30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024
UtamaGaya HidupLima sekeluarga terpaksa bermalam dalam kereta sejak 10 bulan ekoran kesempitan hidup,...

Lima sekeluarga terpaksa bermalam dalam kereta sejak 10 bulan ekoran kesempitan hidup, warga prihatin tampil beri bantuan mencukupi

Baru-baru ini, nasib Abdul Razak yang berusia 42 tahun tular di media sosial, di mana dia dan keluarganya tidak mampu menyewa rumah sehingga terpaksa tinggal di dalam Proton Wira miliknya sejak 10 bulan lalu.

Hantaran tular yang dikongsikan oleh Edi Arjuna Pencerita di Facebook, mengenai kisah keluarga itu telah menyentuh hati ramai yang bersimpati dengan nasib mereka.

Edi berkongsi, dia diberitahu tentang kesempitan hidup keluarga itu oleh seorang rakan yang bertemu Abdul Razak di sebuah stesen minyak di kawasan Bentong-Karak.

Facebook

Dia menjelaskan mereka sekeluarga terpaksa bergelut setelah kehilangan tempat tinggal di sekitar Temerloh dengan anak-anak yang masih kecil, sementara anak sulung tidak lagi dapat bersekolah akibat kekangan kewangan keluarga.

Keluarga itu telah tidur di dalam kereta Proton Wira sejak 10 bulan lalu dan Abdul Razak tidak dapat mencari pekerjaan walaupun telah berkali-kali mencuba.

Disebabkan masalah keluarga, mereka terpaksa berpindah dari rumah mentua Abdul Razak dan bapa ini terpaksa bekerja sendiri sebagai mekanik jalanan membaiki kenderaan yang rosak di lebuh raya.

Facebook

Lebih menyedihkan apabila Abdul Razak menghidap penyakit ketumbuhan di leher yang perlu menjalani pembedahan segera.

Abdul Razak ketika dihubungi NST berkata, “Bapa, suami mana yang sanggup melihat keluarga sendiri tinggal dan tidur dalam kereta, hari demi hari? Tetapi dengan tiada pilihan atau peluang lagi, kami terpaksa melalui kehidupan sukar seperti ini.”

Dalam kemas kini hantaran itu di Facebook, Edi berkongsi Abdul Razak dimasukkan ke Hospital Temerloh untuk menjalani pembedahan, dengan keluarganya sudah diberikan penginapan sementara di sana.

Facebook

Tambahan pula, Edi turut berkongsi akaun bank di mana rakyat Malaysia yang baik hati menyalurkan bantuan kepada Abdul Razak dan keluarganya, telah mendapat sambutan yang menggalakkan.

Edi dalam kemas kini itu menegaskan jumlah sumbangan yang diterima sudah lebih daripada mencukupi dan telah memadam nombor akaun bank dari hantaran tersebut. Edi turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang menderma dengan kemurahan hati mereka.

Ini hanya untuk menunjukkan solidariti rakyat Malaysia dalam membantu satu sama lain. Doakan keluarga ini tidak lagi menjadi gelandangan dan dapat mengubah nasib mereka menjadi lebih baik.

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI