26 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024
UtamaGaya HidupRupa-rupanya guna alat kawalan jauh sudah boleh jimatkan elektrik semasa gunakan 'aircond'

Rupa-rupanya guna alat kawalan jauh sudah boleh jimatkan elektrik semasa gunakan ‘aircond’

Ramai antara kita yang sekarang ini mungkin dalam dilema untuk memiliki penyaman udara (aircond) atau tidak. Tambahan lagi, cuaca sekarang ini dalam keadaan tidak menentu terutama jika pada hari yang panas.

Mana tidaknya, kalau duduk di dalam rumah pun boleh terasa hangat dan bahangnya. Duduk di rumah tida selesa, jika keluar pula matahari terik membakar kulit. Jadi, ramai yang memilih untuk keluar ke pusat membeli-belah, setidaknya ada ‘aircond’ yang sejuk.

Antara dilema yang dihadapi ketika bercadang untuk membeli alat penyaman udara ialah bil elektrik. Kita semua maklum bahawa pendingin hawa menggunakan tenaga elektrik yang agak tinggi, jadi sesiapa yang menggunakan penyaman udara perlu bersedia dengan jumlah bil elektrik di akhir bulan.

Namun begitu, sebenarnya ada ‘trick’ untuk menjimatkan tenaga elektrik ketika menggunakan ‘aircond’ yang boleh kita lakukan. Jadi, selepas ini tidaklah bil kita tinggi hanya kerana sering menggunakan ‘aircond’.

Berikut adalah cara untuk mengurangkan penggunaan elektrik pada ‘aircond’:

Ketahui fungsi pada alat kawalan jauh (remote)

Kawalan Suhu (Temperature setting)
Fungsi ini digunakan untuk set suhu yang sesuai. Suhu yang paling rendah ialah 16°c dan paling tinggi 30°c.

Kelajuan Kipas (Fan speed)
Tentukan kelajuan kipas sama ada perlahan, sederhana, laju atau automatik, bergantung kepada suhu bilik serta suhu yang telah disetkan pada penyaman udara tersebut.

‘Timer’ ON/OFF
Setkan waktu penyaman udara tersebut untuk ON atau OFF secara automatik. Fungsi ini amat berguna jika anda mahu pulang ke rumah yang nyaman setelah terperangkap dalam kesesakan lalulintas selama dua jam!

Mod Tidur (Sleep mode)
Tukar ke mod ini sebelum anda tidur dan penyaman udara itu akan ON dan OFF secara automatik apabila ruang tersebut sudah mencapai suhu yang dikehendaki.

Gunakan ‘dry mode’ untuk jimatkan elektrik

Pengguna kebiasaannya terkeliru antara ‘dry mode’ dan ‘cool mode’. Jika pada alat kawalan jauh menunjukkan lambang titisan air, ia bermaksud ‘dry mode’. Manakala jika lambang yang ditunjukkan pada alat kawalan jauh adalah empingan salji, maka ia adalah ‘cool mode’.

Bagi penjimatan tenaga yang efisien, anda digalakkan untuk menggunakan ‘dry mode’ kerana untuk mod ini kerana kompresor tidak berlari pada kadar maksimum untuk menyejukkan ruang.

Selain itu, ‘sensor’ juga akan mengesan perubahan suhu dan mengekalkan suasana nyaman dengan kadar kelembapan sebanyak 60% sahaja dalam ruang udara.

Jadi, dengan menggunakan ‘dry mode’ ini, ia boleh membantu menjimatkan elektrik sehingga 30%.

Mungkin ramai yang masih keliru bagaimana ‘dry mode’ dapat memberikan suhu yang sejuk. Hal ini kerana fungsi ‘dry mode’ dapat menurunkan kelembapan relatif pada tahap yang selesa antara 40% hingga 60%.

Misalnya, apabila menggunakan ‘dry mode’ pada alat penyaman udara pada suhu 25°C, ia menjadikan suhu berasa seperti 23°C atau 22°C dengan kelembapan relatif 60%. Jadi, ia akan mewujudkan suasana yang lebih dingin tanpa perlu menukar kepada suhu yang lebih rendah.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI