Cari seseorang yang berkelayakan untuk mendapatkan bantuan dan peminta bantuan itu adalah seekor anjing jalanan yang pintar!
Igor Holanda, doktor haiwan di sebuah klinik haiwan di Brazil, agak terkejut bercampur kagum apabila mendapati pengunjung yang memasuki kliniknya bukan tuan pemilik haiwan yang biasa. Sebaliknya seekor anjing hitam putih yang berlari memasuki kliniknya tanpa ditemani sesiapa.
Dia berdiri diam di kaunter dan menunggu sehingga jururawat menyedari kehadirannya.

Anjing itu menundukkan kepalanya dan mendedahkan luka di bahagian lehernya, seolah-olah berkata, “Sakit di sini..” Membuatkan semua orang kagum dengan penampilannya yang baik serta bijaksana.
“Pada mulanya kami tidak faham apa yang sedang berlaku, kami melihat sekeliling jikalau ada sesiapa yang menemaninya, tetapi mendapati tiada sesiapa. Rupanya dia seekor anjing jalanan,” kata jururawat yang menemui luka di bahagian leher anjing itu dan segera memberitahu doktor yang bertugas.

Holanda mendapat tahu bahawa anjing itu sedang meminta bantuan lantas mengatur supaya dia segera dirawat.
“Sudah tentu, dia tidak mempunyai janji temu terdahulu. Tetapi kami membawanya ke dalam klinik, melakukan penilaian klinikal am, dan kemudian membersihkan luka itu,” kata Holanda kepada The Dodo.

Anjing itu berkelakuan sangat baik, duduk di atas meja rawatan dan membiarkan doktor menyapu ubat untuk membersihkan lukanya.
Walaupun berasa gementar dan rawatan itu agak menyakitkan, namun dia kekal memberi kerjasama ketika pemeriksaan dan rawatan dijalankan sehingga selesai.

“Saya berbesar hati kerana dapat membantu. Tuhan membawa haiwan ini ke klinik saya supaya saya boleh menjaga dan merawatnya,” kata Holanda dengan rasa kesyukuran.
Doktor haiwan ini telah membantu anjing jalanan itu untuk mendapatkan keluarga angkat yang mampu menyayanginya seterusnya mendapatkan kehidupan lebih baik dan bahagia.
Pilihan Editor: