28.5 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024
UtamaGaya HidupDetik emosi penghantar piza usia 90 tahun diberi tip AS$12,000 oleh bintang...

Detik emosi penghantar piza usia 90 tahun diberi tip AS$12,000 oleh bintang TikTok yang kumpul derma selepas simpati melihatnya bergelut

Sepatutnya pada usia 89 tahun, warga emas Derlin Newey tidak perlu bekerja lagi dan boleh hidup dengan baik membelanjakan wang persaraannya. 

Tetapi Derlin, warga emas yang menghampiri usia 90 tahun bekerja keras selama 30 jam seminggu sebagai penghantar piza Papa John di kejiranannya yang terletak di Roy, Utah demi kelangsungan hidup.

Facebook

Untuk dijadikan kisah menyentuh hati kerana keramahan dan kebaikan hati Derlin terhadap semua pelanggannya, dia menerima rezeki tip besar hasil usaha seorang bintang TikTok yang memulakan kutipan derma untuknya.

Mulanya warga emas ini kerap menghantar piza ke rumah bintang TikTok popular Carlos Valdez dan dia merakam video Derlin dengan keramahan hatinya yang secara tidak disangka telah mengubah hidupnya buat selama-lama.

Facebook

Carlos Valdez merakam interaksi keluarganya dengan Derlin Newey – yang berdiri di ambang pintu dan mereka gembira menikmati perbualan mesra itu yang termasuk dengan beberapa jiran lain. Derlin melayan mereka dengan cara yang sama.

Rakaman itu kemudiannya dimuat naik ke laman TikTok Valdez @vendingheads, di mana ia segera menjadi tular.

Facebook

Peminat Valdez jatuh cinta dengan pekerja rajin Derlin Newey yang baik hati, dan ramai yang tertanya-tanya mengapa dia masih bekerja ketika usianya menghampiri 90 tahun. 

Carlos Valdez kemudiannya mendapat idea untuk memulakan kutipan derma untuk pekerja warga emas itu.

Facebook

Bintang TikTok ini membuka akaun kutipan derma melalui platform Venmo, dan ramai yang menyumbang dari pelosok negara dengan menghantarkan wang derma untuk Derlin. Keluarga Valdez telah berjaya mengumpul AS$12,069 (RM50,400) dalam tempoh beberapa hari sahaja.

Facebook

Selepas itu, Carlos Valdez dan isterinya menziarah ke rumah mudah alih Derlin Newey untuk menyampaikan ‘tip’ AS$12,069 itu kepada pekerja penghantaran piza paling disayangi semua orang di Amerika Syarikat.

“Kami secara kolektif mengumpulkan hadiah ini untuk anda, dan saya di sini hanya menyampaikan hadiah ini kepada anda bagi pihak komuniti TikTok yang sayangkan anda,” kata Carlos kepada Derlin.

Facebook

Rakaman TikTok pemberian tip besar itu telah membuatkan Derlin berasa sebak dan terus menangis.

“Bagaimana saya boleh mengucapkan terima kasih dengan pemberian ini? Tidak tahu hendak cakap apa, saya betul tidak percaya semua ini,” ketika Derlin menangis teresak-esak.

Facebook

Keluarga Valdez berharap Derlin akan menggunakan wang itu untuk bil dan perbelanjaan perubatannya supaya dia tidak perlu bekerja keras lagi.

“Dia memang layak dan memerlukannya. Saya gembira kami dapat membantunya.”

Facebook

“Kita hanya perlu melayan semua orang dengan baik dan penuh rasa hormat, seperti yang dia lakukan. Derlin sebenarnya yang mencuri hati kita,” kata Carlos Valdez.

Tonton video di sini.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI