27.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024
UtamaGlobalLetupan dahsyat kapal selam Titan berhampiran bangkai Titanic, kesemua 5 penumpang disahkan...

Letupan dahsyat kapal selam Titan berhampiran bangkai Titanic, kesemua 5 penumpang disahkan maut

WASHINGTON – Kesemua lima penumpang kapal selam Titan yang mahu meneroka sisa bangkai Titanic di dasar laut Atlantik disahkan meninggal dunia.

Pengawal Pantai Amerika Syarikat mengesahkan Titan mengalami letupan dahsyat di dasar laut, dan kelima-lima penumpang yang hilang dipercayai telah meninggal dunia.

Pengawal Pantai Amerika Syarikat menemui bahagian ekor dan lain-lain serpihan kapal selam Titan di kawasan pencarian dan menyelamat berhampiran bangkai kapal persiaran mewah Titanic berjarak kira-kira 500 meter di dasar laut yang berada pada kedalaman 4,000 meter. 

Kapal selam Titan (Gambar Reuters)

Ini sekali gus menjadi petunjuk perjalanan terakhir kapal selam Titan di Lautan Atlantik dan kesemua ahli keluarga mangsa tragedi tersebut telah dimaklumkan.

Komander Pengawal Pantai Daerah 1 John Mauger menegaskan bahawa adalah mustahil untuk menentukan bilakah letupan dan kemalangan berlaku pada peringkat ini. 

Komendar Pengawal Pantai Daerah 1 John Mauger ketika sidang media perkembangan terkini nahas kapal selam Titan dan mengesahkan kesemua penumpang Titan meninggal dunia pada 22 Jun 2023. (Gambar Reuters)

Mengenai sama ada usaha mencari mayat mangsa akan diteruskan, beliau berkata pasukan mencari dan menyelamat masih menjalankan usaha mencari serpihan di tapak kejadian berlaku, tetapi pihak mereka tidak boleh memberikan jawapan yang tepat pada peringkat ini. 

Pasukan Pengawal Pantai Amerika Syarikat menjalankan usaha mengesan kapal selam Titan di tapak sisa bangkai Titanic pada kedalaman lebih 3,800 meter (Gambar Reuters)

Identiti lima mangsa yang berada dalam kapal selam Titan yang dikendalikan oleh syarikat OceanGate adalah seperti berikut:

Hamish Harding, 58 tahun yang merupakan ahli perniagaan, penjelajah dan hartawan dari Britain

Hamish Harding (Gambar Reuters)

Hamish adalah pengerusi Action Aviation iaitu syarikat jualan dan operasi belon udara berpangkalan di Dubai, berkata amat berbangga menyertai ekspedisi Titan.

Stockton Rush, 61 tahun merupakan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) OceanGate Expeditions

Stockton Rush (Gambar Reuters)

Pengendali dan pengemudi kapal selam Titan. Secara kebetulan, isteri Rush adalah keturunan dan generasi kelima salah seorang mangsa kapal mewah Titanic.

Ahli perniagaan British-Pakistan Shahzada Dawood, 48 tahun dan anak lelakinya Suleman, 19 tahun

Shahzada Dawood dan anak lelakinya Suleman (Gambar Reuters)

Shahzada merupakan pemegang amanah institut penyelidikan SETI yang berpangkalan di California dan naib pengerusi syarikat Engro Corporation. Berasal daripada keluarga antara yang terkaya di Pakistan.

Peneroka dan penyelidik Paul-Henri Nargeolet, 77 tahun dari Perancis

Paul-Henri Nargeolet (Gambar Reuters)

Paul-Henri Nargeolet merupakan pakar maritim Perancis yang melakukan lebih 35 selaman di lokasi Titanic. Beliau ialah pengarah penyelidikan dasar laut untuk RMS Titanic Inc. iaitu syarikat yang diberi hak untuk menyelamatkan bangkai kapal Titanic.

OceanGate Expeditions, syarikat penerokaan dasar laut Amerika Syarikat yang mengendalikan kapal selam Titan, mengeluarkan kenyataan mengesahkan kemalangan itu dan mengucapkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa.

Kapal selam Titan kendalian syarikat penerokaan dasar laut berpangkalan di Amerika Syarikat, OceanGate (Gambar Twitter)

Kapal selam Titan menyelam ke dasar laut pada kedalaman 4,000 meter dilaporkan terputus hubungan dan hilang pada 18 Jun lalu ketika dalam perjalanan meneroka bangkai Titanic dari jarak dekat. Ketika usaha mencari giat dijalankan, OceanGate berkata bekalan oksigen mampu bertahan selama empat hari.

OceanGate mengenakan bayaran sebanyak AS$250,000 (RM1.2 juta) setiap orang bagi mereka yang berminat menyertai ekspedisi pelancongan ke bangkai kapal persiaran mewah Titanic yang karam pada 15 April 1912, yang terletak pada kedalaman 3,800 meter dan 700 kilometer di selatan St John’s, Newfoundland, Kanada.

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI