Antara hal yang paling ditunggu-tunggu oleh ibu bapa ialah masa untuk memberikan makanan pertama buat bayi mereka. Selama berbulan-bulan bayi kecil hanya diberikan minum susu jadi apabila tiba masanya pasti ramai yang tidak sabar memberikan ‘solid food’ kepada si kecil.
Namun begitu, tidak semua makanan pejal boleh diberikan kepada bayi bahkan air kosong juga sebenarnya tidak boleh diberikan sewang-wenangnya kepada bayi kecil. Mereka perlu mencapai usia tertentu sebelum mereka boleh diberikan minum selain susu atau makan makanan pejal. Jika ‘peraturan’ tersebut tidak diiukuti dibimbangi akan memberi kesan terhadap kesihatan bayi itu.
Baru-baru ini seorang ibu di laman TikTok meluahkan rasa kecewa dan sedih melihat bayi kecilnya jatuh sakit akibat diberikan makanan pejal. Menurut wanita itu, dia sangat terkejut sejurus sahaja melihat keadaan anaknya yang baru sahaja berusia tiga hari itu lain daripada lain dan tidak seperti hari biasa.
Apa yang berlaku ialah ibu mertuanya telah memberikan biskut kepada bayinya yang baru berusia tiga hari itu. Video tersebut terus mendapat perhatian netizen yang turut terkejut serta geram kerana tidak disangka-sangka mentuanya sanggup melakukan hal itu terhadap bayi kecil itu.
Menerusi perkongsian video dimuat naik oleh pengguna TikTok bernama @YustiRidayanti itu, dia menjelaskan keadaan anaknya yang bengkak akibat diberi makan biskut. Meskipun baru sahaja berusia tiga hari tetapi sudah disuap dengan biskut sebanyak tiga kali sehari oleh ibu mentuanya sendiri.
“Di mukanya banyak bintik-bintik merah. Saya sapu guna tepung kanji. Setelah itu dadanya bengkak sebab baru tiga hari tetapi sudah disuap biskut sebanyak tiga kali sehari,” jelas ibu tersebut.
Meninjau ke video lain, si comel itu dikatakan sudah semakin sembuh dan warganet turut menasihati agar tidak memberi sebarang makanan pejal sebelum usia 6 bulan.
Jelas Yusti, dia tahu mengenai perkara itu tetapi tidak dapat menghalang perbuatan ibu mentuanya itu kerana sudah banyak kali dihalang tetapi gagal.
“Alhamdulillah, sekarang dia dah bertambah sihat. Bukan saya tak tahu. Saya dah cuba halang mentua tetapi saya dimarahi olehnya,” tulis ibu itu di ruangan kapsyen.
Masih ramai ibu bapa yang keliru tentang pemakanan anak yang masih bayi. Ada yang sudah memberikan makanan pejal kepada anak sebelum mereka mencapai umur 6 bulan lagi. Malah ada yang tidak sarankan untuk memberikan makanan pejal kepada bayi sehingga mereka mencecah umur 6 bulan. Jadi, apa sebenarnya yang perlu dilakukan?
Berikut adalah perkongsian yang pernah dikongsikan oleh seorang doktor pakar, Dr Zubaidi Hj Ahmad di laman Facebook miliknya mengenai pemakanan bayi:
“Ramai ibu bapa yang fikir memberi anak makan pada usia 6 bulan keatas. Tapi sebenarnya kita boleh mula memberi makan seawal 4 bulan bergantung kepada keadaan bayi tersebut. Adakah ia benar? Boleh Dr explain kan lebih detail mengenai perkara ini?” tulisnya dalam status tersebut.
Saya tidak bersetuju pemberian makanan kurang dari enam bulan. Saya berpendapat pemberian makanan ‘semisolid’ tidak seharusnya dimulakan terlalu awal. Ini kerana sistem penghadaman bayi belum matang.
Ia bukan saja menyebabkan masalah penghadaman seperti kembung perut, cirit birit, dan sembelit tetapi ia juga menyebabkan masalah sistem perkumuhan seperti ginjal dan hati.
American Association of Pediatrician pada 2003 mencadangkan pemberian makanan ‘semisolid’ pada umur setahun bagi mengelak risiko mendapat alahan pada kulit, dan sistem pernafasan. Ini bermakna lebih lewat (sehingga setahun) lebih baik untuk mengelakkan kemudaratan. Pada saya ibubapa hanya digalakkan memberi makan ‘semisolid’ pada bayi sebelum berumur setahun jika:
- Berat badan bayi tidak setara dgn usianya. Contohnya sepatutnya pada usia masa itu berat bayi sepatutnya 6 kg, tetapi bayi hanya berat 4kg saja.
- Bekalan susu ibu tidak mencukupi. Jika bekalan susu ibu banyak dan ibu tidak bekerja (boleh memberikan susu ibu sekerap mungkin), tidak perlu bagi makanan semisolid. Teruskan penyusuan ibu dan makanan semusolid boleh diberikan selepas setahun.
Susu ibu adalah makanan terbaik bagi bayi.
Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times
Pilihan Editor: