Bersedekah itu amalan mulia kerana dalam kurniaan rezeki kita, ada rezeki orang lain juga, sehinggakan anak-anak kecil pun tahu.
Jadi, tiada salahnya jika kita boleh bersedekah menurut kemampuan, ketika mempunyai wang lebih dan sesudah berhati-hati untuk membelanjakan wang yang susah payah dicari.
Seronok sangat mendengar orang cerita sedekah sana sini, baru-baru ini tular di TikTok apabila seorang ayah tiba-tiba jadi pening dan hairan memikirkan ke mana pergi wang simpanannya menghilang.
Hanya untuk mengetahui anak perempuannya telah mengambil wang itu untuk bersedekah kepada kawan sekolahnya yang susah.
“Bertuah punya anak!” kata ayahnya dalam kapsyen video itu.
Menerusi video tersebut, dapat dilihat si ayah sedang memarahi anaknya selepas mendapat tahu kanak-kanak itu membawa beberapa keping wang RM50 dan RM100 ke sekolah.
Semua wang itu dilihat diletakkan ke dalam beg sekolah yang baru dibeli ayahnya.
Apa yang membuat ayah ini menepuk dahi adalah apabila si bijak pandai telah mengambil wang ayahnya berjumlah RM1,500 dan meletakkan ke dalam beg baru itu lalu dibawa ke sekolah.
Anaknya memberitahu dia membawa wang tersebut untuk disedekahkan kepada kawan-kawan sekolahnya yang dikatakan susah. Hati lembut simpati betul dia..
Namun begitu, ayah ini tidak memarahi anaknya lagi selepas itu, sebaliknya menasihat agar tidak melakukan perbuatan salah itu lagi dan telah menghalalkan kesemua wang tersebut.
Video TikTok yang mendapat perhatian warganet dengan rata-rata memuji si ayah kerana tidak melenting dan mengajar anaknya secara baik untuk mengatakan perbuatannya itu salah, walaupun niatnya ikhlas untuk membantu orang lain.
“Bagus abah dia tak melenting, tegur baik-baik tapi tegas..”
“Bertuah sungguh anaknya.. Alhamdulillah.. Nasib baik abah cool je. Harap lepas ni tak buat lagi dik..”
“Untung ada anak macam ni..”
“Anak abah anak yang baik.. Cuma cara je tak kena..”
Pilihan Editor: