32.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, August 27, 2025
Utama Blog Laman 191

“Tanpa cikgu tiada ilmu,” Sekumpulan pelajar ziarah pusara guru tanda ingatan terima kasih sejurus tamat kertas terakhir SPM

0

Apabila seseorang pelajar berjaya menamatkan peperiksaan di sekolah menengah, ia sudah pasti merupakan salah satu peristiwa penting dalam kehidupan mereka.

Ada yang berpendapat terdapat sebab untuk meraikannya, manakala yang lain berpendapat ia adalah persediaan untuk melangkah ke peringkat pendidikan tertinggi yang seterusnya.

Bagaimanapun, sekumpulan pelajar di Cheras baru-baru ini memutuskan untuk ‘meraikan’ tamat peperiksaan kertas terakhir SPM mereka dengan cara yang berbeza. 

TikTok

Sejurus selepas tamat peperiksaan, mereka segera melawat salah seorang guru untuk mengucapkan terima kasih atas usaha keras dan sumbangannya dalam mendidik anak bangsa. Tetapi tanda penghargaan itu ditunjukkan dengan cara yang mungkin tidak berada dalam fikiran kita.

“Kami terus ziarah rumah baru cikgu sebaik sahaja selesai kertas akhir,” kapsyen pengguna TikTok@azeemiskndr dalam muat naik videonya.

TikTok

Kemudian didedahkan mereka semua telah melawat tanah perkuburan di mana pusara guru mereka berada dan disemadikan untuk mengucapkan terima kasih sambil mendoakan kesejahteraannya di sana.

“Semoga tenang di sana, Cikgu Normala,” doa mereka.

TikTok

Difahamkan Allahyarham Cikgu Normala telah meninggal dunia pada 25 Februari lalu. Para pelajar dari SMK Seri Tasik, Cheras di Kuala Lumpur itu berkata, arwah seorang guru yang baik hati semasa hayatnya malahan ada di antara pelajar yang telah hadir menziarah pada hari pengebumiannya.

Semasa hayatnya, Arwah Cikgu Normala merupakan guru kanan Sains di SMKST. Punca mengapa guru ini meninggal dunia bagaimanapun tidak didedahkan.

TikTok

Keputusan mereka untuk mengucapkan terima kasih kepada Arwah Cikgu Normala dengan menziarahi pusaranya selepas tamat kertas SPM pastinya satu sikap terpuji anak-anak murid ini yang turut menyentuh hati kita semua.

Tanpa bimbingan guru, kita akan ditinggalkan keliru tanpa ilmu dan usaha mereka sebagai pendidik wajib dihargai dan dikenang buat selama-lamanya.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Hillary Clinton disahkan postif Covid-19

0

Bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton, membuat pengumuman pada hari 22 Mac bahawa dia disahkan positif COVID-19.

“Saya telah disahkan positif COVID,” katanya dalam satu kenyataan. “Saya mempunyai beberapa simptom selsema ringan tetapi saya sihat.

“Saya sangat bersyukur kerana vaksin boleh memberikan perlindungan terhadap penyakit serius. Sila dapatkan vaksin dan stimulasi jika anda belum melakukannya!” tambah wanita berusia 74 tahun itu.

Dalam kenyataan berikutnya, bekas calon presiden parti Demokrat itu berkata bahawa suaminya, bekas Presiden Bill Clinton, telah “diuji negatif dan berada dalam keadaan sihat.”

“Dia dikuarantin sehingga rumah kami benar-benar bersih,” tulisnya. Beliau juga sempat bergurau dengan mengatakan orang ramai boleh memberi cadangan filem yang boleh ditonton sepanjang kuarantin.

Jurucakap bekas presiden, Angel Ureña, berkata dalam satu kenyataan: “Presiden Clinton berasa sihat dan akan terus melakukan ujian pada hari-hari mendatang.”

COVID-19 ialah penyakit yang disebabkan oleh virus PKC (Parti Komunis China), juga dirujuk sebagai novel Koronavirus.

Pengumuman Clinton dibuat selepas setiausaha akhbar White House, Jen Psaki juga disahkan positif buat kali kedua.

“Hari ini, sebagai persediaan untuk perjalanan ke Eropah, saya mengambil ujian PCR pagi ini,” tulis Psaki di Twitter.

Memandangkan dia disahkan positif dia terpaksa akur dengan peraturan CDC yang tidak membolehkan dia melakukan sebarang perjalanan bersama presiden ke Eropah.

Psaki berkata bahawa Presiden Joe Biden “tidak dianggap sebagai kontak rapat seperti yang ditakrifkan oleh panduan CDC” selepas dia mengadakan “dua pertemuan jarak sosial” pada hari Isnin, dan Biden disahkan negatif melalui ujian PCR.

“Saya berkongsi berita ujian positif saya hari ini kerana sikap ketelusan saya,” katanya lagi.

Sebelum ini, pada 13 Mac lalu, bekas Presiden Barack Obama juga telah mengesahkan beliau disahkan positif virus tersebut.

Sehingga Isnin lalu, AS mencatatkan purata 29,892 kes baharu Covid-19 setiap hari dan menurut Universiti Johns Hopkins ia adalah 16% lebih rendah daripada minggu sebelumnya.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

5 Sebab mengapa anak bersikap biadap, ibu bapa juga boleh menjadi puncanya!

0

Bukan mudah sebenarnya bergelar ibu bapa. Bukan sekadar untuk menjaga, malah untuk mendidik anak-anak jauh lebih sukar. Tambahan lagi, pada era teknologi yang semakin membangun hari ini membuatkan tugas mendidik anak jauh lebih mencabar.

Kata orang pendidikan itu bermula dari rumah. Apa sahaja yang dilakukan oleh ibu bapa akan mudah diikuti oleh anak-anak terutama mereka yang masih kecil. Mereka membesar mengikut contoh yang diberikan oleh ibu bapa, baik contoh yang diberikan maka baiklah anak itu.

Namun, sebagai ibu bapa kita adalah terlepas pandang. Mungkin kesibukan di tempat kerja membuatkan kita lupa dnegan tugas-tugas mendidik anak dan menyerahkan semuanya pada guru. Hasilnya, anak akan membesar mengikut persekitaran tanpa dibentuk ibu bapa. Ada yang mula degil, ada yang suka memberontak dan lebih teruk ada yang mula biadap dengan ibu bapa.

Jadi, sebelum si kecil kita berada pada tahap tersebut adalah lebih baik sebagai ibu bapa kita perlu tahu mengapa mereka bertindak seperti itu. Dengan itu, kita boleh tahu punca dan mencari jalan penyelsaian sebelum keadaan menjadi semakin serius.

Berikut adalah perkongsian seorang pengguna Facebook, Taufiq Razif yang berkongsi tentang sebab dan alasan mengapa anak boleh menjadi biadap. Semoga ibu bapa di luar sana dapat mengambil pengajaran dan iktibar.

5 SEBAB KENAPA ANAK BOLEH JADI BIADAP. MAK AYAH WAJIB TAHU!

1. TENGAH FASA EGOCENTRIC

Dalam umur 2-4 tahun ni anak kita dalam fasa ‘egocentric’ lagi. Yang ni takpe, jangan risau. Anak kita nampak macam biadap, tapi sebenarnya dia tengah membina karakter diri. Kita kena bersabar dan tenang tapi jangan sampai tak tegur ye. Kalau anak biadap, kena tegur tapi bagi la SEBAB kenapa perbuatan dia tu salah. Jangan tegur tanpa bagitahu KENAPA perbuatan tu salah.

2. ANAK RASA TAK SELAMAT

Kadang-kadang kita teremosi terlebih sangat sampai anak kecil kita rasa tak selamat. Tu la puncanya ‘TRUST’ anak kita pada kita jadi hancur. Masa anak kecil ni la dia nak kena ada seseorang yang dia ‘TRUST’. Bila anak rasa tak selamat je memanjang, otak dia akan bertindakbalas dengan 3F :

  • Fight: Melawan. Ni la antara punca biadap.
  • Flight: Dia akan jadi penakut dan pasif.
  • Freeze: Anak jadi konfius dan pendiam.

3. PENGARUH EKSTERNAL

Sepatutnya mak ayah la yang kena pengaruhi anak tapi bila masa kita kurang bersama anak, selalu sibuk memanjang dan hadap ‘handphone’ 24 jam maka anak akan cari sumber luar untuk dia ikuti. Tu yang anak jadi mudah terpengaruh dengan anasir jahat di luar sana.

4. MAK AYAH PENDENGAR YANG TERUK

Anak biadap ni kadang-kadang sebab dia rasa tak didengari. Ye, tu salah satu cara anak kita nak berkomunikasi dan nak bagitahu kita sesuatu walaupun sebenarnya cara tu salah. Salah kita juga, sebab tak tahu nak baca emosi anak kita. Ada masanya dia perlukan penghargaan kita, ada masanya dia nak kita puji pencapaian dia. Tapi kita tak dengar, sebab kita sibuk dengan hidup kita je!

5. MIRRORING

Yes, anak kita adalah peniru yang sangat hebat. Bila dia nampak kita kurang ajar dengan atuk dan nenek dia, dia akan tiru! Bila dia nampak kira kurang hormat pada suami kita, dia akan tiru! Bila dia nampak kita tak hormat, kasar, biadap dan suka menyuruh tanpa kasih sayang pada isteri kita, anak kita pun akan ikut tiru!

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Pemilik restoran Thai baik hati bantu seorang bapa tidak mampu rai hari jadi anak perempuan dengan hidangan istimewa dan kek percuma

0

Kebanyakan bapa akan melakukan apa sahaja untuk anak perempuan kesayangan mereka, yang mana termasuk menahan kelaparan supaya anak itu dapat makan dengan baik.

Itu situasi yang hampir berlaku kepada seorang lelaki dari Thailand, sehingga pekerja restoran memutuskan untuk campur tangan.

Facebook

Seorang pemilik restoran shabu-shabu, Panumas B. Sroitong, berkongsi di Facebook dengan menceritakan kisah sedih bagaimana pasangan duo bapa dan anak perempuan memasuki restorannya untuk meraikan hari jadi si kecil. 

Bapa ini tidak mampu membayar makanan untuk mereka berdua, jadi dia menyuruh anak perempuannya sahaja yang makan sementara dia akan menunggu di luar.

Facebook

Apabila si kecil enggan makan tanpa bapanya, mereka berdua memutuskan untuk beredar dari restoran itu.

Syukurlah, pekerja restoran memaklumkan kepada Panumas mengenai insiden itu ketika bapa dan anak perempuan ini sedang keluar. Dia segera menghentikan mereka dan menawarkan mereka makanan percuma!

Facebook

“Apabila pekerja berlari memberitahu saya, saya menyuruh bapa dan anak perempuan itu duduk dan makan. Semasa makan, kami terus mengintip ke arah mereka,” katanya.

“Si bapa terus menyuapkan anak perempuan itu, meniup makanan panas untuk anak itu dan memberinya makan pada setiap detik. Kasih sayang ayah yang sangat comel,” tulisnya.

Facebook

Tidak cukup dengan niat baik dan sikap prihatinnya, Panumas turut mengarahkan pekerjanya membeli kek hari jadi untuk si kecil, menyebabkan bukan sahaja bapa dan anak perempuannya menjadi sayu menangis tetapi juga termasuk pekerja restoran.

Facebook

“Pekerja di sini jadi sebak. Kami melihat bapa dan anak perempuan itu keluar dari restoran dengan gembira, jadi kami semua juga sangat gembira!” kata Panumas.

Facebook

Imej CCTV menunjukkan kedua-duanya meninggalkan restoran dengan senyuman lebar di wajah mereka.

Facebook

Sangat gembira melihat bapa dan anak perempuannya dapat meraikan hari jadi yang mereka perlukan, dan itu semua berkat pertemuan mereka dengan orang baik hati yang mahu hari istimewa itu berlaku dengan jayanya.

Facebook

Tabik kepada Panumas dan para pekerjanya, kerana menceriakan hari semua orang dengan kebaikan hati mereka.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

“Lebih teruk daripada memujuk teman wanita!” Kucing perengus jadi popular sebab biasa hari-hari tidak mahu menerima pelukan tuan

0

Selepas berjaya memujuk teman wanita balik rumah kena memujuk kucing peliharaan pula? Kucing yang mempunyai ‘ciri kekasih’ ini serta-merta menarik perhatian selepas wajah perengus tetapi comel agak menggelikan hati untuk semua orang melihatnya.

Kucing putih comel ini bernama Muji yang berusia 4 tahun dari Korea Selatan amat suka meraih perhatian dengan menunjukkan wajah marah seperti mana anda bersama pasangan dengan ekspresi sempurna.

Selain kelihatan dingin, serius dan angkuh, Muji kadangkala sengaja mencari pasal dengan menunjukkan wajah bermusuhan di hadapan pemiliknya.

Instagram

Muji tidak akan mendedahkan kasih sayang hangat yang tersembunyi di dalam hatinya kepada pihak lain dengan sesuka hati. 

Instagram

Dia sentiasa panas dan dingin kepada sesiapa sahaja termasuk pemiliknya sendiri. 

Instagram

Muji sangat suka anda dekat dengan dirinya, tetapi dia juga berharap anda akan pergi sejauh mungkin. Personalitinya agak mengelirukan..

Instagram

Walaupun Muji suka dengan belaian pemiliknya, tidak dapat dielakkan bila mood dia tiba-tiba bertukar jadi rimas sehingga kadang-kadang dia mula hilang sabar!

Instagram

Pemilik hanya ingin memeluk Muji, tetapi mengapa pula kelihatan seperti adegan teman lelaki yang telah membuat kesilapan dan terpaksa meminta maaf daripada teman wanita?

Instagram

Seperti Muji sedang berkata, “Kalau kamu telah buat saya marah, kenapa hendak sentuh?”

Instagram

Tetapi selepas diberi ciuman, Muji beransur-ansur tenang, dan ekspresi wajahnya tidak lagi macam tadi, bermasam muka.

Instagram

Dari luar, Muji memberitahu tadi dia salah dan tidak sepatutnya marah.

Tetapi kenapa nampak masih ada rasa ‘sakit hati tak puas hati’ dalam matanya.

Instagram

Tidak lama kemudian, Muji melarikan diri daripada pelukan tuannya, sambil berkata, “Sebenarnya saya tidak sepatutnya memaafkan kamu!”

Instagram

Setiap kali pemilik mahu mencium, Muji rasa macam sakit hati, nyamuk mengganggu betul!

Instagram

“Cuba curi cium saya lagi, kejap lagi kena pukul ni..”

Instagram

Malahan adiknya pun tidak berani mendekati Muji yang sedang mengantuk dan mahu masa menyendirinya jangan sesekali diganggu.

Instagram

Jika tidak, ada yang kena cakar nanti tak pasal-pasal tanpa teragak-agak!

Instagram

Tetapi kalau Muji sendiri yang mahu dibelai dan disayangi, dia akan mengambil inisiatif untuk mendekati pemilik dan meminta ciuman yang dia inginkan. Jangan paksa kerana dia tahu bila masanya yang sesuai.

Instagram

Lihatlah ekspresi tak malu Muji yang meminta ciuman, bukankah dia sangat comel bila diri sendiri terhegeh sedang memujuk tuan.

Instagram

Dengan ciuman lembut, Muji sudah cukup puas hati..

Instagram

Pemilik kata Muji memang macam itu, seekor kucing yang suka tunjuk muka dingin dan perengus tetapi sebenarnya sangat mudah mesra.

Instagram

Cuma elakkan tersalah pilih waktu yang akan mengganggunya apabila anda terlihat muka gelap itu walaupun dia putih, atau ketika dia sedang tidur siang.

Instagram

Hendak kena cakarlah jawabnya!

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Pesawat Boeing 737 bawa 132 individu terhempas di China

0

BEIJING – Sebuah pesawat China yang membawa 132 penumpang dan kru penerbangan dilapor terhempas di kawasan pedalaman di Wilayah Guangxi pada jam 2.20 petang Isnin, 21 Mac.

Kejadian itu turut menyebabkan kebakaran di kawasan pergunungan yang mencetuskan ‘gunung api’.

Twitter

Agensi CCTV melaporkan, kemalangan itu melibatkan penerbangan China Eastern Airlines 737 MU5735 berdekatan bandar Wuzhou di daerah Teng.

Pasukan penyelamat telah dihantar ke lokasi kejadian dan jumlah korban serta mangsa yang terlibat dalam nahas masih belum dapat dipastikan.

Sebelumnya, dalam laporan awal sejurus kejadian itu, media antarabangsa melaporkan terdapat 133 orang di dalam pesawat berkenaan, sebelum dikemas kini menjadi 132 orang.

Twitter

Pesawat jenis Boeing 737 dalam perjalanan dari Kunming ke Guangzhou, dilaporkan gagal tiba ke destinasi mengikut jadual selepas berlepas pada jam 1 petang waktu tempatan.

“Kita terkejut dikhabarkan tentang nahas pesawat China Eastern MU5735,” kata Presiden China, Xi Jinping, dalam siaran khas di CCTV.

Beliau juga mengarahkan segala usaha dilakukan dengan segera untuk mencari sesiapa sahaja yang masih boleh diselamatkan, selain mengenal pasti punca kejadian.

Twitter

Seorang penduduk kampung di kawasan nahas memberitahu media tempatan pesawat berkenaan telah ‘berkecai sepenuhnya’, dan dia menyaksikan kawasan hutan yang terbakar akibat kemalangan di lereng pergunungan itu.

China Eastern Airlines yang berpangkalan di Shanghai merupakan antara syarikat penerbangan terkemuka di negara itu yang beroperasi di 248 destinasi domestik dan antarabangsa.

Penerbangan China Eastern MU5735 dilapor hilang kelajuan lalu menjunam sekitar jam 2.20 petang waktu tempatan.

Pesawat itu kemudian tidak memberi sebarang isyarat atau data di sekitar Wuzhou.

Pesawat tersebut diserahkan kepada China Eastern Airlines daripada Boeing pada Jun 2015 dan telah beroperasi melebihi enam tahun.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Pertama dalam sejarah Malaysia: HTA berjaya pisahkan kembar siam pramatang kongsi hati

0

KUALA LUMPUR: Hospital Tunku Azizah (HTA) melakar sejarah apabila pasangan kembar siam pramatang seberat 2.7 kilogram (kg), yang pertama di Malaysia berjaya dipisahkan, 19 Mac lalu.

Pakar Perunding Pembedahan Kanak-Kanak HTA, Datuk Dr Zakaria Zahari, berkata pembedahan seumpama itu biasanya dilakukan ketika usia bayi antara tiga hingga enam bulan.

Bagaimanapun, beliau berkata, disebabkan komplikasi ‘extrauterine twin-to-twin transfusion syndrome’, pasangan itu terpaksa menjalani pembedahan segera pada usia 17 hari.

“Bayi kembar lelaki ini dilahirkan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh pada usia 33 minggu kandungan dan dirujuk oleh Pakar Neonatologi HRPB, Dr Maneet Kaur, untuk rawatan lanjut di HTA.

“Selepas perbincangan antara doktor pakar HRPB dan HTA secara dalam talian pada 15 Mac lalu, keputusan untuk melakukan pembedahan berisiko tinggi itu disepakati,” katanya.

Dr Zakaria berkata, pasukannya disertai 13 doktor pakar, termasuk enam pakar bedah kanak-kanak dari seluruh negara, berserta hampir 20 jururawat dan staf dewan bedah kanak-kanak.

Katanya, pasangan kembar siam jenis Omphalophagus itu berjaya dipisahkan dalam masa 66 minit tanpa komplikasi utama dan didapati berkongsi bahagian hati, manakala organ lain didapati normal.

“Proses persediaan untuk pembedahan dimulakan seawal jam 7.30 pagi dan kedua-dua bayi kemudian dihantar balik ke Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) pada jam 2 petang.

“Dengan sokongan pasukan Neonatologi, diharapkan kedua-dua bayi ini dapat sembuh dengan sebaik-baiknya,” katanya.

Dr Zakaria berkata, sejak pembukaan HTA, pembedahan itu adalah yang ketiga bagi pasangan bayi kembar siam.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, mengucapkan tahniah kepada pasukan HTA atas kejayaan pembedahan pasangan kembar siam yang paling muda itu.

“Pembedahan ini berjaya memisahkan pasangan bayi kembar yang bercantum di bahagian dada dan usus.

“Tahniah dan syabas kepada pasukan HTA yang diketuai Datuk Dr Zakaria kerana berjaya memisahkan bayi kembar ini dan kini mereka dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU),” katanya melalui Twitternya.

Pakar-pakar lain yang terlibat secara langsung dalam pembedahan tersebut ialah Pakar Perunding Bedah Kanak-Kanak, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah, Dr. Mughni Bahari; Pakar Perunding Bedah Kanak-Kanak, Hospital Raja Perempuan Zainab II Kelantan, Dr. Mohd Tarmizi Md. Nor; Pakar Perunding Bedah Kanak-Kanak HRPB, Dr. Nurdaliza Mohd. Badarudin dan Pakar Perunding Bedah Kanak-Kanak HTA, Dr. Hafatin Fairos Tamadun.

Selain itu, Pakar Bedah Kanak-Kanak HTA, Dr. Mohd. Yusran Othman; Pakar Bedah Kanak-Kanak HTA, Dr. Cheng Joo Qing; Pakar Bius Kanak-Kanak HRPB, Dr. Rohanizah Alias; Pakar Bius Kanak-Kanak HTA, Dr. Zubaidah Zulkipeli dan Pakar Neonatologi HTA, Dr. Elaine Wong Ee Lane.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Rupa-rupanya guna alat kawalan jauh sudah boleh jimatkan elektrik semasa gunakan ‘aircond’

0

Ramai antara kita yang sekarang ini mungkin dalam dilema untuk memiliki penyaman udara (aircond) atau tidak. Tambahan lagi, cuaca sekarang ini dalam keadaan tidak menentu terutama jika pada hari yang panas.

Mana tidaknya, kalau duduk di dalam rumah pun boleh terasa hangat dan bahangnya. Duduk di rumah tida selesa, jika keluar pula matahari terik membakar kulit. Jadi, ramai yang memilih untuk keluar ke pusat membeli-belah, setidaknya ada ‘aircond’ yang sejuk.

Antara dilema yang dihadapi ketika bercadang untuk membeli alat penyaman udara ialah bil elektrik. Kita semua maklum bahawa pendingin hawa menggunakan tenaga elektrik yang agak tinggi, jadi sesiapa yang menggunakan penyaman udara perlu bersedia dengan jumlah bil elektrik di akhir bulan.

Namun begitu, sebenarnya ada ‘trick’ untuk menjimatkan tenaga elektrik ketika menggunakan ‘aircond’ yang boleh kita lakukan. Jadi, selepas ini tidaklah bil kita tinggi hanya kerana sering menggunakan ‘aircond’.

Berikut adalah cara untuk mengurangkan penggunaan elektrik pada ‘aircond’:

Ketahui fungsi pada alat kawalan jauh (remote)

Kawalan Suhu (Temperature setting)
Fungsi ini digunakan untuk set suhu yang sesuai. Suhu yang paling rendah ialah 16°c dan paling tinggi 30°c.

Kelajuan Kipas (Fan speed)
Tentukan kelajuan kipas sama ada perlahan, sederhana, laju atau automatik, bergantung kepada suhu bilik serta suhu yang telah disetkan pada penyaman udara tersebut.

‘Timer’ ON/OFF
Setkan waktu penyaman udara tersebut untuk ON atau OFF secara automatik. Fungsi ini amat berguna jika anda mahu pulang ke rumah yang nyaman setelah terperangkap dalam kesesakan lalulintas selama dua jam!

Mod Tidur (Sleep mode)
Tukar ke mod ini sebelum anda tidur dan penyaman udara itu akan ON dan OFF secara automatik apabila ruang tersebut sudah mencapai suhu yang dikehendaki.

Gunakan ‘dry mode’ untuk jimatkan elektrik

Pengguna kebiasaannya terkeliru antara ‘dry mode’ dan ‘cool mode’. Jika pada alat kawalan jauh menunjukkan lambang titisan air, ia bermaksud ‘dry mode’. Manakala jika lambang yang ditunjukkan pada alat kawalan jauh adalah empingan salji, maka ia adalah ‘cool mode’.

Bagi penjimatan tenaga yang efisien, anda digalakkan untuk menggunakan ‘dry mode’ kerana untuk mod ini kerana kompresor tidak berlari pada kadar maksimum untuk menyejukkan ruang.

Selain itu, ‘sensor’ juga akan mengesan perubahan suhu dan mengekalkan suasana nyaman dengan kadar kelembapan sebanyak 60% sahaja dalam ruang udara.

Jadi, dengan menggunakan ‘dry mode’ ini, ia boleh membantu menjimatkan elektrik sehingga 30%.

Mungkin ramai yang masih keliru bagaimana ‘dry mode’ dapat memberikan suhu yang sejuk. Hal ini kerana fungsi ‘dry mode’ dapat menurunkan kelembapan relatif pada tahap yang selesa antara 40% hingga 60%.

Misalnya, apabila menggunakan ‘dry mode’ pada alat penyaman udara pada suhu 25°C, ia menjadikan suhu berasa seperti 23°C atau 22°C dengan kelembapan relatif 60%. Jadi, ia akan mewujudkan suasana yang lebih dingin tanpa perlu menukar kepada suhu yang lebih rendah.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Anak muda Malaysia tamatkan larian sejauh 500km dalam suhu sub sifar demi mengumpul dana untuk kanak-kanak HIV

0

Apabila seseorang telah menetapkan matlamat dan misi untuk mengumpul dana bagi tujuan yang murni, maka dia akan cenderung membawa dirinya dengan tanpa had sehingga mencapai kejayaan membanggakan.

Pelari ultra Malaysia, Jeff Lau, baru-baru ini menjadi tajuk utama media selepas beliau melepasi garisan penamat untuk perlumbaan sejauh 500km selama 10 hari mengharungi keadaan sejuk melampau di Sweden bagi mengumpul dana untuk kanak-kanak kurang berkemampuan yang hidup dengan HIV.

Pelumba berusia 31 tahun itu menamatkan perlumbaan Montane Lapland Arctic Ultra di Överkalix, Sweden, pada kira-kira jam 10 pagi waktu tempatan (5 petang di Malaysia) pada 16 Mac.

Jeff Lau/Facebook

Perlumbaan itu berlangsung di laluan kereta salji di Lapland Sweden, di mana pelari mengembara meredah sungai, tasik dan hutan selama 10 hari dalam keadaan suhu melampau sub sifar yang boleh turun sehingga -30 darjah Celsius.

Lau mengambil bahagian dalam perlumbaan mengumpul wang untuk Dana Bantuan Pediatrik Yayasan Aids Malaysia (MAF), yang membantu kanak-kanak yang hidup dengan atau terjejas oleh HIV.

Jeff Lau/Facebook

Lau sebelum ini telah mengambil bahagian dalam beberapa ultramaraton antarabangsa, termasuk perlumbaan solo sejauh 250km sub Sahara tujuh peringkat bagi tujuan mengumpul dana untuk MAF.

Ketika temu bual dengan AUGUSTMAN beberapa hari sebelum acara itu, Lau berkata beliau telah berlatih sejak tahun lepas.

“Saya telah membuat persediaan untuk perlumbaan ini sejak tahun lepas. Saya telah menjalani latihan kecergasan, menyediakan peralatan yang sesuai untuk larian, serta mempelajari struktur perlumbaan dan strategi larian yang dirancang.”

Montane Lapland Arctic Ultra/Facebook

Beliau juga menyebut halangan terbesarnya yang dijangkakan untuk di atasi ialah memastikan diri tidak mengalami frostbite, melepuh, atau mengalami hipotermia sepanjang keseluruhan perlumbaan.

Sebenarnya Jeff Lau hampir tidak berjaya..

Dalam hantaran Facebook oleh Montane Lapland Arctic Ultra, mereka menjelaskan Lau telah sampai ke garisan penamat pada 9:56 pagi yang dalam keadaan biasa tidak cukup pantas kerana tarikh dan masa akhir sepatutnya 9:41 pagi.

Bagaimanapun, MLAU menjelaskan mereka telah menahan Lau selama 30 minit di pusat pemeriksaan selepas larian 185km kerana mereka yang memantau telah pergi untuk mengisi minyak kereta.

“Dalam erti kata lain, ia adalah kesilapan MLAU dan bukan dia. Oleh itu, dia mendapat masa yang dikreditkan yang seterusnya bermakna Jeff bukan sahaja berjalan sejauh 500km tetapi dia juga melakukannya tepat pada masa untuk menjadi penyudah rasmi MLAU! Tahniah!” tulis mereka.

Jeff Lau/Facebook

Kisah Jeff Lau yang berjaya menamatkan perlumbaan yang sukar selama 10 hari itu demi mengumpul dana buat kanak-kanak dengan atau terkesan HIV telah mendapat perhatian ramai di media sosial.

Sangat mengagumkan apabila penganjur menyedari kesilapan dan membetulkan kesilapan itu, sekali gus mengiktiraf kerja keras Jeff Lau. Yang bukan menjadi amalan biasa dalam kalangan orang sekarang, tetapi tabik kepada tahap profesionalisme penganjur di sana.

Tahniah kepada Jeff Lau kerana kejayaannya menamatkan perlumbaan ekstrem yang hebat.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Kerap tarik telinga tanda bayi hendak tumbuh gigi.

0

Bayi rata-ratanya tumbuh gigi susu seawal usia 6 bulan. Namun ada yang lebih awal dari itu malah ada juga yang lebih lewat daripada itu. Usah bimbang, kerana itu adalah perkembangan normal dalam kalangan bayi. Antara tanda-tanda bayi hendak tumbuh gigi ialah air liur meleleh, mereka suka menggigit, suka memasukkan jari ke dalam mulut atau kurang selera makan. Tetapi tahukah anda bahawa tindakan bayi yang kerap menarik telinga juga merupakan tanda mereka hendak tumbuh gigi?

Mohd Khairul Izwan, seorang doktor gigi berkongsi maklumat di Facebook mengenai tindakan bayi yang kerap menarik telinga adalah tanda dia hendak tumbuh gigi. Dia juga menerangkan tentang kaitan pertumbuhan gigi dengan telinga bayi.

Kata Mohd Khairul Izwan, ketika hendak mula tumbuh gigi yang kebiasaannya berlaku ketika usia bayi 6 bulan, bayi akan mengalami ketidakselesaan pada bahagian gusi yang digelar ‘teething’. Ini merupakan proses fisiologis yang bersifat normal.

Menurut Mohd Khairul Izwan, ketika proses pertumbuhan gigi berlaku, terdapat beberapa keadaan di mana rasa sakit pada gusi ini akan tersebar hingga menyebabkan bayi berasa seolah-olah sakit hingga ke telinga. Ini kerana, saraf dibahagian rahang dan mulut bayi berada agak hampir dengan saraf dibahagian telinga mereka.

Bayi kecil belum pandai menunjuk ekspresi atau tindak balas terhadap rasa sakit yang mereka rasakan. Disebabkan itulah bayi menarik-narik telinganya ketika berasa sakit pada gusinya. Selain itu, bayi juga cenderung untuk meraba-raba pipi mereka bagi meredakan ketidakselesaan yang mereka rasakan ketika gigi mereka sedang tumbuh.

Sekiranya ibu bapa berhadapan dengan situasi seperti ini, usah terlalu risau pesan Mohd Khairul Izwan. Apa yang boleh dilakukan oleh ibu bapa ialah dengan memberikan ‘teether yang disejukkan terlebih dahulu kepada bayi untuk bayi menggigitnya. Namun jika tiada ‘teether’, cara lain yang boleh dilakukan oleh ibu bapa ialah dengan merendam kain atau tuala kecil bersih dalam air sejuk dan memberikannya kepada bayi untuk digigit. Dengan melakukan aktiviti ini, ia dapat mengurangkan kesakitan akibat pertumbuhan gigi yang dialami bayi.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor: