26.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024
UtamaGaya HidupTerkena renjatan elektrik akibat pemanas air bermasalah, pasangan suami isteri ditemui maut...

Terkena renjatan elektrik akibat pemanas air bermasalah, pasangan suami isteri ditemui maut dalam bilik air

Sepasang suami isteri ditemui maut di lantai bilik air rumah mereka di Taman Puncak Teringkap, Cameron Highlands pada 10 Mac, selepas dipercayai terkena renjatan elektrik.

Pasangan suami isteri berkenaan ditemukan tidak bergerak semasa pasukan penyelamat tiba di tempat kejadian.

Anggota bomba terpaksa dipanggil masuk untuk membuka pintu kerana mangsa menghalangnya. Sebaik bekalan elektrik di rumah itu diputuskan, penyiasat baru dapat memeriksa keadaan mangsa.

Facebook

Kedua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kejadian dilaporkan berlaku ketika suami yang berusia 46 tahun sedang mandi dengan pemanas air dihidupkan sebelum terkena renjatan elektrik dan pengsan.

“Kemudian isteri mangsa terdengar bunyi bising dari bilik air dan pergi memeriksa apa yang berlaku sebelum menjerit dan meminta anak perempuannya yang berusia 10 tahun membawa sebatang kayu untuk cuba menyelamatkan suaminya,” kata Ketua Polis Pahang Datuk Ramli Mohamed Yoosuf kepada media.

Facebook

Kayu itu digunakan sebagai penebat elektrik untuk memutuskan sambungan arus elektrik daripada lelaki itu.

“Bagaimanapun, wanita itu turut terkena renjatan elektrik sebelum tidak sedarkan diri dan anak perempuan mereka kemudian membuat panggilan kecemasan untuk melaporkan kejadian itu,” menurutnya.

Siasatan awal mendapati terdapat kesan melecur pada tapak tangan wanita berusia 35 tahun itu.

Facebook

Pasangan suami isteri itu dipercayai terkena arus elektrik dari pemanas air elektrik yang bermasalah.

Siasatan tidak menemui unsur jenayah dalam kejadian itu. Mayat kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom di Tanah Rata, Pahang untuk bedah siasat.

Pasangan itu dilaporkan berasal dari Sarawak dan bekerja sebagai pekerja ladang. Mereka mempunyai orang tiga anak, dua lelaki yang berusia dua dan lapan tahun, serta anak perempuan mereka yang melaporkan kejadian berusia 10 tahun.

Facebook

Tiga beradik itu telah diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), lapor Bernama.

Kejadian mangsa maut terkena renjatan elektrik ketika menggunakan pemanas air bukan pertama kali dilaporkan.

Twitter

Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati ketika menggunakan pemanas air elektrik semasa berada di dalam bilik air. 

Ikuti langkah keselamatan penggunaan pemanas air elektrik yang berikut bagi mengelak tragedi berulang:

Twitter

Pastikan anda melakukan penyelenggaraan pemanas air elektrik secara berkala bagi memastikan keselamatan anda dan keluarga di rumah sentiasa terpelihara.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI