31.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024
UtamaGaya HidupBawa 9 balang berisi duit syiling ke pusat jualan, pasangan suami isteri...

Bawa 9 balang berisi duit syiling ke pusat jualan, pasangan suami isteri ini bayar tunai beli kereta idaman Toyota Rush

Setiap orang mesti mempunyai keinginan untuk memiliki kereta idaman dan akan berusaha mendapat atau mengumpulkan wang bagi merealisasikan impian masing-masing. 

Orang kata sikit-sikit, lama-lama jadi bukit, itu yang dilakukan oleh pasangan suami isteri dari Indonesia ini yang telah menabung duit syiling sejak tahun 2018 dan kisah mereka berjaya membeli kereta idaman menjadi inspirasi.

Peniaga gerai jalanan di Kota Makassar, Sulawesi Selatan, Asriadi Syamsuddin dan isterinya Ratna akhirnya berjaya membeli kereta idaman mereka iaitu Toyota Rush secara tunai dengan menggunakan duit syiling hasil simpanan wang jualan daripada perniagaan.  

Menurut mereka, sepanjang berniaga pasangan ini ada menyimpan duit syiling yang tidak digunakan ke dalam balang air sehingga jumlahnya mencecah ratusan juta rupiah yang membolehkan mereka membeli kereta idaman itu.

Harga kenderaan SUV Toyota Rush yang dibayar tunai di pusat jualan Toyota Makassar itu adalah 271 juta Rupiah atau kira-kira RM81,000.

Asriadi berkata kebanyakan wang syiling dalam balang itu adalah pemberian pelanggan yang datang membeli barangan jualan mereka.

“Tidak terasa seperti saya menabung selama empat tahun kerana saya tidak pernah mengira jumlahnya,” kata Asriadi.

“Apabila saya melihat balang air yang digunakan untuk menyimpan duit syiling sudah penuh, saya keluarkan dan mendapati nilainya telah mencecah ratusan juta rupiah,” tambahnya yang terkejut dengan jumlah itu.

Ketika mengunjungi pusat jualan Toyota untuk menyatakan hasrat membeli kereta idaman itu, para kakitangan di sana lagi bertambah terkejut apabila melihat pasangan ini membawa 9 balang air yang berisi duit syiling, tetapi mereka tetap melayan pelanggan itu dengan baik dan hormat.

Pengurus cawangan jualan Toyota bandar Makassar, Ariefyanto Arsyad berkata ini adalah kali pertama cawangannya menyambut pelanggan dengan membawa balang-balang air berisi duit syiling untuk membeli kenderaan.

“Ini pengalaman luar biasa buat kami kerana belum pernah ada pelanggan membeli kereta menggunakan duit syiling secara tunai,” katanya.

Jelasnya, apabila mereka mengira satu persatu duit syiling itu, didapati wang yang dibawa pasangan suami isteri itu cukup kesemuanya 271 juta rupiah untuk membeli Toyota Rush secara tunai.

Difahamkan sebelum itu, Asriadi telah bertanya terlebih dahulu untuk membeli Toyota Rush dengan duit syiling dan cawangan itu bersetuju. Asriadi kemudian telah membuat bayaran pendahuluan sebanyak 10 juta rupiah (RM3,010) dan pada keesokan harinya membawa 9 tong air berisi duit syiling itu dan beberapa kotak berisi wang kertas bagi menjelaskan baki bayaran.

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI