Bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton, membuat pengumuman pada hari 22 Mac bahawa dia disahkan positif COVID-19.
“Saya telah disahkan positif COVID,” katanya dalam satu kenyataan. “Saya mempunyai beberapa simptom selsema ringan tetapi saya sihat.
“Saya sangat bersyukur kerana vaksin boleh memberikan perlindungan terhadap penyakit serius. Sila dapatkan vaksin dan stimulasi jika anda belum melakukannya!” tambah wanita berusia 74 tahun itu.
Dalam kenyataan berikutnya, bekas calon presiden parti Demokrat itu berkata bahawa suaminya, bekas Presiden Bill Clinton, telah “diuji negatif dan berada dalam keadaan sihat.”
“Dia dikuarantin sehingga rumah kami benar-benar bersih,” tulisnya. Beliau juga sempat bergurau dengan mengatakan orang ramai boleh memberi cadangan filem yang boleh ditonton sepanjang kuarantin.
Jurucakap bekas presiden, Angel Ureña, berkata dalam satu kenyataan: “Presiden Clinton berasa sihat dan akan terus melakukan ujian pada hari-hari mendatang.”
COVID-19 ialah penyakit yang disebabkan oleh virus PKC (Parti Komunis China), juga dirujuk sebagai novel Koronavirus.
Pengumuman Clinton dibuat selepas setiausaha akhbar White House, Jen Psaki juga disahkan positif buat kali kedua.
“Hari ini, sebagai persediaan untuk perjalanan ke Eropah, saya mengambil ujian PCR pagi ini,” tulis Psaki di Twitter.
Memandangkan dia disahkan positif dia terpaksa akur dengan peraturan CDC yang tidak membolehkan dia melakukan sebarang perjalanan bersama presiden ke Eropah.
Psaki berkata bahawa Presiden Joe Biden “tidak dianggap sebagai kontak rapat seperti yang ditakrifkan oleh panduan CDC” selepas dia mengadakan “dua pertemuan jarak sosial” pada hari Isnin, dan Biden disahkan negatif melalui ujian PCR.
“Saya berkongsi berita ujian positif saya hari ini kerana sikap ketelusan saya,” katanya lagi.
Sebelum ini, pada 13 Mac lalu, bekas Presiden Barack Obama juga telah mengesahkan beliau disahkan positif virus tersebut.
Sehingga Isnin lalu, AS mencatatkan purata 29,892 kes baharu Covid-19 setiap hari dan menurut Universiti Johns Hopkins ia adalah 16% lebih rendah daripada minggu sebelumnya.
Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times
Pilihan Editor: