28.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 26, 2025
Utama Blog Laman 198

United Airlines mula benarkan pekerja yang tidak mengambil vaksin untuk kembali bekerja

0

United Airlines merancang untuk membenarkan pekerja yang enggan mendapatkan vaksin Covid-19 kembali bekerja, menurut surat pesanan yang diperoleh The Epoch Times.

Menurut memorandum yang dihantar kepada pekerja pada pagi Khamis lalu mereka yang tidak mendapat vaksin boleh kembali bekerja bermula pada 28 Mac ini.

Kirk Limacher, naib presiden sumber manusia di United, berkata kebenaran itu diberikan disebabkan penurunan kes Covid-19 dan kemasukan ke hospital berkaitan Covid-19 di seluruh negara dalam beberapa minggu kebelakangan ini. Banyak negeri dan bandar menarik balik sekatan yang dilakukan, dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit A.S. secara mendadak telah memberi kelonggaran ke atas peraturan terhadap penggunaan pelitup muka.

“Perubahan ini menunjukkan bahawa wabak itu mula surut secara ketara. Hasilnya, kami yakin kami boleh memulakan proses mengembalikan pekerja RAP kami ke tempat kerja mereka dengan selamat,” tulis Limacher.

United sebelum ini mewajibkan pengambilan vaksin untuk semua 67,000 pekerjanya di A.S. pada musim luruh 2021. Ia merupakan syarikat penerbangan A.S. pertama yang mengenakan kewajipan seperti itu di seluruh A.S.

Pekerja boleh memohon pengecualian atas alasan agama atau perubatan, tetapi jika permintaan pengecualian sedemikian dianggap munasabah—dikenali sebagai RAP dalam bahasa syarikat—pekerja itu akan diberi cuti tanpa gaji selama-lamanya dan tidak dibenarkan meneruskan pekerjaan mereka. Syarikat itu kemudiannya membenarkan beberapa pekerja yang terlibat untuk bertukar kerja.

Dasar itu mencetuskan tuntutan mahkamah, yang sedang berjalan. Dalam keputusan pada Februari, mahkamah persekutuan berkata peraturan yang dikenakan oleh United adalah “secara aktif memaksa pekerja untuk mengabaikan keyakinan/ kepercayaan mereka.”

United akhirnya memecat lebih 200 pekerja kerana tidak mendapat vaksin.

United enggan menyatakan sama ada pekerja yang dipecat akan ditawarkan pekerjaan mereka kembali atau tidak.

John Sullivan, seorang peguam yang mewakili plaintif dalam kes itu, memberitahu The Epoch Times dalam e-mel: “Kami gembira melihat United megembalikan pekerja kerana mereka sepatutnya tidak pernah diberi cuti tanpa gaji untuk kepercayaan atau kesihatan mereka. Semoga orang ramai mula melihat bahawa hak individu tidak boleh diketepikan walaupun semasa pandemik.”

Limacher berkata pekerja yang meminta pengecualian vaksin akan menerima e-mel pada hari Khamis bersama dengan cara untuk kembali kepada “status aktif”. Mereka juga mungkin akan dipindahkan ke jawatan yang tidak berurusan dengan pelanggan.

“Sudah tentu, jika varian lain muncul atau trend Covid tiba-tiba berubah, kami akan menilai semula protokol keselamatan yang sesuai pada masa itu,” katanya.

Pegawai United itu juga mendakwa dasar vaksinasi berjaya mencegah jangkitan Covid-19 dan kes penyakit yang lebih teruk.

“Pekerja kami yang diberi vaksin berkemungkinan kecil kehilangan nyawa mereka akibat Covid,” katanya, sambil menambah bahawa vaksin terus memberikan “perlindungan tinggi.”

Limacher walau bagaimanapun tidak memberitahu bagaimana tiga vaksin yang mendapat pelepasan kawal selia di Amerika Syarikat telah menunjukkan prestasi yang teruk terhadap jangkitan virus COVID-19 lebih-lebih lagi sejak varian Omicron menjadi dominan di negara itu pada akhir 2021.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Wanita ini rakam hujan batu turun bersama hujan lebat di Cheras, pecahkan tingkap dan sebabkan kerosakan pada rumahnya

0

Cuaca buruk dan tidak menentu selama beberapa hari ini telah menyebabkan berlaku hujan lebat, banjir dan tanah runtuh di beberapa kawasan, serta kejadian fenomena hujan batu.

Ada orang berkata hujan batu jarang berlaku di Malaysia dan mungkin tidak akan berlaku dengan teruk seperti di luar negara.

Pada 8 Mac lalu, seorang wanita merakamkan fenomena hujan batu yang turun di kawasan kediamannya di Cheras pada jam 4 petang.

Twitter

Video perkongsian pengguna Twitter dikenali Emmil itu menunjukkan dia berjaya merakamkan detik hujan batu mula turun bersama ribut petir di Cheras.

Hujan batu berkenaan turun bersama-sama dengan hujan lebat dan menurut ciapannya, hujan batu itu cukup besar untuk menyebabkan kerosakan di sekeliling rumahnya dengan beberapa tingkap pecah dan tumbuhan kebanyakannya tumbang.

Twitter

Syukurlah, keluarga Emmil dapat bergerak dengan cukup pantas untuk mengalihkan kereta mereka di beranda bagi mengelakkannya daripada mengalami kerosakan.

Seorang netizen bimbang melihat betapa besarnya hujan batu itu dan berkata ia boleh menyebabkan kecederaan.

Twitter

“Dahsyatnya, terkena kepala boleh luka.”

Dan nampaknya tidak semua kawasan di Cheras yang mengalami fenomena hujan batu.

“Kita duduk di Cheras tetapi tiada hujan batu, siap boleh mandi hujan lagi.”

Ada netizen yang terkejut dengan kejadian ini dan tidak percaya kejadian ini berlaku di Malaysia.

Sementara netizen lain sudah bosan dengan keadaan cuaca yang tidak menentu di Malaysia.

“Amat menakutkan melihat cuaca sekarang.”

Facebook

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), hujan batu terbentuk apabila berlaku ribut petir yang kuat ditambah dengan hujan lebat berserta angin kencang.

Apabila awan kumulonimbus yang aktif mencapai ketinggian 12 kilometer, suhu udara melepasi nilai ambang tahap beku dan membentuk ketulan-ketulan ais.

Ais yang terbentuk di dalam awan turun bersama-sama hujan sebagai ketulan ais yang tidak sempat mencair sebelum sampai ke tanah, yang biasanya berukuran sebesar guli, jelas METMalaysia.

Tambah METMalaysia, hujan batu adalah perkara biasa di Malaysia dan fenomena ini biasanya bersifat setempat, yang bermakna hanya kawasan di bawah awan kumulonimbus akan mengalaminya. Fenomena ini biasanya berlangsung singkat sekitar 10 hingga 20 minit.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Dengar berita bekas kekasih 20 tahun dahulu sudah bercerai, pemuzik Korea nekad lamar pelakon Taiwan, Barbie Hsu

0

Pelakon Taiwan, Barbie Hsu, dilaporkan telah berkahwin semula, selepas tiga bulan selepas bercerai dengan ahli perniagaan China, Wang Xiaofei.

Barbie Hsu, 45, dikatakan telah berkahwin dengan pemuzik Korea Selatan, yang merupakan bekas teman lelakinya, DJ Koo, 52, juga dikenali sebagai Koo Jun-yup. DJ Koo pernah menjadi sebahagian daripada duo muzik tarian Korea Selatan 1990-an Clon, yang popular ketika itu. Koo dan Hsu juga pernah menjadi pasangan sekitar dua dekad yang lalu.

Koo membuat pengumuman di Instagram dalam bahasa Korea dan Cina, dengan memberitahu umum bahawa dia kembali berhubung dengan bekas teman wanitanya selepas mendengar tentang perceraiannya.

Dia menulis: “Kami sudah berkahwin. Berjodoh dengan kekasih sejak 20 tahun dahulu- ini adalah cinta yang kami berdua mahu terus raikan.

“Apabila saya mendengar berita perceraiannya, saya telah mencari nombornya sejak lebih 20 tahun lalu dan menghubunginya. Syukurlah, nombornya tidak berubah dan kami berhubung semula. Kami telah kehilangan terlalu banyak masa bersama jadi saya melamarnya dan Barbie akhirnya bersetuju.

“Selepas mendaftarkan perkahwinan kami, kami akan hidup bersama. Saya berkahwin lewat dalam hidup dan saya berharap dapat menerima kasih sayang dan sokongan semua orang.”

Hsu, yang menyiarkan semula mesej Koo di akaun media sosialnya, menulis: “Hidup tidak menentu. Saya menghargai kebahagiaan yang saya miliki pada masa kini. Saya berterima kasih kepada semua yang telah membawa saya selangkah demi selangkah ke tahap saya sekarang.”

Hsu mengumumkan perceraiannya dengan Wang selepas lebih 10 tahun berkahwin pada November 2021. Mereka mempunyai dua anak – seorang anak perempuan lahir pada 2014 dan seorang anak lelaki lahir pada 2016.

Barbie Hsu mengumumkan perceraiannya dengan Wang Xiaofei pada November 2021.

Menurut laporan media Taiwan, Koo berkata dalam program TV Korea Selatan pada 2010 bahawa mereka bertemu di sebuah konsert di Taiwan.

Mereka dilaporkan mula bercinta secara rahsia pada 1998 tetapi berpisah selepas kira-kira setahun kerana pihak pengurusan Koo tidak membenarkan dia mempunyai sebarang hubungan cinta. – The Straits Times/Asia News Network

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Membezakan COVID-19, flu dan selesema serta cara menguruskannya

0

Salah satu soalan yang sering ditanya oleh ramai rakyat Malaysia dalam tempoh dua tahun yang lalu ialah, “Adakah saya dijangkiti COVID-19?”, ketika negara berterusan memerangi pandemik COVID-19.

COVID-19, flu dan selsema berkongsi beberapa simptom biasa seperti sakit tekak, sakit kepala, sakit badan dan demam.

Walaupun semuanya disebabkan oleh virus, COVID-19 mempunyai penglibatan multi sistem; Kedua-dua COVID-19 dan flu adalah jangkitan pernafasan yang berjangkit, manakala selesema biasa lebih kepada mengehad diri dan tidak teruk.

Gambar Hiasan / Unsplash

Kerana simptom yang sangat serupa, membezakan antara ketiga-tiganya boleh menjadi mencabar.

Berikut adalah pandangan yang lebih dekat untuk setiap penyakit dan simptom yang disertakan:

SELESEMA

Apabila jatuh sakit, ramai yang sering berkata mereka mendapat “flu”. Tetapi kebanyakan masa, mereka diserang selesema biasa, simptomnya lazim kurang agresif berbanding flu.

Secara purata, kebanyakan orang yang mengalami selesema biasa akan pulih dalam masa tujuh hingga sepuluh hari jika mereka tidak termasuk dalam salah satu kumpulan berisiko tinggi.

Selain itu, kajian juga menunjukkan orang dewasa mempunyai dua hingga tiga kali selsema setiap tahun secara purata.

Simptom selsema biasa muncul satu hingga tiga hari selepas terdedah kepada virus yang menyebabkan selsema.

Gambar Hiasan / Pexels

FLU

Influenza bermusim atau flu adalah jangkitan pernafasan berasaskan virus.

Flu, singkatan untuk influenza, mampu mempunyai komplikasi berkaitan yang sangat serius dan boleh berisiko untuk kumpulan umur tertentu.

Simptom selesema flu muncul satu hingga empat hari selepas terdedah kepada virus influenza.

Cara terbaik untuk memerangi flu adalah dengan mendapatkan banyak rehat dan cecair. Selain itu, mendapatkan vaksin juga merupakan pilihan yang baik.

COVID-19

Simptom COVID-19 boleh dimanifestasikan dalam pelbagai cara. Walau bagaimanapun, simptom yang paling kerap dilaporkan termasuk batuk kering, kesukaran bernafas, demam, kehilangan deria rasa dan bau serta sakit otot.

COVID-19 berbeza-beza dalam tahap keparahannya, menimbulkan ancaman yang lebih besar kepada mereka yang lemah imun dan warga tua.

Pesakit yang mempunyai kes ringan biasanya pulih dalam masa satu hingga dua minggu. Walau bagaimanapun, dalam kes yang teruk, pemulihan boleh mengambil masa enam minggu atau lebih lama, dan jantung, buah pinggang, paru-paru serta otak mungkin rosak secara kekal.

Dari segi simptom, COVID-19 menunjukkan gejala dua hingga empat belas hari selepas terdedah kepada virus SARS CoV-2.

Gambar Hiasan / Pexels

PETUA YANG DISYOR

  • Gejala selesema biasa dan flu, seperti sakit kepala, sakit badan dan demam, boleh diuruskan dengan ubat-ubatan tanpa kaunter (OTC) seperti parasetamol.
  • Orang dewasa perlu mengambil satu hingga dua tablet pil parasetamol 500mg setiap empat hingga enam jam, tetapi tidak melebihi lapan pil parasetamol 500mg dalam tempoh 24 jam.
  • Orang ramai juga digalakkan untuk mendapatkan bantuan perubatan jika mereka mengalami simptom yang berterusan, teruk atau membimbangkan.
Gambar Hiasan / Pexels

Selain menggunakan parasetamol untuk mengurangkan gejala yang mengiringi flu dan selsema biasa, terdapat beberapa saranan petua penjagaan diri yang boleh diikuti:

  • Untuk mengelakkan dehidrasi, dapatkan rehat yang cukup dan minum banyak air.
  • Apabila melawat tempat awam seperti pasar raya, pusat membeli-belah, dan bilik mandi awam, pakai pelitup muka, gunakan pembersih tangan, dan kerap mencuci tangan.
  • Mendapatkan vaksinasi influenza tahunan, yang berkesan kira-kira 40 peratus hingga 60 peratus kes.
  • Mengekalkan diet padat nutrien yang kaya dengan sayur-sayuran, buah rendah gula dan daging tanpa lemak untuk menyihatkan tubuh badan dan membantu meningkatkan sistem imun bagi melawan jangkitan biasa dengan sendirinya.

Maklumat yang diberikan adalah untuk tujuan pendidikan dan komunikasi semata dan tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat perubatan peribadi. Maklumat yang diterbitkan tidak bertujuan untuk mengganti, mengambil alih atau menambah perundingan dengan profesional kesihatan yang berkaitan penjagaan kesihatan anda.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Kewujudan mumia ikan duyung berusia 300 tahun, pendedahan kuil di Jepun akan dirungkai misterinya oleh saintis

0

Adakah benar-benar wujud ikan duyung di dunia? Sebuah kuil di Wilayah Okayama, Jepun baru-baru ini mendedahkan kewujudan makhluk aneh dipercayai mumia ikan duyung. 

Menurut rekod di kuil itu, ikan duyung berkenaan telah ditangkap oleh seorang nelayan pada zaman Edo ketika dia pergi ke laut dan ia mempunyai sejarah 300 tahun. 

Mumia ikan duyung ini telah menarik perhatian media Jepun, dan pakar juga telah memutuskan untuk menjalankan kajian penyelidikan untuk merungkai misteri dan mendapatkan wajah sebenar ‘ikan duyung’ itu melalui teknologi moden.

Gambar oleh Kinoshita Hiroshi / Pen News

Menurut laporan media Jepun, mumia ikan duyung itu ditempatkan di sebuah kuil di Bandar Asakuchi, Wilayah Okayama dan mendedahkan ia berusia 300 tahun.

Makhluk misteri menyerupai ikan duyung itu ditemui oleh seorang nelayan di luar Pulau Shikoku, Lautan Pasifik pada sekitar tahun 1736 hingga 1741 ketika pemerintahan zaman Edo dan telah banyak kali bertukar tangan.

Kedua-dua tangan mumia duyung itu berada dalam keadaan memegang wajahnya, selain rambutnya juga masih kelihatan. Terdapat gigi yang tajam, tangan dan kuku serta ekor yang bersisik di bahagian bawah badannya. 

Gambar oleh Kinoshita Hiroshi / Pen News

Sepasukan penyelidik dari Universiti Sains dan Seni Kurashiki telah melakukan ujian imbasan tomografi berkomputer (CT) bagi mendedahkan misteri makhluk berkenaan yang disimpan rapi oleh kuil itu.

Pasukan itu yang diketuai oleh Profesor Sains Hayat Hiroshi Takeshi telah melakukan imbasan CT pada 4 Februari, dengan laporan awal akan dikeluarkan pada pertengahan Mac hingga September.

Menurut seorang penyelidik dan ahli sejarah dari Persatuan Cerita Rakyat Okayama, Hiroshi Kinoshita, mumia duyung itu dipercayai berkemungkinan mempunyai kepentingan dari sudut agama.

YouTube

Katanya, selepas dipamerkan untuk masyarakat tempatan selama beberapa dekad, spesimen mumia ikan duyung yang disimpan di dalam kuil itu akhirnya beransur-ansur dilupakan.

Hiroshi Kinoshita berkata sebelum ini seorang ahli sejarah semula jadi terkenal Jepun Sato Kiyoaki secara tidak sengaja menemui rekod makhluk misteri ini, dan kemudian mengesan tempat persembunyiannya, dan ia telah didedahkan kepada dunia, tetapi wajahnya yang sebenar masih kekal misteri.

Cerita legenda rakyat Jepun ada mengatakan, ikan duyung dikatakan mempunyai keabadian dengan masyarakat selama berzaman ada yang mempercayai seseorang yang memakan daging ikan duyung, akan hidup abadi dan tidak akan mati.

Gambar oleh Kinoshita Hiroshi / Pen News

Malahan beberapa legenda di Jepun juga mengatakan terdapat seorang wanita yang memakan daging ikan duyung, dan wanita itu mampu hidup selama 800 tahun.

“Ikan duyung mempunyai legenda keabadian, Masyarakat percaya sekiranya seseorang itu makan daging ikan duyung dia tidak akan mati. Beberapa legenda di Jepun mengatakan terdapat seorang wanita yang memakan daging ikan duyung dan dia mampu hidup selama 800 tahun,” kata Hiroshi Kinoshita.

Terdapat sepucuk surat yang ditinggalkan bersama mumia ikan duyung tersebut, yang ditulis oleh pemilik terdahulu yang menceritakan serba sedikit mengenai latar belakang berkenaan penemuan makhluk tersebut.

YouTube

“Seekor ikan duyung telah ditangkap menggunakan jala ikan di wilayah Kochi. Nelayan itu menangkapnya dan dia tidak tahu ia adalah seekor ikan duyung, bahkan membawanya ke Osaka untuk dijual sebagai ikan biasa.”

“Nenek moyang saya telah membeli ikan itu dan menyimpannya sebagai khazanah milik keluarga,” isi surat bertarikh tahun 1903 itu berbunyi.

Tonton video di bawah:

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Seorang lelaki makan kima secara tidak sengaja menemui mutiara bernilai ribuan dolar

0

Seorang lelaki dari New Jersey, Amerika Syarikat sedang menikmati hidangan kima di sebuah restoran apabila dia secara tidak sengaja menemui mutiara besar di dalam cangkerangnya, yang dianggarkan bernilai ribuan dolar.

Lelaki itu dan kakitangan kanan restoran berkata ia adalah pertama kali mereka mengalami kejutan dengan kejadian seumpamanya.

Menurut KYW TV, lelaki bernama Michael Spressler dan isterinya pergi menjamu selera di restoran “The Lobster House” Cape May pada 27 Februari.

Facebook

Seperti biasa, pasangan Spressler memesan beberapa kima separuh cangkerang untuk dimakan. Apabila sedang makan yang terakhir, Michael mengambilnya dengan garpu dan memasukkan ke dalam mulutnya. Tiba-tiba terasa berat sedikit, tetapi dia tidak terlalu memikirkannya.

Apabila Michael mula mengunyah, didapatinya terdapat objek asing di dalam mulut. Pada mulanya Michael Spressler menyangka giginya patah, tetapi apabila meluahkan objek asing itu, dia dan isterinya terkejut apabila mendapati objek itu adalah mutiara berukuran 0.35 inci (8.9 milimeter). 

Sudah pasti ia satu kejutan.

Facebook

“Ia seperti pengalaman sekali buat seumur hidup,” kata isteri Micheal Spressler, Maria.

Pasangan itu berkata mereka telah menjamu selera di The Lobster House selama 34 tahun tetapi tidak pernah mendengar ada sesiapa yang menemui mutiara dalam kima.

Sarah Stadnicar, seorang pekerja di restoran The Lobster House, mengesahkan kejadian penemuan mutiara memang jarang berlaku.

“Saya telah bekerja di sini selama 10 tahun. Tidak pernah mendengar sesiapa yang menemui mutiara dalam cangkerang tiram atau kima kami,” kata Sarah.

Gambar Hiasan / Shutterstock

Pasangan Spressler berkata berdasarkan penyelidikan mereka, sebutir mutiara itu bernilai beribu-ribu dolar, tetapi mereka memutuskan untuk menyimpannya.

“Saya mahu membenamkannya ke dalam barang kemas yang bagus, mungkin ikan duyung atau sesuatu yang berkaitan dengan pelayaran,” kata Maria Spressler.

Maria berkata hari kejadian mengingatkan mereka pada hari pertama mereka berkunjung ke restoran itu pada tahun 1987. Jadi, ia adalah hari yang sangat istimewa buat mereka sebagai hari peringatan dengan menyimpan mutiara berharga itu.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Minta pemandu ke tepi untuk ambulans lalu, polis trafik kemudian ‘escort’ ambulans bagi lancarkan perjalanan

0

Sejak kebelakangan ini banyak kisah tidak enak tentang keculasan pihak polis ketika menjaga lalu lintas yang melibatkan ambulans didengari. Di media sosial khususnya banyak video yang membuktikan di mana ambulans terpaksa berhenti di jalan raya semata-mata untuk membenarkan laluan golongan ‘kayangan’.

Kejadian seperti itu sememangnya tidak harus berlaku sehingga ramai netizen yang menzahirkan rasa kecewa dan tidak puas hati akan apa yang berlaku. Mereka turut mempersoalkan nyawa pesakit di dalam ambulans yang sepertinya tidak dilihat penting oleh sesetengah orang. Insiden ini terus hangat diperkatakan netizen di media sosial yang rata-rata mengecam tindakan tidak wajar pihak berkuasa.

Di sebalik semua itu, sebuah lagi kisah melibatkan ambulans muncul di media sosial. Kali ini, tidak seperti yang berlaku sebelum-sebelum ini, pihak polis trafik dilihat menjalankan tugas mereka dengan betul. Jika sebelum ini pihak polis memberhentikan ambulans (walaupun siren dibunyikan) tetapi kali ini pihak polis trafik telah mengiringi ambulans supaya perjalanan mereka lebih lancar.

Kejadian tersebut dirakamkan berlaku di Jalan Tun Razak pada 9 Mac lalu. Seorang polis trafik dilihat memberhentikan motosikalnya di tengah jalan dan mula memberhentikan kenderaan lain. Tidak lama selepas itu muncul kereta polis yang mengiringi rombongan bas yang dikatakan sedang membawa anggota-anggota polis.

Untuk memastikan trafik terus bergerak hanya satu lorong dibuka untuk kenderaan lalu. Namun, selepas melihat ada ambulans di belakang, anggota polis tersebut mula mengarahkan kereta untuk ke tepi bagi memberi laluan kepada ambulans tersebut.

Banyak kenderaan yang mula berhenti untuk memberi laluan kepada ambulans tersebut yang akhirnya membolehkan perjalanan ambulans menjadi lebih lancar. Bunyi dan nyalaan siren menunjukkan bahawa ambulans sememangnya dalam kecemasan dan tidak boleh menunggu lama untuk terus ke hospital.

Melihat ambulans tersebut muncul polis trafik terus mengiringi van ambulans dan terus meneruskan perjalanan. Orang ramai yang turut memberikan kerjasama juga wajar diberikan pujian kerana demi ambulans mereka sanggup berhenti dan tidak mementingkan diri sendiri.

Melihat apa yang berlaku rata-rata netizen di Facebook memuji anggota polis tersebut yang nampaknya sangat peka dengan situasi ketika itu. Ramai juga turut mendoakan kesejahteraan pihak polis tersebut.

Tonton video di sini.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Sempadan Malaysia akan dibuka mulai 1 April: PM Ismail Sabri

0

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pada 8 Mac 2022 bahawa sempadan Malaysia akan dibuka semula pada 1 April, susulan fasa peralihan ke endemik.

“Dengan ini, warganegara Malaysia yang mempunyai dokumen perjalanan yang sah boleh keluar masuk negara seperti sebelum pandemik,” katanya dalam sidang media di Parlimen.

Beliau berkata pengembara antarabangsa tidak perlu lagi memohon MyTravelPass, kerana pelaksanaannya akan dimansuhkan.

Twitter

“Kami percaya sektor pelancongan yang terjejas teruk akibat pandemik akan dapat beroperasi dengan sepenuhnya sekali lagi,” katanya.

Ismail Sabri berkata, pelawat atau rakyat Malaysia yang pulang, dan telah menerima vaksin lengkap, tidak perlu menjalani kuarantin semasa ketibaan.

Bagaimanapun, mereka mesti menjalani ujian RT-PCR dua hari sebelum berlepas dan tertakluk kepada ujian RTK-antigen profesional dalam tempoh 24 jam selepas ketibaan.

Twitter

“Menteri Kesihatan akan mengumumkan butiran lanjut esok (9 Mac), dengan prosedur operasi standard (SOP) yang juga akan didedahkan tidak lama lagi,” tambah Ismail Sabri.

Perdana Menteri turut mengumumkan beberapa protokol baharu COVID-19 yang akan berkuat kuasa pada 1 April.

SOP baharu termasuk:

  • Kedai makan dan restoran akan dibenarkan beroperasi selepas 12:00 tengah malam dan tanpa had waktu, bergantung kepada syarat lesen perniagaan masing-masing.
  • Vaksinasi bukan lagi syarat keperluan untuk perjalanan atau kerja merentas negeri.
  • Tiada lagi had kapasiti 50 peratus untuk aktiviti perkumpulan ramai.
  • Tiada lagi syarat penjarakan fizikal untuk acara keagamaan.

Walau bagaimanapun, pemakaian pelitup muka dan pendaftaran masuk di premis dengan MySejahtera masih wajib dipatuhi setiap individu dan MySJTrace diwajibkan di tempat tertutup.

Perdana Menteri Ismail Sabri juga berkata walaupun jumlah kes COVID-19 kekal tinggi, namun kadar kemasukan ke hospital kekal terkawal dan Malaysia mempunyai kadar vaksinasi yang tinggi.

The Star melaporkan 99 peratus daripada kes COVID-19 baru-baru ini adalah ringan atau tanpa gejala.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Wanita cantik jual pau tepi jalan ini rupanya selebriti Bienda yang tidak kisah kerja keras majukan perniagaan

0

Ada yang kata kerja keras dahulu mengalahkan bakat dan rupa, maka baru selepas itu ada bakat dan rupa tidak perlu bekerja keras.

Baru-baru ini, tular di media sosial dengan rakaman video heboh mengatakan terdapat seorang ‘penjual pau cantik bak bidadari’ yang berniaga di tepi jalan berhampiran Petronas terletak di Jalan Kuching, Kuala Lumpur. 

Instagram

Ramai yang kagum dan terpesona melihat kecantikannya, sambil berkata penjual pau itu sangat cantik tetapi sanggup berada di bawah terik matahari sepanjang hari untuk bekerja keras.

Instagram

Apabila rakaman video tersebut ditonton ramai pengguna media sosial, warganet terkejut apabila mendapat tahu ‘penjual pau cantik’ itu sebenarnya adalah penyanyi dan pelakon terkenal Nor Razlinda Razali atau nama pentasnya dikenali Bienda.

Instagram

Rupanya Bienda yang kini berusia 36 tahun dan anak kepada penyanyi Sheeda itu membantu suaminya yang mengusahakan perniagaan kecil-kecilan dengan menjual makanan ringan roti pau berkualiti tinggi.

Instagram

Apa yang mengejutkan, video yang dirakam secara rahsia itu menjadi tular hanya selepas para peminat Bienda menyedarinya.

Instagram

Perniagaan pau yang dikenali sebagai Papapau Bienda Gebu baru dimulakan oleh suami Bienda yang dahulunya turut berada dalam industri yang sama sebagai penerbit di Media Prima Berhad.

Instagram

Penyanyi dan pelakon yang merendah diri ini gemar menceburi bidang perniagaan kerana beliau sudah lama mengusahakan perniagaan tudung dan inner sendiri yang dijual menerusi dalam talian dan media sosial. Bienda berkata berniaga di tepi jalan tidak banyak perbezaan kerana ia tetap menjalankan perniagaan.

Instagram

Nampaknya Bienda selebriti cantik yang bukan biasa-biasa, sebaliknya seorang wanita gigih yang didorong dengan matlamat untuk berkongsi gelaran usahawan berjaya bersama suaminya. 

Syabas dan selamat maju jaya kepada pasangan ini yang bekerja keras dalam perniagaan mereka.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Terkejut lihat anjing nakal gelumang lumpur lepas mandian 4 kali, rupa lain baka pun lain tersalah sangka lain jadi

0

Seekor anjing jalanan yang nakal ini bergelumang lumpur pekat sebelum diselamatkan. Entah di mana dia bermain, seluruh badannya dipenuhi lumpur sehingga bulunya berubah menjadi macam tanah liat terracotta.

Tidak pasti anjing jalanan lincah ini baka apa pada ketika semua orang memandangnya buat pertama kali. Ada yang kata dia si Golden Retriever.

Facebook

Si comel dilihat lincah bermain seorang diri dengan badan kotor berlumpurnya sebelum pihak penyelamat dari Hospital Haiwan Yichang Dezhong United di China ini datang untuk merawat dan menyelamatkannya. Mereka merakamkan video ketika menyelamatkan anjing ini.

Facebook

Mereka cuba memujuk anjing itu dengan membawanya masuk ke dalam hospital haiwan untuk memandikannya kerana dia ini teruk berlumpur, takut nanti berubah pula menjadi anjing askar terracotta yang pegun.

Penyelamat memeriksa badan anjing yang jinak ini tetapi tidak menemui apa-apa parasit, walaupun dia terlalu kotor dan sudah berapa lama tidak dibersihkan.

Facebook

Pada mulanya, ramai menyangka anjing ini dari baka Golden Retriever sebab dia terlalu lincah dan peramah serta bijak pula bersembunyi di dalam rak ketika mendengar kakitangan hospital haiwan itu mengajaknya mandi.

Facebook

Macam tahu saja memang tidak suka mandi, dia ini mesti lari dari rumah dan pernah ada tuan.

Facebook

Tarik punya tarik, akhirnya anjing kotor ini berjaya dibawa masuk ke dalam bilik air untuk dimandikan.

Facebook

Punyalah air lumpur yang pekat keluar, bersama tanah liat dalam tab mandi itu.

Facebook

Pertama kali bilasan membuang lumpur, tersumbat saliran dan singki tab mandi.

Facebook

Dan cuba teka berapa kali anjing ini dibilas untuk mandian bersih berkilau? 

Empat kali anjing itu dimandikan, untuk menjadi bersih dan berbau harum.

Facebook

Selepas banyak kali mandi dan menjalani ‘grooming’, semua orang terkejut apabila melihat rupanya anjing ini bukan baka Golden Retriever tetapi Border Collie.

Facebook

Tidak hairanlah dia nampak macam bijak sangat ketika tidak mahu mandi tadi dan mesti lari dari rumah sebab merajuk dengan tuan.

Facebook

Oleh kerana hospital haiwan tidak dapat mengesan tuannya, anjing ini telah ditempatkan di situ buat sementara.

Facebook

Mereka menamakan si Border Collie berwarna kopi susu cerah ini Danhuang maksudnya Eggyolk. Comel je nama!

Facebook

Memang sesuai sangat dengan kelincahannya itu, semua orang pun Danhuang Eggyolk suka menyapa.

Facebook

Menjengah di ruangan komen Facebook, ramai netizen yang terkejut melihat anjing kotor itu rupanya anjing yang sangat comel dan cantik, dan mereka juga tidak sangka yang dia bukan baka Golden Retriever.

Facebook

“Eggyolk sangat lincah dan comel.”

“Sebelum mandi tadi, dia nampak macam emas, si golden.”

“Emas tipu rupanya..”

“Comel sangat, jadi anjing lain selepas dimandikan 4 kali,” kata mereka.

Tonton video di sini.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor: