26.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 11, 2025
Utama Blog Laman 390

Dari awan biru ke kuali burger, pramugara Malaysia Airlines beralih ke perniagaan burger di rumah untuk terus hidup

0

Pandemik COVID-19 banyak memberikan kesan buruk kepada umat manusia, khususnya dalam bidang penerbangan.

Perjalanan penerbangan disekat dan hampir lumpuh, menyebabkan ramai juruterbang dan pekerja syarikat penerbangan yang lain terpaksa diberhentikan.

Hakikat itu disedari oleh seorang pramugara, Zakaria Abu Saim yang sudah berkhidmat untuk Malaysia Airlines selama 27 tahun.

Dia walau bagaimanapun, bersyukur kerana masih terus bekerja sungguhpun jumlah penerbangan telah berkurang secara drastik. Sebagai ketua keluarga, dia merasakan pendapatannya tidak mencukupi.

“Kedua ibu bapa saya berpengalaman dalam industri makanan dan minuman (F&B) kerana mereka pernah bekerja di hotel”, kata anak Zakaria, Tilla Hanna.

Pada bulan November tahun lalu, Zakaria difahamkan telah mula menjual nasi lemak di kawasan Kota Kemuning dan ianya mendapat sambutan penduduk di sana.

Kemudian, idea menjual burger mula disuarakan oleh adik kepada Tilla. Makanya kedua ibu bapa mereka akhirnya bersetuju dan mula membuka gerai burger di kawasan rumah mereka.

Menurut Tilla, burger dipilih memandangkan keluarga amat menggemari burger dan sering kali bereksperimentasi dengan resipi burger di rumah.

“Saya tidak pasti kenapa dan bila kami tertarik dengan burger tetapi saya masih ingat makan banyak burger yang dibuat sendiri di rumah ketika kecil dahulu”.

Setelah mengambil kira pelbagai faktor – kos operasi, pembelian peralatan, penyelidikan dan pembangunan, akhirnya gerai burger mereka dibuka pada Disember 2020.

Sambutan pada mulanya agak perlahan, malah ramai jiran mereka tidak menyedari bahawa terdapat gerai burger di rumah mereka.

Namun kini, gerai mereka berjaya menjual 40 biji burger secara puratanya pada setiap hari. Kenaikan jualan burger membuatkan dapur rumah mereka turut diperbesarkan untuk memenuhi permintaan burger yang kian bertambah.

“Setiap daripada kami mempunyai peranan masing-masing agar proses perniagaan kami ini berjalan dengan lancar”, kata Tilla lagi.

Zakaria akan mengendalikan akaun media sosial Bay-6 Burger dan pelanggan manakala ibunya pula menguruskan operasi gerai dan menyediakan bahan mentah untuk burger.

Adik kepada Tilla pula bertindak sebagai cef, memasak dan menyediakan burger sementara Tilla berperanan untuk membantu bapanya menyimpan rekod dan menolong adiknya membungkus burger.

Istimewanya, daging burger yang dibuat sendiri ini terdiri daripada daging yang berkualiti. Tambahan pula, terdapat penambahan kombo burger baru setiap bulan membuatkan pelanggan tertarik.

 Jelas Tilla, sungguhpun bapanya kelak akan kembali bertugas seperti biasa namun ibu bapanya mahu mereka meneruskan perniagaan itu.

“Kami akan terus mengoperasikan Bay-6 Burger di rumah dan mungkin akan mengubah menu kami bergantung kepada permintaan pelanggan selepas pandemik”.

Jika anda teringin merasai keistimewaan burger mereka, dapatkannya di alamat ini :

Bay-6 Burger
11, Jalan Anggerik Aranda 31/19
Kota Kemuning
40460 Shah Alam
Selangor

Atau anda boleh lihat menu Bay-6 Burger di laman Facebook mereka dan memesan makanan anda menerusi nombor Whatsapp ke 013-6351518.

Ayah ini sentuh hati ramai bila hadiah anak kesayangan ‘kerusi gaming’ baharu, sambil tidak lupa pesan jangan terleka bila rasa lebih selesa

0

Buat golongan muda, bermain permainan video sudah pasti menjadi aktiviti paling popular kini kerana jika anda berusaha keras, tekun dan mahir, ia mampu menjadi satu kerjaya profesional yang lumayan.

Ramai yang sanggup berbelanja ratusan hingga ribuan ringgit semata-mata ingin memiliki set permainan video idaman masing-masing.

Hobi bermain ‘game’ yang boleh membuat ibu bapa menjadi bising tidak tentu pasal jika tidak gaya. Namun tidak bagi ayah yang seorang ini, kerana dia benar-benar menyokong hobi anak lelaki kesayangannya.

kighito/Twitter

Dalam satu rakaman video yang tular di Twitter, seorang ayah mengejutkan anaknya yang sedang leka bermain ‘game’ dalam keadaan tidak selesa kerana dia hanya duduk di atas kerusi kayu yang biasa.

kighito/Twitter

Oleh kerana kasihan melihat anaknya yang cekap bermain ‘game’ dan ayah ini juga seronok melihatnya, maka dia mahu memberikan kejutan yang akan membangkitkan keterujaan kepada anaknya, juga kepada sesiapa sahaja termasuk para netizen yang melihat.

Si ayah masuk ke bilik anak lelaki kesayangannya dengan lembut lantas menutup matanya untuk memberikan kejutan hadiah berupa sebuah ‘kerusi gaming’ yang baharu dan sudah pasti lebih selesa.

kighito/Twitter

Setelah satu bungkusan kotak diserahkan kepada anak ini, dia terus membuka kotak itu dan wajahnya terus manis tersenyum lebar melihat bungkusan set ‘kerusi gaming’ berwarna merah dan hitam yang cantik.

kighito/Twitter

Spontan anak ini melompat dan memeluk ayahnya dengan teruja. Mereka berdua tersenyum gembira dalam momen yang begitu berharga.

kighito/Twitter

Kemudian si ayah didukung oleh anak lelaki tersayang yang begitu seronok menerima hadiah ‘kerusi gaming’ itu.

kighito/Twitter

“Terima kasih, Ayah!” kata anak bertuah ini.

kighito/Twitter

Sambil si anak melihat semua bahagian ‘kerusi gaming’ yang akan dipasang sendiri itu, si ayah sempat berpesan kepadanya supaya jangan terleka apabila sudah berasa lebih selesa ketika bermain ‘game’ nanti.

“Baharulah best main game, tapi jangan leka tinggal solat,” pesan ayah.

kighito/Twitter

Memang rasa tersentuh hati dan terharu apabila mendapat bapa penyayang yang sentiasa memberi sokongan kepada anak-anak yang sebegini, tidak kira apa juga hobi dan minat mereka.

kighito/Twitter

@IsskndarAriffin/Twitter

Menerusi video yang dimuat naik di laman Twitter oleh @IsskandarAriffin, dapat dilihat bagaimana seorang budak lelaki yang sedang diajar oleh gurunya di dalam sebuah kelas menjadi sangat kecewa dengan ‘otaknya’ sehinggakan dia sanggup mencubit dahinya dengan harapan agar otaknya berfungsi ketika dia mahu mengira nombor.

“Aduh, kenapa otakku ini?” luah budak lelaki itu dengan kecewa sambil menangis di awal video.

@IsskandarAriffin/Twitter

Selepas diminta untuk tenang dan mengira semula, budak itu dengan tenang cuba untuk mengira dari nombor satu sehingga akhirnya dia ‘tersekat’ lagi di nombor yang kesebelas.

Kelihatannya, budak lelaki ini hanya lancar mengira dari nombor satu sehingga nombor sepuluh sahaja. Selepas dari nombor sepuluh, budak ini mula berasa gundah kerana ‘otaknya’ tidak memberi kerjasama dalam mengingati urutan nombor.

@IsskandarAriffin/Twitter

Lucu betul!

Tidak cukup dengan menyalahkan otak, budak lelaki ini juga turut menyalahkan mulutnya di saat 0:50 video selepas dia sekali lagi gagal mengingat urutan nombor!

@IsskandarAriffin/Twitter

“Harus bangun kau otak, harus bangun!” ujar budak lelaki ini dengan kecewa sambil mengetuk dahinya selepas dia membuat kesalahan dengan menyebut nombor sebelas sebagai “satu belas”.

Memang terhibur betul menonton video ini. Kami pasti, sesiapa yang menontonnya juga akan ketawa apabila menyaksikan gelagat spontan dan lucu budak lelaki ini!

Sehingga entri ini dihasilkan, kiriman ini telah pun meraih sehingga lebih dari 17,200 retweet, lebih dari 12,500 sukaan dan 216 komen dari warganet yang jelas terhibur.

@IsskandarAriffin/Twitter
@IsskandarAriffin/Twitter

Memang lucu benar video budak lelaki yang cuba untuk mengira ini. Tidak mengapalah adik, kami pasti selepas beberapa cubaan menghafal, kamu pasti akan berjaya!

Pilihan Editor:

15 orang penghantar makanan Foodpanda diperdaya untuk menghantar makanan berjumlah kira-kira RM500 ke satu lokasi yang sama

0

Syarikat Bateriku.com baru-baru ini mendapat perhatian ramai selepas 15 orang penghantar makanan Foodpanda ‘diperdaya’ dalam masa yang sama dengan pesanan makanan yang meletakkan alamat syarikat berkenaan dalam tempahan pesanan.

MC Studio/Facebook

Menurut kiriman MC Studio di laman Facebook, kesemua 15 orang penghantar makanan dari Foodpanda itu diminta untuk menghantar pelbagai jenis makanan dan minuman yang bernilai kira-kira RM500 sedangkan tiada seorang pun pekerja di syarikat itu yang membuat pesanan pada waktu itu.

MC Studio/Facebook
MC Studio/Facebook

Disamping itu, semua pesanan yang ditempah itu juga diletakkan pilihan bayaran tunai semasa penerimaan sekaligus menyebabkan perkara ini menjadi masalah besar kepada kedua-dua buah syarikat yang terlibat.

Disebabkan hal itu, pihak Bateriku.com dan Foodpanda telah bekerjasama untuk menyelesaikan masalah ini dan masing-masing bersetuju untuk tidak mengenakan apa-apa caj kerana perkara ini dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

MC Studio/Facebook
MC Studio/Facebook

Terdahulu, tular di internet apabila seorang pekerja kontrak di syarikat Bateriku.com telah digantung perkhidmatan disebabkan kiriman yang mendakwa seorang penghantar makanan telah mencuri secawan air minuman yang dibeli olehnya melalui aplikasi GrabFood.

Sehubungan kes itu, pihak Bateriku.com telah memohon maaf kepada orang ramai berikutan tingkah laku tidak sopan daripada pekerja tersebut sebelum siasatan dalaman dijalankan terhadap pekerja terbabit.