33.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024
UtamaBerita UtamaPertama dalam sejarah Malaysia: HTA berjaya pisahkan kembar siam pramatang kongsi hati

Pertama dalam sejarah Malaysia: HTA berjaya pisahkan kembar siam pramatang kongsi hati

KUALA LUMPUR: Hospital Tunku Azizah (HTA) melakar sejarah apabila pasangan kembar siam pramatang seberat 2.7 kilogram (kg), yang pertama di Malaysia berjaya dipisahkan, 19 Mac lalu.

Pakar Perunding Pembedahan Kanak-Kanak HTA, Datuk Dr Zakaria Zahari, berkata pembedahan seumpama itu biasanya dilakukan ketika usia bayi antara tiga hingga enam bulan.

Bagaimanapun, beliau berkata, disebabkan komplikasi ‘extrauterine twin-to-twin transfusion syndrome’, pasangan itu terpaksa menjalani pembedahan segera pada usia 17 hari.

“Bayi kembar lelaki ini dilahirkan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh pada usia 33 minggu kandungan dan dirujuk oleh Pakar Neonatologi HRPB, Dr Maneet Kaur, untuk rawatan lanjut di HTA.

“Selepas perbincangan antara doktor pakar HRPB dan HTA secara dalam talian pada 15 Mac lalu, keputusan untuk melakukan pembedahan berisiko tinggi itu disepakati,” katanya.

Dr Zakaria berkata, pasukannya disertai 13 doktor pakar, termasuk enam pakar bedah kanak-kanak dari seluruh negara, berserta hampir 20 jururawat dan staf dewan bedah kanak-kanak.

Katanya, pasangan kembar siam jenis Omphalophagus itu berjaya dipisahkan dalam masa 66 minit tanpa komplikasi utama dan didapati berkongsi bahagian hati, manakala organ lain didapati normal.

“Proses persediaan untuk pembedahan dimulakan seawal jam 7.30 pagi dan kedua-dua bayi kemudian dihantar balik ke Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) pada jam 2 petang.

“Dengan sokongan pasukan Neonatologi, diharapkan kedua-dua bayi ini dapat sembuh dengan sebaik-baiknya,” katanya.

Dr Zakaria berkata, sejak pembukaan HTA, pembedahan itu adalah yang ketiga bagi pasangan bayi kembar siam.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, mengucapkan tahniah kepada pasukan HTA atas kejayaan pembedahan pasangan kembar siam yang paling muda itu.

“Pembedahan ini berjaya memisahkan pasangan bayi kembar yang bercantum di bahagian dada dan usus.

“Tahniah dan syabas kepada pasukan HTA yang diketuai Datuk Dr Zakaria kerana berjaya memisahkan bayi kembar ini dan kini mereka dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU),” katanya melalui Twitternya.

Pakar-pakar lain yang terlibat secara langsung dalam pembedahan tersebut ialah Pakar Perunding Bedah Kanak-Kanak, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah, Dr. Mughni Bahari; Pakar Perunding Bedah Kanak-Kanak, Hospital Raja Perempuan Zainab II Kelantan, Dr. Mohd Tarmizi Md. Nor; Pakar Perunding Bedah Kanak-Kanak HRPB, Dr. Nurdaliza Mohd. Badarudin dan Pakar Perunding Bedah Kanak-Kanak HTA, Dr. Hafatin Fairos Tamadun.

Selain itu, Pakar Bedah Kanak-Kanak HTA, Dr. Mohd. Yusran Othman; Pakar Bedah Kanak-Kanak HTA, Dr. Cheng Joo Qing; Pakar Bius Kanak-Kanak HRPB, Dr. Rohanizah Alias; Pakar Bius Kanak-Kanak HTA, Dr. Zubaidah Zulkipeli dan Pakar Neonatologi HTA, Dr. Elaine Wong Ee Lane.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI