26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024
UtamaInspirasiEnam tahun jadi ‘bibik’ bergaji RM2200 sebulan, wanita Indonesia berjaya kumpul cukup...

Enam tahun jadi ‘bibik’ bergaji RM2200 sebulan, wanita Indonesia berjaya kumpul cukup wang kini bos kedai dobi di kampung halaman

Jika di Malaysia, terutamanya keluarga yang mempunyai warga emas dan anak kecil, mereka sering menggaji pembantu rumah warga asing terutama dari Indonesia bagi mengurangkan beban kerja rumah, yang biasa dipanggil ‘kakak’, ‘bibik’, dan sebagainya.

Sebenarnya setiap pembantu rumah yang bekerja di Malaysia datang dengan matlamat masing-masing. Ada yang ingin mencari wang demi menyara keluarga, ada yang mahu memperbaiki kehidupan sendiri, menambah baik persekitaran hidup anak-anak mereka di kampung, dan ada yang ingin merealisasikan cita-cita apabila tiba masanya untuk pulang ke negara asal masing-masing.

Menurut Yasni, bekas pembantu rumah warga Indonesia yang pernah bekerja di Malaysia, kepada Hello Boss, dia datang bekerja ke Malaysia 15 tahun lalu adalah untuk menghantar wang ke kampung dan memperbaiki kehidupan keluarganya.

Sekadar Gambar Hiasan / Pixabay

“Kini saya sudah bertahun-tahun menetap di Indonesia. Saya berjaya membeli sebidang tanah dan membantu keluarga membina semula rumah. Keadaan hidup bertambah baik. Saya rasa berbaloi juga datang ke Malaysia dan bekerja sebagai pembantu rumah,” katanya.

Sebaliknya, Wati, 37 tahun yang berasal dari Jakarta, Indonesia bekerja sebagai pembantu rumah untuk memperbaiki kehidupan di kampung. Wati nekad meninggalkan kampung halaman dan bekerja sebagai pembantu rumah di Taiwan selama 10 tahun. Setelah berjauhan dengan suami dan anak selama 6 tahun, dia akhirnya menyimpan wang yang mencukupi dan kembali ke kampung halamannya dengan membuka kedai dobi di Jakarta, dengan kini dia menjadi bos.

Mengimbau kembali ketika pertama kali bekerja di Taiwan, Wati ditemukan dengan sebuah keluarga kelas pertengahan sebagai pembantu di bawah syarikat perantara. Tugas utamanya ialah menjaga orang tua keluarga itu dan mengurus semua kerja rumah. 

Wati sangat bertuah kerana telah bertemu dengan majikan yang baik. Dalam beberapa bulan pertama, dia menghantar gaji kepada suaminya yang bekerja sebagai pemandu supaya dia boleh membeli sebuah lori. 

Kehidupan mereka semakin baik selepas itu tetapi malangnya, lori itu telah dicuri tidak lama kemudian, dan Wati terpaksa meningkatkan pelan simpanannya semula.

Sepanjang 6 tahun bekerja, Wati pulang ke Indonesia sebanyak dua kali, dengan sekali untuk pembedahan anak perempuannya yang kemudian menasihatinya supaya tidak lagi bekerja di Taiwan.

Bekas pembantu rumah, Wati kini pemilik kedai dobi dan majikan kepada dua pekerja. (Gambar Hello Boss)

Memandangkan majikannya sangat baik kepadanya, dan keadaan ekonomi ketika itu tidak mengizinkan dan wang simpanannya masih tidak mencukupi, jadi Wati masih memerlukan pekerjaan ini. Justeru, dia tiada pilihan dan telah kembali semula ke Taiwan.

Ketika itu, Wati menjaga warga emas yang uzur 24 jam sehari, serta melakukan kerja-kerja rumah harian seperti mencuci dan mengemas. Walaupun tidak terlalu berat, Wati terpaksa bekerja setiap hari, dan dia amat merindui keluarganya di Indonesia. Ketika itu, gaji bulanannya kira-kira RM2,200 (NT$15,000) selepas ditolak yuran agensi.

Untuk menjimatkan wang, Wati menyimpan 60% daripada gajinya, dan menyerahkan 35% kepada suaminya, dan menggunakan baki 5% sebagai aliran tunai.

Setelah hidup berjimat cermat selama 6 tahun, matlamat Wati untuk menyimpan wang telah tercapai, dan warga emas yang dijaganya telah meninggal dunia, lalu dia mengambil keputusan untuk pulang ke Indonesia.

Sekembalinya ke Indonesia, Wati mendapati peluang pekerjaan tidak banyak, lalu dia mengambil keputusan untuk menggunakan wang simpanannya dengan baik dan membuka kedai dobi. Pada waktu itu, Wati adalah pemilik dobi pertama dalam komuniti.

Wati membeli mesin basuh, menyediakan perkhidmatan dobi, pengeringan dan seterika kepada pelanggan, dengan memastikan pakaian itu bersih, berbau harum dan dilipat dengan kemas sebelum dikembalikan kepada pelanggan. Sejak empat tahun yang lalu, perniagaan dobi itu telah berkembang dengan sangat baik, dan Wati kini telah mampu mengupah dua pekerja.

Gambar Hello Boss

Apabila perniagaannya semakin berkembang maju, Wati yang mempunyai minda perniagaan berpendapat air kelapa sangat popular di Indonesia yang bercuaca panas, justeru dia mencari sendiri pembekal dan membuka kedai minuman air kelapa yang bersebelahan kedai dobinya.

Kini, Wati adalah seorang usahawan dan bos untuk dua perniagaan di Indonesia, bekerja dari jam 7 pagi hingga 5 petang setiap hari, dengan pendapatan kira-kira 9 juta rupiah (kira-kira RM2740) sebulan. Walaupun pendapatannya hampir sama dengan gajinya sebagai pembantu rumah di Taiwan dahulu, sekurang-kurangnya Wati ada masa untuk berehat, dan perkara yang paling berharga ialah dapat bersama keluarganya setiap hari.

Kisah Wati juga merupakan pengalaman kebanyakan bekas pekerja asing yang telah pulang ke negara asal masing-masing. “Membuka kedai sendiri” mungkin bukan keputusan perniagaan besar dan gah mendebarkan. Tetapi bagi mereka, ia lebih kepada pilihan kehidupan yang lebih baik walaupun ia sederhana. Ia adalah usaha mereka untuk tinggal di tanah kelahiran mereka sendiri dan tidak perlu lagi merantau bersusah payah mencari rezeki di negara orang.

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI