28.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, December 11, 2024
UtamaGlobalKenyataan penuh Donald Trump selepas dibebaskan dalam perbicaraan pendakwaan kali kedua

Kenyataan penuh Donald Trump selepas dibebaskan dalam perbicaraan pendakwaan kali kedua

Bekas Presiden Donald Trump membuat kenyataan setelah Senat undi untuk membebaskannya dalam perbicaraan pendakwaan kali kedua dengan keputusan undi 57-43.

Bekas Presiden Donald Trump di Washington pada 6 Januari 2021. (Lisa Fan/The Epoch Times)

Kenyataan penuh Donald Trump adalah seperti berikut:

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan peguam berdedikasi dan yang lain atas kerja keras mereka dalam menegakkan keadilan dan mempertahankan kebenaran.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga ditujukan kepada semua Senator dan Ahli Kongres Amerika Syarikat yang berdiri teguh dan berbangga dengan Perlembagaan yang kita semua hormati dan berpegang kepada prinsip murni undang-undang negara yang kita kasihi.

Perlembagaan Republik yang kita hargai diasaskan kepada kedaulatan undang-undang yang tidak berat sebelah, pelindungan yang sangat diperlukan demi kebebasan, hak kita dan kemerdekaan kita.

Ini adalah komen yang menyedihkan di zaman kita bahawa satu parti politik di Amerika Syarikat diberi jalan bebas untuk mencemarkan kedaulatan undang-undang, memfitnah penegak undang-undang, menyokong penyangak, membiarkan perusuh, dan mengubah keadilan menjadi alat dendam politik, dan menganiaya, menyenarai hitam, membatal dan menekan semua orang, dan berpandangan berat sebelah dengan sesiapa atau yang mereka tidak setuju. 

Saya selalu, dan akan selalu, menjadi juara bagi kedaulatan undang-undang yang tidak digoyah, wira penguatkuasaan undang-undang, dan mempertahan hak rakyat Amerika Syarikat untuk membahaskan isu-isu hari ini dengan aman dan terhormat tanpa sebarang niat jahat dan unsur kebencian.

Ini merupakan satu lagi fasa pencarian kesalahan terbesar dalam sejarah negara kita. Tidak ada presiden yang pernah melaluinya sebelum ini, dan ia akan berterusan kerana pencabar kita tidak dapat melupakan hampir 75 juta rakyat, jumlah tertinggi untuk kerusi presiden, yang memilih kita beberapa bulan yang lalu.

Saya juga ingin menyampaikan rasa terima kasih kepada jutaan warga yang berjiwa murni, bekerja keras, dan patuh kepada undang-undang, Tuhan dan Negara yang telah berani menyokong prinsip-prinsip penting ini dalam masa-masa yang sangat sukar lagi mencabar.

Gerakan kita semua yang bersejarah, patriotik dan indah untuk ‘Jadikan Amerika Kembali Hebat’ baharu sahaja bermula. Pada bulan-bulan yang akan datang, saya akan berkongsi dengan anda, dan saya berharap dapat meneruskan perjalanan luar biasa ini bersama-sama anda untuk mencapai kehebatan Amerika Syarikat untuk semua rakyat. Tiada yang akan serupa dengannya!

Kami akan mempunyai banyak tugas di masa hadapan, dan tidak lama lagi kita akan muncul dengan visi untuk masa depan Amerika Syarikat yang lebih cerah, penuh sinar, dan tanpa batasan.

Bersama-sama maka tiada apa yang tidak dapat kita capai.

Kita akan kekal satu Warga, satu keluarga, dan satu bangsa yang mulia di bawah prinsip Tuhan, dan adalah menjadi tanggungjawab kami untuk memelihara warisan yang luar biasa ini demi anak-anak kami dan demi generasi Amerika Syarikat yang akan datang.

Semoga Tuhan memberkati anda semua, dan semoga Tuhan memberkati Amerika Syarikat selamanya.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI