28.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, August 26, 2025
Utama Blog Laman 201

Omicron boleh menjangkiti mereka yang divaksin: 7 gejala ini perlu diberi perhatian

0

Varian Omicron Koronavirus dikenali sebagai ‘immune evasive’ (pengelak imun) di mana mereka yang telah divaksin juga sebenarnya boleh dijangkti dengan varian ini.

Apakah yang dimaksudkan dengan ‘immune evasive’

Selepas terkena jangkitan atau divaksin, badan kita biasanya akan menghasilkan antibodi yang boleh mengesan dan membunuh virus selepas pendedahan berikutnya.

Namun, kadangkala virus boleh bermutasi dengan cara mengelak atau ‘lari’ dari dikesan oleh antibodi tersebut dan itulah yang dimasudkan oleh saintis dengan ‘immune evasive’.

Terdapat bukti awal yang menunjukkan bahawa Omicron merupakan ‘immune evasive’ yang lebih kuat jika dibandingkan dengan varian lain seperti varian Delta misalnya.

Walau bagaimanapun, varian menunjukkan pelbagai simptom yang berbeza antara satu sama lain, dan ini kebanyakannya disebabkan oleh vaksinasi dan imuniti yang diperoleh daripada jangkitan sebelumnya.

Berikut adalah semua yang anda perlu tahu tentang gejala Omicron sekiranya anda telah divaksin:

Apakah simptom Omicron yang biasa bagi golongan yang telah divaksinasi?

Beberapa kajian telah membuktikan bahawa varian Omicron bukanlah bersifat ringan (mild) tetapi simptom yang dihasilkan dilihat agak ringan yang tidak terlalu agresif. Hal ini mungkin berlaku kerana hari ini sudah ramai yang telah divaksin untuk berhadapan dengan virus tersebut.

Jadi, antara gejala biasa bagi varian ini terhadap mereka yang telah divaksin ialah sakit tekak, hidung berair, bersin berpanjangan, batuk, sakit kepala, sakit otot dan loya.

Apakah simptom Omicron BA.2 yang paling biasa?

Kajian yang dilakukan di UK mendedahkan di mana Omicron sudah merebak (secara senyap-senyap) pada kadar yang tinggi menunjukkan simptom berkaitan usus. Apabila dijangkiti, pesakit mengadu tentang enam penyakit berkaitan usus –loya, cirit-birit, muntah, sakit perut, pedih ulu hati, kembung perut.

“Kami tahu bahawa virus ini bergerak ke bahagian badan yang berlainan. Ada kemungkinan Omicron atau varian lain menyerang usus. Dan ini tidak akan kelihatan di hidung – jadi anda boleh mendapat jangkitan pada usus tetapi jika pemeriksaan dilakukan ia tidak menunjukkan sebagai positif, ” Tim Spector, Profesor Kajian Gejala Covid ZOE, memberitahu The Sun.

Apakah gejala yang telah dilaporkan untuk Omicron?

Setakat ini sebanyak 25 simptom telah dilaporkan oleh orang yang telah dijangkiti varian ini iaitu:

  • Demam atau menggigil
  • Batuk
  • Sesak nafas/ kesukaran untuk bernafas
  • Keletihan
  • Sakit otot atau badan
  • Sakit kepala
  • Hilang deria rasa dan bau
  • Sakit tekak atau suara serak
  • Hidung tersumbat atau berair
  • Loya atau muntah
  • Cirit-birit
  • Suhu badan tinggi
  • Batuk berterusan
  • Sakit belakang
  • Hilang selera makan
  • Meracau
  • Pedih ulu hati
  • Kembung perut
  • Kelumpuhan tidur (sleep paralysis)
  • Ruam kulit
  • Berpeluh pada waktu malam
  • Lidah Covid
  • Bengkak pada jari kaki
  • Sakit dada
  • Sakit perut

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Anak sukar dengar cakap dan selalu ‘buat perangai’, inilah sebab mengapa mereka berpelakuan seperti itu

0

Tiada yang mudah dalam menjalankan tugas sebagai ibu bapa. Tanggungjawab sebagai ibu bapa sudah bermula sejak anak di dalam kandungan lagi. Semuanya akan dilakukan supaya bayi yang dikandung terus sihat sehingga ia selamat dilahirkan.

Tugas terus berjalan dan kali ini untuk memastikan si kecil mendapatkan didikan yang baik supaya kelak dia membesar menjadi insan yang berakhlak.

Namun begitu, dalam mendidik anak ibu bapa perlu tahu cara betul. Misalnya, kalau mereka mahu menegur anak pastikan anak tidak termakan hati dan pastikan ibu bapa sangat berhati-hat ketika menjatuhkan hukum.

Banyak kesan negatif jika ibu bapa tersalah langkah dalam membesarkan anak. Jadi, sebagai ibu bapa anda perlu tahu apakah tanda seseorang anak itu berasa selamat dan selesa dengan kita serta, bagaimana caranya untuk buatkan mereka rasa seperti tersebut.

Mari ikuti perkongsian seorang wanita, Wawa Shauqi tentang emosi anak. Semoga bermanfaat buat semua!

Perasan tak, bila kita rigid dan impulsif dalam menghukum, nampak banyak kesan buruk pada anak.

*impulsif bermaksud kecenderungan untuk bertindak melulu atau sesuka hati tanpa memikirkan kesan atau akibatnya.

Mereka lebih mudah menipu dan menyorok bila buat silap. Lebih pendiam dan memendam. Bila bercakap, bunyinya kasar dan memberontak.

Tapi bila kita lebih bersikap ceria, friendly dan terbuka, mereka nampak lebih ‘Emotionally Secure’.

5 TANDA ANAK RASA ‘EMOTIONALLY SECURE’ DENGAN KITA:

  1. Depan orang lain kemain behave. Depan kita, ‘buat perangai’.
  2. Anak suka bercerita apa yang dilaluinya pada kita.
  3. Anak selesa diskas apa yang dia fikir dan rasa dengan kita.
  4. Boleh datang minta maaf dan mengaku silap. Tanpa perlu sorok-sorok atau menipu.
  5. Tak kekok tunjukkan pelbagai emosi pada kita. Walaupun emosi tersebut emosi negatif seperti sedih, kecewa, marah dsb.

ANAK AKAN RASA ‘EMOTIONALLY SECURE’ BILA KITA:

  1. Validate’ emosi dia hila dia mengamuk/ menangis.
  2. Kita tak mengkritik atau melabel bila anak mengadu sesuatu.
  3. Kita tidak merendahkan, sebaliknya bagi semangat, nasihat dan guide bila mereka nak mencuba.
  4. Kita letakkan boundary dan peraturan yang sesuai dengan fitrah keupayaan mereka.
  5. Kita tak cepat menghukum. Sebaliknya meraikan kesalahan sebagai peluang untuk belajar betulkan kesilapan.

Rumah patut kena jadi tempat yang selamat untuk emosi anak-anak.

Kalau tidak, mereka akan mencari kawan luar yang lebih menerima kelemahan mereka. Walaupun kawan tu adalah kawan yang ‘salah’.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

50 motosikal bersama 4 kereta musnah dalam kebakaran PPR Intan Baiduri

0

KUALA LUMPUR – Sebanyak 50 buah motosikal dan 4 kereta musnah 100 peratus dalam kebakaran di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Intan Baiduri Kuala Lumpur, dalam kejadian awal pagi 4 Mac.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur mengesahkan dalam satu kenyataan, pihak mereka menerima panggilan kecemasan pada jam 4.22 pagi.

Facebook

Menurut kenyataan, kebakaran melibatkan sebuah bengkel separuh kekal di Blok C PPR berkenaan dan merebak ke kawasan parkir.

“Kebakaran telah memusnahkan motosikal dan kenderaan di kawasan parkir blok berkenaan.”

Facebook

“Pasukan bomba mengambil masa kira-kira tujuh minit bagi mengawal kebakaran dengan menggunakan dua aliran bantu mula,” katanya dalam kenyataan itu.

Seramai 15 anggota bomba bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Jinjang dan Gombak Selatan telah dikejarkan ke lokasi, menurut kenyataan itu.

Facebook

“Semua motosikal serta kereta yang terbabit didapati telah terbakar 100 peratus. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian ini,” tambahnya.

Punca kebakaran masih dalam siasatan.

Tonton video di sini.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Pak cik lupa ambil wang selepas keluarkannya di ATM, lelaki di belakang kutip, jenguk dan ‘simpan’ dalam poket sendiri

0

Kita mungkin tersilap apabila melihat situasi ini, ketika seorang pak cik telah terlupa mengambil wang yang dia keluarkannya di ATM, dan seorang pemuda di belakangnya pula terlupa untuk memulangkannya secara jujur dan amanah. Sangkaan kita yang mungkin tersilap untuk menyatakan sesuatu yang tidak baik.

Seorang lelaki di Puchong sedang beratur di belakang seorang pak cik warga emas yang ketika itu mengeluarkan wang di ATM kedai serbaneka di Taman Puchong Perdana dan secara tidak sengaja telah pergi tanpa mengambil wang miliknya.

Facebook

Laman Facebook We are Malaysians berkongsi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mengenai insiden lelaki itu kelihatan bersikap tidak jujur, yang mencetuskan komen kecoh di kalangan warganet.

“Kasihan… pak cik terlupa mengambil wang itu. Lelaki berbaju biru, tolong pulangkan wang itu kepada pak cik,” We are Malaysians dalam hantaran video di Facebook.

Facebook

Dalam video itu, pak cik ini dilihat menggunakan ATM manakala lelaki berbaju biru masuk dan beratur di belakangnya. Lelaki warga emas itu kemudian mengeluarkan kad ATM miliknya dari mesin ATM dan segera berlalu pergi, membawa barangan yang dibeli tetapi meninggalkan wangnya yang tergantung di slot ATM.

Semasa lelaki berbaju biru memasukkan kadnya, dia melihat wang itu, dan dengan spontan mengeluarkannya dan kelihatan memasukkannya ke dalam poket seluarnya. Dia kemudian mengeluarkan resit transaksi pak cik itu dan meletakkannya di atas ATM.

Facebook

Lelaki itu dilihat menjenguk dan memandang ke luar tingkap kedai serbaneka, kononnya melihat keluar ke arah pak cik itu, jikalau dia akan kembali mengambil wangnya.

Dia kemudian memasukkan kadnya sendiri ke dalam ATM, memasukkan kod laluan tetapi segera membatalkan transaksi sebelum berjalan pergi.

Facebook

Perkongsian video itu turut mendapat perkongsian nasihat tentang bagaimana pak cik itu boleh mendapatkan semula wangnya, jika lelaki berbaju biru terbabit tidak tampil memulangkan wangnya.

Ramai yang menegaskan oleh kerana lelaki berbaju biru itu memasukkan kadnya ke dalam ATM, bank itu akan dapat mengesan identitinya.

Facebook

“Laporkan kepada bank. Terdapat rakaman CCTV, pak cik boleh mendapatkan semula wang itu. Jika lelaki berbaju biru itu mendiamkan diri dan menggunakan wang itu, ia dikira sebagai jenayah.”

“Bank boleh mengesan butiran akaun lelaki baju biru itu, dan boleh menuntut kembali wang daripadanya dan memasukkannya ke dalam akaun pak cik.”

Facebook

Yang lain secara berseloroh berkata lelaki berbaju biru itu mendapat ‘rezeki terpijak’.

Diharapkan agar kita semua sebenarnya telah tersalah sangka, apabila lelaki berbaju biru itu rupa-rupanya meninggalkan ATM untuk memulangkan wang itu semula kepada pak cik.

Tonton video di sini.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

8 hujan meteor rakyat Malaysia boleh saksikan mulai April, catat tarikh di kalendar 2022

0

Untuk tahun 2022, anda akan dapat menyaksikan 8 hujan meteor dan tidak perlu menunggu lama untuk yang pertama. 

Menurut Time and Date dalam jadual untuk sepanjang tahun, hujan meteor pertama di Malaysia akan dapat dilihat pada 22 hingga 23 April. 

Berikut adalah senarai hujan meteor yang boleh anda jangkakan pada tahun 2022 dan bila anda boleh saksi dan merakam kesemuanya.

Perlu diingatkan juga hujan meteor mungkin kelihatan pada bila-bila masa sepanjang malam, tetapi jangka masa tepat yang diberikan mempunyai darjah penglihatan yang terbaik. Tarikh yang diberikan juga dijangka menjadi tarikh puncak hujan meteor masing-masing mengikut jadual Time and Date untuk Malaysia.

1. Hujan Meteor Lyrid (22-23 April)

Space.com (Gambar oleh Daniel Reinhardt/DPA/AFP/Getty Images)

Hujan Meteor Lyrid biasanya aktif antara 16 dan 25 April setiap tahun. Menurut beberapa teks sejarah China, Lyrid telah dilihat sejak 2,500 tahun dahulu.

Keterlihatan terbaik: 11 malam – 1:30 pagi.

2. Hujan Meteor Aquarid (6-7 Mei)

EarthSky (Gambar oleh Colin Legg)

Hujan meteor kedua dijangka berlaku pada Hari Raya Aidilfitri. Mungkin kita beraya dengan hujan meteor tahun ini? Juga dikenali sebagai Eta Aquariid, hujan meteor ini dinamakan sempena bintang paling terang dalam buruj itu. Eta Aquariid ialah 1 daripada 2 hujan meteor yang tercipta oleh serpihan Komet Halley.

Keterlihatan terbaik: 3:00 pagi – 6:30 pagi.

3. Hujan Meteor Perseid (12-13 Ogos)

Space.com (Gambar oleh Haitong Yu/Getty Images)

Selepas 2 hujan meteor pertama, anda mungkin perlu menunggu berbulan sedikit sebelum hujan meteor ketiga berlaku pada bulan Ogos. Terhasil daripada serpihan angkasa kecil komet Swift-Tuttle, Perseid dinamakan sempena buruj Perseus. Pada kemuncaknya, seseorang boleh melihat 60 hingga 100 hujan meteor dalam masa sejam dari tempat yang gelap.

Time and Date telah mengkategorikan darjah penglihatan untuk Perseid sebagai sangat tidak jelas kepada tidak jelas. Namun begitu, anda boleh catatkan sahaja masa untuk tidak ketinggalan menyaksikannya.

Keterlihatan terbaik: 12:00 tengah malam – 6:00 pagi.

4. Hujan Meteor Draconid (8-9 Oktober)

Space.com (Gambar oleh Mike Lewinski/Flickr)

2 bulan kemudian untuk hujan meteor seterusnya pada akhir Oktober. Juga dikenali sebagai Giacobinid, Draconid berhutang nama mereka kepada buruj Draco the Dragon dan dicipta apabila Bumi melalui serpihan debu yang ditinggalkan oleh komet 21P/Giacobini-Zinner.

Keterlihatan terbaik: 8:00 malam – 2:00 pagi (Keterlihatan selepas 2:00 pagi dikategorikan sebagai sangat lemah)

5. Hujan Meteor Orionid (21-22 Oktober)

O.C.Astronomy

Hujan meteor Orionid ialah hujan meteor kedua yang dicipta oleh Komet Halley dan biasanya berlaku pada akhir Oktober. Orionid dinamakan sempena Orion kerana meteor kelihatan muncul atau memancar dari kawasan yang sama di langit dengan buruj.

Keterlihatan terbaik: 12:00 tengah malam – 5:00 pagi.

6. Hujan Meteor Leonid (17-18 November)

WordlessTech

Beberapa minggu selepas Orionid datang pula Leonid. Hujan meteor ini dipanggil Leonid kerana sinarannya, atau titik di langit di mana meteor kelihatan terbit dari terletaknya buruj Leo.

Keterlihatan terbaik: 1:30 pagi – 6:00 pagi.

7. Hujan Meteor Geminid (14-15 Disember)

AMS (Gambar oleh Antoni Cladera/Photopills.com)

Geminid dianggap sebagai salah satu hujan meteor yang paling menakjubkan pada tahun ini. Ada kemungkinan untuk melihat kira-kira 120 meteor per jam pada puncaknya. Tidak seperti kebanyakan hujan meteor lain, Geminid tidak dikaitkan dengan komet tetapi dengan asteroid iaitu 3200 Phaethon.

Keterlihatan terbaik: 9:00 malam – 12:30 pagi.

8. Hujan Meteor Ursid (22-23 Disember)

Space.com (Gambar oleh Jean Clark)

Pada akhir tahun, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan hujan meteor Ursid sebelum semua orang mengucapkan selamat tinggal kepada 2022. Hujan meteor menjelang Krismas berbunyi sempurna buat kalangan pencinta astronomi.

Pada kemuncaknya, pemerhati mungkin dapat melihat sebanyak 10 meteor dalam masa sejam. Nama itu berasal dari arah yang kelihatan memancarkan meteor dari Ursa Minor di langit.

Keterlihatan terbaik: 2:30 pagi – 6:30 pagi.

Time and Date

Jika anda tiada peralatan untuk melihat hujan meteor, tidak perlu bimbang. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah memerhatikan langit yang cerah dengan penuh kesabaran.

Jangan lupa catat dan simpan tarikh-tarikh ini serta berdoa cuaca terbaik akan menyebelahi anda semua.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

‘Made in Gaza, funded by Malaysia’- Pertahanan Awam Palestin kini miliki trak bomba pertama sedia untuk digunakan

0

Kita sudah sedia maklum bagaimana sukarnya kehidupan rakyat Palestin. Dijajah dan dilayan buruk di tanah air sendiri pastinya bukan sesuatu yang manis untuk dilalui. Saban hari ada sahaja kekejaman yang dilakukan oleh pihak Israel untuk menyakiti penduduk Palestin. Tahun berlalu namun kezaliman terus dilakukan tanpa belas kasihan.

Faham dengan apa yang berlaku banyak badan bukan kerajaan (NGO) ditubuhkan untuk membantu. Walaupun bantuan yang dihulurkan tidak mampu menghentika kekejaman Israel namun setiap pertolongan diharapkan dapat mengurangkan sedikit kesukaran yang dihadapi rakyat tempatan di sama.

Baru-baru ini kita dikhabarkan dengan sedikit berita gembira apabila badan Pertahanan Awam Palestin kini dikatakan berjaya memiliki trak bomba mereka sendiri. Trak tersebut merupakan trak pertama buatan tempatan yang berjaya dihasilkan dengan kerjasama NGO, Cinta Gaza Malaysia bersama-sama MyAqsa Defenders.

Trak berkenaan dicipta dan direka oleh pakar, jurutera serta juruteknik Palestin di Semenanjung Gaza dan berjaya disiapkan dalam masa kurang daripada tiga bulan.

Menerusi status yang dimuat naik oleh MyAqsa Defenders di laman Facebook rasminya, mereka turut memberitahu bahawa trak tersebut kini telah sudah bersedia untuk beroperasi di lapangan.

“Alhamdulillah dengan izin Allah siapkan juga trak Bomba Gaza, Palestin dan inilah yang pertama “Made In Gaza”. Sumbangan kalian tidaklah sia-sia melainkan terus memberi manfaat buat mereka yang sedang berjuang membina negara.

“Kita berharap agar trak-trak Bomba yang bakal keluar mampu menjadi pasukan respons yang ke hadapan untuk membantu rakyat Palestin di Gaza.

“Syukran Ya Malizi! (terima kasih Malaysia!),” katanya.

Untuk pengetahuan semua, trak ini adalah trak pemadam api yang pertama di Semenanjung Gaza yang boleh membawa lebih dari 5700 liter air. Trak ini juga adalah hasil sumbangan rakyat Malaysia yang telah sama-sama berjuang untuk rakyat Palestin dan semestinya demi pembebasan Baitul Maqdis.

Berita gembira ini turut dikongsikan oleh pengasas Cinta Gaza Malaysia, Nadir Al-Nuri di Facebook miliknya.

Made in Gaza, Funded By Malaysia

Fire-truck pertama buatan tempatan, di Palestin bersedia untuk berkhidmat di bumi Gaza. Memang seram sejuk apabila melihat video trak ini beraksi mashaAllah. Tak sangka kita boleh sampai ke tahap ini dalam khidmat kita kepada bumi yang telah dikepung ini.

Alhamdulillah hari ini sejarah sekali lagi tercipta, kerana memang sejarah ditulis oleh tangan-tangan kita sendiri melalui perancangan yang teratur dan berkesan.

Trak pertama sumbangan MyAqsa Defenders ini akan melalui fasa percubaan dan sekiranya melepasi tempoh tersebut, 4 buah trak lagi akan dihasilkan sumbangan Cinta Gaza Malaysia pula.

Tahniah Malaysia!

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Didekati 3 ‘scammer’ dalam masa 4 minit di stesen MRT, RapidKL digesa tingkatkan tahap keselamatan

0

Dunia hari ini adakalanya agak menakutkan. Banyak kejadian jenayah boleh berlaku di mana sahaja termasuk di tempat awam. Hal ini menunjukkan bahawa penjenayah sudah semakin berani untuk menunjukkan diri mereka asalkan mereka mendapatkan apa yang mereka mahukan.

Seorang pengguna TikTok bernama Adrian, baru-baru ini telah berkongsi pengalamannya berhadapan dengan tiga orang penipu (scammer) yang berbeza di Stesen MRT Merdeka semasa dia menunggu kereta api untuk ke Bukit Bintang.

Dalam TikTok yang telah tular itu, Adrian menjelaskan bahawa kejadian itu berlaku pada 2 Mac, sekitar jam 2:38 petang.

Jelasnya, 4 minit sebelum kereta api yang ditunggu tiba, seorang pak cik berbangsa Cina menghampirinya dan bertanya sama ada dia boleh bercakap bahasa Cina.

“Saya mengandaikan bahawa dia memerlukan bantuan untuk menunjukkan arah jadi saya berkata ya. Dia mula memberitahu saya bahawa dia telah ditipu oleh rakannya dan sekarang dia tidak memiliki wang dan bertanya kepada saya sama ada saya boleh memberinya sedikit wang untuk membeli tiket bas pulang ke Johor.”

“Saya minta maaf saya tidak mempunyai wang dan saya tidak pernah meminjamkan wang tunai kepada sesiapa, malah rakan terdekat saya,” tambah Adrian.

Lelaki itu kemudiannya dengan beraninya meminta Adrian untuk pergi ke ATM berhampiran bersamanya untuk mengeluarkan wang.

Pada mulanya Adrian berfikir bahawa pak cik tersebut mempunyai kad ATM tetapi tidak tahu menggunakannya tetapi rupa-rupanya dia meminta Adrian menggunakan kad ATM miliknya untuk mengeluarkan duit dan memberikan duit itu kepadanya.

Semasa sedang bercakap, dua minit sebelum kereta apinya tiba, seorang lelaki lain mendekatinya dan memberitahunya perkara yang sama.

Berhadapan dengan keadaan itu membuatkan Adrian berasa tidak selamat. Dia kemudian segera meninggalkan kawasan itu dan pergi ke seberang platform. Dia juga cuba memberitahu polis atau mana-mana kakitangan, tetapi tiada sesiapa pun ada di situ.

Dia mula berfikir semuanya sudah berakhir tetapi seminit sebelum kereta apinya muncul datang pula seorang lelaki India menghampirinya. Lelaki itu kemudian bertanya kepadanya bagaimana untuknya pergi ke Nilai. Adrian kemudian memberitahu lelaki itu cara untuk pergi ke KL Sentral.

“Dia kemudian bertanya kepada saya sama ada saya boleh meminjamkan RM20 kepadanya. Kereta api tiba tepat pada masanya dan sebaik pintu dibuka, saya terus berlari ke kereta api,” katanya.

“Seorang cuba menipu? baiklah. Tetapi ada tiga orang meminta saya wang dalam tempoh empat minit, di stesen MRT Merdeka. Adakah anda memberitahu saya ini adalah satu kebetulan? RapidKL di mana keselamatan kamu?”

Adrian juga mendedahkan bahawa Pasukan Tindakan Khas (SAT) RapidKL telah menghubunginya dan pihak SAT sedang mendapatkan semula rakaman CCTV kejadian itu dan akan memastikan dia mendapat berita terkini.

Video Adrian telah ditonton lebih daripada 120,000 tontonan. Ramai netizen berkongsi pengalaman serupa yang pernah mereka hadapi di stesen dan menggesa RapidKL meningkatkan tahap keselamatan mereka.

Sementara itu, menurut Adrian dia hanya cuba untuk memberi kesedaran kepada orang ramai dan tiada niat untuk menyebarkan sebarang berita negatif terhadap RapidKL.

“RapidKL perlu meningkatkan keselamatan mereka di semua stesen. Macam mana tiga orang cuba nak minta duit dari saya dalam masa empat minit. Jelas sekali terdapat sindiket aktif mencari sasaran di sekitar kawasan.”

Dia juga mencadangkan supaya meletakkan sekurang-kurangnya seorang kakitangan di setiap stesen untuk memantau keadaan di sana. Dengan hal itu orang ramai akan berasa lebih selamat kerana ada seseorang yang boleh menjaga kawasan daripada perkara-perkara yang tidak sepatutnya berlaku.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Rutin seorang ibu, memang meletihkan tetapi mereka tidak akan berhenti selagi tugas belum selesai

0

Bukan mudah untuk bergelar ibu terutama jika memiliki anak-anak yang masih kecil. Pastinya keadaan rumah pasti akan menjadi ‘huru-hara’ dengan segala benda yang disepahkan mereka. Kerja-kerja mengemas biasanya tidak akan berhenti. Mana tidaknya, baru lima minit dikemas, sekejap sahaja ruang rumah sudah menjadi huru-hara semula.

Tidak kira sama ada ibu itu bekerja atau sebaliknya, tugas di rumah tidak akan pernah berhenti. Kerja mereka bermula awal-awal pagi lagi, saat tiada seorang ahli keluarga yang bangun dan tugas mereka hanya akan selesai lewat malam. Itu pun kadangkala masih ada kerja rumah yang tidak sempat disiapkan.

Bagi yang kurang faham dengan tugas seorang ibu atau jika ada yang mengatakan tugas mereka adalah sesuatu yang mudah tonton sendiri video di bawah dan lihat sendiri bagaimana seorang ibu kepada tiga orang anak kecil mengurus rumahnya.

DAPUR

Kerja-kerjanya bermula di dapur. Lihat sendiri betapa kotor dan berseleraknya dapurnya dan dia dengan kesungguhan terus mengemasnya, tanpa dibantu oleh sesiapa pun. Tidak hanya itu, terkadang ada anak kecilnya datang kepadanya mungkin mahu meminta sesuatu.

RUANG TAMU

Ruang tamu adalah antara ruang yang tidak akan berada dalam keadaan teratur terutama jika ada anak kecil di rumah. Sekejap mereka boleh bermain masak-masak dan tidak lama selepas itu mereka boleh bermain ‘perang-perang’. Hasilnya, ruang tamu akan kelihatan betul-betul seperti medan perang.

BILIK

Pakaian adalah sesuatu yang leceh untuk diuruskan. Bermula dengan mengumpul semua pakaian kotor, basuh, sidai, lipat dan letakkan semula ke dalam almari… dan bayangkan pula berapa orang ahli keluarga dan berapa kali pakai ditukar setiap hari. Hasilnya dalam sehari mungkin tidak sebanyak itu tetapi satu hari mengurus pakaian sahaja sudah letih dibuatnya.

Tidak hanya pakaian, selepas siap mengantung baju di dalam almari, bilik juga perlu dikemas. Katil perlu dirapikan. Kalau perlu cadar dan sarung bantal perlu ditukar. Lantai pula perlu dibersihkan daripada segala kotoran atau habuk.

Kerja-kerja si ibu tidak akan pernah berhenti. Setiap hari mereka akan mengulang hal yang sama. Ya, ianya sangat meletihkan dan memenatkan tetapi mereka tidak pernah merungut. Namun begitu, itu tidak bermaksud mereka perlu terus dilayan begitu. Hargailah mereka, bantu mereka dan berterima kasih atas setiap peluh mereka mengurus rumah.

Tonton video di sini.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Detik emosi penghantar piza usia 90 tahun diberi tip AS$12,000 oleh bintang TikTok yang kumpul derma selepas simpati melihatnya bergelut

0

Sepatutnya pada usia 89 tahun, warga emas Derlin Newey tidak perlu bekerja lagi dan boleh hidup dengan baik membelanjakan wang persaraannya. 

Tetapi Derlin, warga emas yang menghampiri usia 90 tahun bekerja keras selama 30 jam seminggu sebagai penghantar piza Papa John di kejiranannya yang terletak di Roy, Utah demi kelangsungan hidup.

Facebook

Untuk dijadikan kisah menyentuh hati kerana keramahan dan kebaikan hati Derlin terhadap semua pelanggannya, dia menerima rezeki tip besar hasil usaha seorang bintang TikTok yang memulakan kutipan derma untuknya.

Mulanya warga emas ini kerap menghantar piza ke rumah bintang TikTok popular Carlos Valdez dan dia merakam video Derlin dengan keramahan hatinya yang secara tidak disangka telah mengubah hidupnya buat selama-lama.

Facebook

Carlos Valdez merakam interaksi keluarganya dengan Derlin Newey – yang berdiri di ambang pintu dan mereka gembira menikmati perbualan mesra itu yang termasuk dengan beberapa jiran lain. Derlin melayan mereka dengan cara yang sama.

Rakaman itu kemudiannya dimuat naik ke laman TikTok Valdez @vendingheads, di mana ia segera menjadi tular.

Facebook

Peminat Valdez jatuh cinta dengan pekerja rajin Derlin Newey yang baik hati, dan ramai yang tertanya-tanya mengapa dia masih bekerja ketika usianya menghampiri 90 tahun. 

Carlos Valdez kemudiannya mendapat idea untuk memulakan kutipan derma untuk pekerja warga emas itu.

Facebook

Bintang TikTok ini membuka akaun kutipan derma melalui platform Venmo, dan ramai yang menyumbang dari pelosok negara dengan menghantarkan wang derma untuk Derlin. Keluarga Valdez telah berjaya mengumpul AS$12,069 (RM50,400) dalam tempoh beberapa hari sahaja.

Facebook

Selepas itu, Carlos Valdez dan isterinya menziarah ke rumah mudah alih Derlin Newey untuk menyampaikan ‘tip’ AS$12,069 itu kepada pekerja penghantaran piza paling disayangi semua orang di Amerika Syarikat.

“Kami secara kolektif mengumpulkan hadiah ini untuk anda, dan saya di sini hanya menyampaikan hadiah ini kepada anda bagi pihak komuniti TikTok yang sayangkan anda,” kata Carlos kepada Derlin.

Facebook

Rakaman TikTok pemberian tip besar itu telah membuatkan Derlin berasa sebak dan terus menangis.

“Bagaimana saya boleh mengucapkan terima kasih dengan pemberian ini? Tidak tahu hendak cakap apa, saya betul tidak percaya semua ini,” ketika Derlin menangis teresak-esak.

Facebook

Keluarga Valdez berharap Derlin akan menggunakan wang itu untuk bil dan perbelanjaan perubatannya supaya dia tidak perlu bekerja keras lagi.

“Dia memang layak dan memerlukannya. Saya gembira kami dapat membantunya.”

Facebook

“Kita hanya perlu melayan semua orang dengan baik dan penuh rasa hormat, seperti yang dia lakukan. Derlin sebenarnya yang mencuri hati kita,” kata Carlos Valdez.

Tonton video di sini.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Sisa angkasa lepas bakal melanggar bulan pada kelajuan 5,800 mph

0

Bulan hampir ditenggelami oleh 3 tan sampah angkasa lepas, satu rempuhan yang akan membentuk kawah dengan muatan beberapa treler semitraktor.

Sisa dari roket itu bakal merempuh bahagian jauh bulan pada kelajuan 5,800 mph pada jangkaan hari Jumaat, yang terlalu jauh untuk dilihat dengan teleskop. Ia mungkin mengambil masa berminggu-minggu, malahan berbulan-bulan, untuk mengesahkan kesan rempuhan itu melalui imej satelit.

Ia telah jatuh secara tidak sengaja melalui ruang angkasa, dan pakar percaya sejak China melancarkannya hampir sedekad lalu. Tetapi pegawai China meragui dan mungkin menafikan itu milik mereka.

Rakaman bulan pada 2011. (Gambar oleh NASA/Goddard/Arizona State University/AP)

Tidak kira siapa yang punya, saintis menjangkakan objek itu akan mengukir lubang sepanjang 33 kaki hingga 66 kaki (10 hingga 20 meter) dan menghantar debu bulan terbang ratusan kilometer melintasi permukaan bulan yang tandus dan berbintik-bintik.

Sisa angkasa lepas yang mengorbit rendah agak mudah untuk dikesan. Objek yang dilancarkan lebih dalam ke angkasa tidak mungkin mengenai apa-apa dan kepingan-kepingan yang jauh ini biasanya akan segera dilupakan, kecuali oleh segelintir pemerhati yang gemar bermain peranan sebagai detektif cakerawala.

SpaceX pada asalnya mengambil peranan untuk sisa ke bulan yang akan datang selepas penjejak asteroid Bill Gray mengenal pasti laluan pelanggaran pada bulan Januari. Beliau membetulkan dirinya sebulan kemudian, mengatakan objek “misteri” itu bukan pentas atas roket SpaceX Falcon dari pelancaran 2015 sebuah balai cerap iklim angkasa lepas untuk NASA.

Gray berkata ia berkemungkinan peringkat ketiga roket China yang menghantar kapsul sampel ujian ke bulan dan kembali pada 2014. Tetapi pegawai kementerian China berkata pentas atas roket itu telah memasuki semula atmosfera Bumi dan terbakar.

Tetapi terdapat dua misi China dengan gelaran yang sama—penerbangan ujian dan misi pemulangan sampel bulan 2020—dan pemerhati Amerika Syarikat percaya kedua-duanya telah bercampur aduk.

Space Command Amerika Syarikat yang menjejaki sisa angkasa lepas, mengesahkan pada hari Selasa bahawa pentas atas dari misi lunar China pada 2014 tidak pernah mengelilingi orbit, seperti yang ditunjukkan sebelum ini dalam pangkalan datanya. Tetapi ia tidak dapat mengesahkan negara asal untuk objek yang akan merempuh bulan.

“Kami memberi tumpuan kepada objek yang lebih dekat dengan Bumi,” kata seorang jurucakap Space Command dalam satu kenyataan.

Bill Gray, seorang ahli matematik dan fizik, berkata beliau yakin yang ia adalah sisa roket China.

“Saya menjadi lebih berhati-hati dengan perkara seperti itu. Tetapi saya benar-benar tidak nampak apa-apa cara ia boleh menjadi perkara lain,” katanya.

Jonathan McDowell dari Harvard and Smithsonian Center for Astrophysics menyokong penilaian Gray yang disemak, tetapi menyatakan, “Kesannya akan sama. Ia akan meninggalkan satu lagi kawah kecil di bulan.”

Gambar oleh Andrew McCarthy/@cosmic_background

Bulan sudah mempunyai kawah yang tidak terkira banyaknya, antara 1,600 batu (2,500 kilometer). Dengan sedikit atau tiada suasana sebenar, bulan tidak berdaya melawan serangan meteor dan asteroid yang berterusan, dan kapal angkasa yang datang sekali-sekala, termasuk beberapa yang sengaja terhempas demi sains. Tanpa cuaca, tiada hakisan dan kawah hentaman adalah kekal selama-lamanya.

China mendarat di bahagian jauh bulan, tetapi ia akan menjadi terlalu jauh untuk mengesan kesan itu di utara khatulistiwa. Lunar Reconnaissance Orbiter NASA juga akan berada di luar jangkauan. Tidak mungkin Chandrayaan-2 dari India yang mengorbit bulan akan melaluinya juga.

“Saya sudah lama mengharapkan sesuatu yang signifikan merempuh bulan. Sebaik-baiknya, ia akan melanda bahagian dekat bulan pada satu ketika di mana kita benar-benar dapat melihatnya,” kata Gray.

Selepas menuding jari kepada SpaceX milik Elon Musk, Gray melihat sekali lagi selepas seorang jurutera di Makmal Pendorong Jet NASA mempersoalkan dakwaannya. Kini, beliau “cukup diyakinkan dengan teliti” ia adalah bahagian roket China, berdasarkan bukan sahaja pada penjejakan orbit kembali dari pelepasan 2014, tetapi juga data yang diterima daripada eksperimen radio ham jangka pendeknya.

Pusat Kajian Objek Berdekatan Bumi JPL menyokong penilaian semula Gray. Pasukan Universiti Arizona juga baru-baru ini mengenal pasti segmen roket Long March China daripada cahaya yang dipantulkan melalui catnya, semasa pemerhatian teleskop ke atas silinder yang bergerak.

Panjangnya kira-kira 40 kaki (12 meter) dan diameter 10 kaki (3 meter), dan melakukan balik kuang pada setiap dua hingga tiga minit.

Gray berkata SpaceX tidak pernah menghubunginya untuk mencabar tuntutan asal itu. Tidak ada dari China juga.

Gambar bulan yang dirakam dari Berlin, Jerman pada 11 Januari 2022. (Gambar oleh Michael Sohn/AP)

“Ia bukan masalah SpaceX, dan juga bukan masalah China. Tiada siapa yang sangat berhati-hati tentang apa yang mereka lakukan dengan sampah di orbit semacam ini,” kata Gray.

Menjejaki sisa misi angkasa lepas seperti ini sukar, menurut McDowell. Graviti bulan boleh mengubah laluan objek semasa ‘flyby’, mewujudkan ketidakpastian. Dan tiada pangkalan data yang tersedia, kata McDowell, selain daripada yang “disatukan” oleh dirinya sendiri, Gray dan beberapa yang lain.

“Kita kini berada dalam era di mana banyak negara dan syarikat swasta meletakkan barang-barang mereka di ruang angkasa, jadi sudah tiba masanya untuk mula menjejakinya. Buat masa ini tiada siapa, hanya beberapa peminat yang mengisi masa lapang mereka,” kata Jonathan McDowell.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor: