Bersedekah itu amalan mulia kerana dalam kurniaan rezeki kita, ada rezeki orang lain juga, sehinggakan anak-anak kecil pun tahu.
Jadi, tiada salahnya jika kita boleh bersedekah menurut kemampuan, ketika mempunyai wang lebih dan sesudah berhati-hati untuk membelanjakan wang yang susah payah dicari.
Seronok sangat mendengar orang cerita sedekah sana sini, baru-baru ini tular di TikTok apabila seorang ayah tiba-tiba jadi pening dan hairan memikirkan ke mana pergi wang simpanannya menghilang.
Hanya untuk mengetahui anak perempuannya telah mengambil wang itu untuk bersedekah kepada kawan sekolahnya yang susah.
“Bertuah punya anak!” kata ayahnya dalam kapsyen video itu.
Menerusi video tersebut, dapat dilihat si ayah sedang memarahi anaknya selepas mendapat tahu kanak-kanak itu membawa beberapa keping wang RM50 dan RM100 ke sekolah.
Semua wang itu dilihat diletakkan ke dalam beg sekolah yang baru dibeli ayahnya.
Apa yang membuat ayah ini menepuk dahi adalah apabila si bijak pandai telah mengambil wang ayahnya berjumlah RM1,500 dan meletakkan ke dalam beg baru itu lalu dibawa ke sekolah.
Anaknya memberitahu dia membawa wang tersebut untuk disedekahkan kepada kawan-kawan sekolahnya yang dikatakan susah. Hati lembut simpati betul dia..
Namun begitu, ayah ini tidak memarahi anaknya lagi selepas itu, sebaliknya menasihat agar tidak melakukan perbuatan salah itu lagi dan telah menghalalkan kesemua wang tersebut.
Video TikTok yang mendapat perhatian warganet dengan rata-rata memuji si ayah kerana tidak melenting dan mengajar anaknya secara baik untuk mengatakan perbuatannya itu salah, walaupun niatnya ikhlas untuk membantu orang lain.
Bila kita melihat setiap orang gigih menjalani rutin mencari rezeki demi melengkapkan kehidupan, kita tidak pernah tahu apa dugaan dan cabaran yang mereka lalui di sebalik senyuman.
Seperti nasib yang dilalui penjual nasi lemak muda ini di mana kisahnya menjadi tular ekoran kesungguhannya mencari rezeki untuk dirinya sendiri yang yatim piatu sejak kecil dan membantu ibu saudaranya yang sakit.
Lebih membuat hati jadi sebak apabila mengetahui pemuda ini adalah pesakit jantung berlubang.
FS Channel yang sering membantu peniaga kecil menerusi YouTube dan laman Facebook mereka mendedahkan kisah Udin pemuda berusia 18 tahun, yang terpaksa menjual nasi lemak hasil air tangannya sendiri di gerai jalanan yang terletak di Kuala Kangsar, Perak.
Dia tidak dapat bekerja dan terpaksa menjual nasi lemak kerana ingin membantu ibu saudaranya yang baru patah kaki akibat kemalangan,” catat FS Channel.
Mereka bukan sahaja membantu Udin dengan menderma wang kepadanya, malah akhirnya membeli gerai yang selesa untuk Udin menjalankan perniagaannya dengan sempurna bagi menarik perhatian lebih ramai pelanggan yang melalui jalan itu.
“Walaupun keadaan Udin uzur, dia masih bersemangat untuk berniaga. Sanggup bangun seawal jam 3 pagi. Tiada perkataan untuk menggambarkan kegigihan anak muda ini dan kami amat berbangga dengan usaha Udin,” tulis mereka.
“Nampaknya Udin sangat gembira apabila menerima gerai barunya. Saya berharap dengan adanya gerai ini, ia akan memudahkan urusan Udin sekeluarga, dan dia tidak perlu lagi menolak troli dan membawa payung setiap hari. Kami doakan Udin terus kuat,” tambah FS Channel.
Bagi mereka yang berada berdekatan lokasi, sokong perniagaan nasi lemak Udin. Anda boleh menemui Udin berhampiran stesen Petronas di Padang Rengas, Kuala Kangsar, Perak pada setiap pagi.
Semoga terus maju jaya dalam perniagaan dan didoakan Udin sekeluarga dengan kesihatan yang baik.
WASHINGTON – Kesemua lima penumpang kapal selam Titan yang mahu meneroka sisa bangkai Titanic di dasar laut Atlantik disahkan meninggal dunia.
Pengawal Pantai Amerika Syarikat mengesahkan Titan mengalami letupan dahsyat di dasar laut, dan kelima-lima penumpang yang hilang dipercayai telah meninggal dunia.
Pengawal Pantai Amerika Syarikat menemui bahagian ekor dan lain-lain serpihan kapal selam Titan di kawasan pencarian dan menyelamat berhampiran bangkai kapal persiaran mewah Titanic berjarak kira-kira 500 meter di dasar laut yang berada pada kedalaman 4,000 meter.
Kapal selam Titan (Gambar Reuters)
Ini sekali gus menjadi petunjuk perjalanan terakhir kapal selam Titan di Lautan Atlantik dan kesemua ahli keluarga mangsa tragedi tersebut telah dimaklumkan.
Komander Pengawal Pantai Daerah 1 John Mauger menegaskan bahawa adalah mustahil untuk menentukan bilakah letupan dan kemalangan berlaku pada peringkat ini.
Komendar Pengawal Pantai Daerah 1 John Mauger ketika sidang media perkembangan terkini nahas kapal selam Titan dan mengesahkan kesemua penumpang Titan meninggal dunia pada 22 Jun 2023. (Gambar Reuters)
Mengenai sama ada usaha mencari mayat mangsa akan diteruskan, beliau berkata pasukan mencari dan menyelamat masih menjalankan usaha mencari serpihan di tapak kejadian berlaku, tetapi pihak mereka tidak boleh memberikan jawapan yang tepat pada peringkat ini.
Pasukan Pengawal Pantai Amerika Syarikat menjalankan usaha mengesan kapal selam Titan di tapak sisa bangkai Titanic pada kedalaman lebih 3,800 meter (Gambar Reuters)
Identiti lima mangsa yang berada dalam kapal selam Titan yang dikendalikan oleh syarikat OceanGate adalah seperti berikut:
Hamish Harding, 58 tahun yang merupakan ahli perniagaan, penjelajah dan hartawan dari Britain
Hamish Harding (Gambar Reuters)
Hamish adalah pengerusi Action Aviation iaitu syarikat jualan dan operasi belon udara berpangkalan di Dubai, berkata amat berbangga menyertai ekspedisi Titan.
Stockton Rush, 61 tahun merupakan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) OceanGate Expeditions
Stockton Rush (Gambar Reuters)
Pengendali dan pengemudi kapal selam Titan. Secara kebetulan, isteri Rush adalah keturunan dan generasi kelima salah seorang mangsa kapal mewah Titanic.
Ahli perniagaan British-Pakistan Shahzada Dawood, 48 tahun dan anak lelakinya Suleman, 19 tahun
Shahzada Dawood dan anak lelakinya Suleman (Gambar Reuters)
Shahzada merupakan pemegang amanah institut penyelidikan SETI yang berpangkalan di California dan naib pengerusi syarikat Engro Corporation. Berasal daripada keluarga antara yang terkaya di Pakistan.
Peneroka dan penyelidik Paul-Henri Nargeolet, 77 tahun dari Perancis
Paul-Henri Nargeolet (Gambar Reuters)
Paul-Henri Nargeolet merupakan pakar maritim Perancis yang melakukan lebih 35 selaman di lokasi Titanic. Beliau ialah pengarah penyelidikan dasar laut untuk RMS Titanic Inc. iaitu syarikat yang diberi hak untuk menyelamatkan bangkai kapal Titanic.
OceanGate Expeditions, syarikat penerokaan dasar laut Amerika Syarikat yang mengendalikan kapal selam Titan, mengeluarkan kenyataan mengesahkan kemalangan itu dan mengucapkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa.
Kapal selam Titan kendalian syarikat penerokaan dasar laut berpangkalan di Amerika Syarikat, OceanGate (Gambar Twitter)
Kapal selam Titan menyelam ke dasar laut pada kedalaman 4,000 meter dilaporkan terputus hubungan dan hilang pada 18 Jun lalu ketika dalam perjalanan meneroka bangkai Titanic dari jarak dekat. Ketika usaha mencari giat dijalankan, OceanGate berkata bekalan oksigen mampu bertahan selama empat hari.
OceanGate mengenakan bayaran sebanyak AS$250,000 (RM1.2 juta) setiap orang bagi mereka yang berminat menyertai ekspedisi pelancongan ke bangkai kapal persiaran mewah Titanic yang karam pada 15 April 1912, yang terletak pada kedalaman 3,800 meter dan 700 kilometer di selatan St John’s, Newfoundland, Kanada.
Satu hantaran di Facebook yang tular mendedahkan tiket penerbangan Malaysia Airlines (MAS) untuk seorang dari Kuala Lumpur ke Sandakan, Sabah, berharga lebih RM70,000 telah menimbulkan perbincangan hangat warganet.
Laman Facebook “Kami Orang Asal SABAH BAH Tapi Tinggal di Semenanjung” memuat naik tangkap layar harga tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sandakan yang mengejutkan seperti Sabah berada di luar negara.
“Selamat pagi.. Jom balik Sabah, dengar-dengar ada tiket murah RM70 saja sehala..” kapsyen mereka berseloroh menunjukkan gambar tangkap layar harga tiket ke Sandakan itu.
Tangkap layar menunjukkan tarikh dan masa berlepas kedua-dua penerbangan adalah pada jam 9:00 malam 16 Jun dan penerbangan transit melalui Kota Kinabalu dan Lahad Datu, yang mengambil masa 13 jam 10 minit, dan tiba di Sandakan pada jam 10:10 keesokan harinya.
Ia mengambil masa 7 jam 40 minit apabila tiba di Kota Kinabalu dan 1 jam 20 minit apabila sampai di Lahad Datu sebelum penerbangan tiba di Sandakan dan harga tiket Kelas Ekonomi untuk seorang bagi perjalanan itu berharga RM70,363. Sesuatu yang agak tidak masuk dek akal.
Hantaran Facebook mengenai tiket penerbangan mahal ini dikongsi lebih 700 warganet dengan ada yang memberi komen secara berseloroh kononnya harga tiket penerbangan menuju ke bulan pastilah sangat mahal.
Seorang warganet menyindir penerbangan berkenaan hanya tiba di Sandakan selepas mengelilingi bumi sampai ke Marikh dahulu sebelum sehala, sebab itu terdapat tiket penerbangan setinggi langit, selain kebanyakannya meluahkan rasa tidak percaya atau pasrah sahaja menerimanya.
Jika anda menggunakan aplikasi dalam talian AirAsia Super App untuk mencari tiket sehala Malaysia Airlines dari Kuala Lumpur ke Sandakan pada 23 Jun, berlepas pada masa yang sama, bertolak dari Kota Kinabalu dan Lahad Datu, dan tiba di Sandakan pada masa yang sama keesokan hari, tiket berharga RM2,022 dan ia tetap dikira mahal.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke menegaskan pada April lalu bahawa Malaysia Airlines telah memohon injunksi untuk melarang penjualan tiket Malaysia Airlines melalui Aplikasi AirAsia Super App.
Anthony Loke berkata adalah tidak munasabah untuk pengguna membeli tiket Malaysia Airlines melalui Air Asia, sama seperti mahu membeli KFC di McDonald’s.
Skim Perubatan MADANI memberi manfaat perkhidmatan kesihatan percuma kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bermula 15 Jun 2023.
Ini merupakan inisiatif rintis oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan Malaysia yang diwujudkan bagi menampung keperluan kesihatan golongan B40 terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut).
Pihak @KKMPutrajaya melancarkan Skim Perubatan MADANI sebagai salah satu inisiatif bagi mengurangkan kesesakan pesakit di fasiliti kesihatan awam.
Selain itu, skim ini akan membantu golongan B40 bagi mendapatkan perkhidmatan penjagaan primer akut di klinik swasta yang berdaftar. pic.twitter.com/Z6B6XwCF0a
— Dr Zaliha Mustafa (@DrZalihaMustafa) June 15, 2023
Secara dasar, di bawah skim tersebut, penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh mendapatkan rawatan secara percuma di klinik perubatan swasta (GP) yang berdaftar di bawah Skim Perubatan MADANI bagi mengurangkan beban kos rawatan kesihatan di samping meningkatkan kesejahteraan golongan berpendapatan rendah.
Fasa rintis ini akan dilaksanakan di daerah Johor Bahru (Johor), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Klang, Petaling, Hulu Langat dan Gombak (Selangor), Kinta (Perak), Timur Laut (Pulau Pinang), Kuching (Sarawak) dan Kota Kinabalu (Sabah).
Jenis Rawatan Percuma Skim Perubatan MADANI untuk pesakit luar kes-kes akut merangkumi:
Demam dan selsema
Cirit-birit dan muntah
Terseliuh
Sakit kepala
Trauma ringan seperti luka ringan dan lain-lain.
Twitter
Rawatan yang TIDAK termasuk:
Imunisasi rutin
Saringan kesihatan
Rawatan susulan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) rutin
Rawatan susulan ibu dan anak rutin
Perancangan keluarga rutin
Perkhidmatan rehabilitasi
Permintaan ubat tanpa konsultasi doktor
Permintaan suplemen
Lokasi Program Rintis ini akan bermula di 10 daerah berikut:
Gombak, Hulu Langat, Klang dan Petaling (Selangor)
Kuala Lumpur
Kinta (Perak)
Timur Laut (Pulau Pinang)
Johor Bahru (Johor)
Kota Kinabalu (Sabah)
Kuching (Sarawak)
SKIM PERUBATAN MADANI Jom semak kelayakan dan semak senarai klinik yang berdaftar dengan Skim Perubatan MADANI.
— ProtectHealth Corporation (@protecthealthco) June 20, 2023
Syarat Kelayakan:
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berkeluarga, warga emas (tanpa pasangan) dan bujang.
Kelayakan adalah secara automatik.
Mereka yang layak WAJIB membuat pengisytiharan bahawa mereka TIDAK menerima mana-mana manfaat yang sama atau serupa seperti Skim ini daripada mana-mana skim majikan/kerajaan negeri/agensi perubatan lain.
Semakan Kelayakan:
Semakan kelayakan secara online boleh dibuat melalui pautan berikut : https://kelayakan-spm.protecthealth.com.my/
Projek rintis Skim Perubatan MADANI ini hanya melibatkan klinik di daerah yang terpilih mulai 15 Jun 2023.
Hadir ke Klinik: Hadir ke mana-mana GP yang berdaftar dengan Skim Perubatan MADANI (boleh dikenalpasti dengan pelekat khas) dengan membawa kad pengenalan.
Langkah 3
Terima Rawatan: Jika layak, anda boleh dapatkan Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut secara percuma.
Langkah 4
Baki Manfaat: Had manfaat anda akan ditolak selepas anda selesai mendapatkan rawatan.
Inisiatif ini bermula pada 15 Jun 2023 sehingga 31 Disember 2023.
Perjalanan meredah trafik di pusat pemeriksaan dan kastam Malaysia-Singapura adalah menjadi lumrah kepada mereka yang sering berulang-alik di antara kedua-dua negara.
Mungkin cara mengatasi kesesakan di pusat pemeriksaan Singapura menuju ke Malaysia ialah dengan menampalkan nota kecemasan pada kenderaan anda yang menyatakan isteri anda hendak bersalin, dan ini bukan satu gurauan atau helah.
Gambar Geng Motorbike Kerja Singapore / Facebook
Tular di kumpulan Facebook “Geng Motorbike Kerja Singapore” pada 31 Mei lalu apabila satu gambar memaparkan seorang penunggang motosikal lelaki yang sedang berbaris di pusat pemeriksaan imigresen dan kastam menyeberangi Tambak Johor, dengan nota di belakang motosikalnya yang menarik perhatian.
Nota bukan kebiasaan dan berbunyi cemas: “Beri laluan; Isteri nak bersalin; Terima Kasih”
Bukan untuk suka-suka hati memotong barisan di pusat pemeriksaan Singapura ya..
Sin Chew Daily melaporkan petugas penyelenggaraan kolam renang berusia 31 tahun itu sedang bekerja di Singapura apabila tiba-tiba menerima panggilan daripada isterinya pada waktu petang.
Isterinya memberitahu yang dia sudah memasuki bilik bersalin dan akan bersalin tidak lama lagi. Pada mulanya, isterinya dijadualkan melahirkan anak mereka pada 6 Jun.
Apa lagi, kelam-kabut dibuatnya hati suami ini untuk berada di sisi isterinya.
Lelaki itu segera memohon untuk meninggalkan tugasnya dan bergegas pulang ke Johor Bahru dengan siap-siap menyediakan papan tanda pemberitahuan kecemasan itu terlebih dahulu.
Mengetahui ia adalah waktu puncak di pusat pemeriksaan, rakan sekerjanya telah mencadangkan supaya dia menampal nota kecemasan di belakang motosikalnya yang meminta penunggang motosikal lain di pusat pemeriksaan Singapura memberi laluan kepadanya.
Gambar Geng Motorbike Kerja Singapore / Facebook
Dia telah mencetak papan tanda itu pada kertas putih dengan font merah supaya penunggang lain dapat melihatnya dengan jelas dan mudah di pusat pemeriksaan.
Idea itu berjaya dan urusannya dipermudahkan apabila para penunggang lain di pusat pemeriksaan melihat papan tanda itu dan memutuskan untuk memberi laluan kepadanya, membolehkan dia tiba tepat pada masanya di Hospital Sultanah Aminah di Johor Bahru untuk bersama isterinya.
Katanya, dia mengambil masa 30 minit untuk melalui pusat pemeriksaan, berbanding secara kebiasaan memakan masa satu jam ketika waktu puncak.
Bapa ini mengucapkan terima kasih kepada semua penunggang motosikal yang memberi laluan kepadanya kerana papan tanda itu.
Gambar Geng Motorbike Kerja Singapore / Facebook
Dalam hantaran di kumpulan Facebook “Geng Motorbike Kerja Singapore”, isterinya meninggalkan komen dan berterima kasih kepada semua: “Ini suami saya. Alhamdulillah dia sempat sampai tadi. Saya telah selamat bersalin, dan dia tiba semasa saya tengah kontraksi dan melahirkan. Terima kasih semua yang mendoakan baik-baik untuk kami.”
Berkat kemurahan hati dan timbang rasa para rider di pusat pemeriksaan Singapura, bapa ini sempat sampai untuk menemani isterinya melahirkan anak keenam mereka iaitu seorang bayi perempuan. Tahniah!
Seorang pemuda berusia 24 tahun menjadi tular baru-baru ini kerana berkongsi bagaimana dia memperoleh lebih RM100,000 daripada jualan produk dalam talian dalam tempoh lima bulan dari bilik tidurnya.
Menerusi video TikTok berdurasi 48 saat pada 10 Jun, Bryan Low mendedahkan dia memperoleh sejumlah RM111,668.30 daripada penjualan produk fesyen dalam talian, seperti jam tangan dan gelang.
Low, yang berkelulusan dari Universiti Xiamen Malaysia dalam jurusan Kewangan, mendakwa dia mencabar dirinya untuk membuat RM100,000 melalui e-dagang dengan modal RM400 pada Januari 2021.
@bryanlowwww/TikTok
Dia bermula dengan mencari inspirasi pemasaran untuk produk di TikTok Creative Center dan Facebook Ad Library, serta menyelidik kata kunci yang berkaitan untuk memahami pesaingnya.
Seterusnya, dia menunjukkan kepada khalayaknya bagaimana proses pemilihannya sebelum melawati platform beli-belah Alibaba untuk mendapatkan produk yang serupa.
@bryanlowwww/TikTok
Low kemudian mencipta kempen promosi untuk produk dan mengenal pasti kumpulan khalayak sasaran tertentu, yang membenarkan iklan menyampaikan mesej yang bersesuaian dengan kehendak mereka.
Low akhirnya mencipta tapak e-dagang melalui Shopify, dan menyiarkan tiga iklan di Facebook dan TikTok, sambil menekankan iklan itu mestilah dalam format video.
Low berkata dia memilih iklan yang menunjukkan prestasi terbaik untuk meningkatkan jualannya. Dia menggunakan EasyParcel untuk menghantar pesanan pelanggan.
@bryanlowwww/TikTok
Menjelang Jun 2021, Low memperoleh keuntungan kasar RM42,370 selepas membelanjakan RM30,752 untuk iklan Facebook. Margin keuntungannya adalah kira-kira 38%, Low mendedahkan caranya dalam video YouTube.
Usahawan muda itu memberitahu orang lain yang ingin memulakan perjalanan keusahawanan mereka sendiri kini boleh memanfaatkan teknologi AI seperti ChatGPT untuk membantu mereka menghasilkan idea untuk nama jenama dan menggunakan perisian reka bentuk yang mudah dipelajari seperti Canva untuk mencipta logo perniagaan mereka.
Low menjelaskan modal permulaannya serius hanya bermula RM400. Bila laporan media yang menyebut dia membelanjakan RM30,000 untuk perbelanjaan iklan adalah tidak tepat kerana kos pengiklanan dijana daripada aliran keuntungan yang berterusan.
@bryanlowwww/TikTok
Low berkata dia seronok menjadi seorang usahawan dan masih terus belajar daripada Russell Brunson, Alex Hormoz, dan Mark Manson, antara lain. Punca dia tidak mencari kerja korporat selepas tamat pengajian adalah kerana “saya hendak pergi gym pukul 2 petang”.
“Cabaran e-dagang RM100,000 adalah kajian kes untuk InFlare Marketing (agensi yang dikendalikannya) untuk membuktikan kepada khalayak bahawa ia adalah munasabah untuk memulakan sesuatu dengan modal yang kecil, sebelum mengembangkan dan meningkatkannya dengan kaedah dan usaha yang betul, ” katanya kepada SAYS.
“Saya melakukan segala-galanya sendiri: merakam gambar produk di halaman rumah saya, merakam video dan membuat iklan, dan mengendalikan segala-galanya dari bahagian hadapan hingga bahagian belakang perniagaan. Apa yang saya tidak jangkakan ialah berjaya mengubah permulaan modal RM400 kepada RM111,000 dengan begitu pantas dalam masa lima bulan sahaja. Akhirnya, saya pecah-pecahkannya menjadi beberapa bahagian supaya ia menjadi sesuatu yang mudah diikuti, walaupun untuk melengkapkan tahap permulaan.”
@bryanlowwww/TikTok
Pada mulanya, agensinya, InFlare Marketing, menyediakan perkhidmatan untuk mencipta corong jualan dan menyiarkan iklan untuk pelanggan, tetapi kini telah berkembang menjadi rakan kongsi membangun, pakar dalam perundingan dan perancangan strategi untuk mengembangkan perniagaan.
“Banyak syarikat mempunyai produk dan perkhidmatan yang benar-benar hebat, tetapi masalahnya, mereka tidak memasarkan dan menjualnya dengan baik,” katanya.
Low kini menyasarkan untuk membantu 1,000 usahawan yang kini menjana antara RM300,000 hingga RM1 juta setahun untuk menggandakan jualan mereka dalam tempoh satu tahun.
Dengan usia yang masih muda, kanak-kanak ini sudah berdepan cabaran dan dugaan dalam hidupnya yang menyebabkan dia terpaksa cepat menjadi matang.
Pada usia 12 tahun, seorang kanak-kanak perempuan sudah menggalas tanggungjawab besar apabila terpaksa menjaga ibunya yang terlantar sakit akibat diserang strok atau angin ahmar.
Ketika kanak-kanak sebayanya berada di sekolah dan menunaikan tanggungjawab sebagai pelajar, dia memilih untuk mengutamakan ibunya yang sakit berbanding pelajaran.
Kisah sedih kanak-kanak malang bernama Iman itu dikongsikan oleh Cikgu Mohd Fadli Salleh yang juga merupakan aktivis sosial Pertubuhan Kebajikan Dana Kita.
“Seorang murid tahun 6, Iman didapati selalu tak hadir ke sekolah. Setelah sekolah siasat, rupanya anak ini menjaga emaknya yang strok. Bila Cikgu Zahran maklumkan kepada saya kes ini, kami terus buat kunjung ziarah.
“Hantar lampin pakai buang, hantar makanan dan beri bantuan. Selepas kunjungan dari pihak sekolah dan pihak Dana Kita hulur sumbangan, anak ini kembali rajin ke sekolah,” kongsi Mohd Fadli di Facebook.
Menurut Mohd Fadli, sumber pendapatan keluarga Iman bergantung kepada kakak dan abangnya yang bekerja di sebuah kompleks beli-belah di Kuala Lumpur, memandangkan bapa mereka sudah meninggal dunia.
“Kakaknya berusia 17 tahun berhenti sekolah sejak tingkatan satu kerana hidup susah. Abang dan kakak inilah yang kerja di M3 Mall (Taman Melati) untuk menyara emak dan adiknya.
“Mujur Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ada beri bantuan bulanan RM500 sebulan. Ringanlah sikit beban mereka.
“Namun RM500 sebulan nak jaga orang strok, nak beli barang dapur, memang sangat-sangat tak cukup. Harap sangat ada pihak MAIWP ziarah keluarga ini dan nilai semula zakat bulanan itu. Kalau dapat naikkan sedikit lagi, syukur,” kongsi Mohd Fadli.
Tidak mahu kanak-kanak berkenaan keciciran dalam pelajaran, Mohd Fadli berkata pihaknya menerusi Dana Kita akan menyalurkan bantuan keperluan pembelajaran.
“Saya sungguh-sungguh berpesan agar anak bongsu ini habiskan belajar sampai SPM.
KOTA KINABALU– Perintah Berkurung ESSZONE di pantai timur Sabah, dilanjutkan dua minggu lagi bermula 19 Jun sehingga 4 Julai 2023.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, arahan dikeluarkan kepada penduduk di kawasan yang diisytihar di mana mereka dikehendaki berada di rumah bermula jam 6 petang hingga 6 pagi, manakala orang luar tidak dibenarkan memasuki zon perintah berkurung.
Perintah berkurung dilaksanakan mengikut Seksyen 31(4) Akta Polis 1967 dan zon perintah berkurung meliputi sehingga tiga batu nautika di kawasan perairan daerah Sandakan, Beluran, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.
Jauteh berkata lanjutan perintah berkurung diperlukan berikutan ancaman pengganas dan penjenayah rentas sempadan termasuk daripada kumpulan penculikan-untuk-tebusan (KFR) berkaitan Abu Sayyaf.
“Perintah berkurung itu diperlukan bagi memastikan aktiviti pengganas atau penjenayah dari selatan Filipina tidak bolos ke perairan Sabah.
“Ini juga demi menjaga keselamatan penyelidik antarabangsa atau pelancong asing yang melawat pulau-pulau di Sabah serta masyarakat tempatan di kawasan itu,” katanya dalam satu kenyataan pada 18 Jun.
Beliau berkata berdasarkan hasil risikan dan maklumat diperolehi, menunjukkan kumpulan KFR serta kumpulan militan Abu Sayyaf masih cuba memasuki perairan negara dan melakukan aktiviti penculikan serta jenayah rentas sempadan lain.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun
“Perintah berkurung itu juga akan membolehkan pasukan keselamatan menjamin keselamatan serta kesejahteraan rakyat Sabah dan mereka yang melakukan perjalanan di laut Sabah serta penduduk yang tinggal di bahagian daratan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE),” katanya.
Jauteh berkata perintah berkurung juga akan membantu pasukan penguatkuasaan serta memantau pergerakan bot dan kapal.
“Ia membantu mewujudkan rasa selamat dan yakin dalam kalangan pengusaha chalet serta nelayan melalui kehadiran kapal anggota keselamatan yang melaksanakan perintah berkurung ini,” tambahnya.
Menurutnya, Ketua Polis Daerah di ESSZONE telah diberi kuasa untuk mengeluarkan permit kepada mana-mana pemohon yang memenuhi keperluan dan layak untuk menjalankan aktiviti perikanan atau keperluan mendesak untuk melalui kawasan perintah berkurung.
#KotaKinabalu Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) yang berakhir hari ini dilanjutkan sehingga 4 Julai ini.https://t.co/NuvpAvZIpy
Perintah berkurung di timur Sabah dilaksanakan oleh Kementerian Dalam Negeri Malaysia di luar pantai timur Sabah mulai 16 Julai 2014 berikutan pelbagai kes penculikan dan tembakan di resort pelancongan di kawasan terbabit.
Perairan Laut Sulu dan Laut Sulawesi kerap kali diceroboh kerana berkongsi perairan dengan negara Filipina dan Indonesia. Langkah drastik di 4 daerah iaitu Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Sandakan diharap dapat mengekang kemasukan anasir jahat seperti penceroboh yang boleh mengancam keselamatan negara, seperti pencerobohan pengganas Sulu semasa Krisis Pencerobohan Lahad Datu 2013 dan insiden serangan Pulau Mabul.
Seorang lelaki dari Taichung, Taiwan menjadi bualan ramai selepas caranya mencari lokasi meletak kenderaan yang agak tidak konvensional untuk dua vannya iaitu bumbung pangsapuri yang didiaminya.
Tindakan nekad yang mewujudkan perbualan ramai, apabila bumbung bangunan pangsapuri itu tidak dimaksudkan untuk meletakkan kenderaan.
Salah satu vannya diletakkan di petak yang tidak muat, dengan bahagian belakangnya menonjol keluar dan kelihatan dari jalan raya.
Gambar oleh Taiwan News
Taiwan News melaporkan, lelaki itu berkata dia sebelum ini meletakkan van di tepi jalan tetapi ia sentiasa menerima saman parkir oleh pihak berkuasa tempatan.
Ekoran berasa kecewa kerana tindakan itu tidak adil buat dirinya, lelaki itu yang bekerja sebagai kontraktor memutuskan untuk menyewa kren bagi menaikkan van ke atas bumbung bangunan pangsapuri, yang merupakan tempat tinggalnya.
Gambar oleh Taiwan News
Apabila jiran-jiran mengemukakan aduan dengan kebimbangan mereka kepada lelaki itu tentang risiko keselamatan bangunan itu kerana meletakkan dua van di atas bumbung, dia menolak untuk bertindak dengan memberi jaminan bangunan itu diperbuat daripada bar konkrit dan keluli.
Memandangkan dia seorang kontraktor, mungkin caranya itu dirasakan boleh sahaja menjadi halal untuk membuat sesuka hatinya.
Apabila pegawai kerajaan tempatan dan polis memintanya menurunkan kenderaan itu, dia berkata, “Benda ini tidak akan menjejaskan bangunan, jangan buat kecoh.”
Gambar oleh Taiwan News
Namun begitu, lelaki itu baru-baru ini berkata dia akan mematuhi permintaan orang ramai untuk menurunkan van itu.
Apabila pihak media bertanyakan apa yang akan berlaku kepada kenderaan itu selepas ia diturunkan, lelaki itu berkata van itu akan diletakkan di pergunungan Taoyuan pada bulan Oktober.
Nasib baiklah, van itu tidak akan diletakkan selama-lamanya di situ.