30.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 26, 2025
Utama Blog Laman 146

Kes rasuah projek solar: Rosmah didapati bersalah, hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta

0

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 1 September, menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta kepada Datin Seri Rosmah Mansor atas kesalahan rasuah.

Isteri bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak itu didapati bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan rasuah dalam perbicaraan kes rasuah projek solar hibrid berjumlah RM1.25 bilion melibatkan 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan yang mensabitkan Rosmah dalam penghakimannya berkata kes sedemikian sudah meresapi hampir setiap lapisan masyarakat dan perlu dibendung sebelum menjadi pandemik.

Twitter

Dalam penghakiman setebal 116 halaman, hakim Mohamed Zaini berkata jika rasuah dibiarkan tanpa sebarang kekangan, masyarakat di negara ini akan menerimanya sebagai satu kebiasaan dalam hidup atau dunia perniagaan.

“Saya telah mengambil kira faktor rayuan yang dikemukakan oleh peguam yang bijaksana serta respons pihak pendakwaan. Pertimbangan utama dalam memutuskan hukuman yang sesuai ialah kepentingan awam,” katanya.

“Hukuman harus menggambarkan rasa tidak senang atau jijik terhadap jenayah itu. Hukuman juga mestilah mencerminkan keseriusan kesalahan yang dilakukan. Ia juga hendaklah menjadi faktor pencegah kepada tertuduh dan orang lain daripada melakukan jenayah seperti ini,” tambahnya.

Hakim Mohamed Zaini berkata hukuman bagi kesalahan di bawah Seksyen 26(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 diperuntuk di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang menyatakan bahawa mana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah Seksyen 16, 17, 20, 21, 22 dan 23 hendaklah apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau jumlah RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi. 

Beliau menjelaskan hukuman yang diperuntukkan di bawah seksyen itu adalah berat yang menandakan keseriusan kesalahan rasuah.

Rosmah didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Twitter

Hakim Mohamed Zaini menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan ke atas Rosmah dan hukuman berjalan serentak. Hukuman adalah bermula dari tarikh penghakiman.

“Hukuman berjalan serentak kerana kesalahan yang dilakukan adalah berkait rapat antara satu sama lain. Tertuduh juga didenda sebanyak RM970,000,000 bagi ketiga-tiga pertuduhan, atau penjara 10 tahun,” katanya ketika membacakan keputusan penghakiman itu.

Peguam Rosmah, Datuk Jagjit Singh kemudian meminta hukuman penjara sehari.

Ketua pendakwa raya Datuk Seri Gopal Sri Ram mengemukakan bantahan dengan menggesa Mahkamah Tinggi mengambil kira berat kesalahan itu, dengan berkata, “Jika hanya penjara sehari dikenakan, ia akan menghantar mesej yang salah”.

Hakim Mohamed Zaini berkata peguam Rosmah telah menyatakan kepada mahkamah bahawa pihak tertuduh akan memfailkan rayuan kepada Mahkamah Rayuan dan meminta agar hukuman penjara dan denda ditangguhkan, yang tidak dibantah oleh pihak pendakwaan.

“Oleh itu, saya menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sehingga rayuan tertuduh di Mahkamah Rayuan selesai. Jaminan RM2 juta yang dibuat sebelum ini dilanjutkan dengan syarat yang sama sehingga rayuan selesai,” katanya.

Berikutan itu, Datin Seri Rosmah Mansor tidak akan dipenjarakan setakat ini.

Twitter

Jika gagal dalam rayuan pertamanya di Mahkamah Rayuan, Datin Seri Rosmah Mansor boleh memfailkan rayuan ke mahkamah tertinggi iaitu Mahkamah Persekutuan.

Dalam pada itu, peguam Rosmah berkata denda RM970 juta yang dikenakan “belum pernah terjadi” dan merupakan jumlah tertinggi dalam sejarah perundangan Malaysia.

“Siapa yang mampu membayar denda hampir RM1 bilion?.. Anak guam saya tidak mempunyai sebarang punca pendapatan. Adakah ini yang kita sifatkan sebagai keadilan?” soalnya ketika membuat kenyataan media.

Peguam Datuk Jagjit Singh memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan pada 2 September 2022.

Pilihan Editor:

Tun M positif Covid-19, dirawat di IJN

0

Tun Dr Mahathir bin Mohamad,97 disahkan postitif Covid-19 pada pagi 31 Ogos. Beliau dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk pemantauan untuk beberapa hari seperti yang dinasihatkan oleh pasukan kesihatan.

Perkara tersebut telah dimuat naik secara rasmi di halaman Facebook Dr Mahathir bin Mohamad.

FACEBOOK

Di doakan agar Tun M diberi kesembuhan dan kembali sihat seperti sediakala.

Pilihan Editor:

Trak MILO dan Abang Bomba Sado curi perhatian semasa perarakan Hari Kemerdekaan

0

Selepas dua tahun hari kemerdekaan negara diraikan tanpa kemeriahan akibat pandemik, sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-65 pada tahun ini kembali ceria dengan kibaran Jalur Gemilang puluhan ribu hadirin yang menyaksikannya di Dataran Merdeka.

Perarakan dan persembahan Hari Kemerdekaan kali ini menyaksikan pembabitan lebih 20,000 peserta dan antara yang menarik perhatian ialah trak MILO dan Abang Bomba Sado!

Bermula apabila rakyat Malaysia sememangnya tidak dapat menafikan rasa sayang mereka terhadap minuman Milo yang terkenal.

Tangkap Skrin YouTube

Sebungkus Milo ais kedengaran seperti minuman yang sesuai untuk dinikmati sambil mengagumi anggota bomba berotot dan sado yang dilihat pada persembahan dalam sambutan Hari Kemerdekaan di Dataran Merdeka pada 31 Ogos, dan itu disaksikan ribuan penonton apabila mereka disajikan dengan perjalanan nostalgia trak Milo membuat penampilan menjadi tetamu kehormat dalam perarakan Hari Kemerdekaan kali ini.

Jika diteliti, anda dapat melihat salah seorang penumpang dengan bangga mengibarkan Jalur Gemilang kecil dari tempat duduknya sambil orang ramai bertepuk tangan. Jika anda menonton perarakan dari rumah, anda mungkin tertanya-tanya sama ada trak Milo hanya dipandu untuk tontonan hadirin, membuatkan mereka berasa ‘dahaga’ untuk minuman terkenal itu.

MGAG/Facebook

Hantaran Facebook MGAG dalam ruangan komen beberapa netizen yang berada di sana memberitahu sebenarnya mereka ada mendapat minuman Milo percuma!

Sementara itu, ramai yang mengambil kesempatan pada hari itu untuk menyampaikan betapa gembiranya mereka melihat trak Milo di Dataran Merdeka. Ada yang gembira kerana trak Milo dimasukkan ke dalam perarakan Hari Kebangsaan kerana Milo sangat terkenal dan tidak lekang dengan Malaysia.

Para netizen juga bergurau trak Milo adalah satu-satunya senjata yang diperlukan untuk memerintah dunia, selain ia mengembalikan kenangan indah zaman kanak-kanak.

MGAG/Facebook

Para penonton, tanpa mengira usia, semuanya bersorak teruja apabila trak Milo memasuki lintas pentas.

Tidak pernah ada masa yang buruk untuk Milo, tetapi sesuatu yang lain juga datang yang mencetuskan ‘dahaga’ di Malaysia – dan ia bukan minuman!

Anggota bomba yang menyelamatkan mata anda!

Tangkap Skrin YouTube

Bagi mereka yang menyaksikan perarakan itu, tumpuan kepada sekumpulan anggota bomba berotot sado di atas trak bomba yang mengambil bahagian dalam perarakan benar-benar telah mencuri tumpuan bagai halilintar!

Tangkap Skrin YouTube

Menerusi laman Facebook Berita RTM yang telah berkongsi klip pendek sepasukan anggota bomba berdiri di atas trak bomba sambil memegang Jalur Gemilang.

Tangkap Skrin YouTube

Keterujaan melihat anggota bomba berotot, tampan dan sado mengibarkan Jalur Gemilang semasa perarakan pastinya menggembirakan kebanyakan penonton wanita.

Tangkap Skrin YouTube

Kedengaran beberapa hadirin wanita bersorak kepada anggota bomba tersebut, “Abang bomba sado kami!”

MGAG/Facebook

Berita Harian melaporkan lebih 70,000 rakyat Malaysia yang patriotik dan cintakan negara memenuhi Dataran Merdeka,Kuala Lumpur bagi meraikan Hari Kebangsaan 2022 pada 31 Ogos lalu.

Pilihan Editor:

Sambutan hari lahir bertukar tragedi, namun mujur kanak-kanak malang itu berterus terang, nyawanya dapat diselamatkan

0

Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik buat anak-anak mereka. Segala keperluan cuba dicukupkan, segala kemahuan cuba dipenuhi, segala kemudaratan cuba dielakkan namun kemalangan tetap boleh berlaku. Begitulah yang terjadi kepada keluarga Katie Jacobsen semasa sambutan hari lahir anaknya. Pada mulanya mereka sekeluarga begitu gembira meraikannya namun ia bertukar tragedi apabila sesuatu menimpa anaknya itu. Tetapi, mujurlah anaknya itu berterus terang tentang apa yang terjadi, nyawanya dapat diselamatkan.

Katie pada mulanya tidak mahu berkongsi kisah yang menimpa anaknya namun atas rasa tanggungjawab, dia menulis catatan di Facebook agar ramai orang tahu betapa bagusnya madu hingga dapat menyelamatkan nyawa anaknya.

Pada 26 Ogos lalu, Katie sekeluarga meraikan hari lahir anaknya di rumah. Mereka memesan set makan malam dari restoran Cracker Barrel. Terdapat biskut dan beberapa paket kecil madu bersama hidangan tersebut. Selepas menikmati makan malam, mereka duduk bersantai di ruang tamu. Tidak lama kemudian, anaknya Maggie datang dan menunjukkan mulutnya kepada Katie dan berkata, “saya dah telannya.”

Katie bertanya, “telan apa?”

“Benda bersinar.” jawab anaknya.

Katie terus melihat persekitaran rumah untuk mencari ‘benda’ yang dimaksudkan oleh anaknya dan Katie terlihat anak patung Barbie di atas meja. Suami Katie, Levi turut berada di situ. Dia membesarkan matanya dan berkata, “Saya baru sahaja mengeluarkannya.”

Barulah Katie mengerti bahawa ‘benda bersinar’ yang dimaksudkan anaknya itu adalah bateri butang yang terdapat dalam kaki anak patung tersebut. Pakaian anak patung tersebut sudah terlucut. Katie sedar bahawa itu adalah petanda buruk.

Mereka terus bergegas ke hospital. Ketika Katie sedang bersiap, dari corong telefon ibunya memesan untuk memberikan kanak-kanak malang itu madu. Mujurlah masih terdapat beberapa paket madu lagi di atas meja. Mereka terus menyuruh Maggie makan madu tersebut dan membawa baki paket madu untuk dimakan semasa dalam perjalanan ke hospital.

Ketika pegawai perubatan memeriksa Maggie, mereka mengesahkan memang terdapat bateri butang dalam tubuh si kecil itu tetapi bateri tersebut telah turun ke perut yang mana ia kurang berbahaya. Maggie ditahan di wad semalaman kerana doktor bercadang untuk mengeluarkan bateri tersebut pada keesokan paginya. Namun selepas memeriksa lagi kedudukan bateri tersebut mereka menarik nafas lega kerana bateri tersebut telah masuk ke usus yang mana risiko menjadi semakin berkurangan. Maggie dibenarkan pulang selepas sarapan pagi.

Katie sekeluarga bersyukur kepada Tuhan kerana Maggie terselamat dan doktor memberitahu bahawa tindakan awal mereka memberikan madu kepada kanak-kanak itu adalah tindakan yang tepat.

Ini kerana, madu tersebut dapat menyaluti bateri dan mengelakkannya daripada tersekat.

Katie tidak menyangka perkongsiannya itu mendapat perhatian ramai orang. Dia gembira kerana dapat membantu menyampaikan maklumat penting berkenaan tindakan awal yang boleh dilakukan sekiranya kanak-kanak tertelan bateri.

Susulan daripada hantaran tersebut, beberapa orang ibu menghubungi Katie, berkongsi pengalaman mereka yang kehilangan anak akibat tertelan bateri. Biarpun masih bersedih akibat kehilangan anak yang disayangi, namun mereka terpanggil untuk berkongsi pengalaman agar dapat membantu orang lain yang menghadapi situasi yang sama.

Bateri butang sangat berbahaya kepada kanak-kanak. Jika tertelan, ia boleh memasuki saluran permakanan esofagus atau saluran pernafasan bronchus. Dalam kedua-dua keadaan ini, ia sangat berbahaya dan boleh menyebabkan kematian.

Oleh itu, elakkan daripada memberikan sebarang mainan yang menggunakan bateri butang kepada anak anda.

Pilihan Editor:

Walaupun kelaparan, dia hanya mengambil kuih dan air, alasan pemuda ini sungguh menyedihkan

0

Ketika pandemik Covid 19 mula-mula melanda dunia, semua orang terkesan, baik si miskin mahupun si kaya. Ada yang terpaksa menerima nasib diberhentikan kerja, ada yang terpaksa mengikat perut kerana wang simpanan semakin berkurangan, ada juga yang terpaksa meminta bantuan orang lain walhal sebelum ini tidak pernah bersikap sedemikian. “Malu nak minta kat orang“. Selagi ada kudrat, akan diusahakan sebaik mungkin namun, dalam keadaan terhimpit terpaksa ditebalkan muka juga. Begitulah yang terjadi kepada seorang kelindan lori apabila dia terpaksa meminta bantuan orang lain kerana dia terlalu lapar.

Kisah menyayat hati ini dikongsi oleh Zarul Zabidi menerusi catatannya di Facebook. Cerita ditulis adalah berdasarkan pengalamannya sendiri. Bukan untuk menunjuk dirinya hebat, tetapi atas rasa syukur dan moga-moga dijadikan teladan buat orang lain.

Pada suatu hari ketika sedang membeli makanan, Zarul didekati seorang pemuda.

“Abang, saya lapar, saya nak makan, saya tak ada duit, abang bayarkan boleh?”

Tanpa berfikir panjang, Zarul bersetuju untuk membayar makanan pemuda itu. Dia menyuruh pemuda itu untuk mengambil sahaja apa-apa makanan yang dia mahukan kerana dia mahu belanja pemuda tersebut untuk hari itu.

Zarul langsung tidak menduga apabila pemuda berkenaan hanya mengambil dua biji kuih seri muka dan sebungkus air milo ais sahaja. Dia bertanya kepada pemuda tersebut, mengapa tidak ambil nasi berlauk atau roti canai.

Kata pemuda tersebut, “kuih seri muka ni kan bawah dia ada pulut nasi, cukup la bang 1 pagi 1 petang nanti saya makan.”

“Saya segan bang ini pertama kali dalam hidup saya meminta orang,” jawab pemuda tersebut.

Zarul seolah-olah tersentak dengan jawapan jujur pemuda tersebut. Zarul bertanyakan apakah jenis pekerjaan pemuda itu.

Menurut pemuda tersebut, dia bekerja sebagai kelindan lori, gaji yang diterimanya adalah mengikut perjalanan lori. Jika tiada perjalanan, tiada gaji.

PEXELS

Zarul berasa sedih dengan nasib pemuda tersebut. Memikirkan ada orang lain yang lebih susah, Zarul bersyukur dengan nikmat yang diperoleh selama ini.

Zarul juga berdoa agar Tuhan melimpahkan rezeki buatnya agar dia dapat membantu orang yang tidak bernasib baik seperti pemuda tersebut.

Netizen yang membaca kisah tersebut turut bersimpati dengan nasib pemuda tersebut. Tidak kurang juga yang mendoakan Zarul agar rezekinya sentiasa mengalir seperti air sungai yang mengalir.

Pilihan Editor:

Jejak tapak kaki dinosaur berusia 113 juta tahun timbul selepas dasar sungai di Taman Lembah Dinosaur Texas kering

0

Kemarau teruk yang melanda akibat cuaca panas melampau ketika musim panas di Amerika Syarikat telah mengakibatkan penemuan jejak tapak kaki dinosaur berusia 113 tahun.

Bekas jejak dinosaur itu ditemui di sungai yang terletak di Taman Lembah Dinosaur Negeri yang berada di Texas.

Jejak tapak kaki dinosaur tersebut ditemui pada Ogos lalu di permukaan dasar sungai yang telah mengering akibat kemarau.

Facebook

Gambar dalam hantaran di Facebook menunjukkan kesan tapak kaki dinosaur menuju ke dasar sungai yang dibarisi pokok kering di negeri Texas yang terletak di selatan Amerika Syarikat.

Kesan tapak kaki tersebut dikatakan merupakan kesan tapak kaki spesies dinosaur ‘Acrocanthosaurus’ yang tidak pernah dilihat sejak tahun 2000 kerana ia berada di bawah paras air sungai dan beberapa lapisan sedimen, yang menyebabkan ia tertimbus dan tidak kelihatan.

Acrocanthosaurus itu dilaporkan memiliki berat lebih kurang 6,350 kilogram atau 7 tan dan 15 kaki atau 4.5 meter tinggi.

Facebook

Pegawai di Jabatan Taman dan Hidupan Liar Texas, Stephanie Salinas berkata jejak Acrocanthosaurus tersebut berkemungkinan adalah jejak tapak kaki terpanjang yang ditinggalkan oleh seekor dinosaur di Amerika Utara.

Dikenali sebagai ‘Laluan Jejak Lone Ranger’, dianggarkan terdapat 140 kesan tapak kaki dinosaur tersebut yang ditemui di lokasi tetapi hanya 60 sahaja yang dapat dilihat.

Facebook

Walau bagaimanapun, selepas musim kemarau berakhir, jejak dinosaur ini akan lenyap semula selepas hujan turun dengan paras air sungai itu beransur-ansur naik dan pulih.

Cuaca panas melampau yang melanda Amerika Syarikat juga telah mendedahkan penemuan beberapa mayat manusia di kawasan takungan air terbesar Amerika Syarikat iaitu Tasik Mead di Nevada yang mengering.

Pilihan Editor:

Bawa 9 balang berisi duit syiling ke pusat jualan, pasangan suami isteri ini bayar tunai beli kereta idaman Toyota Rush

0

Setiap orang mesti mempunyai keinginan untuk memiliki kereta idaman dan akan berusaha mendapat atau mengumpulkan wang bagi merealisasikan impian masing-masing. 

Orang kata sikit-sikit, lama-lama jadi bukit, itu yang dilakukan oleh pasangan suami isteri dari Indonesia ini yang telah menabung duit syiling sejak tahun 2018 dan kisah mereka berjaya membeli kereta idaman menjadi inspirasi.

Peniaga gerai jalanan di Kota Makassar, Sulawesi Selatan, Asriadi Syamsuddin dan isterinya Ratna akhirnya berjaya membeli kereta idaman mereka iaitu Toyota Rush secara tunai dengan menggunakan duit syiling hasil simpanan wang jualan daripada perniagaan.  

Menurut mereka, sepanjang berniaga pasangan ini ada menyimpan duit syiling yang tidak digunakan ke dalam balang air sehingga jumlahnya mencecah ratusan juta rupiah yang membolehkan mereka membeli kereta idaman itu.

Harga kenderaan SUV Toyota Rush yang dibayar tunai di pusat jualan Toyota Makassar itu adalah 271 juta Rupiah atau kira-kira RM81,000.

Asriadi berkata kebanyakan wang syiling dalam balang itu adalah pemberian pelanggan yang datang membeli barangan jualan mereka.

“Tidak terasa seperti saya menabung selama empat tahun kerana saya tidak pernah mengira jumlahnya,” kata Asriadi.

“Apabila saya melihat balang air yang digunakan untuk menyimpan duit syiling sudah penuh, saya keluarkan dan mendapati nilainya telah mencecah ratusan juta rupiah,” tambahnya yang terkejut dengan jumlah itu.

Ketika mengunjungi pusat jualan Toyota untuk menyatakan hasrat membeli kereta idaman itu, para kakitangan di sana lagi bertambah terkejut apabila melihat pasangan ini membawa 9 balang air yang berisi duit syiling, tetapi mereka tetap melayan pelanggan itu dengan baik dan hormat.

Pengurus cawangan jualan Toyota bandar Makassar, Ariefyanto Arsyad berkata ini adalah kali pertama cawangannya menyambut pelanggan dengan membawa balang-balang air berisi duit syiling untuk membeli kenderaan.

“Ini pengalaman luar biasa buat kami kerana belum pernah ada pelanggan membeli kereta menggunakan duit syiling secara tunai,” katanya.

Jelasnya, apabila mereka mengira satu persatu duit syiling itu, didapati wang yang dibawa pasangan suami isteri itu cukup kesemuanya 271 juta rupiah untuk membeli Toyota Rush secara tunai.

Difahamkan sebelum itu, Asriadi telah bertanya terlebih dahulu untuk membeli Toyota Rush dengan duit syiling dan cawangan itu bersetuju. Asriadi kemudian telah membuat bayaran pendahuluan sebanyak 10 juta rupiah (RM3,010) dan pada keesokan harinya membawa 9 tong air berisi duit syiling itu dan beberapa kotak berisi wang kertas bagi menjelaskan baki bayaran.

Pilihan Editor:

Ayah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya

0

Tugas cikgu di sekolah bukan hanya mengajar murid-murid mengikut silibus yang telah ditetapkan tetapi lebih daripada itu. Jika ada murid yang menangis kerana mahukan ibu bapa, cikgu yang akan memujuk mereka. Jika ada murid yang tidak cukup wang untuk membeli makanan, cikgu juga yang akan membantunya. Kisah kali ini yang dikongsikan oleh cikgu Mohd Fadhli Salleh di laman Facebooknya begitu menyayat hati hinggakan dia sendiri tersentak melihat kebenarannya.

Pada suatu hari, ada seorang murid lelaki yang terlalu aktif dengan sengaja memecahkan bangku di kantin sekolah. Bangku itu adalah bangku buah-buahan yang dibeli dengan duit kiriman sahabat-sahabat cikgu yang baik hati.

Menurut Mohd Fadhli Salleh, unit disiplin, guru kelas dan pentadbir berbincang akan perihal tersebut dan mereka memutuskan keperluan memanggil ibu bapa murid berkenaan bagi membincangkan kelakuan anak mereka yang terlalu aktif itu. Tambah Mohd Fadhli Salleh lagi, tujuannya adalah untuk mencari jalan terbaik bagi murid tersebut agar tidak ternafi haknya untuk belajar dengan sempurna.

Difahamkan, murid lelaki tersebut mempunyai seorang kakak yang turut berada dalam pemerhatian Mohd Fadhli Salleh kerana setiap kali hadir ke sekolah, murid perempuan tersebut berpakaian comot.

Mengimbau kembali detik kedatangan ayah murid lelaki tersebut, Mohd Fadhli Salleh begitu terkejut melihat penamplian si ayah yang memakai sepasang kasut lusuh dipenuhi selut dan kotoran.

“Kami beritahu kerosakan yang dibuat anaknya perlu diganti, dengan serba salah dia cakap boleh tetapi tunggu dapat gaji. Jantung aku seakan berhenti mendengar jawapan pendek itu.

“Nilai bangku itu tidaklah besar di zaman ini tetapi masih ada yang perlu tunggu gaji, namun, bila saya bertanya di luar pejabat rupanya dia telah ulang alik dari Kuang ke Gombak hanya dengan motosikal dengan keadaan panas terik,” tulis cikgu Mohd Fadhli Salleh di Facebook.

Menurutnya, lelaki itu mempunyai empat orang anak namun dua orang lagi yang merupakan pasangan kembar mengikut si ibu setelah suami isteri itu bercerai.

“Patutlah anak perempuannya tidak pandai pakai tudung. Rupanya dijaga oleh ayah sejak sekian lama.

“Pakaiannya patutlah selalu nampak comot. Tidak terjaga seperti orang lain yang punya keluarga. Rupanya tinggal bersama ayah,” kata Mohd Fadhli Salleh.

Selepas mendengar jawapan daripada si ayah, Mohd Fadhli Salleh mengambil keputusan untuk menggantikan bangku yang rosak tersebut.

Ramai netizen yang bersimpati dengan nasib yang menimpa tiga beranak itu. Mereka juga tidak putus-putus mendoakan rezeki untuk cikgu Mohd Fadhli Salleh kerana sanggup menghulurkan bantuan kepada keluarga kecil itu.

Pilihan Editor:

Bapa dikritik kerana menggunakan tali pengikat pada anak kembar limanya, namun dia tetap dengan pendiriannya

0

“Kanak-kanak sangat ingin tahu – mereka mahu berlari dan meneroka,” kata Jordan, 31 bapa kepada anak kembar lima. Dia menggunakan tali pengikat untuk memudahkan dia mengawal anak-anaknya ketika mereka keluar bersiar-siar. Mereka sekeluarga selesa apabila keluar bersama-sama dengan menggunakan tali pengikat tersebut kerana bagi mereka, kereta sorong tidak sesuai untuk dibawa lagi-lagi ke tempat yang sesak.

INSTAGRAM

Namun, pendirian keluarga ini tidak disenangi netizen kerana mereka beranggapan kanak-kanak bukanlah haiwan seperti anjing yang perlu diikat apabila hendak bergerak.

Terdapat netizen yang mempertikaikan tindakan Jordan yang mengikat anak-anaknya itu. Mereka mempersoalkan mengapa Jordan tidak melatih sahaja anak-anak tersebut berjalan dekat dengannya. Ada juga netizen yang mengatakan, “jangan ada anak ramai jika anda tidak mampu menguruskannya”.

Walau bagaimanapun, masih ramai lagi netizen yang tidak menolak penggunaan tali pengikat kanak-kanak. Ini termasuklah pakar pembangunan keibubapaan dan belia Dr.Deborak Gilboa, yang meminta orang ramai sepatutnya berfikir dan bertindak sewajarnya mengenai isu ini.

Menurut Gilboa, tindakan memakaikan tali pengikat pada kanak-kanak adalah penyelesaian masalah yang kreatif dan bukanlah bermaksud melayan kanak-kanak seperti haiwan seperti yang netizen lain fikirkan. Jika tidak mengikat anak-anak yang ramai ini, alternatif lain adalah dengan duduk di rumah sahaja.

Tambah Gilboa lagi, tali pengikat tersebut amat membantu ibu bapa yang mempunyai anak sebaya yang ramai yang mana anak-anak tersebut belum lagi mahir berkomunikasi seperti mendengar arahan dan sebagainya.

PEXELS

99.9 peratus ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Jika anda tidak dapat melihat apakah masalah yang ada, itu tidak bermakna tiada masalah. Hanya orang yang melaluinya sahaja yang faham.

Namun, penggunaan tali pengikat ini harus dihentikan sebaik sahaja usia anak-anak mencapai lapan atau sembilan tahun. “Pada ketika itu, anda perlukan cara lain untuk mengawal anak anda di tempat awam,” kata Gilboa. “Pasti akan berasa janggal jika kanak-kanak berusia lapan tahun masih lagi dipakaikan tali pengikat”, sambung Gilboa lagi.

Walaupun penggunaan tali pengikat ini dilihat dapat membantu ibu bapa mengurus dan mengawal pergerakan anak mereka, bukan semua pakar bersetuju dengannya termasuklah Benjamin Hoffman, pengerusi Majlis Pencegahan Kecederaan di Akademi Pediatrik Amerika.

Menurut Benjamin, mereka tidak mempunyai data mengenai kecederaan yang berkaitan dengan tali pengikat dan mereka juga kekurangan maklumat berkenaan sebab dan faedah ibu bapa menggunakannya. Tetapi, Benjamin secara peribadinya pernah menyaksikan sendiri ibu bapa menarik tali pengikat tersebut secara paksa hingga menyebabkan anak biasanya terjatuh ke belakang. Dia bimbang kerana berdasarkan situasi tersebut, kecederaan pada kepala dan anggota badan anak boleh berlaku.

Sebagai pakar pediatrik, Benjamin tidak mencadangkan penggunaan tali pengikat tersebut pada kanak-kanak. Dia lebih suka melihat kanak-kanak dibawa bersiar-siar dengan menggunakan kereta sorong bayi berbanding tali pengikat. Ini kerana, kecederaan pada leher boleh berlaku akibat daripada penyalahgunaan seperti menarik atau menyeret kanak-kanak tersebut.

PEXELS

Penggunaan tali pengikat dilihat ada kebaikan dan keburukannya. Ini kerana, sebaik-baik kaedah pengawasan anak-anak adalah bergantung pada sikap tanggungjawab orang dewasa itu sendiri.

Menurut Adam Spanier, profesor pediatrik di Sekolah Perubatan Universiti Maryland dan pakar pediatrik di Hospital Kanak-kanak Universiti Maryland, penggunaan tali pengikat adalah “keputusan peribadi ibu bapa”.

“Ini mungkin produk untuk kanak-kanak yang cenderung untuk merayau jika tidak diawasi dengan teliti, untuk kanak-kanak yang mengalami kelewatan perkembangan dan untuk kanak-kanak yang mempunyai masalah kawalan impuls,” kata Adam. Namun begitu, dia juga bersetuju dengan pendapat Benjamin dan tidak menolak sebarang bahaya yang mungkin timbul disebabkan penggunaan tali pengikat pada kanak-kanak dengan mengambil kira faktor tekanan psikologi dan umur kanak-kanak tersebut.

Jika ada ibu bapa yang berminat untuk cuba menggunakan tali pengikat pada anak-anak, ada beberapa perkara yang perlu dititikberatkan.

  • Pilih tali pengikat jenis beg galas berbanding tali yang digunakan untuk mengikat pergelangan tangan kanak-kanak.
  • Pastikan ibu bapa memilih saiz yang sesuai dan selesa untuk anak-anak. Periksa arahan yang tertera pada produk untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk tersebut.
  • Cari maklumat mengenai produk sebelum ibu bapa memutuskan untuk membelinya. Baca ulasan pelanggan sebelum ini untuk mendapat maklumat tentang keberkesanan produk tersebut.
  • Ingat, tali pengikat hanyalah alat untuk mengajar kanak-kanak untuk kekal bersama ibu bapa apabila berada di tempat awam. Alat ini juga mengajar si pengguna untuk kekal tenang agar tidak mencederakan kanak-kanak tanpa sengaja.
  • Atas alasan apa sekalipun ibu bapa memilih untuk menggunakan tali pengikat, ia haruslah dibuat selepas mempertimbangkan akibatnya sama ada daripada rakan-rakan atau orang asing. Tetapkan pendirian jika ibu bapa fikir ia adalah cara terbaik untuk mengawasi anak-anak.

Pilihan Editor:

Tindakan abang menarik adiknya kerana takut dimakan kuda undang tawa orang ramai

0

Anak sulung adalah anak yang dididik sebagai pemimpin agar menjadi teladan bagi adik-adiknya. Sikap dan semangat kepimpinan anak sulung muncul kerana rasa tanggungjawab yang wujud dalam dirinya. Tidak kira anak sulung itu perempuan atau lelaki, mereka juga sangat mengambil berat dan prihatin akan sesuatu yang berlaku dalam keluarga. Mereka juga mempunyai sifat penyayang dan kadang-kadang tidak terduga. Contoh yang dapat dilihat ialah kisah seorang abang menarik adiknya kerana takut dimakan kuda.

Menerusi video yang meraih perhatian orang ramai di TikTok ini, kelihatan dua orang adik-beradik berada di kandang kuda.

Namun, apabila si adik mendekati kuda tersebut, tiba-tiba si abang menarik adiknya menjauhi kuda yang berada di belakang pagar tersebut.

Rupa-rupanya si abang takut adiknya dimakan kuda itu. Dia bukan sahaja cuba menjauhkan adiknya daripada kuda itu malah dia turut menangis kerana begitu bimbang jika kuda berkenaan menerkam adik comelnya itu.

Kejadian itu memang diluar jangkaan dan mengundang tawa si ayah.

Netizen yang menonton video tersebut juga merasakan tindakan si abang agak melucukan kerana sampai terseret adik dibuatnya. Namun, mereka kagum kerana kecil-kecil lagi si abang sudah menunjukkan sikap penyayang terhadap adiknya. Dia seolah-olah tidak mahu adiknya dicedarakan biarpun kuda tersebut berada di belakang pagar.

Adakah kuda haiwan yang boleh mencederakan? Mari lihat fakta menarik mengenai kuda.

  • Kuda adalah haiwan herbivor yang makan mulai buah-buahan hingga rumput.
  • Kuda biasa hidup lebih dari 30 tahun. Namun ia bergantung kepada cara pemakanan, pemantauan kesihatan dan faktor sekeliling.
  • Kuda boleh tidur sambil berdiri kerana ia mempunyai sistem tendon dan ligamen yang membolehkannya ‘mengunci’ kakinya dalam posisi tetap sambil berehat dan tidak jatuh. Melainkan ia terlalu penat, ia akan baring di atas tanah.
PEXELS
  • Kuda tidak boleh bersendawa, muntah atau bernafas melalui mulut seperti yang dilakukan manusia. Sistem pencernaan kuda adalah ‘jalan sehala’, tidak seperti lembu yang boleh mengunyah semula makanan.
  • Kuda adalah haiwan kawanan yang memerlukan teman untuk terus hidup baik kuda liar atau kuda domestik. Kuda sukar menjalani kehidupan bersendirian.
  • Kuda mempunyai 10 otot yang berbeza di telinganya. Ini membolehkan kuda berpusing hampir 180 darjah dan bergerak secara bebas antara satu sama lain. Manakala manusia pula mempunyai tiga otot di telinga mereka.
  • Umur kuda boleh dijangka dengan melihat bilangan giginya. Tetapi ada juga kuda yang umurnya lebih panjang daripada bilangan giginya.
  • Kuda adalah haiwan yang bijak yang boleh dilatih seperti anjing. Terdapat kajian yang menunjukkan kuda mampu memberitahu penjaganya tentang keperluan dirinya.
  • Kuda boleh bertindak sepantas kilat. Daripada pegun berdiri, kuda mampu melakukan tendangan kuat dalam hanya 0.3 saat, manakala masa tindak balas manusia pula ialah 1.6 saat.

Pilihan Editor: