Rasanya hampir setiap hari ada sahaja gambar kit kendiri Covid-19 yang dimuat naik di laman sosial oleh netizen. Seiring dengan waktu, kini Covid-19 boleh dikesan dengan bantuan kit kendiri yang sememangnya digunakan ramai.
Jika dahulu kit kendiri hanya digunakan golongan wanita untuk menguji sama ada mereka hamil atau tidak tetapi kini untuk mengesan Covid-19 kit kendiri telah diwujudkan.
Jika kit kendiri Covid-19 menunjukkan dua garis maka kita sudah tahu hasilnya adalah positif dan ia bukannya satu berita gembira untuk dikongsikan. Mana tidaknya, dua garis itu menunjukkan anda menghidap Covid-19 yang bahaya dan jika tidak dipantau akan boleh mengancam nyawa!
Setelah hampir tiga tahun ‘hidup’ dengan virus itu ditambah lagi dengan jumlah kes yang semakin bertambah membuatkan kes positif nampak ‘biasa’ sehingga apabila nampak sahaja gambar kit kendiri di media sosial kita terus melihatnya sebagai kit kendiri Covid-19.
Baru-baru ini seorang netizen, Wan Arief Imran memuat naik gambar kit kendiri kehamilan yang menunjukkan dua garis dengan kapsyen yang memberitahu bahawa isterinya telah hamil. “Isteri membangunkan saya pada hari wanita dengan dua gari pada kit ujiannya,” tulis Wan Arief.
Ekoran ciapan yang dibuat itu dia mula dihujani dengan ucapan tahniah buatnya dan isteri.
Namun begitu, ada juga yang terkeliru dengan gambar tersebut. Mereka menyangka kit ujian tersebut adalah kit ujian kendiri Covid-19! Jadi, ada lah antara mereka yang mengucapkan simpati dan mendoakan semuanya akan selamat. Tidak hanya itu, ada juga yang mengingatkan supaya melakukan ‘update’ pada aplikasi MySejahtera ekoran keputusan positif tersebut.
Wan Arief turut mengucapkan terima kasih di atas ucapan tahniah yang diterimanya. Katanya lagi dia tidak menyangka akan menerima ucapan yang begitu banyak daripada orang ramai. Dia juga mengucapkan terima kasih kepada ucapan simpati daripada mereka yang menyangka kit ujian tersebut adalah kit Covid-19. Apa pun ucapan netizen, dia tetap menghargainya.
Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times
Pilihan Editor: