Kehadiran cahaya mata sememangnya melengkapi pasangan yang sudah berumah tangga. Selain membahagiakan, ia juga boleh mengeratkan kasih sayang sesama pasangan.
Pastinya para suami isteri di luar sana berasa sangat teruja apabila mendapat berita baik tersebut dan tidak sabar untuk lakukan pengimbasan pada bayi di dalam perut.

Ia tentunya menjadi kenangan terindah! Baru-baru ini, tular satu video daripada aplikasi TikTok yang menunjukkan imej imbasan bayi.
Video itu dikongsi sendiri oleh wanita berkenaan yang berasa lucu apabila mendapati gaya bayi di dalam perutnya sama seperti gaya suaminya ketika tidur.

Belum lahir lagi sudah sama macam bapa, pandai pula angkat sebelah tangannya dan letakkan di atas dahi. Persis si bapa..

Sama bukan? Wanita itu difahamkan telah membuat rakaman video ketika dia di klinik bagi mengimbas bayinya.
Pasrah sahaja si ibu apabila mendapati bayinya sudah mengikuti ‘jejak’ bapanya walaupun masih di dalam perut. Bapa borek, anak rintik!
Pilihan Editor: