26.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 21, 2025
Utama Blog Laman 74

Tunduk kepala di bahagian leher tunjuk sakit di sini, anjing jalanan ‘daftar diri’ di klinik untuk berjumpa doktor veterinar

0

Cari seseorang yang berkelayakan untuk mendapatkan bantuan dan peminta bantuan itu adalah seekor anjing jalanan yang pintar!

Igor Holanda, doktor haiwan di sebuah klinik haiwan di Brazil, agak terkejut bercampur kagum apabila mendapati pengunjung yang memasuki kliniknya bukan tuan pemilik haiwan yang biasa. Sebaliknya seekor anjing hitam putih yang berlari memasuki kliniknya tanpa ditemani sesiapa.

Dia berdiri diam di kaunter dan menunggu sehingga jururawat menyedari kehadirannya.

YouTube

Anjing itu menundukkan kepalanya dan mendedahkan luka di bahagian lehernya, seolah-olah berkata, “Sakit di sini..” Membuatkan semua orang kagum dengan penampilannya yang baik serta bijaksana.

“Pada mulanya kami tidak faham apa yang sedang berlaku, kami melihat sekeliling jikalau ada sesiapa yang menemaninya, tetapi mendapati tiada sesiapa. Rupanya dia seekor anjing jalanan,” kata jururawat yang menemui luka di bahagian leher anjing itu dan segera memberitahu doktor yang bertugas.

YouTube

Holanda mendapat tahu bahawa anjing itu sedang meminta bantuan lantas mengatur supaya dia segera dirawat.

“Sudah tentu, dia tidak mempunyai janji temu terdahulu. Tetapi kami membawanya ke dalam klinik, melakukan penilaian klinikal am, dan kemudian membersihkan luka itu,” kata Holanda kepada The Dodo.

Gambar oleh Igor Holanda / Facebook

Anjing itu berkelakuan sangat baik, duduk di atas meja rawatan dan membiarkan doktor menyapu ubat untuk membersihkan lukanya.

Walaupun berasa gementar dan rawatan itu agak menyakitkan, namun dia kekal memberi kerjasama ketika pemeriksaan dan rawatan dijalankan sehingga selesai.

Gambar oleh Igor Holanda / Facebook

“Saya berbesar hati kerana dapat membantu. Tuhan membawa haiwan ini ke klinik saya supaya saya boleh menjaga dan merawatnya,” kata Holanda dengan rasa kesyukuran.

Doktor haiwan ini telah membantu anjing jalanan itu untuk mendapatkan keluarga angkat yang mampu menyayanginya seterusnya mendapatkan kehidupan lebih baik dan bahagia.

Pilihan Editor:

Enam tahun jadi ‘bibik’ bergaji RM2200 sebulan, wanita Indonesia berjaya kumpul cukup wang kini bos kedai dobi di kampung halaman

0

Jika di Malaysia, terutamanya keluarga yang mempunyai warga emas dan anak kecil, mereka sering menggaji pembantu rumah warga asing terutama dari Indonesia bagi mengurangkan beban kerja rumah, yang biasa dipanggil ‘kakak’, ‘bibik’, dan sebagainya.

Sebenarnya setiap pembantu rumah yang bekerja di Malaysia datang dengan matlamat masing-masing. Ada yang ingin mencari wang demi menyara keluarga, ada yang mahu memperbaiki kehidupan sendiri, menambah baik persekitaran hidup anak-anak mereka di kampung, dan ada yang ingin merealisasikan cita-cita apabila tiba masanya untuk pulang ke negara asal masing-masing.

Menurut Yasni, bekas pembantu rumah warga Indonesia yang pernah bekerja di Malaysia, kepada Hello Boss, dia datang bekerja ke Malaysia 15 tahun lalu adalah untuk menghantar wang ke kampung dan memperbaiki kehidupan keluarganya.

Sekadar Gambar Hiasan / Pixabay

“Kini saya sudah bertahun-tahun menetap di Indonesia. Saya berjaya membeli sebidang tanah dan membantu keluarga membina semula rumah. Keadaan hidup bertambah baik. Saya rasa berbaloi juga datang ke Malaysia dan bekerja sebagai pembantu rumah,” katanya.

Sebaliknya, Wati, 37 tahun yang berasal dari Jakarta, Indonesia bekerja sebagai pembantu rumah untuk memperbaiki kehidupan di kampung. Wati nekad meninggalkan kampung halaman dan bekerja sebagai pembantu rumah di Taiwan selama 10 tahun. Setelah berjauhan dengan suami dan anak selama 6 tahun, dia akhirnya menyimpan wang yang mencukupi dan kembali ke kampung halamannya dengan membuka kedai dobi di Jakarta, dengan kini dia menjadi bos.

Mengimbau kembali ketika pertama kali bekerja di Taiwan, Wati ditemukan dengan sebuah keluarga kelas pertengahan sebagai pembantu di bawah syarikat perantara. Tugas utamanya ialah menjaga orang tua keluarga itu dan mengurus semua kerja rumah. 

Wati sangat bertuah kerana telah bertemu dengan majikan yang baik. Dalam beberapa bulan pertama, dia menghantar gaji kepada suaminya yang bekerja sebagai pemandu supaya dia boleh membeli sebuah lori. 

Kehidupan mereka semakin baik selepas itu tetapi malangnya, lori itu telah dicuri tidak lama kemudian, dan Wati terpaksa meningkatkan pelan simpanannya semula.

Sepanjang 6 tahun bekerja, Wati pulang ke Indonesia sebanyak dua kali, dengan sekali untuk pembedahan anak perempuannya yang kemudian menasihatinya supaya tidak lagi bekerja di Taiwan.

Bekas pembantu rumah, Wati kini pemilik kedai dobi dan majikan kepada dua pekerja. (Gambar Hello Boss)

Memandangkan majikannya sangat baik kepadanya, dan keadaan ekonomi ketika itu tidak mengizinkan dan wang simpanannya masih tidak mencukupi, jadi Wati masih memerlukan pekerjaan ini. Justeru, dia tiada pilihan dan telah kembali semula ke Taiwan.

Ketika itu, Wati menjaga warga emas yang uzur 24 jam sehari, serta melakukan kerja-kerja rumah harian seperti mencuci dan mengemas. Walaupun tidak terlalu berat, Wati terpaksa bekerja setiap hari, dan dia amat merindui keluarganya di Indonesia. Ketika itu, gaji bulanannya kira-kira RM2,200 (NT$15,000) selepas ditolak yuran agensi.

Untuk menjimatkan wang, Wati menyimpan 60% daripada gajinya, dan menyerahkan 35% kepada suaminya, dan menggunakan baki 5% sebagai aliran tunai.

Setelah hidup berjimat cermat selama 6 tahun, matlamat Wati untuk menyimpan wang telah tercapai, dan warga emas yang dijaganya telah meninggal dunia, lalu dia mengambil keputusan untuk pulang ke Indonesia.

Sekembalinya ke Indonesia, Wati mendapati peluang pekerjaan tidak banyak, lalu dia mengambil keputusan untuk menggunakan wang simpanannya dengan baik dan membuka kedai dobi. Pada waktu itu, Wati adalah pemilik dobi pertama dalam komuniti.

Wati membeli mesin basuh, menyediakan perkhidmatan dobi, pengeringan dan seterika kepada pelanggan, dengan memastikan pakaian itu bersih, berbau harum dan dilipat dengan kemas sebelum dikembalikan kepada pelanggan. Sejak empat tahun yang lalu, perniagaan dobi itu telah berkembang dengan sangat baik, dan Wati kini telah mampu mengupah dua pekerja.

Gambar Hello Boss

Apabila perniagaannya semakin berkembang maju, Wati yang mempunyai minda perniagaan berpendapat air kelapa sangat popular di Indonesia yang bercuaca panas, justeru dia mencari sendiri pembekal dan membuka kedai minuman air kelapa yang bersebelahan kedai dobinya.

Kini, Wati adalah seorang usahawan dan bos untuk dua perniagaan di Indonesia, bekerja dari jam 7 pagi hingga 5 petang setiap hari, dengan pendapatan kira-kira 9 juta rupiah (kira-kira RM2740) sebulan. Walaupun pendapatannya hampir sama dengan gajinya sebagai pembantu rumah di Taiwan dahulu, sekurang-kurangnya Wati ada masa untuk berehat, dan perkara yang paling berharga ialah dapat bersama keluarganya setiap hari.

Kisah Wati juga merupakan pengalaman kebanyakan bekas pekerja asing yang telah pulang ke negara asal masing-masing. “Membuka kedai sendiri” mungkin bukan keputusan perniagaan besar dan gah mendebarkan. Tetapi bagi mereka, ia lebih kepada pilihan kehidupan yang lebih baik walaupun ia sederhana. Ia adalah usaha mereka untuk tinggal di tanah kelahiran mereka sendiri dan tidak perlu lagi merantau bersusah payah mencari rezeki di negara orang.

Pilihan Editor:

Kanak-kanak lelaki usia 11 tahun miliki IQ 162, lebih tinggi daripada Einstein dan Hawking

0

Seorang budak lelaki berusia 11 tahun, Adrian Li  yang berasal dari Hong Kong dan telah berhijrah ke United Kingdom bersama ibu bapanya, merupakan bakat dan genius muda terbaru dengan IQnya melebihi saintis terkenal Albert Einstein dan Stephen Hawking.

Adrian Li baru-baru ini mendapat 162 mata dalam ujian Mensa, organisasi IQ tinggi antarabangsa. Beliau kini tergolong dalam kalangan 1% subjek teratas dunia dan telah memperoleh keahlian Persatuan Mensa.

Adrian Li miliki IQ 162 (Gambar The Mirror)

Menurut laporan The Mirror, Adrian, yang berhijrah ke UK dari Hong Kong pada 2022, kini tinggal bersama ibu bapanya di Barnet, London. Baru-baru ini, kanak-kanak itu mendapat markah tertinggi dalam ujian IQ.

Adrian terkejut kerana pada mulanya dan hanya mahu mendapat markah 148, yang merupakan markah kelayakan untuk menyertai Mensa. 

Adrian tidak pernah menyangka akan mendapat markah yang lebih tinggi daripada Einstein dan Hawking.

Adrian Li bersama ibu bapanya (Gambar The Mirror)

Ibu Adrian, Rachel Lau menyifatkan anaknya telah menunjukkan bakat luar biasa sejak kecil. Adrian boleh menyebut perkataan ‘universiti’ dengan tepat ketika berusia dua tahun walaupun tidak memahami apa maksud perkataan itu. Kanak-kanak itu gemar membaca sejak di tadika. Adrian membaca banyak bahan bacaan setiap hari, dan buku kegemarannya ialah teks penuh “Star Wars”.

Adrian mula menulis novel pada usia 8 tahun, mengenai kisah pengembaraan bersiri yang menarik bertajuk “Monster Quest”. Adrian kini menulis novel berkaitan Rom purba dan berharap untuk menerbitkannya pada musim luruh nanti.

Rachel juga memberitahu anaknya juga memenangi beberapa anugerah akademik di sekolah rendah, yang juga menjadikannya sangat menyukai peperiksaan, kerana “ia memberikannya rasa pencapaian dan kebanggaan.”

Adrian Li menulis siri pengembaraan ‘Monster Quest’. (Gambar The Mirror)

Selain akademik, Adrian gemar bermain catur, squash, lawan pedang, ski, biliard, kickboxing dan mendayung. Adrian, yang akan memasuki Sekolah Queen Elizabeth di Barnet pada September ini, berharap dapat bertemu dengan rakan kanak-kanak berbakat yang sama di sana.

Adrian mendedahkan hasratnya untuk mendapatkan ijazah dari Cambridge dan menjadi pakar kardiologi terbaik dunia.

Rachel berkata, walaupun Adrian genius berbakat, sebagai seorang ibu, beliau tetap berharap anaknya itu akan belajar bersungguh-sungguh, menumpukan perhatian kepada bidang yang diminati, dan mencari jalan terbaik untuk membantu masyarakat.

Pilihan Editor:

Telefon pintar wanita Filipina pantas ‘diragut’ ikan terbang, pengakhirannya tidak dijangka

0

Ketika seorang wanita di Filipina menaiki bot dengan tenang dan gembira, telefon pintar yang dipegangnya telah “diragut” oleh seekor ikan terbang yang tiba-tiba melompat keluar dari laut, dan untuk mendapatkannya kembali agak sukar. Tetapi hikmah daripada kejadian ini amatlah tidak disangka.

New York Post melaporkan wanita bernama Neressa Ursal Maquilan dan saudaranya Cha Ursal menaiki bot menuju ke tanah perkuburan pada 19 Jun untuk memperingati hari kematian ibu saudara mereka. Seorang rakan mengambil gambar dua wanita itu ketika bot belayar di luar pantai wilayah Leyte.

YouTube

Baru sahaja Maquilan yang berpakaian hitam tersenyum, memberi isyarat “YA” dengan tangan kirinya, dan hendak mengambil gambar, seekor ikan terbang tiba-tiba melompat keluar dari permukaan laut dan ‘merampas’ telefon pintar yang dipegang di tangan kanannya ke dalam laut. 

Tindakan pantas ikan hanya berdurasi kurang dari 1 saat, dan wanita itu spontan keliru tidak mengetahui apa yang sedang berlaku untuk seketika, hanya menyedari telefon pintarnya telah hilang secara tiba-tiba. Dia kelihatan agak tergamam pada waktu itu.

YouTube

Maquilan kemudian mengetahui selepas menonton video pendek yang dirakam oleh rakannya bahawa seekor ikan terbang berwarna perak sepanjang 25 cm telah menanduk telefon pintarnya sehingga menyebabkan peranti itu terjatuh ke dalam laut.

Ursal berkata mereka memaklumkan pengemudi bot selepas kejadian itu. Lantas lelaki itu dengan tangkas terjun ke dalam laut untuk membantu mencarinya, namun gagal menemui lokasi telefon pintar itu.

YouTube

Tetapi perkara menakjubkan berlaku pada malamnya, apabila telefon itu ditemukan terdampar di daratan dan ia telah diserahkan semula kepada Maquilan.

“Malam itu, semasa air surut, seseorang menemui telefon itu di tepi laut dan mengembalikannya kepada kami,” kata Ursal.

Walaupun telefon itu berjaya dikembalikan kepada Maquilan, namun ia telah rosak akibat dimasuki air.

YouTube

Nasibnya baik apabila saudara-mara Ursal membelikan Maquilan sebuah telefon pintar yang baru, lalu mengubah hari buruknya menjadi lebih baik.

“Kejadian ini telah bertukar menjadi sesuatu yang lebih baik. Perkara seperti ini jarang berlaku dan kami rasa ia satu pengalaman paling istimewa,” kata Ursal.

Tonton video di bawah:

Pilihan Editor:

Pemandu pelancong Sabah ini pergi lebih jauh dengan berbahasa Korea ketika mengiring pelancong bercuti buat ramai terhibur

0

Menjadi pemandu pelancong mestilah memerlukan seseorang itu mempunyai kebolehan berkomunikasi dengan baik, peramah dan berperibadi menarik ketika mengiringi para pelancong dalam percutian mereka.

Biasanya seorang pemandu pelancong paling kurang akan boleh berbahasa Inggeris memandangkan ia adalah bahasa yang universal. Tetapi ramai juga dalam kalangan mereka yang boleh bertutur dalam pelbagai bahasa.

Facebook

Seperti seorang pemandu pelancong yang bekerja di Sabah ini yang telah pergi lebih jauh dengan mempelajari bahasa baharu demi memastikan para pelanggannya dari Korea dapat memahaminya.

Syarikat pelancongan Sabah, @pakej_bajet_kundasang, menjadi tular di TikTok selepas mempamerkan kemahiran salah seorang pemandu pelancong mereka yang boleh berkomunikasi dalam bahasa Korea.

Facebook

Video itu pada mulanya memaparkan pemandu pelancong tersebut menyampaikan panduan dan langkah keselamatan dalam Bahasa Melayu kepada sekumpulan pelancong yang menaiki bot menuju ke Pulau Manukan untuk aktiviti parasailing.

Facebook

Tanpa menyangka, dia kemudian beralih ke kiri kepada beberapa penumpang di atas bot dan mula mengulangi arahan yang sama untuk mereka dalam bahasa Korea.

Semasa dia bercakap dengan mereka, video itu memfokus kepada beberapa pelancong Korea yang tersenyum dan mengangguk tanda faham arahan yang diberikan sebagai jawapan mereka.

Facebook

Inisiatif memberi panduan keselamatan dengan terjemahan arahan untuk pelanggan Koreanya itu telah mendapat perhatian dan pujian netizen. 

Rata-rata netizen berasa terhibur dengan gaya bersahaja pemandu pelancong tersebut bercakap Korea, walaupun ia ditutur dengan lenggok dan slang Sabah pekat.

Facebook

Ramai yang memuji pemandu pelancong ini sanggup mempelajari bahasa asing bagi memudahkan urusan pelancong dalam percutian mereka. 

Sudah pasti para pelancong asing akan berasa selesa dan gembira jika orang tempatan dapat memahami dan boleh bertutur dengan baik dalam bahasa mereka.

Tonton video di sini.

Empat kedai musnah dalam kebakaran di Larkin Sentral 

0

JOHOR BAHRU: Empat buah kedai di Terminal Bas dan Pasar Awam Larkin Sentral, Larkin, musnah terbakar dalam kejadian pagi ini.

Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Faiz Suleiman, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.50 pagi, 23 Julai 2023.

Twitter

Seramai 27 pegawai dan anggota dari BBP Larkin yang dibantu BBP Tebrau berserta lima jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

Kebakaran menjejaskan empat premis perniagaan melibatkan kedai menjual bahan bacaan, bahan kosmetik dan bahan herba tradisional.

Twitter

“Kesemua kedai yang berukuran 25 meter persegi itu musnah antara 10 dan 90 peratus,” katanya dalam satu kenyataan.

Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa yang dilaporkan dalam kebakaran.

Larkin Sentral menempatkan terminal bas dan pasar awam serta premis perniagaan, terletak di tengah bandar raya Johor Bahru.

Twitter

Mohd Faiz berkata, kebakaran dapat dikawal pada jam 8.25 pagi namun operasi lanjut masih diteruskan.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Mahkamah Rayuan AS teruskan saman pertuduhan Cisco membantu Beijing dalam penganiayaan Falun Gong

0

Saman terhadap pertuduhan gergasi teknologi yang berpangkalan di California, Cisco dalam memudahkan kegiatan ganas penganiayaan rejim China terhadap Falun Gong boleh diteruskan ke perbicaraan, Mahkamah Rayuan Amerika Syarikat Litar Kesembilan memutuskan pada 7 Julai.

Penganut Falun Gong, sebuah kumpulan kepercayaan yang telah dianiaya dengan teruk di China sejak 1999, memfailkan saman terhadap Cisco pada 2011 bersama dua bekas eksekutifnya, John Chambers dan Fredy Cheung, CEO dan Naib Presiden Cisco pada masa itu untuk China. 

Firma itu, menurut tuntutan mahkamah, membekalkan teknologi untuk membantu pegawai komunis China membina rangkaian pengawasan yang luas untuk mengenal pasti dan menjejaki pengamal Falun Gong, sama ada untuk memudahkan penangkapan dan penyeksaan mereka yang seterusnya.

Logo Cisco di Mobile World Congress di Barcelona, Sepanyol pada 26 Februari 2018. (Gambar oleh Pau Barrena/ AFP/Getty Images)

Membalikkan keputusan mahkamah daerah rendah pada 2014 untuk menolak kes itu, Mahkamah Rayuan Persekutuan mendapati dakwaan plaintif mencukupi untuk kes itu diteruskan.

“Kami memutuskan bahawa dakwaan Plaintif, diterima sebagai benar, adalah mencukupi untuk menyatakan dakwaan yang munasabah bahawa Cisco memberikan bantuan teknikal yang penting kepada ‘douzheng’ Falun Gong dengan kesedaran bahawa pelanggaran undang-undang antarabangsa mengenai penyeksaan, penahanan sewenang-wenangnya, kehilangan dan di luar batas undang-undang, pembunuhan berkemungkinan besar akan berlaku,” Hakim Litar Amerika Syarikat Marsha Berzon menulis dalam majoriti pendapat 2–1 yang mengembalikan saman itu. “Douzheng” adalah istilah yang digunakan oleh Parti Komunis China merujuk kepada kempen politik ganas yang dihasut oleh rejim terhadap pesalah yang dianggap musuh.

Hakim Berzon berkata tindakan syarikat itu, yang kebanyakannya berlaku di Amerika Syarikat, merupakan perbuatan “membantu dan bersubahat” terhadap penyalahgunaan rejim China.

Terri Marsh, pengarah eksekutif Yayasan Undang-undang Hak Asasi Manusia dan ketua peguam untuk plaintif, melaungkan perkembangan itu sebagai langkah positif ke arah mengekang kempen penganiayaan.

“Mesejnya jelas: syarikat A.S. dan pegawai eksekutif mereka tidak boleh meneruskan pelanggaran hak asasi manusia di China tanpa dikenakan sebarang hukuman. Mereka mesti bertanggungjawab. Mereka akan dipertanggungjawabkan,” katanya kepada The Epoch Times.

Mahkamah Rayuan Litar Kesembilan di San Francisco, Amerika Syarikat pada 12 Jun, 2017. (Gambar oleh Justin Sullivan/ Getty Images)

Plaintif, memetik bahan pemasaran Cisco yang ditemui di laman web China dan di tempat lain, mendakwa Cisco telah bertindak sebagai lebih daripada pelakon komersial tanpa disedari yang menjual widget ke China. Dalam keghairahannya untuk memenangi pasaran teknologi China yang bernilai berbilion dolar, aduan itu mendakwa, syarikat itu memasarkan dirinya untuk menyasarkan penentang dan menjadi pemudah cara penindasan ganas rejim terhadap kepercayaan, mereka bentuk dan membangunkan peralatan komprehensif dengan teknologi dan bakat A.S. sebagai pertukaran untuk akses pasaran.

Sistem yang dirujuk oleh plaintif adalah “Golden Shield”, platform pengawasan dipacu data alat keselamatan China yang boleh diakses di seluruh China. Cisco, kata mereka, telah merangka, mereka bentuk, dan memberi bantuan kritikal dalam melaksanakan dan seterusnya memperhalusi projek Golden Shield pada masa rejim tidak mampu membangunkan projek itu sendiri.

Sebagai tambahan kepada perisian yang disesuaikan itu, Cisco juga menyediakan ujian, “latihan kemahiran” dan “latihan teknikal” yang berterusan kepada ejen China yang ditugaskan untuk menganiaya Falun Gong supaya mereka dapat menguasai penggunaan teknologi itu, menurut plaintif.

Bekas CEO Cisco Systems John Chambers di San Francisco pada 2006. (Gambar oleh Justin Sullivan/Getty Images)

Dari ibu pejabatnya di San Jose, Cisco telah mereka bentuk dan mengeluarkan komponen utama seperti cip litar bersepadu untuk Golden Shield, dan syarikat itu “sengaja memasukkan tandatangan khusus Falun Gong ke dalam peningkatan perisian keselamatan secara berkala dalam memastikan aktiviti dan individu Falun Gong dikenal pasti, disekat, dijejaki dan ditindas,” kata pertuduhan mahkamah itu.

Produk yang terhasil ialah sistem pengawasan yang boleh memantau aktiviti internet penganut Falun Gong pada masa nyata, membolehkan rejim mengenal pasti, mengumpulkan, dan menyeksa ahli kumpulan agama dan memaksa mereka untuk meninggalkan kepercayaan mereka. Sistem ini juga membina profil terperinci dan sentiasa dikemas kini bagi penganut Falun Gong yang disyaki dan dikenali, yang boleh diambil oleh pegawai keselamatan China di mana-mana dalam negara ini, dengan maklumat termasuk lokasi, ahli keluarga dan kenalan mereka, dakwa plaintif.

Wakil Cisco memberitahu The Epoch Times “tiada asas untuk dakwaan terhadap Cisco.”

“Keputusan 7 Julai oleh Litar Kesembilan tidak membuat sebarang penemuan fakta atau menilai sebarang potensi liabiliti, sebaliknya hanya mendapati bahawa plaintif dibenarkan untuk membangkitkan tuntutan mereka dan meminta mereka dipertimbangkan selanjutnya oleh Mahkamah Daerah,” kata seorang jurucakap. “Kami membina produk mengikut piawaian global yang menggalakkan aliran bebas maklumat, privasi dan kebebasan bersuara. Cisco mempunyai komitmen sekian lama untuk menegakkan dan menghormati hak asasi manusia untuk semua orang, dan kami sangat komited terhadap internet global yang terbuka.”

Pengamal Falun Gong di New York City ketika meraikan Hari Falun Dafa Sedunia pada 12 Mei 2023. (Gambar oleh Mark Zou/ The Epoch Times).

Kesemua 13 plaintif, termasuk seorang warga Amerika Syarikat, berkata mereka dikenal pasti melalui teknologi Golden Shield sebagai peserta aktiviti berkaitan Falun Gong dalam talian dan mengalami penahanan selama berbulan-bulan hingga bertahun-tahun pada satu-satu masa, di mana mereka mengalami penyeksaan.

“Penyeksaan fizikal yang dialami plaintif dalam tahanan dan semasa dipenjarakan di kem buruh paksa termasuk dipukul dengan batang keluli dan dikejutkan dengan baton elektrik, kurang tidur, dipaksa duduk atau berdiri untuk tempoh masa yang lama dalam kedudukan yang menyakitkan, dan dipaksa makan secara kekerasan,” tulis Hakim Berzon.

Pihak berkuasa didakwa telah menggunakan maklumat yang disimpan dalam sistem Golden Shield sebagai alat untuk memberikan tekanan mental semasa sesi penyeksaan mereka, katanya.

Hakim Berzon juga mencatatkan Cisco yang didakwa mengulangi retorik parti berkenaan Falun Gong. Syarikat itu didakwa memasarkan perkhidmatannya sebagai berguna kepada “douzheng” Falun Gong pada pameran perdagangan awal 2000-an di Beijing, dan sesi latihan Cisco tersedia pada 2012 yang didakwa menggunakan “virus” dan “wabak” dalam menggambarkan Falun Gong, “cerminan propaganda parti,” tulisnya untuk panel itu.

Falun Gong Malaysia anjur beberapa siri acara sempena Ulang Tahun ke-24 Anti-Penganiayaan 20 Julai di Kuala Lumpur

0

Sejak bekas pemimpin Parti Komunis Jiang Zemin melancarkan penganiayaan Falun Gong pada 20 Julai 1999, penganjuran acara anti-penganiayaan oleh pengamal Falun Gong di seluruh dunia juga telah memasuki tahun ke-24. Menjelang “Ulang Tahun ke-24 Anti-Penganiayaan 20 Julai” pada 2023, pengamal Falun Gong di Malaysia mengadakan beberapa siri acara di ibu negara Kuala Lumpur, dengan harapan dapat memberitahu lebih ramai orang awam tentang kebenaran.

Latihan berkumpulan, pameran kebenaran, upacara memorial cahaya lilin

Pada pagi 9 Julai 2023, beberapa pengamal Falun Gong di Malaysia mengadakan acara ulang tahun ke-24 anti-penganiayaan pada 20 Julai di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur, menyeru agar penganiayaan dihentikan segera. Walaupun cuaca mendung dan hujan lebat pada pagi itu, pengamal Falun Gong tidak berganjak, dan meneruskan aktiviti dan acara seperti mana yang dijadualkan. Petisyen menentang penganiayaan telah mendapat perhatian dan sokongan awam.

Pada 9 Julai 2023, pengamal Falun Gong Malaysia mengadakan acara dan aktiviti di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur sempena Ulang Tahun ke-24 Anti-Penganiayaan 20 Julai. (Gambar oleh Steven Fan/The Epoch Times)

Pengamal Falun Gong mengadakan latihan berkumpulan di Dataran Taman Tasik Titiwangsa. Pada masa yang sama, para pelatih turut mengadakan “Pameran Bukti Keterangan Tribunal China” dan “Pameran Seni Sejati-Baik-Sabar” di tapak acara, membolehkan para pengunjung memahami pelanggaran hak asasi manusia yang berlaku di China hari ini.

Pada petang hari yang sama, pengamal Falun Gong mengadakan acara berkabung nyalaan lilin di Dataran Taman Tasik Titiwangsa untuk meratapi pengamal Falun Gong di China yang kehilangan nyawa mereka secara tidak bersalah akibat penganiayaan PKC yang kejam.

Pada 9 Julai, pengamal Falun Gong Malaysia mengadakan acara dan aktiviti di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur sempena Ulang Tahun ke-24 Anti-Penganiayaan 20 Julai. (Gambar oleh Steven Fan/The Epoch Times)

Para pengunjung dan peserta secara terbuka menentang penganiayaan

Berdasarkan kepercayaan umum terhadap nilai kemanusiaan sejagat, pelbagai lapisan masyarakat dari latar belakang yang berbeza telah mengutuk penganiayaan hak asasi manusia oleh PKC dalam satu suara.

Pengunjung bernama Ibrahim, dalam satu temu bual berkata, beliau kesal kerana tidak tahu banyak mengenai pengambilan organ paksa sebelum ini, jadi beliau menyumbang wang untuk pemindahan organ rakannya di China. Ibrahim berharap lebih ramai orang akan memberi lebih perhatian ke atas insiden “penuaian organ hidup” supaya mereka dapat mengelak daripada memberi sokongan secara tidak disengajakan untuk perbuatan jenayah tersebut.

Petisyen menentang penganiayaan telah mendapat perhatian ramai pengunjung di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. (Gambar oleh James Chow/The Epoch Times)

Manakala seorang pengunjung dikenali Leonardo pula berharap orang ramai akan menghargai kebaikan dan menentang tingkah laku kejam PKC dan sekutu mereka yang mengambil bahagian dalam penuaian organ dan meragut nyawa tidak bersalah. Beliau menegaskan keperluan mendesak untuk menamatkan kekejaman ini.

Petisyen menentang penganiayaan telah mendapat perhatian dan sokongan ramai pengunjung di Taman Titiwangsa, Kuala Lumpur. (Gambar oleh Zhen/The Epoch Times)

Nur Izzati pula menyatakan kebimbangannya selepas menyaksikan pameran bukti penganiayaan, dan mendapat pemahaman yang lebih mendalam tentang jenayah PKC di China yang berterusan dan telah disahkan oleh Tribunal China. “Tolong hentikan tindakan menyalahi undang-undang ini!” rayunya.

Pameran Seni Sejati, Baik, Sabar menerima sambutan dengan para pengunjung dengan sabar mendengar penjelasan mengenai kebenaran Falun Gong. (Gambar oleh James Chow/The Epoch Times)

Pengunjung bernama Huang, amat menyedari kekurangan pendermaan organ secara sukarela di China. Wanita itu secara peribadi dihalang daripada menandatangani borang kebenaran pendermaan organ oleh keluarganya dan rakan-rakan.

Oleh itu, beliau mendapati dan tidak dapat memahami bagaimana terdapat rangkaian pemindahan organ yang besar di mana pesakit perlu menunggu dalam masa dua minggu atau kurang. Huang turut menyeru untuk menghentikan penganiayaan terhadap Falun Gong.

Acara berkabung nyalaan cahaya lilin memperingati pengamal Falun Gong yang terkorban akibat penganiayaan PKC di China pada malam 9 Julai 2023. (Gambar oleh Steven Fan/The Epoch Times)

Seorang pengamal Falun Gong dari China dikenali Peng, kini diberikan suaka di Malaysia. Beliau menggambarkan pengalaman tragisnya ditahan dan diseksa secara kejam oleh PKC sejak penganiayaan bermula pada 1999. Walaupun PKC cuba memaksanya menandatangani pengakuan untuk memfitnah Falun Gong, beliau tetap teguh dan tidak akan menyerah kepada kejahatan.

Beliau berkata: “Seseorang yang telah pulih kesihatannya tidak mahu lagi menjadi orang yang sakit. Air yang bersih tidak mahu kembali kepada keadaan air yang kotor dan tercemar.”

Acara berkabung nyalaan cahaya lilin memperingati pengamal Falun Gong yang terkorban akibat penganiayaan PKC di China pada malam 9 Julai 2023. (Gambar oleh Zhen/The Epoch Times)

Perhimpunan anti-penganiayaan telah diadakan berhampiran Kedutaan China

Pada pagi 15 Julai, beberapa pengamal Falun Gong di Malaysia telah berada di ibu negara Kuala Lumpur untuk mengadakan perhimpunan anti-penganiayaan berhampiran Kedutaan China untuk mendedahkan pembunuhan beramai-ramai dan penganiayaan PKC terhadap pengamal Falun Gong.

Pada pagi 15 Julai 2023, beberapa pengamal Falun Gong di Malaysia telah berhimpun di hadapan Kedutaaan China di Kuala Lumpur memegang sepanduk anti-penganiayaan. (Gambar oleh Chun Lian/The Epoch Times)

Dalam perhimpunan itu, wakil pengamal Falun Gong telah membaca manuskrip masing-masing dalam bahasa Cina dan Melayu. Pengamal Falun Gong di Malaysia berhimpun di hadapan Kedutaan China untuk menentang penganiayaan.

Ia telah berlangsung selama lebih dari 20 tahun, tidak kira hujan atau panas terik, untuk menunjukkan kepada khalayak awam akan kebaikan dan toleransi yang besar terhadap Falun Gong, membangkitkan keadilan serta hati nurani, dan berharap lebih ramai orang akan memahami Falun Gong yang sebenar, seterusnya menamatkan penganiayaan PKC terhadap Falun Gong dengan segera.

Pada pagi 15 Julai 2023, beberapa pengamal Falun Gong di Malaysia telah berhimpun di hadapan Kedutaaan China di Kuala Lumpur memegang sepanduk anti-penganiayaan. (Gambar oleh Chun Lian/The Epoch Times)

Menyeru untuk menamatkan penganiayaan di acara bertempat Bukit Bintang Walk, Kuala Lumpur

Pada petang 15 Julai, beberapa pengamal Falun Gong berhimpun di Bukit Bintang, daerah perniagaan paling sibuk di Kuala Lumpur, untuk mengadakan acara “Anti-Penganiayaan dan Anti-Penuaian Organ 20 Julai”, merayu kepada semua lapisan masyarakat untuk memberi perhatian serta sepakat mengutuk penganiayaan dan penindasan kejam terhadap Falun Gong selama 24 tahun oleh PKC.

Apabila lampu malam mula dihidupkan dan laluan sibuk oleh pejalan kaki di Bukit Bintang Walk, pengamal Falun Gong memulakan demonstrasi mengejutkan yang mendedahkan pengambilan organ secara langsung dengan muzikal “Noble Soul in the Wind”. Muzikal ini bukan sahaja memberi amaran tentang penganiayaan Falun Gong oleh kuasa jahat, tetapi juga membuatkan orang ramai merasakan pilihan perit dan ancaman yang menyakitkan dialami oleh pengamal Falun Gong, serta semangat pantang menyerah mereka.

Para pengamal Falun Gong mengadakan acara Anti-Penganiayaan 20 Julai dan Anti-Penuaian Organ di Bukit Bintang Walk, Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada 15 Julai yang menarik perhatian awam. (Gambar oleh Zhen/The Epoch Times)

Peserta acara seterusnya memperkenalkan penghakiman Tribunal China di London, yang mengesahkan bahawa PKC masih mengambil organ daripada orang yang masih hidup. Buktinya termasuk keterangan doktor dan polis yang terlibat secara langsung. Perniagaan berhati hitam seperti ini bukan sahaja menjejaskan China, tetapi juga melibatkan seluruh dunia. PKC menggunakan pelancongan organ pemindahan antarabangsa untuk menarik orang yang tiada syak wasangka ke China untuk pemindahan organ, yang merupakan penghinaan dan kehilangan nyawa yang melampau. 

Tuan rumah turut menyeru semua orang untuk menghentikan keperluan gelap ini dan mengelak diri untuk ke tanah besar China bagi tujuan pemindahan organ, kerana ini sama dengan mempromosi dan menyokong kejahatan. “Kita harus bekerjasama untuk mendedahkan kejahatan ini dan memenuhkan dunia dengan cahaya keadilan dan kebaikan.”

Para pengamal Falun Gong mengadakan acara Anti-Penganiayaan 20 Julai dan Anti-Penuaian Organ di Bukit Bintang Walk, Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada 15 Julai yang menarik perhatian awam. (Gambar oleh Steven Fan/The Epoch Times)
Para pengamal Falun Gong mengadakan acara Anti-Penganiayaan 20 Julai dan Anti-Penuaian Organ di Bukit Bintang Walk, Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada 15 Julai yang menarik perhatian awam. (Gambar oleh Steven Fan/The Epoch Times)
Para pengamal Falun Gong mengadakan acara Anti-Penganiayaan 20 Julai dan Anti-Penuaian Organ di Bukit Bintang Walk, Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada 15 Julai yang menarik perhatian awam. (Gambar oleh Steven Fan/The Epoch Times)
Para pengamal Falun Gong mengadakan acara Anti-Penganiayaan 20 Julai dan Anti-Penuaian Organ di Bukit Bintang Walk, Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada 15 Julai yang menarik perhatian awam. (Gambar oleh Steven Fan/The Epoch Times)

Guo Shufang, pengamal Falun Gong dan seorang penyanyi wanita popular di Malaysia, berkongsi pengalaman peribadinya. Katanya, selepas berlatih Falun Gong, akhlaknya bertambah baik. Beliau seorang yang lemah dan sering sakit sejak kecil.

Seorang pelancong dari India berpendapat lima set latihan Falun Gong yang dipamerkan oleh pengamal Falun Gong adalah aman, damai, dan sangat cantik. Pada masa yang sama, beliau melihat sepanduk, paparan teks dan gambar di lokasi acara. Beliau bertanya dengan hairan, “Mengapa (PKC) menganiaya amalan yang begitu baik? PKC tidak bertolak ansur dengan Sejati, Baik, Sabar.”

Seorang pengunjung mendengar dengan sabar penjelasan kebenaran sebelum menandatangani petisyen menentang penganiayaan. (Gambar oleh Steven Fan/The Epoch Times)

Orang ramai yang berada di lokasi acara berkata penganiayaan PKC terhadap Falun Gong adalah penganiayaan terhadap sifat kemanusiaan dan hak asasi manusia, dan semua orang harus bekerjasama untuk menghentikan jenayah ini. Beberapa pelancong dari tanah besar China berhenti daripada “Three Quits” (menarik diri daripada PKC, Liga Belia, dan Organisasi Pasukan) serta-merta, dan terdapat ramai warga Malaysia yang mempelajari latihan tersebut.

Beberapa orang awam yang menyatakan sokongan mereka kepada Falun Gong bertanya apa yang boleh mereka lakukan untuk membantu Falun Gong. Ramai telah bersetuju menandatangani petisyen dengan serta-merta untuk menyatakan sokongan dan menentang penganiayaan.

Pilihan Editor:

KKM larang penggunaan akuarium untuk jualan ‘air balang’

0

Penggunaan akuarium atau bekas bukan untuk tujuan makanan adalah dilarang seperti dinyatakan dalam Peraturan 31, Peraturan-Peraturan Makanan 1985, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan.

Merujuk isu tular di media massa dan media sosial berkaitan penggunaan akuarium sebagai bekas penyimpanan air untuk tujuan jualan, beliau berkata ia menjadi satu kesalahan kerana akuarium berfungsi sebagai bekas memelihara ikan.

Twitter

“Akuarium kebiasaannya diperbuat daripada bahan kaca atau acrylic atau plastik dan berkemungkinan mengandungi bahan kimia seperti plumbum atau phthalates, yang boleh larut dalam air seterusnya mencemarkan air tersebut, sekali gus boleh mengakibatkan kesan kepada kesihatan,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Dr Muhammad Radzi berkata Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), akan sentiasa menjalankan pemantauan ke atas penjualan makanan termasuk penjualan minuman yang menggunakan bekas bukan untuk tujuan makanan.

Twitter

Beliau juga mengingatkan kepada penjual dan pengguna untuk memandang serius serta memastikan makanan yang dijual selamat dan berkualiti untuk semua.

“Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, mereka boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melayari laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook BKKM www.facebook.com/bkkmhq,” katanya.

Twitter

Sebelum ini, tular gambar penjualan ‘air balang’ menggunakan akuarium sehingga mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan pengguna media sosial.

Pengamal Falun Gong anjur acara memperingati anti-penganiayaan “20 Julai” di Johor

0

Pada 2 Julai 2023, pengamal Falun Gong dari Johor, Malaysia telah menganjurkan acara memperingati anti-penganiayaan “20 Julai” di Hutan Bandar Putra Kulai, dengan para pengamal Falun Gong dari Johor, Pulau Pinang, Selangor, Pahang dan negeri lain berkumpul bagi menyempurnakan hari itu.

Pada sebelah malam, mereka menganjurkan acara tanglung teratai dan duduk bermeditasi bagi memperingati pengamal Falun Gong di China yang dianiaya sehingga meninggal dunia oleh Parti Komunis China (PKC). 

Sepanduk tertera “Ulang Tahun Ke-24 Anti-Penganiayaan Aman Falun Gong” dan beberapa poster yang menceritakan kebenaran seperti Penyebaran Dafa ke Dunia telah dipasang di tapak lokasi acara. 

Pengamal Falun Gong Malaysia menganjurkan acara memperingati “Julai 20” Anti-Penganiayaan Falun Gong oleh PKC di China bertempat di Hutan Bandar Putra Kulai, Johor.

Para pengamal memegang tanglung teratai di tangan mereka sambil duduk dengan senyap dan khusyuk bagi meratapi pengorbanan pengamal Falun Gong dalam mempertahankan pegangan, yang dianiaya sehingga mati di China. 

Wakil pengamal di Malaysia membacakan ucapan perhimpunan itu masing-masing dalam bahasa Cina, Inggeris dan Melayu. Dalam ucapannya, beliau secara ringkas memperkenalkan keindahan Dafa dan penganiayaan terhadap pengamalnya di tanah besar China. 

Tujuan mengadakan acara ini bukan sahaja untuk memperingati pengamal yang dianiaya sehingga mati secara salah dan tidak berperikemanusiaan di tanah besar China, tetapi juga bagi membolehkan masyarakat tempatan memahami dengan lebih dekat kebenaran mengenai Falun Gong dan mereka boleh bekerjasama serta memberikan sokongan untuk menghentikan penganiayaan berkenaan.

Dalam ucapannya, wakil pengamal berkata, “Melalui penjelasan tanpa jemu pengamal Falun Gong tentang kebenaran selama ini, dunia secara beransur-ansur mengetahui tentang kejahatan PKC. Pemimpin politik dan masyarakat baik hati dari pelbagai negara telah melangkah ke hadapan untuk mengutuk kekejaman mereka. Semua insan baik hati yang menyokong keadilan dan menghentikan kejahatan untuk diri mereka sendiri akan mencipta masa depan yang cerah.”

Dalam acara itu, Syukri yang merupakan seorang pegawai dalam jabatan politik telah hadir. Beliau berkata dirinya mengetahui beberapa fakta tentang Falun Gong dan percaya Falun Gong adalah aktiviti yang sangat sihat. Beliau sempat berbual dengan beberapa pengamal, dan membaca pengenalan mengenai anti-penganiayaan “20 Julai” yang tertulis di sepanduk.

“Penuaian organ adalah terlalu kejam dan tidak berperikemanusiaan. Bagaimanakah orang jahat ini (yang melakukan penganiayaan Falun Gong) masih boleh hidup di dunia ini?” soal Syukri.

Salah seorang pengamal Falun Gong Malaysia menerangkan kebenaran Dafa yang diedarkan melalui risalah kepada seorang pengunjung di taman Hutan Bandar Putra Kulai, Johor.

Cai Ping, seorang pengamal muda tempatan, berkata walaupun beliau tidak pernah mengalami penganiayaan kejam seperti pengamal Dafa di China, dirinya masih berasa amat sedih apabila melihat rakan pengamal di China menderita. Harapannya apabila dapat menjelaskan kebenaran ini, masyarakat tempatan dapat melihat dengan jelas kejahatan PKC, dan memberitahu yang lain bahawa PKC tidak pernah berhenti menganiaya orang baik yang percaya kepada prinsip “Sejati, Baik, Sabar.” 

Beliau juga berharap mereka yang mengetahui kebenaran dapat memahami tragedi ini dan bekerjasama untuk menghentikan penganiayaan PKC terhadap Falun Gong.

Pada hari itu, Cai Ping menjelaskan kebenaran Falun Gong bersama ibunya di taman berkenaan. Terdapat ramai pengunjung Melayu di sana, dan mereka berkata tidak pernah mendengar mengenai Falun Gong, tetapi bersedia untuk mempelajarinya dan berbesar hati menerima risalah yang disebarkan. Mereka melahirkan rasa simpati terhadap pengalaman para pengamal yang terus dianiaya di China.

Pilihan Editor: