31 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024
UtamaBerita UtamaPenghantar makanan berjaya memecut motosikal selamatkan diri selepas nyaris diterkam harimau di...

Penghantar makanan berjaya memecut motosikal selamatkan diri selepas nyaris diterkam harimau di Terengganu

Sebagai pekerja penghantaran makanan, sudah menjadi perkara biasa apabila terdapat pelbagai halangan dan bahaya yang perlu mereka tempuhi setiap hari.

Seorang rider Foodpanda baru-baru ini berkongsi pengalaman ngeri hampir diserang harimau semasa dia sedang bertugas menghantar makanan.

Mohd Shafiq Mamat menceritakan detik cemas itu kepada Sinar Harian, di mana insiden berlaku pada malam Rabu (9 Mac) berhampiran kawasan di Taman Bersekutu di Kampung Paya Dusun, Dungun, Terengganu.

Facebook

“Kejadian berlaku kira-kira jam 8:30 malam ketika saya dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman Permint Indah yang terletak kira-kira 3 kilometer dari tempat kejadian,” jelasnya.

“Saya tidak pasti dari mana datangnya harimau itu kerana tiba-tiba sahaja dia sudah berada 5 meter di belakang saya dan saya terus memecut kelajuan motosikal itu sejauh 100 meter,” katanya.

Gambar Hiasan / Pixabay

“Saya tak sangka haiwan itu sempat mengejar sehingga betul-betul di sebelah motosikal saya. Saya sempat menoleh harimau itu dan dia kelihatan seperti mahu menerkam saya,” tambahnya.

Mohd Shafiq yang sudah hampir dua tahun bekerja sebagai penghantar makanan berkata, kejadian itu merupakan pengalaman paling ngeri yang pernah dialaminya semasa bekerja sebagai seorang rider. Dia pada mulanya melaporkan pengalaman itu dalam hantaran di Facebook.

Facebook

“Sebelum ini, pernah dikejar anjing tetapi itu perkara biasa. Kali ini dikejar harimau agak luar biasa dan ngeri. Sepanjang malam saya tidak dapat tidur memikirkan kejadian yang saya dialami. Saya rasa serik dan takut untuk melalui kawasan itu. Namun, saya tidak boleh menolak rezeki sekiranya saya terpaksa melalui jalan itu sekali lagi,” katanya yang masih trauma.

Menurut Mohd Shafiq, dia sudah memaklumkan insiden itu kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Taman Bersekutu dan laporan telah dibuat kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu untuk tindakan lanjut.

YouTube

Sementara itu, Pengarah Hidupan Liar Terengganu, Loo Kean Seong berkata kakitangan jabatan itu telah pergi ke tempat kejadian untuk menyiasat dan membuat pemantauan.

“Saya berharap kejadian sebegini akan dilaporkan dengan segera kepada pihak Perhilitan dan bukan hanya dikongsi di media sosial. Lebih cepat laporan dibuat, maka ia akan dapat memudahkan siasatan,” katanya.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI