34.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024
UtamaGaya HidupHamil ketika hamil, wanita ini hamil bayi kedua selepas lima hari kandungkan...

Hamil ketika hamil, wanita ini hamil bayi kedua selepas lima hari kandungkan anak pertama

Seorang wanita di Amerika Syarikat mendedahkan bagaimana dia boleh hamil kali kedua hanya selang lima hari dia disahkan hamil dengan bayi pertamanya.

Pasangan Odalis dan Antonio Martinez dari California ini, menceritakan bahawa mereka sangat gembira apabila mendapat tahu bahawa Odalis sedang mengandung pada November 2020. Pasangan ini pernah juga pernah mengalami kekecewaan akibat keguguran beberapa bulan sebelumnya.

Menurut laporan Daily Mail, wanita berusia 25 tahun itu mendapati, sewaktu imbasan pertama dilakukan dia telah dimaklumkan doktor sebenarnya dia mengandungkan dua bayi. Apa yang mengejutkan kedua-dua orang bayi itu dikandung pada masa yang berbeza tetapi dalam minggu yang sama.

“Ketika membuat pemeriksaan ultrasound pertama, doktor memberitahu saya bahawa dia telah menemui bayi lain yang juga mempunyai degupan jantung.

Dan doktor memberitahu saya bahawa mereka dikandung selang lima hari, yang saya sendiri tidak tahu pun boleh berlaku.” cerita Odalis.

Fenomena ini dikenali sebagai superfetation, keadaan di mana apabila kehamilan kedua baru berlaku beberapa hari atau minggu selepas kehamilan pertama dan ianya sangat jarang untuk berlaku.

Apa yang lebih comel, wajah anak-anaknya juga sangat mirip antara satu sama lain, walaupun mereka bukanlah pasangan kembar.

Odalis yang kini bekerja sebagai seorang kaunselor berkata, “Saya hamil semasa saya sudah mengandung. Selepas membaca banyak artikel saya tahu bahawa mereka secara teknikalnya bukan kembar. Bagi tidak mengelirukan tanggapan orang ramai yang menyatakan mereka kembar, saya hanya mengiakan saja ‘Ya, mereka kembar’.

Kadang-kadang saya dan suami, lebih-lebih lagi suami saya, akan membuat mereka bercampur-campur antara satu sama lain.”

Odalis yang pernah hamil sebelum imi mendapati dia keguguran semasa pemeriksaan yang dilakukan pada 12 minggu kehamilannya sekitar Julai 2020.

Beberapa bulan kemudian pasangan itu memutuskan untuk mencuba lagi, dan dia hamil pada bulan yang sama.

Odalis berkata: ‘”Saya sangat gembira kerana ujian kehamilan adalah positif dan kami dalam perjalanan kehamilan kami sekali lagi.

“Saya berasa sangat bertuah. Saya tahu ramai orang yang telah cuba untuk hamil dan hanya tidak dapat jadi itu juga ketakutan saya, tetapi syukurlah itu bukan kes kami dan saya hamil dengan cepat.”

Menurutnya lagi walaupun gembira dalam masa yang sama dia turut berasa takut dan bimbang yang dia akan keguguran lagi. Walau bagaimanapun dia tetap berharap yang terbaik dan berharap supaya kejadian lalu tidak berlaku lagi.

Odalis menjalani ultrasound pertamanya seorang diri kerana Antonio terpaksa menunggu di luar kerana peraturan Covid.

Odalis berkata: “Saya sangat takut bahawa mereka akan memberitahu saya, “Oh, tiada degupan jantung”, jadi saya sangat cemas sepanjang masa saya menghantar mesej kepada Antonio.

Semasa doktor datang kepadanya dia mula bersedia dengan segala kemungkinan dan apabila doktor memberitahu dia mengesan degupan jantung Odalis terus menangis kegembiraan. Tidak lama selepas itu doktor memberitahu bahawa dia dapat mengesan satu lagi degupan jantung.

Ibu kepada dua anak itu berkata tarikh bersalinnya ditetapkan pada pertengahan – dua hari selepas seorang bayi berusia 40 minggu dan dua hari sebelum bayi yang lain berusia 40 minggu.

Menurut Odalis lagi dia berasa ia seperti sebuah keajaiban. Selepas apa yang terjadi pada kehamilan pertama dahulu, dia merasakan kehamilan kali ini adalah sesuatu yang sangat istimewa dan ajaib.

“Ia adalah saat yang sangat indah untuk akhirnya dapat memegang mereka dalam pelukan saya.

Apabila saya memegang mereka dan tahu bahawa mereka baik-baik sahaja, saya tidak dapat menjelaskan perasaan itu. Saya sayang keluarga dan suami saya, tetapi saya tidak pernah mengalami cinta dan kebahagiaan seperti itu.”

Wanita itu bersalin pada 10 Ogos 2021 yang diberikan nama Lilo dan Imelda. Di mana, Lilo dilahirkan dahulu diikuti dengan Imelda.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI