31.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024
UtamaKesihatan5 tahap jangkitan COVID-19, 88 peratus pesakit positif di Malaysia tidak bergejala...

5 tahap jangkitan COVID-19, 88 peratus pesakit positif di Malaysia tidak bergejala dengan hanya simptom ringan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan satu maklumat berkenaan 5 tahap jangkitan atau tanda-tanda COVID-19 yang berlaku kepada manusia.

Berikut adalah 5 tahap jangkitan COVID-19 tersebut.

Sekadar Gambar Hiasan / Unsplash

Tahap 1: Tidak bergejala 

Pada tahap 1, mereka yang dijangkiti tidak menunjukkan sebarang gejala atau tanda-tanda COVID-19. Mereka tidak mengalami batuk, selesema atau demam dan hanya kelihatan normal seperti orang lain.

Tahap 2: Bergejala ringan tanpa radang paru-paru 

Pada tahap ini, mereka yang dijangkiti akan menunjukkan simptom atau gejala COVID-19 seperti demam, batuk dan selesema. Tetapi mereka tidak mempunyai masalah berkaitan radang paru-paru.

Tahap 3: Bergejala dengan mengalami radang paru-paru 

Pada tahap ke-3, mereka yang dijangkiti masih menunjukkan gejala COVID-19. Tetapi ia ditambah dengan munculnya masalah berkaitan radang paru-paru.

Tahap 4: Bergejala, mengalami radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen 

Pesakit yang berada pada tahap ke-4 masih mempunyai gejala COVID-19 dan juga radang paru-paru seperti pada tahap ke-3. Namun, pada tahap ini, pesakit memerlukan bantuan oksigen untuk terus bernafas.

Tahap 5: Pesakit bergejala kritikal dengan memerlukan rawatan intensif di Unit Rawatan Rapi (ICU)

Pada tahap ini, pesakit sudah berada pada satu tahap jangkitan yang kritikal. Ini kerana banyak organ lain dalam tubuh sudah mula terjejas dan berada dalam keadaan yang kritikal akibat jangkitan virus COVID-19, dengan memerlukan rawatan intensif di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Kementerian Kesihatan Malaysia / Facebook

Peratusan pesakit COVID-19 di Malaysia mengikut tahap jangkitan.

Menurut laporan KKM, sebanyak 88% daripada mereka yang telah dijangkiti berada pada Tahap 1 dan Tahap 2. Ini jelas menunjukkan kebanyakan daripada pesakit tahap jangkitan ini sama ada tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda COVID-19 atau hanya menunjukkan gejala yang ringan seperti demam dan batuk.

7% peratus daripada keseluruhan pesakit semasa pula berada pada Tahap 3 dan Tahap 4. Manakala sebanyak 5% daripada baki jumlah keseluruhan pesakit berada pada Tahap 5.

Kebanyakan pesakit yang berada pada Tahap 1 dan 2 tidak menyedari bahawa mereka telah dijangkiti virus COVID-19. Walaupun mengalami gejala COVID-19 seperti batuk dan demam, mereka mungkin beranggapan ia adalah sekadar batuk dan demam biasa sahaja.

Oleh sebab itu, mereka lebih cenderung untuk mengabaikannya dan hanya melakukan saringan apabila menyedari menjadi kontak rapat dengan individu yang didapati positif COVID-19.

Mereka yang tidak mempunyai sebarang gejala inilah yang bergerak ke sana ke sini dan bergaul dengan individu lain di tempat-tempat awam.

Penularan wabak COVID-19 menjadi lebih mudah dan pantas untuk disebarkan kepada orang lain. 

Golongan ini tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya telah dijangkiti dan seterusnya menyebarkan virus tersebut kepada orang lain.

Sekadar Gambar Hiasan / Unsplash

Atas sebab itu, kerajaan berulang kali menyeru agar semua rakyat di negara ini untuk terus menjaga penjarakan fizikal antara satu sama lain dan memakai pelitup muka di tempat awam.

Ini kerana anda mungkin tidak tahu jika individu yang berada di sebelah anda ketika berada di pasar atau tempat awam yang lain adalah pembawa COVID-19.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah salah satu langkah pencegahan awal untuk mengelakkan lebih ramai individu daripada dijangkiti COVID-19.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI