25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024
UtamaInspirasiPemilik restoran Thai baik hati bantu seorang bapa tidak mampu rai hari...

Pemilik restoran Thai baik hati bantu seorang bapa tidak mampu rai hari jadi anak perempuan dengan hidangan istimewa dan kek percuma

Kebanyakan bapa akan melakukan apa sahaja untuk anak perempuan kesayangan mereka, yang mana termasuk menahan kelaparan supaya anak itu dapat makan dengan baik.

Itu situasi yang hampir berlaku kepada seorang lelaki dari Thailand, sehingga pekerja restoran memutuskan untuk campur tangan.

Facebook

Seorang pemilik restoran shabu-shabu, Panumas B. Sroitong, berkongsi di Facebook dengan menceritakan kisah sedih bagaimana pasangan duo bapa dan anak perempuan memasuki restorannya untuk meraikan hari jadi si kecil. 

Bapa ini tidak mampu membayar makanan untuk mereka berdua, jadi dia menyuruh anak perempuannya sahaja yang makan sementara dia akan menunggu di luar.

Facebook

Apabila si kecil enggan makan tanpa bapanya, mereka berdua memutuskan untuk beredar dari restoran itu.

Syukurlah, pekerja restoran memaklumkan kepada Panumas mengenai insiden itu ketika bapa dan anak perempuan ini sedang keluar. Dia segera menghentikan mereka dan menawarkan mereka makanan percuma!

Facebook

“Apabila pekerja berlari memberitahu saya, saya menyuruh bapa dan anak perempuan itu duduk dan makan. Semasa makan, kami terus mengintip ke arah mereka,” katanya.

“Si bapa terus menyuapkan anak perempuan itu, meniup makanan panas untuk anak itu dan memberinya makan pada setiap detik. Kasih sayang ayah yang sangat comel,” tulisnya.

Facebook

Tidak cukup dengan niat baik dan sikap prihatinnya, Panumas turut mengarahkan pekerjanya membeli kek hari jadi untuk si kecil, menyebabkan bukan sahaja bapa dan anak perempuannya menjadi sayu menangis tetapi juga termasuk pekerja restoran.

Facebook

“Pekerja di sini jadi sebak. Kami melihat bapa dan anak perempuan itu keluar dari restoran dengan gembira, jadi kami semua juga sangat gembira!” kata Panumas.

Facebook

Imej CCTV menunjukkan kedua-duanya meninggalkan restoran dengan senyuman lebar di wajah mereka.

Facebook

Sangat gembira melihat bapa dan anak perempuannya dapat meraikan hari jadi yang mereka perlukan, dan itu semua berkat pertemuan mereka dengan orang baik hati yang mahu hari istimewa itu berlaku dengan jayanya.

Facebook

Tabik kepada Panumas dan para pekerjanya, kerana menceriakan hari semua orang dengan kebaikan hati mereka.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI