Kita pasti rasa bangga dan gembira apabila ada orang dari negara lain boleh berbahasa kebangsaan walaupun dia tidak fasih masih belajar.
Kesungguhan mereka untuk bercakap dalam Bahasa Melayu pasti akan mendapat pujian seperti YouTuber dari Korea yang popular di Malaysia ini dikenali sebagai Mizi Comel.
Bagi mereka yang sudah biasa melihat video YouTube bab makan makanan Malaysia yang boleh buat orang terliur dan hendak pergi ke tempat itu, Mizi Comel adalah salurannya.

Anda pergilah menonton video Mizi Comel di YouTube. Kandungan videonya memang sangat-sangat menarik.
Mizi ini pandai cakap Melayu walaupun dia kadang-kadang ada tersalah sikit-sikit tersebut perkataan, tetapi reaksinya sentiasa sangat comel dan boleh buat semua orang tiba-tiba rasa lapar.

Baru-baru ini tular di TikTok yang memuat naik sebahagian babak video YouTube Mizi Comel ketika dia sedang jalan-jalan cari makan di Pasar Malam Bandar Baru Bangi, Selangor.
Ketika mengunjungi gerai dan membeli makanan di situ, Mizi bertanyakan dalam Bahasa Melayu yang dicampur Bahasa Inggeris. Tetapi ada banyak perkataan Melayu yang buat semua peniaga kagum dan Bahasa Melayu Mizi sangat bagus.

Salah satu gerai makanan yang Mizi tertarik adalah gerai lempeng kakak yang dikenali Dapur Kak Chik. Kakak ini berniaga aneka lempeng dan ubi kayu rebus yang menyelerakan.

Ketika berbual dengan Kak Chik dalam Bahasa Melayu, Mizi telah tersalah sebut lempeng menjadi ‘lempang’ yang membuat kakak itu dan semua orang tergelak.

Susah Mizi hendak cakap lempeng itu. Tapi tidak mengapa kerana Kak Chik boleh berbahasa Inggeris dengan baik membuatkan Mizi berasa sangat selesa berbual dengan kakak yang peramah ini.

Kakak ini siap memberikan banyak diskaun dan lempeng percuma kepada Mizi lagi. Walaupun Mizi menolak pada mulanya, kakak ini tetap mahu memberikan diskaun.
Memang lempeng dan ubi kayu Kak Chik sangat sedap, dan Mizi menyukainya apabila ia dicicah dengan sambal ikan bilis bersama kelapa kukus.

Ramai yang kagum melihat cara kakak ini melayan semua pelanggan dengan keramahannya termasuk Mizi walaupun dia ini pelanggan dari Korea.

Selain Kak Chik yang jual lempeng, abang yang jual ayam gunting dan sotong goreng, abang kambing bakar dan adik jual aiskrim semua beri Mizi diskaun semasa dia membeli makanan.

Siap dapat Milo Ais ikat tepi percuma lagi daripada abang ayam gunting.

Sebab Mizi pandai cakap Bahasa Melayu dan dia sangat peramah apabila kata dengan serius semua makanan Malaysia memang sangat sedap.
Tonton video di bawah:
Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times
Pilihan Editor: