Selamat tinggal Tesco. Kini, rantaian jenama pasaraya terkemuka itu telah mengubah namanya kepada Lotuss Stores Malaysia.
Pengumuman mengenai perkara tersebut telah dibuat pada 15 Februari menerusi laman rasmi Tesco di Facebook.
Posted by Tesco Malaysia on Monday, 15 February 2021
Tesco Malaysia/Facebook
Malah pada 15 Februari, pengguna di Twitter juga sudah mula kecoh mengatakan mengenai penukaran nama ini sehingga ia menjadi isu yang trending.
Seorang pengguna turut berkongsi perubahan tersebut semasa dia menggunakan imbasan aplikasi MySejahtera di pasaraya terbabit.
Tetapi apa sebabnya nama Tesco ditukar menjadi Lotuss ini ya?
Menurut laporan, Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd telah menjual perniagaannya kepada syarikat CP Group dari Thailand.
Suruhanjaya Persaingan Perdagangan Malaysia (MTCC) juga telah meluluskan pemerolehan Charoen Pokphand (CP) Tesco Lotus di Malaysia pada November 2020 lalu.
Difahamkan juga bahawa syarikat itu akan melakukan penjenamaan semula sepenuhnya pada akhir 2021.
Jadi tiada lagi Tesco selepas ini..