Pau merupakan antara hidangan yang digemari rakyat Malaysia. Diperbuat daripada tepung dan yis, kuih yang berasal dari China ini kemudian akan diuli dan dibentukkan.
Intinya pula terdiri daripada pelbagai variasi – sama ada manis, pedas, berdaging mahupun sayur-sayuran. Memang sedaplah makan ketika panas.
Masyarakat kita juga sudah menjadi semakin kreatif dalam membentukkan pau menjadi bentuk yang lebih menarik.
Ada pau berbentuk cendawan, jagung, durian dan bermacam-macam lagi, termasuklah perkongsian oleh pengguna Facebook ini.
Menggunakan nama akaun PeiFoon Sim, pengguna terbabit juga ada berkongsi hasil pau yang dibuat sendiri olehnya.
Menurut PeiFoon, anaknya telah meminta pau berbentuk arnab yang berdiri sambil memegang lobak merah. Fuh, rumit juga mahu hasilkan permintaan anaknya itu.
Namun pengguna itu hanya tahu menghasilkan bentuk arnab yang memegang lobak merah sambil berbaring. Menjadi jugalah nampaknya.
Turut dihasilkan wanita itu adalah pau berbentuk seekor ikan emas, lobak merah dan muka arnab. Memang comel sangat..
Akan tetapi, usai sahaja pau itu siap dikukus, pau berbentuk ikan emas itu kemudiannya menjadi bahan jenaka dan tawa wanita itu.
Anda lihatlah sendiri hasilnya, daripada ini :
Bertukar menjadi ini :
Mulanya cantik tetapi ia berubah menjadi seekor ikan emas yang obesiti. Tidak mengapalah, asalkan sedap bukan?