Baru-baru ini, tular sebuah video yang dikongsikan oleh seorang gadis yang berasa terharu apabila tunangnya sanggup mengayuh basikal dari Selangor ke Perak semata-mata untuk bertemu dengannya.
Gadis itu memberitahu pada mulanya dia tidak mengetahui apa-apa pun mengenai kejutan tersebut yang dirancang oleh tunangnya.
Dia turut mengakui berasa bimbang apabila tidak dapat menghubungi tunangnya itu sekali gus tertanya-tanya apa yang telah berlaku kepadanya.

Menerusi video TikTok, kelihatan tunang gadis itu mengayuh sejauh lebih kurang 126 kilometer seorang diri semata-mata untuk berjumpa dengan kekasih hatinya.
“Dia berbasikal sejauh 126 kilometer untuk datang jumpa saya dari Selangor ke Perak. Masa ni dia langsung tak balas chat dekat Whatsapp seharian, jadi saya risau gila sebab tak tahu dia buat apa,” kata Lia.

“Keesokan harinya, saya kerja syif pagi tau, waktu tu memang saya mengantuk gila, sebab malam tak cukup tidur, fikirkan mana sayang saya pergi.”
Gadis tersebut yang juga seorang pekerja di pasaraya mengakui yang dia terkejut apabila ada pelanggan yang datang pada waktu pagi untuk membeli aiskrim.

“Saya kerja dekat pasaraya tau, jadi pagi pagi saya nampak ada pelanggan beli aiskrim, saya pun hairan lah, makan aiskrim pagi pagi. Dan otak saya pun masih dekat rumah waktu tu, masih blur blur, tengok-tengok orangnya macam kenal hmm rupanya cinta hati saya. Walaupun LDR (hubungan jarak jauh), usaha nak jumpa tu sangat mahal,” tulis Lia dalam video TikTok berkenaan.

Rata-rata warganet terharu dengan usaha A++ yang ditunjukkan lelaki ini dalam perhubungan mereka meskipun berada dalam hubungan jarak jauh.
Dalam pada itu, ramai yang mendoakan semoga jodoh mereka berkekalan.
Pilihan Editor: