25.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 11, 2025
Utama Blog Laman 391

5 tahap jangkitan COVID-19, 88 peratus pesakit positif di Malaysia tidak bergejala dengan hanya simptom ringan

0

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan satu maklumat berkenaan 5 tahap jangkitan atau tanda-tanda COVID-19 yang berlaku kepada manusia.

Berikut adalah 5 tahap jangkitan COVID-19 tersebut.

Sekadar Gambar Hiasan / Unsplash

Tahap 1: Tidak bergejala 

Pada tahap 1, mereka yang dijangkiti tidak menunjukkan sebarang gejala atau tanda-tanda COVID-19. Mereka tidak mengalami batuk, selesema atau demam dan hanya kelihatan normal seperti orang lain.

Tahap 2: Bergejala ringan tanpa radang paru-paru 

Pada tahap ini, mereka yang dijangkiti akan menunjukkan simptom atau gejala COVID-19 seperti demam, batuk dan selesema. Tetapi mereka tidak mempunyai masalah berkaitan radang paru-paru.

Tahap 3: Bergejala dengan mengalami radang paru-paru 

Pada tahap ke-3, mereka yang dijangkiti masih menunjukkan gejala COVID-19. Tetapi ia ditambah dengan munculnya masalah berkaitan radang paru-paru.

Tahap 4: Bergejala, mengalami radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen 

Pesakit yang berada pada tahap ke-4 masih mempunyai gejala COVID-19 dan juga radang paru-paru seperti pada tahap ke-3. Namun, pada tahap ini, pesakit memerlukan bantuan oksigen untuk terus bernafas.

Tahap 5: Pesakit bergejala kritikal dengan memerlukan rawatan intensif di Unit Rawatan Rapi (ICU)

Pada tahap ini, pesakit sudah berada pada satu tahap jangkitan yang kritikal. Ini kerana banyak organ lain dalam tubuh sudah mula terjejas dan berada dalam keadaan yang kritikal akibat jangkitan virus COVID-19, dengan memerlukan rawatan intensif di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Kementerian Kesihatan Malaysia / Facebook

Peratusan pesakit COVID-19 di Malaysia mengikut tahap jangkitan.

Menurut laporan KKM, sebanyak 88% daripada mereka yang telah dijangkiti berada pada Tahap 1 dan Tahap 2. Ini jelas menunjukkan kebanyakan daripada pesakit tahap jangkitan ini sama ada tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda COVID-19 atau hanya menunjukkan gejala yang ringan seperti demam dan batuk.

7% peratus daripada keseluruhan pesakit semasa pula berada pada Tahap 3 dan Tahap 4. Manakala sebanyak 5% daripada baki jumlah keseluruhan pesakit berada pada Tahap 5.

Kebanyakan pesakit yang berada pada Tahap 1 dan 2 tidak menyedari bahawa mereka telah dijangkiti virus COVID-19. Walaupun mengalami gejala COVID-19 seperti batuk dan demam, mereka mungkin beranggapan ia adalah sekadar batuk dan demam biasa sahaja.

Oleh sebab itu, mereka lebih cenderung untuk mengabaikannya dan hanya melakukan saringan apabila menyedari menjadi kontak rapat dengan individu yang didapati positif COVID-19.

Mereka yang tidak mempunyai sebarang gejala inilah yang bergerak ke sana ke sini dan bergaul dengan individu lain di tempat-tempat awam.

Penularan wabak COVID-19 menjadi lebih mudah dan pantas untuk disebarkan kepada orang lain. 

Golongan ini tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya telah dijangkiti dan seterusnya menyebarkan virus tersebut kepada orang lain.

Sekadar Gambar Hiasan / Unsplash

Atas sebab itu, kerajaan berulang kali menyeru agar semua rakyat di negara ini untuk terus menjaga penjarakan fizikal antara satu sama lain dan memakai pelitup muka di tempat awam.

Ini kerana anda mungkin tidak tahu jika individu yang berada di sebelah anda ketika berada di pasar atau tempat awam yang lain adalah pembawa COVID-19.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah salah satu langkah pencegahan awal untuk mengelakkan lebih ramai individu daripada dijangkiti COVID-19.

Seorang bayi maut dan kembarnya kritikal selepas dilarikan sekumpulan monyet

0

CHENNAI – Polis di selatan India melakukan siasatan ke atas kematian seorang bayi lelaki berusia lapan hari selepas monyet didakwa mengambil bayi itu dan membuangnya dari bumbung sebuah kediaman.

Dalam kejadian itu, seorang lagi bayi yang juga kembar mangsa kini dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Menurut AFP, pasukan polis yang menyiasat memberitahu bayi kembar itu sedang tidur di rumah mereka di Tamil Nadu ketika insiden diserang monyet berlaku.

Gambar Hiasan / Unsplash

Seorang pegawai polis berkata ibu bayi berkenaan, Bhuvaneshwari mendengar bayinya menangis sebelum melihat mereka dibawa lari dari bilik tidur dan kemudian dia mula menjerit.

Bhuvaneshwari kemudian bergegas ke luar rumah dan melihat beberapa ekor monyet dan bayi kembarnya di atas bumbung.

“Mendengar jeritan ibu bayi, jiran-jiran berkumpul untuk membantu dan berusaha menyelamatkan bayi itu,” kata pegawai polis berkenaan.

Ketika berusaha untuk mengambil bayi berkenaan, seekor monyet telah menjatuhkan seorang bayi dari bumbung rumah dan melempar seorang lagi bayi ke udara.

Gambar Hiasan / Unsplash

Bayi itu jatuh ke dalam longkang dan meninggal dunia, manakala seorang lagi bayi kini dalam keadaan kritikal, menurut pegawai polis itu.

Monyet dilaporkan sering menyerang manusia dan mencuri makanan di India. Bagaimanapun kes membabitkan penculikan bayi dan kanak-kanak oleh monyet amat jarang berlaku.

Dua tahun lalu, monyet melarikan seorang bayi yang sedang tidur di dalam kelambu di sebuah rumah di Odisha, sebelum bayi itu ditemui meninggal dunia.

Transformasi jalan pulang bersama 3 ekor anjing sebagai ‘pejuang terracotta’, pemilik ini nampak bengang anjingnya redah lumpur ‘tanpa belas kasihan’

0

Pengalaman memelihara dan membesarkan haiwan peliharaan anjing, benar-benar dapat membangkitkan perasaan suka dan duka dalam kehidupan. Namun yang terbiasa, seorang pemilik akan sentiasa gembira dan jelas tersenyum.

Seorang netizen dari China berkongsi video di aplikasi Douyin beberapa hari yang lalu dengan mengatakan bahawa dia tidak tahu sama ada mahu menangis atau tersenyum ketika melihat seorang pemilik anjing yang keluar berjalan-jalan membawa tiga ekor anjingnya dalam keadaan bersih dan pulang ke rumah dalam keadaan mengejutkan. 

Paparan Skrin / YouTube

Tanpa disangka, setelah membuka pintu pagar ketika pulang, pemilik ini tidak dapat tersenyum apatah lagi untuk ketawa sama sekali. Apa yang berlaku? Dan inilah masalahnya yang ditimbulkan oleh tiga ekor anjing peliharaannya yang nakal.

Ternyata ketiga anjing itu terlalu gagah dan perkasa ketika bersiar-siar. Apabila tiba-tiba mereka melihat tanah dan permukaan berlumpur kegemaran, mereka tidak peduli bahawa pemiliknya masih memegang tali dengan erat di belakang mereka.

Paparan Skrin / YouTube

Secara langsung dan spontan, anjing-anjing yang nakal tanpa belas kasihan telah mengheret pemiliknya sekali ke dalam lumpur itu dan mereka bersama-sama ‘bermandi lumpur’.

Pemilik ini terpaksalah meredah sekali untuk bermandi lumpur tanpa kerelaan hati bersama anjing-anjingya yang asyik bermain, dengan menahan sahaja penderitaan itu, bahkan menerima sahaja transformasi menjadi ‘pejuang terracotta’, jadi agak mustahil untuk dia mengukir senyuman ketika pulang.

Paparan Skrin / YouTube

Para netizen berkongsi rakaman video dari TikTok ini di Facebook dan YouTube dengan komen, “Anda tidak boleh berjalan-jalan dengan terlalu banyak anjing, secara tidak sengaja boleh terjatuh ke dalam parit.”

Seorang netizen yang selesai menonton video itu menulis, “Tuan tergelincir dan kembali sebagai pejuang terracotta bersama kudanya!”

“Adakah lelaki itu pergi ke parit untuk menyelamatkan anjing, atau anjing pergi ke parit untuk menyelamatkan lelaki itu,” tulis seorang netizen.

“Tuan kita akhirnya bersama kita seperti sekeluarga,” komen netizen ini.

“Tentu ini bukan tangki septik, bukan?” tanya seorang netizen.

Paparan Skrin / YouTube

Lebih melucukan, terdapat seekor anjing Labrador berwarna putih dan bersih dalam rakaman video itu dan dia melihat pemiliknya sambil menggeleng kepala.

Nampaknya macam mengejek sahaja kalau dia boleh berkata-kata, “Untunglah saya tidak keluar bersama, jika tidak, agak memalukan ikut tuan ini.”

Paparan Skrin / YouTube

Anjing benar-benar mudah dipelihara untuk menggembirakan pemilik. Tetapi, anda tidak boleh jangka apa lagi benda luar dugaan yang boleh dibuat oleh mereka di masa hadapan.

Jangan bawa tiga ekor anjing besar sekaligus, jika tidak, anda akan terjebak dalam situasi luar dugaan bersama, contohnya ‘insiden terjerumus ke dalam lumpur membentuk formasi pejuang terracotta’ yang seperti ini.

Tonton video di bawah:

Kenyataan penuh Donald Trump selepas dibebaskan dalam perbicaraan pendakwaan kali kedua

0

Bekas Presiden Donald Trump membuat kenyataan setelah Senat undi untuk membebaskannya dalam perbicaraan pendakwaan kali kedua dengan keputusan undi 57-43.

Bekas Presiden Donald Trump di Washington pada 6 Januari 2021. (Lisa Fan/The Epoch Times)

Kenyataan penuh Donald Trump adalah seperti berikut:

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan peguam berdedikasi dan yang lain atas kerja keras mereka dalam menegakkan keadilan dan mempertahankan kebenaran.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga ditujukan kepada semua Senator dan Ahli Kongres Amerika Syarikat yang berdiri teguh dan berbangga dengan Perlembagaan yang kita semua hormati dan berpegang kepada prinsip murni undang-undang negara yang kita kasihi.

Perlembagaan Republik yang kita hargai diasaskan kepada kedaulatan undang-undang yang tidak berat sebelah, pelindungan yang sangat diperlukan demi kebebasan, hak kita dan kemerdekaan kita.

Ini adalah komen yang menyedihkan di zaman kita bahawa satu parti politik di Amerika Syarikat diberi jalan bebas untuk mencemarkan kedaulatan undang-undang, memfitnah penegak undang-undang, menyokong penyangak, membiarkan perusuh, dan mengubah keadilan menjadi alat dendam politik, dan menganiaya, menyenarai hitam, membatal dan menekan semua orang, dan berpandangan berat sebelah dengan sesiapa atau yang mereka tidak setuju. 

Saya selalu, dan akan selalu, menjadi juara bagi kedaulatan undang-undang yang tidak digoyah, wira penguatkuasaan undang-undang, dan mempertahan hak rakyat Amerika Syarikat untuk membahaskan isu-isu hari ini dengan aman dan terhormat tanpa sebarang niat jahat dan unsur kebencian.

Ini merupakan satu lagi fasa pencarian kesalahan terbesar dalam sejarah negara kita. Tidak ada presiden yang pernah melaluinya sebelum ini, dan ia akan berterusan kerana pencabar kita tidak dapat melupakan hampir 75 juta rakyat, jumlah tertinggi untuk kerusi presiden, yang memilih kita beberapa bulan yang lalu.

Saya juga ingin menyampaikan rasa terima kasih kepada jutaan warga yang berjiwa murni, bekerja keras, dan patuh kepada undang-undang, Tuhan dan Negara yang telah berani menyokong prinsip-prinsip penting ini dalam masa-masa yang sangat sukar lagi mencabar.

Gerakan kita semua yang bersejarah, patriotik dan indah untuk ‘Jadikan Amerika Kembali Hebat’ baharu sahaja bermula. Pada bulan-bulan yang akan datang, saya akan berkongsi dengan anda, dan saya berharap dapat meneruskan perjalanan luar biasa ini bersama-sama anda untuk mencapai kehebatan Amerika Syarikat untuk semua rakyat. Tiada yang akan serupa dengannya!

Kami akan mempunyai banyak tugas di masa hadapan, dan tidak lama lagi kita akan muncul dengan visi untuk masa depan Amerika Syarikat yang lebih cerah, penuh sinar, dan tanpa batasan.

Bersama-sama maka tiada apa yang tidak dapat kita capai.

Kita akan kekal satu Warga, satu keluarga, dan satu bangsa yang mulia di bawah prinsip Tuhan, dan adalah menjadi tanggungjawab kami untuk memelihara warisan yang luar biasa ini demi anak-anak kami dan demi generasi Amerika Syarikat yang akan datang.

Semoga Tuhan memberkati anda semua, dan semoga Tuhan memberkati Amerika Syarikat selamanya.

Susah kupas bawang putih? Usah risau lagi! Video ini akan tunjukkan cara mudah kupas kulit bawang putih dalam masa 12 saat

0

Bawang putih merupakan perencah yang paling banyak digunakan dalam masakan tidak kira sama ada masakan Melayu, Cina, India mahupun masakan Barat. Namun, bagi sesiapa yang sering ke dapur, mengupas bawang putih bukanlah satu tugas yang mudah.

Anda perlu mengupas kulitnya yang berlapis-lapis dan nipis dan kerja ini pastinya akan memakan masa yang lama! Hal ini juga mungkin menjadi penyebab mereka segelintir individu lebih gemar untuk membeli bawang putih yang sedia dikupas meskipun harganya agak tinggi.

Namun jangan risau. Anda kini mampu untuk menyediakan makanan tanpa perlu mengambil masa yang lama dalam mengupas bawang putih. Dalam tempoh beberapa saat sahaja, anda akan dapat menikmati bawang putih yang sedia digunakan menerusi kaedah yang tular ini.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh @xwowduck di laman sosial TikTok, anda akan dapat menyaksikan tips mudah untuk mengupas bawang putih sepantas 12 saat sahaja! Menurut @xwowduck, tips yang mudah ini diperolehi setelah melihat ibu mertuanya yang berasal dari Asia menyediakan hidangan menggunakan bawang putih.

Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan membelah labu bawang putih kepada dua bahagian.

Setelah itu, susun belahan bawang putih anda dengan bahagian dalam menghadap papan pemotong.

Kemudian, anda ambil pisau pemotong daging seperti di dalam video dan ketuk bawang putih tersebut dengan satu ketukan yang padu.

Hasilnya, kulit bawang putih akan tertanggal dengan mudah hanya dengan tiga langkah yang cukup ringkas.

Penularan video ini telah mendapat sambutan bukan sahaja di TikTok tetapi juga di pelbagai platform media sosial lain seperti Twitter. Mungkin anda juga boleh menjadi sebahagian daripada mereka dan mencuba tips yang hebat ini.

Kucing ini pamer reaksi resah yang melucukan setelah taringnya tercabut selepas gigit tangan tuan

0

Segelintir individu yang cintakan haiwan sanggup melakukan apa sahaja atas dasar kasih sayang. Menyediakan tempat penginapan yang selesa, membelikan alat mainan, membersihkan kawasan najis dan memberikan makanan terbaik bagi menjamin kesenangan hati si manja.

Malah, ada individu yang terlalu sayangkan haiwan peliharaan mereka sehingga sanggup menahan sakit akibat digigit atau dicakar seolah-olah mereka dibutakan oleh kecomelan haiwan tersebut.

Malangnya bagi kucing ini, gigitan yang diberikan kepada tuannya telah menyebabkan kemudaratan kepada dirinya sendiri apabila taring kucing ini telah tercabut dan terbenam di dalam lengan tuannya. Boleh anda bayangkan betapa kuat dan dalamnya gigitan kucing itu sehinggakan taringnya sendiri boleh tercabut? Oh tuhan, ganas sungguh!

Menerusi perkongsian di Facebook, individu yang berasal dari Turki ini telah menunjukkan taring kecil kucing peliharaannya yang masih terbenam pada lengan. Taring itu juga kelihatan jelas dengan kesan kemerah-merahan pada akar gigi itu.

Gigitan itu begitu kuat sehingga kucing itu sendiri kelihatan keliru dan terpinga-pinga dengan apa yang telah berlaku kepada tangan tuannya dan juga giginya sendiri. Lihatlah gambar kucing ini yang terkejut dan membulatkan matanya seolah-olah tidak mempercayai giginya telah tercabut!

Penularan perkongsian ini mendapat pelbagai respon daripada warganet. Antaranya:

”Adakah ini senjata rahsia kucing itu?”

”Inilah bukti yang menunjukkan kucing itu telah menyerang manusia”.

“Kenapa gigi saya tinggalkan saya?”.

Mulanya elok, pau ikan emas wanita ini kemudian bertukar menjadi ikan emas ‘obesiti’. Geli hati netizen dibuatnya..

0

Pau merupakan antara hidangan yang digemari rakyat Malaysia. Diperbuat daripada tepung dan yis, kuih yang berasal dari China ini kemudian akan diuli dan dibentukkan.

Intinya pula terdiri daripada pelbagai variasi – sama ada manis, pedas, berdaging mahupun sayur-sayuran. Memang sedaplah makan ketika panas.

Foto hiasan/Pinterest

Masyarakat kita juga sudah menjadi semakin kreatif dalam membentukkan pau menjadi bentuk yang lebih menarik.

Ada pau berbentuk cendawan, jagung, durian dan bermacam-macam lagi, termasuklah perkongsian oleh pengguna Facebook ini.

Menggunakan nama akaun PeiFoon Sim, pengguna terbabit juga ada berkongsi hasil pau yang dibuat sendiri olehnya.

Menurut PeiFoon, anaknya telah meminta pau berbentuk arnab yang berdiri sambil memegang lobak merah. Fuh, rumit juga mahu hasilkan permintaan anaknya itu.

PeiFoon Sim/Facebook

Namun pengguna itu hanya tahu menghasilkan bentuk arnab yang memegang lobak merah sambil berbaring. Menjadi jugalah nampaknya.

Turut dihasilkan wanita itu adalah pau berbentuk seekor ikan emas, lobak merah dan muka arnab. Memang comel sangat..

Akan tetapi, usai sahaja pau itu siap dikukus, pau berbentuk ikan emas itu kemudiannya menjadi bahan jenaka dan tawa wanita itu.

Anda lihatlah sendiri hasilnya, daripada ini :

PeiFoon Sim/Facebook

Bertukar menjadi ini :

PeiFoon Sim/Facebook
PeiFoon Sim/Facebook

Mulanya cantik tetapi ia berubah menjadi seekor ikan emas yang obesiti. Tidak mengapalah, asalkan sedap bukan?

Teruja mahu lihat bayi dalam perut, ibu ini ‘pasrah’ lepas lihat gaya bayi sama seperti suami

0

Kehadiran cahaya mata sememangnya melengkapi pasangan yang sudah berumah tangga. Selain membahagiakan, ia juga boleh mengeratkan kasih sayang sesama pasangan.

Pastinya para suami isteri di luar sana berasa sangat teruja apabila mendapat berita baik tersebut dan tidak sabar untuk lakukan pengimbasan pada bayi di dalam perut.

Foto hiasan/Freepik

Ia tentunya menjadi kenangan terindah! Baru-baru ini, tular satu video daripada aplikasi TikTok yang menunjukkan imej imbasan bayi.

Video itu dikongsi sendiri oleh wanita berkenaan yang berasa lucu apabila mendapati gaya bayi di dalam perutnya sama seperti gaya suaminya ketika tidur.

TikTok

Belum lahir lagi sudah sama macam bapa, pandai pula angkat sebelah tangannya dan letakkan di atas dahi. Persis si bapa..

TikTok

Sama bukan? Wanita itu difahamkan telah membuat rakaman video ketika dia di klinik bagi mengimbas bayinya.

Pasrah sahaja si ibu apabila mendapati bayinya sudah mengikuti ‘jejak’ bapanya walaupun masih di dalam perut. Bapa borek, anak rintik!

Pilihan Editor:

Bunga kekwa semasa upacara peringatan jadi medium untuk ketahui jumlah kematian akibat COVID-19 di Wuhan

0

Pada hari pertama Tahun Baru Cina, lazimnya akan ada pembakaran colok di semua kawasan di wilayah Hubei, China sebagai peringatan untuk mereka yang telah meninggal dunia. Selain itu, turut ada servis peringatan bersama bunga kekwa.

Hasilnya, bekalan bunga kekwa untuk servis peringatan di Wuhan tidak mencukupi. Jalan untuk ke kedai bunga juga agak sesak. Ini menimbulkan persoalan mengenai berapa ramaikah agaknya mangsa yang meninggal dunia ekoran epidemik tahun lalu.

Oleh kerana ramai penduduk Wuhan membeli bunga kekwa, harga bunga tersebut difahamkan naik mendadak. Pembeli juga sanggup membayar lebih untuk mendapatkannya. Ada juga yang tidak dapat membelinya.

“Mengapa ramai penduduk Wuhan beli bunga kekwa hingga tiada lagi bekalan?”, soal seorang lelaki yang tidak pernah mengalami keadaan sebegini.

Foto hiasan/CGTN

Jadi dia menyimpulkan bahawa banyak nyawa yang telah terkorban ekoran epidemik COVID-19 dahsyat yang melanda Wuhan tahun lalu.

Media rasmi China secara amnya melaporkan bahawa pasar bunga Wuhan sangat ‘panas’ semasa Tahun Baru tahun ini. Beberapa pemilik kedai bunga juga tidak tidur selama 50 jam dan sangat sibuk. Perniagaannya sangat baik, tetapi laporan itu tidak menyebut bahawa bunga itu kehabisan stok.

Di laman sosial Weibo, seorang pengguna mempersoalkan keadaan itu. “Bunga apa yang kamu beli? Berani jelaskan? Bunga yang dikehendaki habis. Percayakah jika bunga itu dibeli untuk jadi hiasan?”.

Rumah pengebumian dipenuhi orang ramai yang mahu mengambil abu pada akhir Mac tahun lalu/Weibo

Oleh kerana kurangnya ketelusan rasmi dan percubaan untuk menekan wartawan yang melaporkan wabak ini, jumlah sebenar diagnosis yang disahkan di China masih dipersoalkan oleh masyarakat antarabangsa. Jumlah kematian sebenar di Wuhan bahkan lebih menjadi misteri.

Setelah wabak itu merebak awal tahun lalu, dilaporkan bahawa relau pembakaran tempatan beroperasi selama 24 jam sehari.

Sekolah Perubatan Universiti Washington dan Universiti Negeri Ohio sebelumnya telah menganalisis jumlah pasu yang dihantar daripada tempat pembakaran mayat Wuhan dan pelbagai bukti menunjukkan bahawa jumlah kematian sebenar di Wuhan lebih 10 kali ganda daripada data rasmi.

Tinjauan seroepidemiologi oleh Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit China (CDC) pada 28 Disember tahun lalu menunjukkan bahawa hampir 500,000 orang di Wuhan telah dijangkiti virus pneumonia, iaitu 10 kali ganda jumlah kes yang disahkan secara rasmi.

Tesco Malaysia dijenamakan semula menjadi Lotuss Store

0

Selamat tinggal Tesco. Kini, rantaian jenama pasaraya terkemuka itu telah mengubah namanya kepada Lotuss Stores Malaysia.

Pengumuman mengenai perkara tersebut telah dibuat pada 15 Februari menerusi laman rasmi Tesco di Facebook.

Posted by Tesco Malaysia on Monday, 15 February 2021

Tesco Malaysia/Facebook

Malah pada 15 Februari, pengguna di Twitter juga sudah mula kecoh mengatakan mengenai penukaran nama ini sehingga ia menjadi isu yang trending.

Seorang pengguna turut berkongsi perubahan tersebut semasa dia menggunakan imbasan aplikasi MySejahtera di pasaraya terbabit.

@ChettiarShashi/Twitter

Tetapi apa sebabnya nama Tesco ditukar menjadi Lotuss ini ya?

Menurut laporan, Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd telah menjual perniagaannya kepada syarikat CP Group dari Thailand.

Suruhanjaya Persaingan Perdagangan Malaysia (MTCC) juga telah meluluskan pemerolehan Charoen Pokphand (CP) Tesco Lotus di Malaysia pada November 2020 lalu.

@nizamscx/Twitter

Difahamkan juga bahawa syarikat itu akan melakukan penjenamaan semula sepenuhnya pada akhir 2021.

Jadi tiada lagi Tesco selepas ini..