28.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 15, 2024
UtamaBerita UtamaFacebook panggil penubuhan pakatan pemasaran vaksin

Facebook panggil penubuhan pakatan pemasaran vaksin

Pakatan badan kesihatan yang dibentuk oleh Facebook pada Jun 2021 telah membiayai penyelidikan mengenai “cara terbaik untuk menggunakan sains tingkah laku, media sosial dan platform digital untuk membina keyakinan dan akses kepada vaksin.”

Dikenali “Alliance for Advancing Health Online (AAHO)”, ahli kumpulan yang diterajui Facebook termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), gergasi farmaseutikal Merck, dan Yayasan CDC—yang merupakan cabang pengumpulan dana bagi Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat serta mempunyai rakan kongsi korporat yang termasuk Pfizer dan gergasi dunia lain dalam pembuatan vaksin.

Dalam e-mel yang dihantar pada Jun lalu kepada kakitangan Rumah Putih yang mengumumkan pembentukan pakatan itu, Facebook menyifatkan ia sebagai satu inisiatif untuk “meningkatkan keyakinan vaksinasi melalui media sosial” dengan menekankan “dana keyakinan vaksin” telah diwujudkan di bawah kumpulan itu untuk membiayai kempen dalam mengurangkan keraguan vaksin.

Logo Facebook di Davos, Switzerland pada 20 Januari 2020 (Gambar Arnd Wiegmann / Reuters)

E-mel itu menggambarkan dana itu sebagai inisiatif berbilang tahun bernilai AS$40 juta. Facebook dan Merck masing-masing menyumbang AS$20 juta, menurut Facebook.

“Ini benar-benar mengerikan,” kata Pierre Kory, presiden ‘Frontline COVID-19 Critical Care Alliance’, seorang penyokong terkemuka untuk rawatan COVID-19 alternatif, memberitahu The Epoch Times.

“Ini tidak mempunyai objektif kesihatan awam yang benar dan disokong secara saintifik untuk mencapai orang ramai menerima vaksinasi, ia lebih kepada sasaran pemasaran dengan matlamat tunggal untuk meningkatkan kadar vaksinasi,” katanya.

E-mel itu menunjukkan ia dihantar kepada Becca Siegel, penasihat kanan tindak balas COVID-19 di Rumah Putih; Tericka Lambert, pengarah penglibatan digital di Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia (HHS) Amerika Syarikat; dan kakitangan HHS Monica Vines, yang bekerja di bahagian digital agensi ASPA yang mengetuai pembangunan kandungan web HHS, media sosial dan pelaksanaan polisi maklumat digital.

Ia juga dihantar kepada Georgeta Dragoiu, Felo Inovasi Rumah Putih bagi Strategi Pendidikan Awam Vaksin COVID-19 dan Kempen Media. Kempen ini menjalankan program “Kami Boleh Lakukan Ini”. Artikel semasa di laman webnya meletakkan tajuk “Mengatasi Salah Tanggapan Vaksin.”

Petugas Kesihatan Brazil sedang menyediakan suntikan Pfizer di Brasillia, Brazil pada 16 Januari 2022 (Gambar oleh Eraldo Peres / AP)

“Sukar untuk saya memahami perkara ini sebagai sesuatu yang lain selain kempen propaganda kerajaan,” profesor perubatan Stanford Dr. Jay Bhattacharya memberitahu The Epoch Times.

Tidak jelas bagaimana Rumah Putih memberi maklum balas e-mel tersebut. Beberapa panggilan yang dibuat oleh The Epoch Times ke Facebook (kini Meta) untuk mengulas mengenai perikatan itu tidak pernah dijawab. Pejabat akhbar Rumah Putih, atau penerima individu e-mel Facebook itu juga tidak menjawab pertanyaan yang dibuat oleh The Epoch Times.

Amy Tolchinsky, pengarah komunikasi untuk Yayasan CDC mengeluarkan kenyataan bertulis kepada The Epoch Times sebagai maklum balas kepada pertanyaan tentang penglibatannya dalam pakatan yang dimulakan oleh Facebook.

“Walaupun kami tidak terlibat dalam operasinya, menerima sebarang pembiayaan untuk penglibatan kami, atau menyediakan sebarang pembiayaan, persatuan kami dengan ‘Alliance for Advancing Health Online’, yang diumumkan secara terbuka pada Jun 2021, adalah satu cara untuk mendidik orang ramai mengenai keselamatan dan keberkesanan vaksin terhadap khalayak yang lebih luas.”

Tolchinsky juga menyatakan Yayasan CDC telah “membuat perkongsian rasmi dengan ramai dermawan, organisasi, syarikat dan individu Amerika Syarikat dan antarabangsa pada sebelum, dan sejak permulaan pandemik.”

Setiausaha Akhbar Rumah Putih Jen Psaki (Gambar oleh MANDEL NGAN/AFP /Getty Images)

Pada 15 Jun 2021, e-mel dihantar kepada kakitangan Rumah Putih, Pengurus Dasar Awam Facebook ketika itu Nkechi Payton Iheme menyenaraikan yayasan itu sebagai salah satu daripada beberapa organisasi yang membentuk pakatan itu.

Selain Pfizer, senarai rakan kongsi korporat Yayasan CDC termasuk beberapa pembuat vaksin terbesar di dunia iaitu AstraZeneca, GlaxoSmithKline, Novartis, Emergent BioSolutions dan Bavarian Nordic.

Iheme, yang telah meninggalkan Facebook, juga mengenal pasti Merck, WHO, Bank Dunia, dan beberapa kumpulan advokasi vaksin sebagai ahli pakatan dalam e-mel.

Pertimbangan etika

Saintis vaksin Dr. Robert Malone, yang diharamkan oleh Twitter pada bulan Disember lalu selepas membangkitkan kebimbangan keselamatan mengenai vaksin COVID-19, memberitahu The Epoch Times beliau percaya penubuhan pakatan itu menimbulkan pelanggaran langsung tanggungjawab etika dalam perubatan, yang katanya adalah untuk mendedahkan risiko sebarang rawatan yang disyorkan bersama dengan pilihan rawatan alternatif.

“Jika Facebook mahu bermain sebagai doktor maka ia perlu memenuhi kewajipan profesional dan etika profesion,” katanya.

Dr. Malone, yang memainkan peranan penting dalam mencipta teknologi mRNA yang digunakan untuk membuat vaksin COVID-19 dalam eksperimen, memberitahu The Epoch Times beliau tidak mempunyai halaman Facebook.

Soalan mengenai penindasan rawatan alternatif

E-mel pada Jun 2021 itu diperolehi oleh kumpulan konservatif ‘Information Consent Action Network (ICAN)’ sebagai sebahagian daripada kempennya untuk menunjukkan cara Facebook bekerjasama dengan kerajaan persekutuan untuk menyekat orang ramai dalam membuktikan keberkesanan rawatan alternatif seperti Ivermectin dan hydroxychloroquine.

Peguam ICAN Aaron Siri memberitahu The Epoch Times, “Ia mewujudkan duluan berbahaya apabila saluran media sosial membawa mesej kerajaan sambil menekan mesej yang bertentangan dengan apa yang cuba dipromosikan oleh kerajaan.”

Siri menambah media sosial, farmaseutikal besar dan pakatan yang dianggotai kerajaan persekutuan adalah “sekurang-kurangnya” sebagai “kempen raksasa” untuk menyekat hak kebebasan bersuara Pindaan Pertama Perlembagaan Amerika Syarikat.

Tablet Ivermectin yang dikhususkan penggunaannya untuk manusia sebagai rawatan alternatif COVID-19. (Gambar oleh Natasha Holt/The Epoch Times)

Facebook baru-baru ini melaporkan ia mempunyai 2.9 bilion pengguna, iaitu hampir 40 peratus daripada populasi dunia.

Dr. Pierre Kory memberitahu The Epoch Times bahawa beliau percaya Facebook berpotensi meletakkan dirinya dalam peranan undang-undang sebagai “pelakon negara” dan malahan boleh dipertanggungjawabkan untuk kecederaan yang berkaitan dengan vaksin ketika mempromosikan vaksin COVID-19.

Halaman Facebook kumpulannya kekal aktif. Ia termasuk video yang disiarkan pada 3 Mac tentang penampilannya dalam ‘The Digger’. Dalam debut segmennya, Dr. Kory bercakap tentang penyembuhan pesat yang beliau saksikan ke atas pesakit COVID-19 yang dirawat dengan Ivermectin.

Nkechi Iheme menyatakan dalam e-mel bahawa aktiviti pertama pakatan AAHO bersama-sama adalah melancarkan dana keyakinan vaksinnya. Beliau menyatakan dalam e-melnya bahawa kakitangan Biden boleh “menyertai perbualan susulan jika mahu.”

Pakatan itu diwujudkan berikutan dakwaan pemberi maklumat Facebook France Haugen pada bulan Oktober bahawa gergasi media sosial itu tidak melakukan dengan cukup untuk menghapuskan maklumat salah di Facebook tentang vaksin COVID-19.

Haugen juga menuduh Facebook tidak melakukan dengan cukup untuk memadam maklumat salah daripada penafi perubahan iklim.

Ia merujuk keterangan pengasas Facebook Mark Zuckerberg kepada Kongres bahawa platform media sosial tidak seharusnya bertanggungjawab jika mereka menunjukkan penggunaan “amalan terbaik” untuk mencari penyebaran maklumat yang didakwa salah atau apa yang dipanggil “kandungan berbahaya.”

CEO Facebook Mark Zuckerberg semasa di Capitol Hill, Washington DC. (Gambar oleh BRENDAN SMIALOWSKI/AFP/Getty Images)

Ahli pakatan lain yang dikenal pasti melalui e-mel Facebook termasuk ‘The Bay Area Global Alliance’.

Pengerusinya, Mary Pittman juga merupakan ketua pegawai eksekutif dan presiden Institut Kesihatan Awam (PHI). Bulan lalu, badan itu mengeluarkan kenyataan akhbar yang mengumumkan pihaknya telah dianugerahkan AS$10 juta daripada HHS untuk “kerja ekuiti” dalam mempromosikan vaksin COVID-19.

Tambahan sebagai rakan kongsi bersama Yayasan CDC yang disokong Pfizer, pemeriksa fakta Facebook juga mempunyai kaitan dengan Pfizer.

Salah seorang jurulatih utama “Meta Journalism Project” Facebook, yang didakwa secara khusus menangkap dakwaan maklumat salah tentang vaksin COVID-19, ialah ‘International Center For Journalists (ICFJ)’, yang turut menyenaraikan Pfizer antara penaja korporatnya.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI