Skim Perubatan MADANI memberi manfaat perkhidmatan kesihatan percuma kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bermula 15 Jun 2023.
Ini merupakan inisiatif rintis oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan Malaysia yang diwujudkan bagi menampung keperluan kesihatan golongan B40 terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut).
Secara dasar, di bawah skim tersebut, penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh mendapatkan rawatan secara percuma di klinik perubatan swasta (GP) yang berdaftar di bawah Skim Perubatan MADANI bagi mengurangkan beban kos rawatan kesihatan di samping meningkatkan kesejahteraan golongan berpendapatan rendah.
Fasa rintis ini akan dilaksanakan di daerah Johor Bahru (Johor), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Klang, Petaling, Hulu Langat dan Gombak (Selangor), Kinta (Perak), Timur Laut (Pulau Pinang), Kuching (Sarawak) dan Kota Kinabalu (Sabah).
Jenis Rawatan Percuma Skim Perubatan MADANI untuk pesakit luar kes-kes akut merangkumi:
- Demam dan selsema
- Cirit-birit dan muntah
- Terseliuh
- Sakit kepala
- Trauma ringan seperti luka ringan dan lain-lain.
Rawatan yang TIDAK termasuk:
- Imunisasi rutin
- Saringan kesihatan
- Rawatan susulan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) rutin
- Rawatan susulan ibu dan anak rutin
- Perancangan keluarga rutin
- Perkhidmatan rehabilitasi
- Permintaan ubat tanpa konsultasi doktor
- Permintaan suplemen
Lokasi Program Rintis ini akan bermula di 10 daerah berikut:
- Gombak, Hulu Langat, Klang dan Petaling (Selangor)
- Kuala Lumpur
- Kinta (Perak)
- Timur Laut (Pulau Pinang)
- Johor Bahru (Johor)
- Kota Kinabalu (Sabah)
- Kuching (Sarawak)
Syarat Kelayakan:
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berkeluarga, warga emas (tanpa pasangan) dan bujang.
Kelayakan adalah secara automatik.
Mereka yang layak WAJIB membuat pengisytiharan bahawa mereka TIDAK menerima mana-mana manfaat yang sama atau serupa seperti Skim ini daripada mana-mana skim majikan/kerajaan negeri/agensi perubatan lain.
Semakan Kelayakan:
Semakan kelayakan secara online boleh dibuat melalui pautan berikut : https://kelayakan-spm.protecthealth.com.my/
Projek rintis Skim Perubatan MADANI ini hanya melibatkan klinik di daerah yang terpilih mulai 15 Jun 2023.
Cara Mendapatkan Rawatan Percuma Skim Perubatan Madani
Langkah 1
Semak Kelayakan: Semak kelayakan anda di pautan https://protecthealth.com.my/skimperubatanmadani-ms/
Langkah 2
Hadir ke Klinik: Hadir ke mana-mana GP yang berdaftar dengan Skim Perubatan MADANI (boleh dikenalpasti dengan pelekat khas) dengan membawa kad pengenalan.
Langkah 3
Terima Rawatan: Jika layak, anda boleh dapatkan Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut secara percuma.
Langkah 4
Baki Manfaat: Had manfaat anda akan ditolak selepas anda selesai mendapatkan rawatan.
Inisiatif ini bermula pada 15 Jun 2023 sehingga 31 Disember 2023.
Pilihan Editor: