Ramai antara kita yang suka makan makanan masam, termasuk jeruk. Kalau boleh setiap hari hendak mengunyah jeruk asam sambil menonton TV. Namun begitu, sesedap mana pun jeruk kadangkala boleh buatkan tekak mula sakit. Apa yang lebih teruk ada yang mula sakit perut ekoran kandungan asid yang terlalu tinggi barangkali.
Bayangkan kalau ada jeruk yang lebih sihat untuk dinikmati? Pasti lebih menyeronokkan! Mana tidaknya, kali ini hendak makan jeruk pun tidak perlu memikirkan akibatnya atau risau tekak akan sakit.
Selain lebih sihat, jeruk ini juga mudah sahaja untuk dibuat. Jom ikuti resepi jeruk sihat yang dikongsikan oleh Puan Ainini Zainal di Facebook. Selepas ini anda boleh buat sendiri berapa banyak pun jeruk yang anda mahu!
RESIPI ‘JERUK’ SEGERA VERSI LEBIH SIHAT.
Ini ‘jeruk’ 12 jam siap yang paling saya suka. Tak payah risau sakit tekak lepas makan, atau sakit dada, effect segera lepas makan bagi mereka yang memang ada allergies.
Disebabkan selalu sakit dada dan batuk lepas makan jeruk beli, saya memang jarang sangat makan kecuali yang buat sendiri. Terbiasa sampai sekarang, sebab memang cukup suka jeruk masam manis ni.
Bila belajar tentang fungsi cuka seperti Cuka Epal sebagai probiotik dan madu sebagai prebiotik, saya suka sangat bila apply ilmu tu dalam penyediaan makanan/minuman. Salah satunya, sebagai ‘jeruk’ ni.
Ya, ia bukan jeruk sebenar pun sebab tak melalui fermentation process pun kan. Cuma guna bahan yang dah melalui proses fermentation iaitu Cuka Epal. Ini hanya jeruk segera.
‘JERUK’ BUAH 12 JAM AININI ZAINAL
BAHAN-BAHANNYA:
1. JAMBU BATU
- 1 Jambu Batu, dicuci, dipotong.
- Bijinya tak perlu buang, ya. Ia BUKAN punca appendiks. Let’s learn, unlearn and relearn.
2. NENAS
- 1 biji nenas, dikupas, dipotong, diambil empulur sekali.
- Bahagian empulurlah paling banyak khasiat Bromelain yang bagus untuk badan. Tapi ramai suka buang. Yes, learn, unlearn and relearn.
3. CUKA EPAL
- 5 sudu besar Cuka Epal.
- Kaya probiotik. Jika nak dapatkan, cari yang berkeladak. Bukan yang jernih.
4. MADU
- 3, 4 sudu besar madu.
- Madu adalah prebiotik yang amat kaya antibacterial, antivirus, antiinflammatory properties.
5. GARAM HIMALAYA
- ½ sudu teh Garam Himalaya.
- Garam Himalaya kaya mineral, berbanding Garam Putih.
PENYEDIAANNYA:
- Gaul semuanya dan simpan dalam balang kaca. Elakkan balang plastik kerana cuka epal berasid, boleh bertindak balas dengan plastik.
- Simpan balang dalam peti sejuk semalaman. Esok boleh makan.
- Airnya boleh dicampur dengan air kosong. Jadikan minuman sihat, berperisa jambu batu & nanas, manis, masam, masin ala ala Asam Boi.
- Jeruk kaya prebiotik, probiotik, vitamin C, antivirus, antibakteria, antiradang.
- Memang cuka dan madu saya guna tak banyak sebab nanti air dari buah juga akan keluar. Ini gambar selepas 12 jam. Tapi boleh adjust ikut suka kita, ya.
- Sukatan pun boleh buat ikut suka.
- Buah jenis lain yang lambat serap cecair, boleh biarkan 24-48 jam. Asalkan dalam peti ais
Semoga bermanfaat, tau. Jaga kesihatan, semua.
Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times
Pilihan Editor: