32.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 26, 2025
Utama Blog Laman 197

Ubah dan hias bilik tidak sampai sebulan, hasil tangan pemuda ini memang cukup mengagumkan!

0

Masih ingat dengan zaman ketika Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) dua tahun lalu? Ketika itu tiada yang dibenarkan untuk keluar rumah kecuali atas urusan tertentu sahaja. Kerja pun semua dilakukan dari rumah. Mahu bersenam dan keluar berjalan di taman pun tidak dibenarkan sehingga ada yang membuat lawak dengan mengatakan mereka rindu untuk memakai kasut.

Ketika itu ramailah yang cuba melakukan pelbagai aktiviti di rumah. Ada yang mencuba resipi baru di media sosial, ada yang cuba melakukan hobi baru yang seperti bercucuk tanam dan ada juga yang mengambil kesempatan untuk melakukan dekorasi rumah.

Misalnya pemuda bernama Fiq Said ini yang telah melakukan perubahan 360 darjah pada bilik tidurnya yang mana hasilnya cukup mengagumkan sesiapa yang melihatnya. Menurut kapsyennya pada status yang dimuat naik di Twitter, dia memaklumkan yang dia hanya mengambil masa 28 hari ketika PKP untuk mengubah suasana biliknya.

Jika dilihat pada video yang telah dimuat naik jelas sekali akan perubahan yang berlaku. Bukan calang-calang perubahan yang dilakukan… nampaknya dia memang punya bakat semula jadi!

Ruang biliknya bukan sahaja nampak lebih kemas, tetapi kelihatan lebih luas walaupun perabot yang diletakkan lebih banyak. Mungkin kerana warna putih yang dipilihnya berjaya menjadikan ruang lebih luas dan teratur. Tidak hanya itu, jika diperhatikan dia menggunakan jenis katil dua tingkat, jadi ruang bawah boleh digunakan untuk dijadikan ruangan kerja.

Tidak hanya itu, ada beberapa ruangan lain yang turut mengalami perubahan. Jom tonton sendiri video yang telah dimuat naik, mana tahu anda mungkin boleh mendapatkan idea untuk dekorasi bilik anda nanti?

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Terkena renjatan elektrik akibat pemanas air bermasalah, pasangan suami isteri ditemui maut dalam bilik air

0

Sepasang suami isteri ditemui maut di lantai bilik air rumah mereka di Taman Puncak Teringkap, Cameron Highlands pada 10 Mac, selepas dipercayai terkena renjatan elektrik.

Pasangan suami isteri berkenaan ditemukan tidak bergerak semasa pasukan penyelamat tiba di tempat kejadian.

Anggota bomba terpaksa dipanggil masuk untuk membuka pintu kerana mangsa menghalangnya. Sebaik bekalan elektrik di rumah itu diputuskan, penyiasat baru dapat memeriksa keadaan mangsa.

Facebook

Kedua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kejadian dilaporkan berlaku ketika suami yang berusia 46 tahun sedang mandi dengan pemanas air dihidupkan sebelum terkena renjatan elektrik dan pengsan.

“Kemudian isteri mangsa terdengar bunyi bising dari bilik air dan pergi memeriksa apa yang berlaku sebelum menjerit dan meminta anak perempuannya yang berusia 10 tahun membawa sebatang kayu untuk cuba menyelamatkan suaminya,” kata Ketua Polis Pahang Datuk Ramli Mohamed Yoosuf kepada media.

Facebook

Kayu itu digunakan sebagai penebat elektrik untuk memutuskan sambungan arus elektrik daripada lelaki itu.

“Bagaimanapun, wanita itu turut terkena renjatan elektrik sebelum tidak sedarkan diri dan anak perempuan mereka kemudian membuat panggilan kecemasan untuk melaporkan kejadian itu,” menurutnya.

Siasatan awal mendapati terdapat kesan melecur pada tapak tangan wanita berusia 35 tahun itu.

Facebook

Pasangan suami isteri itu dipercayai terkena arus elektrik dari pemanas air elektrik yang bermasalah.

Siasatan tidak menemui unsur jenayah dalam kejadian itu. Mayat kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom di Tanah Rata, Pahang untuk bedah siasat.

Pasangan itu dilaporkan berasal dari Sarawak dan bekerja sebagai pekerja ladang. Mereka mempunyai orang tiga anak, dua lelaki yang berusia dua dan lapan tahun, serta anak perempuan mereka yang melaporkan kejadian berusia 10 tahun.

Facebook

Tiga beradik itu telah diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), lapor Bernama.

Kejadian mangsa maut terkena renjatan elektrik ketika menggunakan pemanas air bukan pertama kali dilaporkan.

Twitter

Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati ketika menggunakan pemanas air elektrik semasa berada di dalam bilik air. 

Ikuti langkah keselamatan penggunaan pemanas air elektrik yang berikut bagi mengelak tragedi berulang:

Twitter

Pastikan anda melakukan penyelenggaraan pemanas air elektrik secara berkala bagi memastikan keselamatan anda dan keluarga di rumah sentiasa terpelihara.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

13 SOP individu di Malaysia perlu patuhi selepas Fasa Endemik bermula 1 April

0

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan peralihan Malaysia menuju ke Fasa Endemik berkuat kuasa 1 April, dalam sidang media di Parlimen pada 8 Mac.

Pada 9 Mac, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin telah mengumumkan SOP terkini untuk rakyat apabila negara secara rasmi beralih ke fasa endemik. Berikut ialah senarai SOP yang anda perlu ikuti, berkuat kuasa 1 April 2022.

Twitter

1. Penggunaan pelitup muka masih diwajibkan di tempat awam kecuali di kawasan lapang tanpa orang ramai.

2. Daftar masuk melalui MySejahtera masih WAJIB, kecuali kawasan lapang tanpa orang ramai.

3. Mereka yang berminat untuk mengekalkan status “vaksinasi lengkap” (berumur 60 tahun ke atas, penerima Sinovac berumur 18 ke atas untuk dua dos pertama) mesti menerima suntikan dos penggalak sebelum 1 April.

4. Solat Jemaah di surau dan masjid dibenarkan tanpa sebarang penjarakan fizikal.

5. Kelab malam akan kekal ditutup.

6. Perniagaan terpilih serta berkaitan akan dibenarkan beroperasi selama 24 jam dan tanpa had masa.

Twitter

7. Pengembara yang dikuarantin di Malaysia boleh menamatkan tempoh isolasi pada 1 April.

8. Kanak-kanak dan remaja di bawah 17 tahun tidak perlu menjalani kuarantin, tanpa mengira status vaksinasi mereka tetapi wajib menjalani ujian RTK-antigen dalam tempoh 24 jam selepas ketibaan.

9. Pengembara yang tidak menerima vaksinasi dan yang separa vaksinasi perlu diasingkan selama 5 hari.

10. Dokumen yang berkaitan diperlukan bagi mereka yang dikecualikan daripada menerima vaksinasi Covid-19.

11. Perjalanan rentas negeri akan dibenarkan tanpa mengira status vaksinasi anda.

12. Pil antiviral, PAXLOVID, akan dipreskripsi kepada individu yang sedang pulih daripada virus Covid-19.

13. Orang ramai masih digalakkan bekerja dari rumah bagi membendung penularan virus Covid-19 di tempat kerja.

Memandangkan sudah tiba masanya untuk semua orang hidup dengan virus Covid-19, ini tidak bermakna anda boleh mengambil ringan kelonggaran dan SOP yang dikemukakan.

Teruskan mengamalkan SOP dan normal baharu demi membendung penularan Covid-19.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Penghantar makanan berjaya memecut motosikal selamatkan diri selepas nyaris diterkam harimau di Terengganu

0

Sebagai pekerja penghantaran makanan, sudah menjadi perkara biasa apabila terdapat pelbagai halangan dan bahaya yang perlu mereka tempuhi setiap hari.

Seorang rider Foodpanda baru-baru ini berkongsi pengalaman ngeri hampir diserang harimau semasa dia sedang bertugas menghantar makanan.

Mohd Shafiq Mamat menceritakan detik cemas itu kepada Sinar Harian, di mana insiden berlaku pada malam Rabu (9 Mac) berhampiran kawasan di Taman Bersekutu di Kampung Paya Dusun, Dungun, Terengganu.

Facebook

“Kejadian berlaku kira-kira jam 8:30 malam ketika saya dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman Permint Indah yang terletak kira-kira 3 kilometer dari tempat kejadian,” jelasnya.

“Saya tidak pasti dari mana datangnya harimau itu kerana tiba-tiba sahaja dia sudah berada 5 meter di belakang saya dan saya terus memecut kelajuan motosikal itu sejauh 100 meter,” katanya.

Gambar Hiasan / Pixabay

“Saya tak sangka haiwan itu sempat mengejar sehingga betul-betul di sebelah motosikal saya. Saya sempat menoleh harimau itu dan dia kelihatan seperti mahu menerkam saya,” tambahnya.

Mohd Shafiq yang sudah hampir dua tahun bekerja sebagai penghantar makanan berkata, kejadian itu merupakan pengalaman paling ngeri yang pernah dialaminya semasa bekerja sebagai seorang rider. Dia pada mulanya melaporkan pengalaman itu dalam hantaran di Facebook.

Facebook

“Sebelum ini, pernah dikejar anjing tetapi itu perkara biasa. Kali ini dikejar harimau agak luar biasa dan ngeri. Sepanjang malam saya tidak dapat tidur memikirkan kejadian yang saya dialami. Saya rasa serik dan takut untuk melalui kawasan itu. Namun, saya tidak boleh menolak rezeki sekiranya saya terpaksa melalui jalan itu sekali lagi,” katanya yang masih trauma.

Menurut Mohd Shafiq, dia sudah memaklumkan insiden itu kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Taman Bersekutu dan laporan telah dibuat kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu untuk tindakan lanjut.

YouTube

Sementara itu, Pengarah Hidupan Liar Terengganu, Loo Kean Seong berkata kakitangan jabatan itu telah pergi ke tempat kejadian untuk menyiasat dan membuat pemantauan.

“Saya berharap kejadian sebegini akan dilaporkan dengan segera kepada pihak Perhilitan dan bukan hanya dikongsi di media sosial. Lebih cepat laporan dibuat, maka ia akan dapat memudahkan siasatan,” katanya.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Air setinggi 1 inci boleh bahayakan kanak-kanak, ketahui cara elakkan anak lemas dalam bilik air

0

Bunyinya kedengaran seperti aneh sahaja tetapi ketahuilah bahawa kejadian lemas di bilik air boleh berlaku bila-bila masa sahaja. Kejadian kanak-kanak lemas dalam bilik air sebenarnya bukan isu baru jadi ianya tidak seharusnya dipandang remeh terutama oleh ibu bapa yang memiliki anak kecil.

Mungkin ramai yang masih tidak tahu bahawa kanak-kanak berisiko lemas walaupun kedalaman air hanya sekitar satu inci atau kurang daripada 2.5cm. Ya, hanya setinggi itu anak kecil kita boleh berhadapan dengan risiko lemas jika ditinggalkan sendirian!

Jadi, ibu bapa perlu lebih peka dan berhati-hati dengan keadaan anak dan bilik mandi. Berikut adalah ulasan dan perkonsian oleh Dr Kamarul Ariffin di Facebook miliknya tentang cara elakkan risiko anak lemas di bilik air.

CARA ELAK RISIKO ANAK LEMAS DALAM BILIK AIR:

Ibu bapa kena tahu hal ini. Kanak-kanak boleh lemas di dalam air walaupun kedalamannya hanya 1 inci atau kurang daripada 2.5 sentimeter.

Ada beberapa perkara kita perlu pastikan untuk elak risiko anak lemas di dalam bilik air, antaranya:

1. ELAK TINGGAL ANAK MANDI SENDIRIAN

Jangan tinggalkan anak mandi sendirian di dalam besen, baldi, tab mandi atau kolam berisi air walaupun untuk seketika. Jika keluar dari bilik air, bawa anak sekali.

2. TERDAPAT RISIKO TERGELINCIR

Selain lemas, kanak-kanak yang bermain di bilik air sendirian mudah tergelincir dan tersungkur kerana permukaan lantai licin. Terutamanya pada yang baru belajar berjalan.

3. SIMPAN BEKAS TAKUNGAN AIR

Kosongkan dan simpan bekas takungan air di tempat yang sesuai selepas menggunakannya supaya anak tidak ambil dan mengisikannya dengan air tanpa pengawasan.

4. TUTUP BEKAS TAKUNGAN AIR

Ada bilik air mempunyai binaan takungan air yang kekal seperti kolah. Jika tidak boleh kosongkan, maka tutuplah ia. Mangkuk tandas jenis duduk pun elok ditutup.

5. TUTUP PINTU BILIK AIR

Jika tak boleh kosongkan, dan tak boleh tutup bekas takung air. Maka tutuplah pintu bilik air jika tiada sesiapa menggunakannya. Ini untuk elak anak masuk tanpa kita sedar.

Semoga bermanfaat! Nanti kita belajar sikit tentang CPR untuk bayi pula, ya?

Sumber: Facebook

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Resipi mudah buat ‘jeruk’ segera yang mudah dan paling penting lebih sihat!

0

Ramai antara kita yang suka makan makanan masam, termasuk jeruk. Kalau boleh setiap hari hendak mengunyah jeruk asam sambil menonton TV. Namun begitu, sesedap mana pun jeruk kadangkala boleh buatkan tekak mula sakit. Apa yang lebih teruk ada yang mula sakit perut ekoran kandungan asid yang terlalu tinggi barangkali.

Bayangkan kalau ada jeruk yang lebih sihat untuk dinikmati? Pasti lebih menyeronokkan! Mana tidaknya, kali ini hendak makan jeruk pun tidak perlu memikirkan akibatnya atau risau tekak akan sakit.

Selain lebih sihat, jeruk ini juga mudah sahaja untuk dibuat. Jom ikuti resepi jeruk sihat yang dikongsikan oleh Puan Ainini Zainal di Facebook. Selepas ini anda boleh buat sendiri berapa banyak pun jeruk yang anda mahu!

RESIPI ‘JERUK’ SEGERA VERSI LEBIH SIHAT.

Ini ‘jeruk’ 12 jam siap yang paling saya suka. Tak payah risau sakit tekak lepas makan, atau sakit dada, effect segera lepas makan bagi mereka yang memang ada allergies.

Disebabkan selalu sakit dada dan batuk lepas makan jeruk beli, saya memang jarang sangat makan kecuali yang buat sendiri. Terbiasa sampai sekarang, sebab memang cukup suka jeruk masam manis ni.

Bila belajar tentang fungsi cuka seperti Cuka Epal sebagai probiotik dan madu sebagai prebiotik, saya suka sangat bila apply ilmu tu dalam penyediaan makanan/minuman. Salah satunya, sebagai ‘jeruk’ ni.

Ya, ia bukan jeruk sebenar pun sebab tak melalui fermentation process pun kan. Cuma guna bahan yang dah melalui proses fermentation iaitu Cuka Epal. Ini hanya jeruk segera.

‘JERUK’ BUAH 12 JAM AININI ZAINAL

BAHAN-BAHANNYA:

1. JAMBU BATU

  • 1 Jambu Batu, dicuci, dipotong.
  • Bijinya tak perlu buang, ya. Ia BUKAN punca appendiks. Let’s learn, unlearn and relearn.

2. NENAS

  • 1 biji nenas, dikupas, dipotong, diambil empulur sekali.
  • Bahagian empulurlah paling banyak khasiat Bromelain yang bagus untuk badan. Tapi ramai suka buang. Yes, learn, unlearn and relearn.

3. CUKA EPAL

  • 5 sudu besar Cuka Epal.
  • Kaya probiotik. Jika nak dapatkan, cari yang berkeladak. Bukan yang jernih.

4. MADU

  • 3, 4 sudu besar madu.
  • Madu adalah prebiotik yang amat kaya antibacterial, antivirus, antiinflammatory properties.

5. GARAM HIMALAYA

  • ½ sudu teh Garam Himalaya.
  • Garam Himalaya kaya mineral, berbanding Garam Putih.

PENYEDIAANNYA:

  1. Gaul semuanya dan simpan dalam balang kaca. Elakkan balang plastik kerana cuka epal berasid, boleh bertindak balas dengan plastik.
  2. Simpan balang dalam peti sejuk semalaman. Esok boleh makan.
  3. Airnya boleh dicampur dengan air kosong. Jadikan minuman sihat, berperisa jambu batu & nanas, manis, masam, masin ala ala Asam Boi.
  4. Jeruk kaya prebiotik, probiotik, vitamin C, antivirus, antibakteria, antiradang.
  • Memang cuka dan madu saya guna tak banyak sebab nanti air dari buah juga akan keluar. Ini gambar selepas 12 jam. Tapi boleh adjust ikut suka kita, ya.
  • Sukatan pun boleh buat ikut suka.
  • Buah jenis lain yang lambat serap cecair, boleh biarkan 24-48 jam. Asalkan dalam peti ais

Semoga bermanfaat, tau. Jaga kesihatan, semua.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Gadis Korea pandai cakap BM, jalan-jalan cari makan dekat pasar malam ini semua dapat diskaun

0

Kita pasti rasa bangga dan gembira apabila ada orang dari negara lain boleh berbahasa kebangsaan walaupun dia tidak fasih masih belajar.

Kesungguhan mereka untuk bercakap dalam Bahasa Melayu pasti akan mendapat pujian seperti YouTuber dari Korea yang popular di Malaysia ini dikenali sebagai Mizi Comel.

Bagi mereka yang sudah biasa melihat video YouTube bab makan makanan Malaysia yang boleh buat orang terliur dan hendak pergi ke tempat itu, Mizi Comel adalah salurannya.

YouTube

Anda pergilah menonton video Mizi Comel di YouTube. Kandungan videonya memang sangat-sangat menarik.

Mizi ini pandai cakap Melayu walaupun dia kadang-kadang ada tersalah sikit-sikit tersebut perkataan, tetapi reaksinya sentiasa sangat comel dan boleh buat semua orang tiba-tiba rasa lapar.

YouTube

Baru-baru ini tular di TikTok yang memuat naik sebahagian babak video YouTube Mizi Comel ketika dia sedang jalan-jalan cari makan di Pasar Malam Bandar Baru Bangi, Selangor.

Ketika mengunjungi gerai dan membeli makanan di situ, Mizi bertanyakan dalam Bahasa Melayu yang dicampur Bahasa Inggeris. Tetapi ada banyak perkataan Melayu yang buat semua peniaga kagum dan Bahasa Melayu Mizi sangat bagus.

YouTube

Salah satu gerai makanan yang Mizi tertarik adalah gerai lempeng kakak yang dikenali Dapur Kak Chik. Kakak ini berniaga aneka lempeng dan ubi kayu rebus yang menyelerakan.

YouTube

Ketika berbual dengan Kak Chik dalam Bahasa Melayu, Mizi telah tersalah sebut lempeng menjadi ‘lempang’ yang membuat kakak itu dan semua orang tergelak.

YouTube

Susah Mizi hendak cakap lempeng itu. Tapi tidak mengapa kerana Kak Chik boleh berbahasa Inggeris dengan baik membuatkan Mizi berasa sangat selesa berbual dengan kakak yang peramah ini.

YouTube

Kakak ini siap memberikan banyak diskaun dan lempeng percuma kepada Mizi lagi. Walaupun Mizi menolak pada mulanya, kakak ini tetap mahu memberikan diskaun.

Memang lempeng dan ubi kayu Kak Chik sangat sedap, dan Mizi menyukainya apabila ia dicicah dengan sambal ikan bilis bersama kelapa kukus.

YouTube

Ramai yang kagum melihat cara kakak ini melayan semua pelanggan dengan keramahannya termasuk Mizi walaupun dia ini pelanggan dari Korea.

YouTube

Selain Kak Chik yang jual lempeng, abang yang jual ayam gunting dan sotong goreng, abang kambing bakar dan adik jual aiskrim semua beri Mizi diskaun semasa dia membeli makanan.

YouTube

Siap dapat Milo Ais ikat tepi percuma lagi daripada abang ayam gunting.

YouTube

Sebab Mizi pandai cakap Bahasa Melayu dan dia sangat peramah apabila kata dengan serius semua makanan Malaysia memang sangat sedap.

Tonton video di bawah:

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Facebook panggil penubuhan pakatan pemasaran vaksin

0

Pakatan badan kesihatan yang dibentuk oleh Facebook pada Jun 2021 telah membiayai penyelidikan mengenai “cara terbaik untuk menggunakan sains tingkah laku, media sosial dan platform digital untuk membina keyakinan dan akses kepada vaksin.”

Dikenali “Alliance for Advancing Health Online (AAHO)”, ahli kumpulan yang diterajui Facebook termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), gergasi farmaseutikal Merck, dan Yayasan CDC—yang merupakan cabang pengumpulan dana bagi Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat serta mempunyai rakan kongsi korporat yang termasuk Pfizer dan gergasi dunia lain dalam pembuatan vaksin.

Dalam e-mel yang dihantar pada Jun lalu kepada kakitangan Rumah Putih yang mengumumkan pembentukan pakatan itu, Facebook menyifatkan ia sebagai satu inisiatif untuk “meningkatkan keyakinan vaksinasi melalui media sosial” dengan menekankan “dana keyakinan vaksin” telah diwujudkan di bawah kumpulan itu untuk membiayai kempen dalam mengurangkan keraguan vaksin.

Logo Facebook di Davos, Switzerland pada 20 Januari 2020 (Gambar Arnd Wiegmann / Reuters)

E-mel itu menggambarkan dana itu sebagai inisiatif berbilang tahun bernilai AS$40 juta. Facebook dan Merck masing-masing menyumbang AS$20 juta, menurut Facebook.

“Ini benar-benar mengerikan,” kata Pierre Kory, presiden ‘Frontline COVID-19 Critical Care Alliance’, seorang penyokong terkemuka untuk rawatan COVID-19 alternatif, memberitahu The Epoch Times.

“Ini tidak mempunyai objektif kesihatan awam yang benar dan disokong secara saintifik untuk mencapai orang ramai menerima vaksinasi, ia lebih kepada sasaran pemasaran dengan matlamat tunggal untuk meningkatkan kadar vaksinasi,” katanya.

E-mel itu menunjukkan ia dihantar kepada Becca Siegel, penasihat kanan tindak balas COVID-19 di Rumah Putih; Tericka Lambert, pengarah penglibatan digital di Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia (HHS) Amerika Syarikat; dan kakitangan HHS Monica Vines, yang bekerja di bahagian digital agensi ASPA yang mengetuai pembangunan kandungan web HHS, media sosial dan pelaksanaan polisi maklumat digital.

Ia juga dihantar kepada Georgeta Dragoiu, Felo Inovasi Rumah Putih bagi Strategi Pendidikan Awam Vaksin COVID-19 dan Kempen Media. Kempen ini menjalankan program “Kami Boleh Lakukan Ini”. Artikel semasa di laman webnya meletakkan tajuk “Mengatasi Salah Tanggapan Vaksin.”

Petugas Kesihatan Brazil sedang menyediakan suntikan Pfizer di Brasillia, Brazil pada 16 Januari 2022 (Gambar oleh Eraldo Peres / AP)

“Sukar untuk saya memahami perkara ini sebagai sesuatu yang lain selain kempen propaganda kerajaan,” profesor perubatan Stanford Dr. Jay Bhattacharya memberitahu The Epoch Times.

Tidak jelas bagaimana Rumah Putih memberi maklum balas e-mel tersebut. Beberapa panggilan yang dibuat oleh The Epoch Times ke Facebook (kini Meta) untuk mengulas mengenai perikatan itu tidak pernah dijawab. Pejabat akhbar Rumah Putih, atau penerima individu e-mel Facebook itu juga tidak menjawab pertanyaan yang dibuat oleh The Epoch Times.

Amy Tolchinsky, pengarah komunikasi untuk Yayasan CDC mengeluarkan kenyataan bertulis kepada The Epoch Times sebagai maklum balas kepada pertanyaan tentang penglibatannya dalam pakatan yang dimulakan oleh Facebook.

“Walaupun kami tidak terlibat dalam operasinya, menerima sebarang pembiayaan untuk penglibatan kami, atau menyediakan sebarang pembiayaan, persatuan kami dengan ‘Alliance for Advancing Health Online’, yang diumumkan secara terbuka pada Jun 2021, adalah satu cara untuk mendidik orang ramai mengenai keselamatan dan keberkesanan vaksin terhadap khalayak yang lebih luas.”

Tolchinsky juga menyatakan Yayasan CDC telah “membuat perkongsian rasmi dengan ramai dermawan, organisasi, syarikat dan individu Amerika Syarikat dan antarabangsa pada sebelum, dan sejak permulaan pandemik.”

Setiausaha Akhbar Rumah Putih Jen Psaki (Gambar oleh MANDEL NGAN/AFP /Getty Images)

Pada 15 Jun 2021, e-mel dihantar kepada kakitangan Rumah Putih, Pengurus Dasar Awam Facebook ketika itu Nkechi Payton Iheme menyenaraikan yayasan itu sebagai salah satu daripada beberapa organisasi yang membentuk pakatan itu.

Selain Pfizer, senarai rakan kongsi korporat Yayasan CDC termasuk beberapa pembuat vaksin terbesar di dunia iaitu AstraZeneca, GlaxoSmithKline, Novartis, Emergent BioSolutions dan Bavarian Nordic.

Iheme, yang telah meninggalkan Facebook, juga mengenal pasti Merck, WHO, Bank Dunia, dan beberapa kumpulan advokasi vaksin sebagai ahli pakatan dalam e-mel.

Pertimbangan etika

Saintis vaksin Dr. Robert Malone, yang diharamkan oleh Twitter pada bulan Disember lalu selepas membangkitkan kebimbangan keselamatan mengenai vaksin COVID-19, memberitahu The Epoch Times beliau percaya penubuhan pakatan itu menimbulkan pelanggaran langsung tanggungjawab etika dalam perubatan, yang katanya adalah untuk mendedahkan risiko sebarang rawatan yang disyorkan bersama dengan pilihan rawatan alternatif.

“Jika Facebook mahu bermain sebagai doktor maka ia perlu memenuhi kewajipan profesional dan etika profesion,” katanya.

Dr. Malone, yang memainkan peranan penting dalam mencipta teknologi mRNA yang digunakan untuk membuat vaksin COVID-19 dalam eksperimen, memberitahu The Epoch Times beliau tidak mempunyai halaman Facebook.

Soalan mengenai penindasan rawatan alternatif

E-mel pada Jun 2021 itu diperolehi oleh kumpulan konservatif ‘Information Consent Action Network (ICAN)’ sebagai sebahagian daripada kempennya untuk menunjukkan cara Facebook bekerjasama dengan kerajaan persekutuan untuk menyekat orang ramai dalam membuktikan keberkesanan rawatan alternatif seperti Ivermectin dan hydroxychloroquine.

Peguam ICAN Aaron Siri memberitahu The Epoch Times, “Ia mewujudkan duluan berbahaya apabila saluran media sosial membawa mesej kerajaan sambil menekan mesej yang bertentangan dengan apa yang cuba dipromosikan oleh kerajaan.”

Siri menambah media sosial, farmaseutikal besar dan pakatan yang dianggotai kerajaan persekutuan adalah “sekurang-kurangnya” sebagai “kempen raksasa” untuk menyekat hak kebebasan bersuara Pindaan Pertama Perlembagaan Amerika Syarikat.

Tablet Ivermectin yang dikhususkan penggunaannya untuk manusia sebagai rawatan alternatif COVID-19. (Gambar oleh Natasha Holt/The Epoch Times)

Facebook baru-baru ini melaporkan ia mempunyai 2.9 bilion pengguna, iaitu hampir 40 peratus daripada populasi dunia.

Dr. Pierre Kory memberitahu The Epoch Times bahawa beliau percaya Facebook berpotensi meletakkan dirinya dalam peranan undang-undang sebagai “pelakon negara” dan malahan boleh dipertanggungjawabkan untuk kecederaan yang berkaitan dengan vaksin ketika mempromosikan vaksin COVID-19.

Halaman Facebook kumpulannya kekal aktif. Ia termasuk video yang disiarkan pada 3 Mac tentang penampilannya dalam ‘The Digger’. Dalam debut segmennya, Dr. Kory bercakap tentang penyembuhan pesat yang beliau saksikan ke atas pesakit COVID-19 yang dirawat dengan Ivermectin.

Nkechi Iheme menyatakan dalam e-mel bahawa aktiviti pertama pakatan AAHO bersama-sama adalah melancarkan dana keyakinan vaksinnya. Beliau menyatakan dalam e-melnya bahawa kakitangan Biden boleh “menyertai perbualan susulan jika mahu.”

Pakatan itu diwujudkan berikutan dakwaan pemberi maklumat Facebook France Haugen pada bulan Oktober bahawa gergasi media sosial itu tidak melakukan dengan cukup untuk menghapuskan maklumat salah di Facebook tentang vaksin COVID-19.

Haugen juga menuduh Facebook tidak melakukan dengan cukup untuk memadam maklumat salah daripada penafi perubahan iklim.

Ia merujuk keterangan pengasas Facebook Mark Zuckerberg kepada Kongres bahawa platform media sosial tidak seharusnya bertanggungjawab jika mereka menunjukkan penggunaan “amalan terbaik” untuk mencari penyebaran maklumat yang didakwa salah atau apa yang dipanggil “kandungan berbahaya.”

CEO Facebook Mark Zuckerberg semasa di Capitol Hill, Washington DC. (Gambar oleh BRENDAN SMIALOWSKI/AFP/Getty Images)

Ahli pakatan lain yang dikenal pasti melalui e-mel Facebook termasuk ‘The Bay Area Global Alliance’.

Pengerusinya, Mary Pittman juga merupakan ketua pegawai eksekutif dan presiden Institut Kesihatan Awam (PHI). Bulan lalu, badan itu mengeluarkan kenyataan akhbar yang mengumumkan pihaknya telah dianugerahkan AS$10 juta daripada HHS untuk “kerja ekuiti” dalam mempromosikan vaksin COVID-19.

Tambahan sebagai rakan kongsi bersama Yayasan CDC yang disokong Pfizer, pemeriksa fakta Facebook juga mempunyai kaitan dengan Pfizer.

Salah seorang jurulatih utama “Meta Journalism Project” Facebook, yang didakwa secara khusus menangkap dakwaan maklumat salah tentang vaksin COVID-19, ialah ‘International Center For Journalists (ICFJ)’, yang turut menyenaraikan Pfizer antara penaja korporatnya.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Lucu! Kit ujian kehamilan positif disangka kit ujian Covid-19, netizen perihatin siap ucap simpati

0

Rasanya hampir setiap hari ada sahaja gambar kit kendiri Covid-19 yang dimuat naik di laman sosial oleh netizen. Seiring dengan waktu, kini Covid-19 boleh dikesan dengan bantuan kit kendiri yang sememangnya digunakan ramai.

Jika dahulu kit kendiri hanya digunakan golongan wanita untuk menguji sama ada mereka hamil atau tidak tetapi kini untuk mengesan Covid-19 kit kendiri telah diwujudkan.

Jika kit kendiri Covid-19 menunjukkan dua garis maka kita sudah tahu hasilnya adalah positif dan ia bukannya satu berita gembira untuk dikongsikan. Mana tidaknya, dua garis itu menunjukkan anda menghidap Covid-19 yang bahaya dan jika tidak dipantau akan boleh mengancam nyawa!

Setelah hampir tiga tahun ‘hidup’ dengan virus itu ditambah lagi dengan jumlah kes yang semakin bertambah membuatkan kes positif nampak ‘biasa’ sehingga apabila nampak sahaja gambar kit kendiri di media sosial kita terus melihatnya sebagai kit kendiri Covid-19.

Baru-baru ini seorang netizen, Wan Arief Imran memuat naik gambar kit kendiri kehamilan yang menunjukkan dua garis dengan kapsyen yang memberitahu bahawa isterinya telah hamil. “Isteri membangunkan saya pada hari wanita dengan dua gari pada kit ujiannya,” tulis Wan Arief.

Ekoran ciapan yang dibuat itu dia mula dihujani dengan ucapan tahniah buatnya dan isteri.

Namun begitu, ada juga yang terkeliru dengan gambar tersebut. Mereka menyangka kit ujian tersebut adalah kit ujian kendiri Covid-19! Jadi, ada lah antara mereka yang mengucapkan simpati dan mendoakan semuanya akan selamat. Tidak hanya itu, ada juga yang mengingatkan supaya melakukan ‘update’ pada aplikasi MySejahtera ekoran keputusan positif tersebut.

Wan Arief turut mengucapkan terima kasih di atas ucapan tahniah yang diterimanya. Katanya lagi dia tidak menyangka akan menerima ucapan yang begitu banyak daripada orang ramai. Dia juga mengucapkan terima kasih kepada ucapan simpati daripada mereka yang menyangka kit ujian tersebut adalah kit Covid-19. Apa pun ucapan netizen, dia tetap menghargainya.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Kewajipan penggunaan pelitup muka tiada kaitan dengan kadar jangkitan Covid-19 yang semakin rendah: kajian

0

Baru-baru ini kajian mendapati bahawa angka jangkitan Covid-19 yang rendah di Sepanyol tiada kaitannya dengan kewajipan bagi pemakaian pelitup muka oleh kanak-kanak di negara itu.

Kanak-kanak berumur 6 tahun ke atas di Catalonia, sebuah wilayah di Sepanyol, telah diwajibkan untuk memakai topeng sebaik sahaja sekolah dibuka semula ketika wabak Covid-19.

Penyelidik membandingkan jangkitan Covid-19 pada kanak-kanak mengikut umur mereka untuk cuba menentukan sama ada pemakaian pelitup muka telah menunjukkan kesan dalam mengurangkan penularan SARS-CoV-2, virus yang menyebabkan Covid-19, di sekolah. Virus ini juga dikenali sebagai virus PKC (Parti Komunis China).

Kajian retrospektif mengenal pasti kadar kes dalam kanak-kanak di prasekolah jauh lebih rendah, di mana tiada kewajipan dikenakan di sana jika dibandingkan dengan kumpulan kanak-kanak yang lebih tua yang mana mereka dikehendaki memakai pelitup muka di sekolah.

Kanak-kanak berumur lima tahun, misalnya, mencatatkan insiden sebanyak 3.1 peratus, manakala kanak-kanak berumur 6 tahun mempunyai insiden sebanyak 3.5 peratus.

Hasil kajian tersebut membuktikan bahawa kewajipan pelitup muka di sekolah tiada kaitannya dengan penurunan jumlah yang ketara SARS-CoV-2. Ia juga membuktikan bahawa penggunaan pelitup muka di sekolah tidak begitu memberi kesan.

Data tersebut telah dianalisis datang dari 13 September 2021, hingga 22 Disember tahun yang sama.

Penyelidik percaya bahawa “umur” adalah faktor paling penting bagi penularan virus di sekolah. Dalam erti kata lain, semakin dewasa kanak-kanak, semakin besar kemungkinan mereka mempunyai tindak balas imun seperti orang dewasa.

Penyelidikan terdahulu ada membuktikan bahawa golongan dewasa lebih berkemungkinan untuk dijangkiti Covid-19 jika dibandingkan dengan kanak-kanak. Penyelidik Sepanyol berkata hal ini kerana kanak-kanak kecil berkemungkinan dijangkiti Coronavirus lain, mereka akan mempunyai lebih banyak sel T reaktif silang, sejenis sel yang melindungi daripada Covid-19.

Walau bagaimanapun terdapat limitasi dalam penyelidikan, yang dibiayai oleh kerajaan Sepanyol dan institusi lain itu. Hal ini termasuk tidak dapat mengira semua kes tanpa gejala, yang lebih berkemungkinan berlaku dalam kalangan kanak-kanak yang lebih muda.

Dr Quique Bassat, salah seorang pengarang, menegaskan bahawa pelitup muka berfungsi dengan baik buat golongan yang lebih muda, tetapi Dr. Jonathan Darrow, penolong profesor perubatan di Harvard Medical School yang membuat analisa mengenai pelitup muka pada 2021, tidak bersetuju.

“Ini adalah satu lagi kajian yang gagal memberikan bukti yang baik bahawa pelitup muka dapat jangkitan dengan ketara. Jika terdapat pengurangan maka jumlah tersebut tidaklah begitu ketara,” kata Darrow kepada The Epoch Times dalam e-mel.

“Sudah tentu, banyak kemungkinan bahawa dalam beberapa konteks lain pelitup muka mungkin berfungsi dengan lebih baik, misalnya kualiti topeng yang lebih baik, pematuhan pemakaian yang lebih baik, kurang menyentuh muka, penggantian topeng yang lebih kerap, dan lain-lain.”

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor: