blog Laman 202

Serangan Rusia cetus kebakaran reaktor loji nuklear terbesar Zaporizhzhia, kebimbangan bencana ’10 kali lebih besar Chernobyl’

0

Loji nuklear terbesar di Eropah, Zaporizhzhia di Ukraine terbakar pada awal pagi Jumaat waktu tempatan selepas serangan oleh tentera Rusia.

Jurucakap loji Zaporizhzhia, Andriy Tuz mengesahkan dalam video yang disiarkan melalui Telegram bahawa salah satu daripada enam reaktor itu terbakar, tetapi reaktor itu tidak digunakan.

“Terdapat ancaman sebenar bahaya kebocoran di stesen janakuasa tenaga nuklear terbesar di Eropah,” katanya.

Beliau memberitahu televisyen Ukraine bahawa peluru kereta kebal terjatuh terus ke loji Zaporizhzhia, tetapi reaktor yang terbakar sedang dalam pengubahsuaian dan tidak beroperasi. Walau bagaimanapun terdapat bahan api nuklear di dalamnya, lapor AP.

Gambar Daily Mail

Anggota bomba tidak dapat mendekati loji kerana mereka ditembak, kata Tuz.

Rakaman siaran langsung menunjukkan barisan kenderaan tentera menembak ke arah bangunan di loji nuklear, menyebabkan api marak dan mencetuskan kebimbangan berlakunya bencana radiasi di negara itu yang kini diceroboh tentera Rusia.

Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) melaporkan, kira-kira sejam sebelum subuh di Ukraine pada hari Jumaat, pegawai nuklear negara itu berkata kebakaran tidak menjejaskan peralatan ‘penting’.

IAEA berkata kakitangan loji telah ‘mengambil langkah mitigasi’.

Ketika huru-hara berlaku, seorang pegawai Kyiv memberitahu AP bahawa tahap radiasi yang tinggi telah dikesan berhampiran tapak loji itu. Jurucakap loji kemudian berkata ia kekal pada tahap normal, dan saluran TV 24 Ukraine memetik pengarah loji berkenaan berkata ‘keselamatan radiasi’ telah dijamin.

Agensi Tenaga Atom Antarabangsa berkata mereka amat bimbang – tetapi menekankan tiada peningkatan dalam tahap sinaran telah dilaporkan.

Kementerian Tenaga Atom Ukraine berkata salah satu daripada enam unit jana kuasa di loji itu telah disambar api dalam kebakaran akibat serangan Rusia. Zaporizhzhia mempunyai enam reaktor nuklear dan menghasilkan hampir satu perempat tenaga di Ukraine.

Gambar Daily Mail

Pegawai pada mulanya melaporkan tentera Rusia menghalang pasukan kecemasan daripada menghampiri bahagian kebakaran dalam unit yang menempatkan bahan radioaktif, tetapi media tempatan kemudian berkata anggota bomba kini sedang berusaha untuk memadamkan kebakaran.

Dmytro Kuleba, Menteri Luar Ukraine berkata terdapat ‘tembakan dari kedua belah pihak’ dalam pertempuran berhampiran loji itu.

“Tentera Rusia menembak dari semua arah ke Zaporizhzhia, loji tenaga nuklear terbesar di Eropah,” maklumnya di Twitter.

“Kebakaran telah pun berlaku. Jika ia meletup, ia akan menjadi 10 kali lebih besar daripada Chernobyl! Rusia mesti SEGERA menghentikan kebakaran, membenarkan anggota bomba masuk, mewujudkan zon keselamatan!” katanya.

Kuleba merujuk bencana loji kuasa nuklear Chernobyl tahun 1986 di utara negara itu, ketika Ukraine dibawah Kesatuan Soviet.

Tetapi selepas beberapa jam ketidakpastian, pihak berkuasa Ukraine berkata tapak berada dalam keadaan selamat.

Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy menuduh Rusia sebagai pencetus ‘keganasan nuklear’ dan mahu mengulangi bencana Chernobyl yang dikenali sebagai bencana nuklear terburuk dalam sejarah dunia.

“Anda tahu perkataan ‘Chernobyl’. Tiada negara selain Rusia yang pernah menembak unit kuasa nuklear. Ini adalah kali pertama dalam sejarah, dalam sejarah umat manusia. Negara pengganas kini menggunakan keganasan nuklear,” katanya dalam mesej video pada pagi Jumaat, sambil menyeru Rusia untuk menghentikan serangan.

Gambar Daily Mail

Sementara itu, jurucakap Amerika Syarikat dan United Kingdom berkata situasi itu sebagai ‘membimbangkan’, sambil menambah, “Kedua-dua pemimpin bersetuju Rusia mesti segera menghentikan serangannya ke atas stesen janakuasa nuklear dan membenarkan akses tanpa halangan untuk menghantar perkhidmatan kecemasan ke loji itu”.

“Perdana Menteri berkata tindakan melulu Presiden Putin kini secara langsung boleh mengancam keselamatan seluruh Eropah. Beliau berkata UK akan melakukan segala yang termampu untuk memastikan keadaan tidak bertambah buruk,” kata jurucakap Boris Johnson.

Kedua-dua pemimpin kuasa besar itu bersetuju gencatan senjata adalah penting.

Pertempuran sengit antara tentera Ukraine dan Rusia ketika mereka berjuang untuk menguasai wilayah pengeluar tenaga utama. Datuk bandar Dmytro Orlov yang melaporkan kebakaran itu menambah terdapat korban tanpa memberikan butiran.

“Akibat serangan berterusan musuh ke atas bangunan dan unit loji tenaga nuklear terbesar di Eropah, loji kuasa nuklear Zaporizhzhia terbakar,” kata Orlov, memetik apa yang disebutnya sebagai ancaman kepada keselamatan dunia.

Video menunjukkan api dan asap hitam kelihatan di bandar yang berpenduduk lebih 50,000, dengan orang ramai merakam di sebalik kereta yang rosak, hanya sehari selepas agensi pemerhati atom PBB menyatakan kebimbangan besar pertempuran boleh menyebabkan kerosakan tidak sengaja ke atas 15 reaktor nuklear di Ukraine.

Pihak berkuasa Ukraine melaporkan tentera Rusia sedang meningkatkan usaha untuk merampas loji itu dan telah memasuki bandar dengan kereta kebal pada Khamis, dalam usaha untuk memenangi kawalan wilayah pengeluar tenaga utama.

Gambar Daily Mail

Dalam pada itu, Amerika Syarikat dan NATO telah menolak permintaan Ukraine untuk mewujudkan zon larangan terbang kerana langkah itu secara langsung akan menyaingi tentera Rusia dan Barat, dengan kebimbangan tindakan sedemikian boleh menjadi percikan yang mencetuskan Perang Dunia Ketiga.

Zaporizhzhia ialah tapak nuklear terbesar di Ukraine dan Eropah, dengan enam daripada 15 reaktor di negara itu.

Rusia telah pun menawan loji nuklear Chernobyl yang telah ditamatkan operasinya, tempat kejadian bencana nuklear terburuk di dunia pada tahun 1986.

Penyelidikan oleh pakar Greenpeace International mendapati, dalam senario terburuk di mana letupan memusnahkan sistem pembendungan dan penyejukan reaktor di Zaporizhzhia, ia boleh mencipta bencana yang jauh lebih teruk daripada Fukushima di Jepun pada 2011.

Gambar Daily Mail

Pada hari Rabu, orang awam Ukraine membina sekatan jalan raya sementara dengan lori jingga terang dan longgokan tayar di laluan utama ke tapak Zaporizhzhia.

Mengibarkan bendera Ukraine, tentera sukarelawan membina sekatan manusia berhampiran bandar Enerhodar untuk menghentikan kemaraan tentera Rusia.

Rakaman yang disiarkan di media sosial menunjukkan sekatan itu, dilaporkan sepanjang satu kilometer dan terdiri daripada sekerap kereta, lori sampah dan beg pasir.

Anton Gerashchenko, penasihat kepada kementerian dalam negeri Ukraine, memberi amaran pada hari Rabu bahawa Rusia boleh mencipta ‘Chernobyl baharu’ jika loji itu rosak.

‘Kerana kegilaan Vladimir Putin, Eropah sekali lagi berada di ambang malapetaka nuklear,’ tulisnya di Facebook.

Gambar Daily Mail

Rusia telah menulis surat kepada Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dengan menyatakan tenteranya telah menguasai kawasan sekitar loji itu.

Badan pemerhati nuklear PBB berkata Moscow mendakwa juruteknik di Zaporizhzhia meneruskan ‘kerja mereka untuk menyediakan keselamatan nuklear dan memantau sinaran dalam mod operasi biasa’.

“Tahap sinaran kekal normal,” kata mereka.

Ketua IAEA Rafael Grossi memberi amaran sebarang “kemalangan yang melibatkan kemudahan nuklear di Ukraine boleh membawa kesan buruk kepada kesihatan awam dan alam sekitar”.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Dilanggar kereta dari arah belakang, pemandu baik hati ini tidak tuntut sebarang ganti rugi

0

Kemalangan jalan raya boleh sahaja berlaku kepada sesiapa sahaja. Terkadang kita sudah sangat berhati-hati tetapi ada pula kesilapan teknikal yang tidak dapat dielakkan. Akibatnya, kita mungkin akan mengalami kemalangan- tidak kira sama ada kemalangan kecil mahupun serius.

Apa yang lebih membimbangkan jika kemalangan yang berlaku melibatkan pihak ketiga. Kita bukan sahaja perlu memikirkan keadaan sendiri tetapi dalam masa yang sama perlu bertanggungjawab ke atas mereka yang terlibat.

Baru-baru ini tular sebuah video di laman sosial TikTok di mana seorang wanita berhadapan dengan detik cemas apabila dia terlibat dalam sebuah kemalangan. Dia dengan secara tidak sengaja telah terlanggar sebuah kereta di hadapannya. Kebiasaannya, jika hal itu berlaku pemandu (mangsa) pasti akan marah dan paling tidak pun akan meminta ganti rugi. Namun, berbeza kali ini semua adegan tersebut tidak berlaku.

Wanita bernama Shuhada Mohamad yang berusia 27 tahun itu dikatakan dalam perjalanan ke tempat kerja apabila dia mengalami kemalangan berhampiran Lebuhraya Persekutuan. Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi dan saat itu jalan kelihatan sibuk dengan kenderaan.

Apa yang terjadi ialah ketika dia cuba menekan brek keretanya, dia secara tidak sengaja telah terlanggar kereta di hadapan. Hal ini kerana brek keretanya sudah haus dan tidak dapat berhenti dengan baik.

Memandangkan ini kali pertama dia mengalami kemalangan, Shuhada panik dan sangat cemas kerana dia menyangka pemilik kereta di hadapannya akan memarahinya.

Selepas keluar dari kereta, dia memohon maaf bersungguh-sungguh kepada pemandu itu yang merupakan seorang wanita. Dia kemudian meminta wanita itu pergi ke bengkel bersamanya.

Bagaimanapun, wanita berusia 40-an itu menolak kerana ketika itu dia dalam keadaan sibuk dan tidak mempunyai masa. Melihat Shuhada yang panik dan cemas dia kemudian cuba menenangkan Shuhada.

“Jangan risau, ia cuma sedikit (kerosakan). Tidak mengapa, semua orang melakukan kesilapan,” ujar wanita baik hati itu.

Selepas bertukar nombor telefon, mereka meneruskan perjalanan masing-masing.

Apa yang menarik ialah selepas pemilik kereta Honda pergi ke bengkel kemudiannya untuk membaiki keretanya, dia menghubungi Shuhada dan memberitahunya bahawa Shuhada tidak perlu membayar apa-apa.

Shuhada sangat bersyukur kerana dipertemukan dengan insan yang pemaaf. Selain itu, dia menggesa semua orang untuk memeriksa dan menyelenggara kereta mereka secara rutin kerana kejadian ini berpunca daripada pad breknya yang haus.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Gara-gara diberi makan biskut oleh neneknya, bayi usia 3 hari alami bengkak

0

Antara hal yang paling ditunggu-tunggu oleh ibu bapa ialah masa untuk memberikan makanan pertama buat bayi mereka. Selama berbulan-bulan bayi kecil hanya diberikan minum susu jadi apabila tiba masanya pasti ramai yang tidak sabar memberikan ‘solid food’ kepada si kecil.

Namun begitu, tidak semua makanan pejal boleh diberikan kepada bayi bahkan air kosong juga sebenarnya tidak boleh diberikan sewang-wenangnya kepada bayi kecil. Mereka perlu mencapai usia tertentu sebelum mereka boleh diberikan minum selain susu atau makan makanan pejal. Jika ‘peraturan’ tersebut tidak diiukuti dibimbangi akan memberi kesan terhadap kesihatan bayi itu.

Baru-baru ini seorang ibu di laman TikTok meluahkan rasa kecewa dan sedih melihat bayi kecilnya jatuh sakit akibat diberikan makanan pejal. Menurut wanita itu, dia sangat terkejut sejurus sahaja melihat keadaan anaknya yang baru sahaja berusia tiga hari itu lain daripada lain dan tidak seperti hari biasa.

Apa yang berlaku ialah ibu mertuanya telah memberikan biskut kepada bayinya yang baru berusia tiga hari itu. Video tersebut terus mendapat perhatian netizen yang turut terkejut serta geram kerana tidak disangka-sangka mentuanya sanggup melakukan hal itu terhadap bayi kecil itu.

Menerusi perkongsian video dimuat naik oleh pengguna TikTok bernama @YustiRidayanti itu, dia menjelaskan keadaan anaknya yang bengkak akibat diberi makan biskut. Meskipun baru sahaja berusia tiga hari tetapi sudah disuap dengan biskut sebanyak tiga kali sehari oleh ibu mentuanya sendiri.

“Di mukanya banyak bintik-bintik merah. Saya sapu guna tepung kanji. Setelah itu dadanya bengkak sebab baru tiga hari tetapi sudah disuap biskut sebanyak tiga kali sehari,” jelas ibu tersebut.

Meninjau ke video lain, si comel itu dikatakan sudah semakin sembuh dan warganet turut menasihati agar tidak memberi sebarang makanan pejal sebelum usia 6 bulan.

Jelas Yusti, dia tahu mengenai perkara itu tetapi tidak dapat menghalang perbuatan ibu mentuanya itu kerana sudah banyak kali dihalang tetapi gagal.

“Alhamdulillah, sekarang dia dah bertambah sihat. Bukan saya tak tahu. Saya dah cuba halang mentua tetapi saya dimarahi olehnya,” tulis ibu itu di ruangan kapsyen.

Masih ramai ibu bapa yang keliru tentang pemakanan anak yang masih bayi. Ada yang sudah memberikan makanan pejal kepada anak sebelum mereka mencapai umur 6 bulan lagi. Malah ada yang tidak sarankan untuk memberikan makanan pejal kepada bayi sehingga mereka mencecah umur 6 bulan. Jadi, apa sebenarnya yang perlu dilakukan?

Berikut adalah perkongsian yang pernah dikongsikan oleh seorang doktor pakar, Dr Zubaidi Hj Ahmad di laman Facebook miliknya mengenai pemakanan bayi:

“Ramai ibu bapa yang fikir memberi anak makan pada usia 6 bulan keatas. Tapi sebenarnya kita boleh mula memberi makan seawal 4 bulan bergantung kepada keadaan bayi tersebut. Adakah ia benar? Boleh Dr explain kan lebih detail mengenai perkara ini?” tulisnya dalam status tersebut.

Saya tidak bersetuju pemberian makanan kurang dari enam bulan. Saya berpendapat pemberian makanan ‘semisolid’ tidak seharusnya dimulakan terlalu awal. Ini kerana sistem penghadaman bayi belum matang.

Ia bukan saja menyebabkan masalah penghadaman seperti kembung perut, cirit birit, dan sembelit tetapi ia juga menyebabkan masalah sistem perkumuhan seperti ginjal dan hati.

American Association of Pediatrician pada 2003 mencadangkan pemberian makanan ‘semisolid’ pada umur setahun bagi mengelak risiko mendapat alahan pada kulit, dan sistem pernafasan. Ini bermakna lebih lewat (sehingga setahun) lebih baik untuk mengelakkan kemudaratan. Pada saya ibubapa hanya digalakkan memberi makan ‘semisolid’ pada bayi sebelum berumur setahun jika:

  1. Berat badan bayi tidak setara dgn usianya. Contohnya sepatutnya pada usia masa itu berat bayi sepatutnya 6 kg, tetapi bayi hanya berat 4kg saja.
  2. Bekalan susu ibu tidak mencukupi. Jika bekalan susu ibu banyak dan ibu tidak bekerja (boleh memberikan susu ibu sekerap mungkin), tidak perlu bagi makanan semisolid. Teruskan penyusuan ibu dan makanan semusolid boleh diberikan selepas setahun.

Susu ibu adalah makanan terbaik bagi bayi.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Hamil ketika hamil, wanita ini hamil bayi kedua selepas lima hari kandungkan anak pertama

0

Seorang wanita di Amerika Syarikat mendedahkan bagaimana dia boleh hamil kali kedua hanya selang lima hari dia disahkan hamil dengan bayi pertamanya.

Pasangan Odalis dan Antonio Martinez dari California ini, menceritakan bahawa mereka sangat gembira apabila mendapat tahu bahawa Odalis sedang mengandung pada November 2020. Pasangan ini pernah juga pernah mengalami kekecewaan akibat keguguran beberapa bulan sebelumnya.

Menurut laporan Daily Mail, wanita berusia 25 tahun itu mendapati, sewaktu imbasan pertama dilakukan dia telah dimaklumkan doktor sebenarnya dia mengandungkan dua bayi. Apa yang mengejutkan kedua-dua orang bayi itu dikandung pada masa yang berbeza tetapi dalam minggu yang sama.

“Ketika membuat pemeriksaan ultrasound pertama, doktor memberitahu saya bahawa dia telah menemui bayi lain yang juga mempunyai degupan jantung.

Dan doktor memberitahu saya bahawa mereka dikandung selang lima hari, yang saya sendiri tidak tahu pun boleh berlaku.” cerita Odalis.

Fenomena ini dikenali sebagai superfetation, keadaan di mana apabila kehamilan kedua baru berlaku beberapa hari atau minggu selepas kehamilan pertama dan ianya sangat jarang untuk berlaku.

Apa yang lebih comel, wajah anak-anaknya juga sangat mirip antara satu sama lain, walaupun mereka bukanlah pasangan kembar.

Odalis yang kini bekerja sebagai seorang kaunselor berkata, “Saya hamil semasa saya sudah mengandung. Selepas membaca banyak artikel saya tahu bahawa mereka secara teknikalnya bukan kembar. Bagi tidak mengelirukan tanggapan orang ramai yang menyatakan mereka kembar, saya hanya mengiakan saja ‘Ya, mereka kembar’.

Kadang-kadang saya dan suami, lebih-lebih lagi suami saya, akan membuat mereka bercampur-campur antara satu sama lain.”

Odalis yang pernah hamil sebelum imi mendapati dia keguguran semasa pemeriksaan yang dilakukan pada 12 minggu kehamilannya sekitar Julai 2020.

Beberapa bulan kemudian pasangan itu memutuskan untuk mencuba lagi, dan dia hamil pada bulan yang sama.

Odalis berkata: ‘”Saya sangat gembira kerana ujian kehamilan adalah positif dan kami dalam perjalanan kehamilan kami sekali lagi.

“Saya berasa sangat bertuah. Saya tahu ramai orang yang telah cuba untuk hamil dan hanya tidak dapat jadi itu juga ketakutan saya, tetapi syukurlah itu bukan kes kami dan saya hamil dengan cepat.”

Menurutnya lagi walaupun gembira dalam masa yang sama dia turut berasa takut dan bimbang yang dia akan keguguran lagi. Walau bagaimanapun dia tetap berharap yang terbaik dan berharap supaya kejadian lalu tidak berlaku lagi.

Odalis menjalani ultrasound pertamanya seorang diri kerana Antonio terpaksa menunggu di luar kerana peraturan Covid.

Odalis berkata: “Saya sangat takut bahawa mereka akan memberitahu saya, “Oh, tiada degupan jantung”, jadi saya sangat cemas sepanjang masa saya menghantar mesej kepada Antonio.

Semasa doktor datang kepadanya dia mula bersedia dengan segala kemungkinan dan apabila doktor memberitahu dia mengesan degupan jantung Odalis terus menangis kegembiraan. Tidak lama selepas itu doktor memberitahu bahawa dia dapat mengesan satu lagi degupan jantung.

Ibu kepada dua anak itu berkata tarikh bersalinnya ditetapkan pada pertengahan – dua hari selepas seorang bayi berusia 40 minggu dan dua hari sebelum bayi yang lain berusia 40 minggu.

Menurut Odalis lagi dia berasa ia seperti sebuah keajaiban. Selepas apa yang terjadi pada kehamilan pertama dahulu, dia merasakan kehamilan kali ini adalah sesuatu yang sangat istimewa dan ajaib.

“Ia adalah saat yang sangat indah untuk akhirnya dapat memegang mereka dalam pelukan saya.

Apabila saya memegang mereka dan tahu bahawa mereka baik-baik sahaja, saya tidak dapat menjelaskan perasaan itu. Saya sayang keluarga dan suami saya, tetapi saya tidak pernah mengalami cinta dan kebahagiaan seperti itu.”

Wanita itu bersalin pada 10 Ogos 2021 yang diberikan nama Lilo dan Imelda. Di mana, Lilo dilahirkan dahulu diikuti dengan Imelda.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Kematian sebenar COVID-19 di China 366 kali ganda dari angka rasmi – Penganalisis

0

Rejim China mungkin telah memperkecilkan kadar kematian COVID-19 negara itu sebanyak 17,000 peratus, dalam kempen penindasan data yang sistematik untuk mengekalkan imej politiknya, menurut seorang penganalisis Amerika Syarikat.

Itu akan menjadikan jumlah kematian COVID-19 di China kira-kira 1.7 juta berbanding laporan 4,636 kematian kumulatif selama dua tahun yang dikekalkan oleh pihak berkuasa China. Ini adalah 366 kali ganda dari angka rasmi.

Penemuan tersebut, dilakukan oleh George Calhoun, pengarah program kewangan kuantitatif di Institut Teknologi Stevens, berdasarkan data pada bulan Januari yang dijana oleh model yang dibangunkan The Economist.

Para pekerja pembersihan melakukan operasi nyahkuman di Xian, Wilayah Shaanxi, China pada 11 Januari 2022 (Gambar oleh STR/AFP/Getty Images)

Sebilangan besar kematian yang direkodkan secara rasmi di China datang dari Wuhan dalam tempoh tiga bulan pertama wabak itu, dengan hanya ratusan lagi dilaporkan di seluruh negara sejak itu.

Rejim China hanya melaporkan empat kematian tambahan sejak 18 April 2020, meletakkan China sebagai negara yang mempunyai kadar kematian COVID-19 terendah di dunia, yang dibanggakan oleh Zhong Nanshan, pakar epidemiologi China yang menyelia tindak balas pandemik di China, minggu lalu.

Tetapi titik data mengagumkan itu-ratusan kali lebih rendah berbanding di Amerika Syarikat- yang memegunkan Calhoun.

“Itu adalah mustahil. Ia adalah mustahil dari segi perubatan, ia adalah mustahil secara statistik,” kata Calhoun kepada NTD, saluran media sekutu The Epoch Times.

(Gambar oleh HECTOR RETAMAL/AFP/Getty Images)

“Ingat, pada 2020, tiada vaksin, tiada rawatan,” katanya. “Jadi anda mempunyai populasi yang tidak dilindungi yang menunjukkan kematian sifar COVID-19, walaupun mereka mempunyai puluhan ribu kes.”

Menyusun rekod awam dan laporan penyelidikan terdahulu, dan menganalisis corak rejim itu menutup skandal pada masa lalu, Calhoun membuat kesimpulan yang baginya nampak jelas: China telah menjadikan dasar “sifar COVID” sebagai objektif politik, dan secara sistematik memalsukan data untuk menyokong tuntutannya.

“Seseorang menghantar mesej pada penghujung suku pertama pada 2020 dan berkata, ‘Baiklah, kami mahu melihat sifar COVID. Itu dasar kami.’ Dan ia menjadi sifar COVID,” kata Calhoun.

Tidak wajar

Perkara memeranjatkan yang pertama ialah penurunan mendadak dalam laporan kematian COVID-19 sejak April 2020 dari tanah besar China selepas kadar jangkitan “bergelora”, kata Calhoun.

Sejak 18 April 2020 hingga 8 Januari 2022, lebih 35,000 kes dilaporkan di tanah besar China (tidak termasuk kes tanpa gejala), menurut data rasmi daripada Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China. Hanya empat kematian direkodkan dalam tempoh yang sama.

Sebagai perbandingan, Hong Kong, yang melaporkan data separuh daripada jumlah jangkitan COVID-19 sepanjang tempoh itu, telah melaporkan 213 kematian setakat ini.

Kadar kes kematian (jumlah bahagian mereka yang dijangkiti dan meninggal dunia) di Wuhan dalam tempoh tiga bulan pertama pandemik itu berpurata 7.7 peratus, lebih lima kali ganda daripada Amerika Syarikat dan empat kali ganda purata di dunia.

Angka kematian di Wuhan berbanding negara lain di dunia (Ihsan George Calhoun)

Dua senario dalam kebarangkalian: sama ada virus itu “jauh lebih membawa maut pada awal 2020 di Wuhan berbanding di tempat lain, pada bila-bila masa lain,” atau sebagai alternatif, angka jangkitan rasmi dari China terlalu kecil dengan faktor tiga atau empat, kata Calhoun.

Sepanjang 20 bulan berikutnya, terdapat ketidakkonsistenan data COVID-19 dari China. Sehingga September 2021, China telah menjadi satu-satunya negara di dunia yang tidak memberikan data lengkap tentang lebihan kematian—kematian yang tidak dapat dijelaskan di luar trend biasa yang boleh menawarkan anggaran kasar bagi kematian COVID-19 yang tidak dikira, tinjauan oleh Universiti Washington menunjukkan.

Model The Economist berusaha untuk mengimbangi jurang data tersebut. Berdasarkan model itu, Calhoun berkata lebihan kematian China dikurangkan sebanyak kira-kira 17,000 peratus. Percanggahan ini, katanya, mengatasi negara yang terlibat dalam pergolakan awam berskala besar, seperti Libya, Iraq, Afghanistan dan Venezuela. Venezuela, yang tertinggi kalangan empat negara itu, mempunyai anggaran lebihan nisbah kematian COVID-19 sebanyak 1,100 peratus.

Anggaran kematian di China sebanyak 17,000 peratus dikurangkan (Ihsan George Calhoun)

Kiraan kematian tidak tepat akibat virus tersebar luas di seluruh negara. Berdasarkan model The Economist, jumlah rasmi Amerika Syarikat adalah tidak tepat serendah kira-kira 30 peratus. Tetapi dalam kes di China adalah terlalu melampau.

“Mereka melonjak bumbung,” kata Calhoun mengenai percanggahan antara angka rasmi COVID-19 di China dan anggaran jumlah sebenar kematian.

“Sesuatu yang mendorong perkara itu.”

Walaupun virus mungkin tidak boleh dipersalahkan untuk lompatan angka itu, pihak berkuasa China yang menutup mulut telah menawarkan beberapa petunjuk tentang apa lagi perkara yang bakal berlaku.

Anggaran Calhoun bertepatan dengan bukti anekdot daripada penduduk tempatan, dokumen dalaman yang dibocorkan kepada The Epoch Times, dan kajian penyelidikan mengenai kesan virus itu di China, yang semuanya menunjukkan bahawa angka rasmi telah sangat dipandang remeh atau diperkecilkan.

Pada bulan-bulan awal ketika wabak pertama kali muncul di Wuhan, beberapa pekerja rumah pengebumian di bandar itu memberitahu The Epoch Times bahawa mereka bekerja tanpa henti untuk membakar mayat. Pada bulan Mac, beribu-ribu tempayan abu dihantar ke salah satu krematorium, apabila jumlah kematian rasmi melebihi 2,000. Pihak berkuasa menaikkan angka kematian sebanyak 50 peratus sebulan kemudian, yang mengaitkan jurang itu kepada ketidakcekapan pentadbiran.

Pesakit COVID-19 dibawa ke Hospital Wuhan Red Cross, China pada 25 Januari 2020. (Gambar oleh HECTOR RETAMAL/AFP/Getty Images)

Satu kajian yang diterbitkan dalam The Lancet pada Mac tahun lalu menyatakan seramai 968,800 warga di Wuhan mempunyai antibodi menjelang April 2020, yang bermakna mereka telah dijangkiti virus itu dan mencapai imuniti.

Ketidakkonsistenan data tidak terhad kepada Wuhan. Dalam tempoh dua minggu pada Februari 2020, dokumen dalaman daripada pihak berkuasa kesihatan Shandong menunjukkan hampir 2,000 individu telah diuji positif untuk virus itu, tetapi hanya 755 jangkitan direkodkan secara terbuka.

Dokumen yang bocor menunjukkan rejim PKC terus menganggap kawalan virus sebagai tugas politik.

Dalam beberapa fail yang diperoleh baru-baru ini oleh The Epoch Times, seorang pegawai tinggi China Wilayah Shaanxi, di mana ibu negerinya Xi’an yang dilanda virus, telah mengarahkan “langkah paling sukar” dilaksanakan untuk menyekat penularan virus selanjutnya dari Xi’an. Dengan Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing bakal mendatang, kebocorannya akan mewujudkan “risiko sistemik” dan “mencemarkan imej negara,” kata dokumen itu.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Penari balet berhijab pertama di dunia, Stephanie Kurlow tidak gentar hadapi dunia

0

Diskriminasi terhadap golongan berhijab di luar negara sering diperkatakan, sehingga tanpa dinafi jika seseorang itu tidak memahami, ia mampu mencetuskan ketegangan kaum dan agama. 

Memandangkan pemakaian hijab dalam tarian klasik barat yang memerlukan pemakaian kostum ketat dan ringan seperti balet, ia sudah pasti akan diperkatakan serta mendapat tentangan majoriti masyarakat barat yang ingin menjaga tradisi mereka.

Namun kemunculan seorang balerina berhijab menunjukkan kecekalannya untuk meneruskan cita-cita menjadi penari balet yang disegani amat menarik perhatian dunia.

Instagram

Kita semua maklum bahawa kostum balet dengan skirt terapung dan pakaian ketat melilit tubuh, tetapi kini ia mengalami perubahan imejnya yang sinonim apabila seorang gadis kacukan Australia-Rusia, Stephanie Kurlow memakainya bersama hijab untuk menutup auratnya.

Stephanie, 20 tahun dengan tekad telah membuktikan bahawa seorang Muslim mampu mengejar impian bergelar seorang balerina sambil tidak lupa menjaga aurat wanita yang menjadi tuntutan ajaran Islam.

Instagram

Ketika menari, orang ramai hanya perlu menumpukan tumpuan kepada persembahan dan bukannya aurat seseorang. Maka adalah tidak salah untuk melakukan apa-apa aktiviti pun baik dalam bidang hiburan mahupun sukan sambil memelihara aurat masing-masing.

Revolusi pemakaian kostum balet yang dibawakan oleh Stephanie sekali gus membawanya kepada gelaran balerina berhijab pertama di dunia.

Instagram

Stephanie Kurlow merupakan seorang penari balet kelahiran Australia dan mula mempelajari teknik tarian balet seawal usia 2 tahun.

Keluarga Stephanie memeluk Islam ketika beliau berusia 9 tahun dan sejak itu mereka mula tertarik serta patuh mengamalkan ajaran agama baharu.

Instagram

Bakat Stephanie dalam tarian balet telah dicungkil dan digilap ketika usia gadis ini mencecah 11 tahun. Menjelang usianya meningkat remaja, Stephanie mengambil keputusan untuk memakai hijab, dan dari sini bermulanya cabaran apabila kebanyakan studio tarian enggan menerimanya sebagai pelajar mereka. 

Instagram

Selepas tiada studio tarian yang mahu menerima Stephanie, ibunya sendiri telah mengambil inisiatif untuk membuka studio tarian bagi membolehkan anaknya itu terus berlatih tarian balet yang amat dicintainya. Minat yang terus digilap sehingga kini.

Tidak mahu orang lain mengalami pengalaman yang sama dengannya, Stephanie bercita-cita untuk membuka studio tariannya sendiri yang akan membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang bercita-cita menjadi penari balet berjaya tanpa halangan.

Instagram

Selain berbakat dalam balet, Stephanie juga berminat dalam industri kreatif seperti bidang penulisan dan lukisan. Apa yang menarik, gadis ini telah mengambil cuti selama tiga tahun untuk mendalami kedua-dua bidang ini.

Pada masa sama, Stephanie juga menyertai kumpulan muzik Australia, The Wiggles yang telah menjelajah seluruh Australia.

Instagram

Gadis cekal berbakat besar ini juga pernah menerima biasiswa daripada jenama fesyen terkenal Sweden, Bjorn Borg ekoran kisah pengalaman hidupnya itu yang memberi inspirasi.

Ketika berpeluang terlibat dengan kempen jenama Converse dan Lenovo baru-baru ini, Stephanie telah lantang memberi semangat kepada para remaja di negaranya yang memakai hijab untuk terus gigih mengejar cita-cita sambil menempuh semua cabaran dan dugaan yang mendatang bersamanya.

Instagram

Stephanie Kurlow memberi inspirasi kepada semua untuk sentiasa menjadi diri sendiri dan amalkan gaya hidup yang baik dengan hati yang baik walau apa pun halangannya.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Kucing dua beradik dengan personaliti berbeza apabila salah seekor berlagak seperti ‘ibu’ mereka

0

Memerhatikan personaliti haiwan, ia mungkin sekali sekala tidak ubah seperti manusia dengan sifat melindunginya walaupun dia itu bukanlah berperanan ibu.

Apabila seorang wanita bernama Claudia menemui dua ekor anak kucing jalanan terbiar, mereka saling berpelukan antara satu sama lain dan hanya berharap menunggu ibu mereka pulang, yang sudah pasti tidak akan pulang.

Facebook

Mereka kelihatan sangat takut membuatkan Claudia berasa sedih dan amat bersimpati.

Salah seekor yang dinamakan Pearl mengambil alih peranan ibu mereka dengan serta-merta.

Facebook

Pearl jelas amat berhati-hati dan berasa curiga dengan Claudia yang membawa mereka pulang ke rumah perlindungan.

Sejak awal lagi, Pearl sering memastikan dia dapat menjaga adiknya Sandy dengan baik, dengan sifat melindunginya.

Facebook

Kerana anak kucing ini seperti berharap akan ada orang yang menjaganya.

Pearl menghabiskan banyak masa dalam beberapa hari pertama itu untuk membelai dan mendandan Sandy, juga memastikan Sandy cukup makan.

Facebook

Agak sedih bagi Claudia melihat Pearl hanya memerhatikan seperti dia berasa kurang gembira dan bimbang sambil tidak sanggup mengatakan yang dirinya hanya seekor anak kucing, yang juga layak untuk bermain.

Manakala Sandy pula sudah pun berasa seronok berinteraksi dengan Claudia dan bermain dengan permainan yang diberikan, serta mencari perkara yang berbeza untuk bermain, seperti mana yang dilakukan oleh anak kucing lain yang normal.

Facebook

Lama kelamaan, Claudia menyedari bahawa apa yang Pearl lakukan hanyalah untuk membuat kenyataan yang Sandy itu adalah miliknya.

Mungkin dia fikir, “Saya tidak boleh menghadapi kehilangan lagi. Ini kawan baik saya!”

Facebook

Ia mengambil masa kira-kira seminggu untuk Pearl membuka dirinya, menerima hakikat yang dia sebenarnya seekor anak kucing yang normal.

Untuk memutuskan hubungan berhati-hati dan menerima belaian orang lain dengan berkata, “Saya akan baik-baik sahaja..”

Facebook

Jadi Pearl mula bermain dan memberi Claudia banyak keyakinan terhadap dirinya dengan keupayaannya untuk menjadi kucing biasa.

Menjelang 10 hari kemudian, Pearl akhirnya mula berjalan ke arah Claudia dan berinteraksi dengan haiwan lain melalui pintu dalam rumah itu.

Facebook

Apabila mereka mula-mula keluar dari bilik kuarantin, mereka teragak-agak dan malu, tetapi kira-kira tiga atau empat hari kemudian, Claudia berasa tidak boleh meletakkan mereka kembali ke dalam bilik itu jika dia mahu.

Claudia mula menyedarinya kerana kucing lain yang peramah bernama Violet telah berinteraksi dengan kedua anak kucing itu melalui pintu.

Facebook

Claudia berpendapat Violet mengajar mereka dengan berkata rumah perlindungan itu adalah tempat yang selamat. Anak-anak kucing itu benar-benar memandang tinggi kepada Violet.

Kini mereka benar-benar dua anak kucing yang sangat yakin, dan Claudia rasa Violet ada kaitan dengannya.

Facebook

Walau apa pun masa depan dua beradik meow ini, Pearl dan Sandy masih rapat dengan bergantung antara satu sama lain untuk mendapatkan keselesaan. 

Facebook

Memerhatikan personaliti mereka yang berbeza, dengan yang seekor itu amat lincah menceriakan, manakala seekor lagi merasakan yang dia adalah ‘ibu’ yang suka melindungi adalah perkara indah untuk menghangatkan hati.

Tonton video di sini.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

7 tahun hilang, kucing ini berjalan sekitar 2000 batu untuk kembali kepada tuannya semula

0

Bunyinya seperti mustahil tetapi itulah hakikat yang berlaku. Percaya atau tidak kucing comel berbaka moggy yang dikatakan telah hilang tujuh tahun lalu akhirnya kembali ke pangkuan pemiliknya. Penghargaan tidak terhingga kepada seorang kakitangan awam yang telah membawanya pulang semula.

Si comel bernama Ebi itu dikatakan telah diadopsi pada tahun 2015 oleh Joe dan Leanna Drnec ketika mereka tinggal di California. Tetapi pada masa pasangan itu telah kerap berpindah-randah ke seluruh negara termasuk ke Knoxville, Tennessee dan tanpa disedari mereka kehilangan kucing kesayangan mereka.

Walaupun Ebi telah dipasangkan dengan mikrocip dia tetap hilang daripada jagaan tuannya.

“Kami benar-benar berharap dan berdoa agar dia mendapat tuan yang baik dan itulah yang kami fikirkan, dia pasti telah menemui rumah yang baik,” kata Joe.

Tetapi Drnec baru-baru ini menerima panggilan telefon dari pusat perlindungan haiwan awam di Jurupa Valley, California, memaklumkan mereka bahawa Ebi yang berusia lapan tahun telah ditemui, tidak jauh dari tempat kali terakhir mereka melihatnya.

Ketua Perkhidmatan Haiwan Riverside County, John Welsh berkata Ebi telah diturunkan di tempat perlindungan kerana sesat, dan imbasan cip mikronya telah membawa mereka kepada Drnecs.

John kemudian membawa Ebi sejauh lebih daripada 2,000 batu ke Knoxville, dan dalam perjalanan dia sanggup berhenti seketika di Phoenix dan Nashville. Tidak hanya itu, dia juga sanggup menggunakan wangnya sendiri untuk tujuan tersebut.

Menurut John dia sememangnya senang dapat mengembalikan haiwan yang hilang atau sesat kepada pemilik mereka. Walaupun dia mungkin terpaksa berjalan jauh ke seluruh negara dia tetapi ia adalah sesuatu yang mengembirakan.

Malangkanya tidak semua haiwan yang hilang dapat dikembalikan kepada pemilik mereka. Menurut John hanya dua dalam 100 kes haiwan yang hilang dapat dikembalikan kepada tuan mereka.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Tidak lagi fokus pada pengesanan kontak rapat, CDC alih perhatian pada kes berisiko tinggi

0

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) A.S. tidak lagi disyorkan untuk melakukan penyiasatan ke atas kes Covid-19 atau mengesan kontak yang berkaitan wabak itu, sebaliknya mengatakan jabatan kesihatan itu hanya akan fokus kepada kes-kes berisiko tinggi yang tertentu sahaja.

Sebelum ini bekas pengarah CDC, Robert Redfield, ada memberitahu Kongres bahawa Amerika Syarikat memerlukan sebanyak 100,000 orang yang bekerja sebagai ‘pengesan kenalan’ untuk menjejaki penyebaran wabak Parti Komunis China (PKC), iaitu Covid-19.

Menurut CDC, pengesan kontak/kenalan dijangka dapat mengesan mana-mana individu yang disahkan positif dengan lebih cepat. Tidak hanya itu, pengesanan ke atas lokasi di mana mereka berada baru-baru ini berserta kontak rapat mereka juga akan lebih mudah untk dikesan. Notifikasi atau pemberitahuan akan dihantar kepada kontak rapat untuk tindakan susulan termasuk 14 hari kuarantin bagi mengelakkan wabak terus menular.

CDC kini menasihatkan jabatan kesihatan negeri dan tempatan supaya menumpukan pada “kumpulan yang berisiko tinggi,” seperti di pusat jagaan, penjara dan tempat perlindungan gelandangan.

Garis panduan terkini juga ada menyatakan bahawa penyiasatan kes harus ditumpukan pada kes dan kontak rapat yang terdedah dalam jangka masa lima hari terutama ke atas golongan yang berisiko tinggi seperti mereka yang mempunyai masalah kesihatan, wanita hamil dan golongan tua.

“Panduan yang dikemas kini adalah sebagai tindak balas kepada perubahan dalam sifat wabak dan peningkatan ketersediaan alat baharu untuk mencegah penularan dan mengurangkan penyakit,” kata jurucakap CDC, Kristen Nordlund pada 1 Mac, lapor The New York Times.

Data CDC terkini menunjukkan bahawa varian Omicron telah menjadi varian yang dominan di Amerika Syarikat sehingga menyebabkan lebih daripada 95 peratus jangkitan terutama semasa cuti Hari Presiden. Berbanding dengan varian lain, Omicron merebak dengan lebih mudah dan secara amnya menyebabkan gejala Covid-19 yang kurang teruk.

Kajian terbaru juga mencadangkan bahawa Omicron mungkin mempunyai tempoh inkubasi purata selama tiga hari, lebih pendek daripada mana-mana varian lain. Tempoh inkubasi ialah jarak masa antara apabila seseorang terdedah kepada virus dan apabila gejala mula muncul.

Kertas kerja yang diterbitkan pada Disember 2021 dalam Eurosurveillance, jurnal saintifik CDC Eropah, menerangkan bahawa varian Omicron mula tersebar dalam kalangan 80 pengunjung pesta di sebuah restoran di Norway. Kebanyakan individu tersebut telah diberi vaksin dan telah menerima keputusan ujian antigen negatif dalam masa dua hari sebelum menghadiri acara tersebut.

Gejala seperti demam mula ditunjukan kira-kira tiga hari selepas pesta. Penyelidik berkata ini boleh menunjukkan bahawa Omicron mampu membiak dengan cepat sehingga keputusan ujian antigen negatif tidak boleh diguna pakai.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

7 tips bezakan madu asli dan tiruan, pastikan anda tidak tertipu dengan madu yang murah lagi

0

Semua orang pasi setuju jika dikatakan madu lebah sememangnya banyak khasiatnya. Sejak turun-temurun madu sering digunakan terutama sebagai bahan masakan atau dicampur dalam minuman. Tidak hanya itu, madu juga boleh dinikmati begitu sahaja. Walaupun rasanya manis, madu tidak memudaratkan kesihatan dibandingkan dengan gula putih.

Kini pelbagai jenis madu dijual di pasaran. Harga juga adakalanya berbeza mengikut jenama tetapi harga madu asli sebenar boleh dikatakan lebih mahal.

Memandangkan terdapat banyak jenis madu di pasaran boleh membuatkan ramai yang terkeliru dengan madu yang sepenuhnya asli atau sebaliknya. Hal ini kerana pengeluar biasanya mencampurkan gula dan air dalam madu atas beberapa sebab.

Jadi, bagaimana untuk kita mengenal pasti dan membuat perbezaan sama ada ianya adalah madu asli atau tidak? Berikut adalah cara dan tips untuk mengenal pastin keaslian madu.

  1. Uji dengan air

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa madu asli sebenarnya tidak mengandungi air. Jadi, untuk memastikan sama ada madu itu benar-benar asli atau tidak, anda boleh menuangkan sedikit di dalam bekas air.

Jika asli, madu itu akan tenggelam di dalam air. Jika madu tiruan pula, madu itu akan kelihatan bercampur dengan air dan ia tidak mempunyai sifat kental.

  1. Tekstur madu melekit atau tidak

Madu sememangnya mempunyai sifat yang melekit tidak kira asli mahupun yang tiruan. Untuk menguji keasliannya, anda perlu letakkan madu pada hujung jari dan biarkan seketika.

Jika madu itu asli ia akan meleleh dengan perlahan dan jika madu itu adalah madu tiruan maka madu itu akan terus sahaja melekit pada jari.

  1. Guna kertas

Tips seterusnya ialah dengan menggunakan kertas. Apa yang perlu dilakukan ialah dengan meletakkan sedikit madu di atas kertas. Jika madu yang anda tuangkan itu tiruan maka kertas tersebut akan berlubang atau terkoyak. Hal ini kerana terdapat kandungan air di dalamnya.

Tetapi, jika madu itu asli ia akan terus kekal di atas kertas tanpa merosakkannya.

  1. Didatangi semut

Madu asli sebenarnya mempunyai aroma yang sangat kuat dan tidak disukai semut. Rasa manis semula jadi yang ada pada madu asli juga tidak digemari oleh semut.

Namun, madu tiruan pula lebih disukai oleh semut kerana bau manis dan rasanya adalah dari gula. Hasilnya, semut akan mendekati madu tiruan sahaja.

  1. Tuang atas pasir

Cara seterusnya ialah dengan menitiskan madu di atas pasir. Jika madu tersebut asli ia tidak akan merebak pada pasir. Hal ini kerana madu asli bersifat padat dan likat.

Manakala, madu tiruan pula akan merebak pada pasir kerana ia mempunyai kandungan air di dalamnya. Madu tiruan bahkan mengandungi bahan pemanis yang lebih banyak.

  1. Merasa dengan lidah

Cara paling mudah ialah dengan menggunakan deria yang ada pada lidah. Jadi, ambil madu dan rasa terus pada lidah anda. Jika anda sudah biasa merasa banyak madu asli, pasti anda akan lebih mudah untuk membezakan madu yang asli mahupun sebaliknya. Madu asli biasnaya lebih manis dan manisnya adalah manis gula.

  1. Menggunakan api

Bunyinya seperti ekstrem tetapi ada yang melakukan cara ini dan dipercayai merupakan salah satu cara yang boleh digunakan juga. Apa yang perlu dilakukan ialah dengan membakar 1/2 sudu besar madu di atas api yang perlahan. Jika buihnya kecil-kecil seperti air mendidih bermakna ianya adalah madu tiruan.

Bagi madu asli pula buihnya akan membesar dan akan terus membuak jika terus dipanaskan (cara ini walau bagaimanapun tidak dapat dipastikan secara 100%).

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor: