Mana ada ibu bapa di dunia ini yang tidak sedaya upaya cuba untuk memenuhi permintaan anak-anaknya bukan?
Terutamanya buat anak kecil. Lumrahlah anak yang masih kecil meminta untuk dibawa berjalan dan melawat ke tempat-tempat menarik seperti zoo ataupun pameran hidupan akuatik.
Itulah permintaan oleh seorang kanak-kanak lelaki dari Singapura, yang meminta agar bapanya, Radee Ibrahim membawanya ke Sentosa Aquarium.
Malangnya, Radee tidak mempunyai bajet lebih untuk membawa anaknya ke sana. Namun, bapa kreatif itu punyai cara tersendiri untuk memenuhi permintaan anaknya.
“Anak saya mahu lihat ikan di Sentosa Aquarium. Bajet saya pula tidak mencukupi jadi saya bawanya ke pasar sahaja untuk melihat ikan”, tulis Radee di Facebook.
Tambah Radee, anaknya yang pelik ada juga bertanya mengapa ikan-ikan di situ tidak lagi bergerak dan jawapannya ringkas sahaja, “Semua ikan sedang tidur”.
JAKARTA – Indonesia meletup dan menenggelamkan empat kapal nelayan Vietnam yang memasuki perairan negara itu secara haram di perairan Pulau Datok, Kalimantan Barat pada 25 Mac, demikian kenyataan seorang pegawai.
Pemangku Pengarah Pengendalian Pelanggaran Kementerian Hal Ehwal Maritim dan Perikanan Nughroho Aji berkata, keempat-empat kapal nelayan haram dari Vietnam itu memiliki badan kapal dengan nombor bilangan BV 5248 TS (90GT), BV 5688 TS (80GT), Suria Timur (105GT), dan KG 93255 TS (115 GT).
“Kapal-kapal itu ditahan oleh pasukan maritim kerana menangkap ikan secara haram di perairan Indonesia,” kata Aji.
Ketua Pegawai Pendakwa Tinggi Kalimantan Barat, Masyhudi pula berkata tindakan menenggelamkan semua kapal berkenaan dilakukan sebagai langkah pencegahan dan pemberitahuan kepada pemilik kapal dan nelayan negara lain yang menceroboh perairan Indonesia untuk menangkap ikan secara haram.
“Penenggelaman semua kapal dilakukan berdasarkan keputusan yang telah ditetapkan oleh mahkamah menurut peruntukan undang-undang,” tambah Masyhudi.
Indonesia turut mengumumkan rancangan untuk menenggelamkan beberapa kapal penangkap ikan haram yang telah ditahan dan dirampas, iaitu 10 kapal di Natuna (wilayah Kepulauan Riau), tiga di Merauke (wilayah Papua), masing-masing satu di Nunukan (wilayah Kalimantan Utara), Bitung (wilayah Sulawesi Utara) dan Batam (wilayah Kepulauan Riau).
SHAH ALAM – Polis memanggil seorang guru untuk direkod keterangan pada 26 Mac, berhubung isu video tular yang memaparkan wanita itu mencampak seorang kanak-kanak yang juga anak muridnya ketika sesi pembelajaran.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, wanita itu dipanggil selepas menerima laporan daripada ibu kepada murid itu.
“Saya sahkan laporan polis telah dibuat oleh ibu kanak-kanak berkenaan dan kes dalam siasatan,” katanya.
Menurut Baharudin, kes itu disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Jika sabit kesalahan, guru itu boleh dikenakan denda maksimum RM20,000 atau penjara sehingga 10 tahun, atau kedua-duanya.
Video berdurasi 10 saat yang dimuat naik di Facebook My Kuala Langat itu menjadi tular apabila ia memaparkan seorang guru wanita mengangkat seorang kanak-kanak lelaki sebelum mencampak mangsa ke lantai.
Antara acara tahunan yang sering ditunggu ramai terutama mereka yang ‘kaki membeli-belah’ ialah sambutan hari jadi platform membeli-belah, Lazada. Pastinya banyak acara menarik dilangsungkan dan apa yang paling tidak sabar pastinya diskaun yang diberikan!
Acara sambutan ulang tahun Lazada telah bermula semalam, 26 Mac bermula jam 9 malam di mana berlangsungnya konsert secara maya oleh artis terkenal Hollywood, Katy Perry serta kumpulan NCT Dream dari Korea.
Apa yang menariknya pada tahun ini ialah apabila Lazada menghantar kek ulang tahun mereka kepada semua syarikat jenama terkenal di Malaysia.
@lazada_my (Instagram)
Menurut Instagram rasmi mereka, Lazada telah memuat naik beberapa keping gambar kek ulang tahun yang telah diberikan kepada beberapa jenama terkenal seperti Touch&Go, Realme, Boost dan Shopee.
Dalam banyak-banyak kek, netizen lebih tertarik pada kek yang diberikan kepada Shopee yang merupakan pesaing mereka sebagai platform membeli-belah. Kek tersebut kelihatan jauh lebih besar dan cantik berbanding kek lain yang diberikan kepada syarikat lain.
“Selamat ulangtahun … tetapi mengapa kek untuk Shopee jauh lebih besar dan lebih hebat daripada Touch & Go dan yang lain-lain?” tanya netizen dengan emoji ketawa.
Selepas menerima hadia istimewa tersebut Shopee kemudian membalas dengan menyiarkan ucapan terima kasih dengan ucapan selamat ulang tahun kepada pesaing mereka, Lazada di Facebook.
Apa yang paling ‘best’ bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-9 Lazada, pihak Shopee turut memberikan baucar RM9 eksklusif untuk semua pengguna dengan menggunakan kod HAPPY9BDAY273 pada Hari Membeli-belah 4.4 Mega nanti!
Pengalaman terkurung dalam tandas merupakan insiden yang biasa berlaku. Namun, bayangkan sekiranya anda terkurung di dalam tandas dan tiada sesiapa di rumah yang boleh membantu menyelamatkan anda. Lebih mengharukan keadaan apabila telefon bimbit juga tertinggal di luar tandas.
Baru-baru ini, seorang ibu telah melalui peristiwa pahit terkurung di dalam tandas bersama anak-anaknya selama tujuh jam! Tempoh yang sangat lama ditambah pula ruang yang kecil pasti membuatkan anak-beranak ini terseksa dan buntu.
Menurut perkongsian Safra Hussain di Facebook, situasi tersebut boleh diibaratkan seperti mimpi ngeri dan tidak boleh digambarkan dengan kata-kata.
Menurut Safra, kejadian mengerikan ini berlaku pada tanggal 16 Mac lalu di dalam bilik air di bilik tidur utama kediamannya yang terletak di Damansara Damai, Selangor.
Dilaporkan ibu kepada dua orang anak itu dan suaminya telah berpindah ke rumah berkenaan selama tiga bulan. Pada hari kejadian, dia sedang memandikan kedua-dua anak perempuannya dan ingin menyiapkan anak sulung untuk dihantar ke tadika.
“Selepas selesai semuanya, pintu bilik air tiba-tiba tak boleh dibuka. Baru sedar terkunci dari dalam, macam-macam usaha dilakukan untuk buka pintu sampai penyangkut tuala pun saya cabut untuk ketuk tombol tapi sia-sia”.
Setelah semua usaha untuk menyelamatkan diri dan anak-anak gagal, Safra melihat anak sulungnya itu sudah semakin lemah akibat kelaparan dan kesejukan.
Lebih menyayat hati lagi apabila Safra menyatakan bahawa anaknya itu bukanlah seorang yang tidak tahan sejuk. Malah, setiap malam anaknya itu akan tidur tanpa menggunakan selimut meskipun penghawa dingin dipasang.
“Anak sulung saya memang suka sejuk sampai tidur tak pakai selimut walaupun dipasang penghawa dingin. Katanya tak sejuk. Tapi bila dia cakap sejuk, luluh hati saya sebab itu tandanya dia betul-betul sejuk”.
“Tangan dia pun dah nampak putih, jari-jari pun dah kecut. Bila dia lapar, saya suruh dia minum air heater dulu. Anak bongsu saya berusia dua tahun menyusu dengan saya dalam bilik air”.
Safra turut menjerit meminta pertolongan dengan harapan ada orang yang mendengar jeritannya sehinggakan dia menjadi tidak terdaya lalu tertidur di dalam bilik air tersebut.
Suami Safra yang tiada di rumah dan berada di tempat kerja turut merasa bimbang setelah mendapati isterinya tidak menjawab panggilan telefon.
“Rutin saya adalah menghantar mesej kepada suami setiap kali menghantar anak ke tadika. Sudahlah saya senyap dari pagi, mesej tak hantar, suami telefon banyak kali tak jawab. Pukul 4.30 petang suami pergi ambil anak di tadika tapi anak tiada di sekolah. Dia sangka saya tertidur tapi cikgu kata anak tak datang sekolah. Suami saya jadi risau, cepat-cepat nak balik rumah”.
Jelas Safra lagi, dia hanya tersedar dari tidurnya setelah mendengar bunyi ketukan pintu tandas dan suara suami memanggil namanya. Suami Safra dikatakan terpaksa memecahkan pintu berkenaan kerana ianya tidak boleh dibuka dari luar. Sebaik sahaja melihat bapa mereka berada di depan pintu, anak-anak terus menangis.
Selepas kejadian pahit ini, mereka sekeluarga menjadi fobia dan takut untuk masuk ke bilik air. Oleh itu, dia dan suaminya membiarkan pintu tandas itu tidak bertombol. Lebih menyayat hati apabila melihat anak sulungnya yang akan memakai baju sejuk setiap kali masuk ke bilik air.
Semoga insiden yang berlaku kepada Safra dan anak-anaknya ini dapat kita jadikan iktibar supaya selalu membawa telefon walau ke mana sahaja.
Servis penghantaran makanan merupakan satu perkara normal dalam kalangan masyarakat seluruh dunia.
Di Malaysia, perkhidmatan ini bukan sahaja boleh didapati di bandar-bandar utama tetapi juga dilihat di kawasan bandar kecil.
Jadi, tidak hairanlah jika kita melihat para penghantar makanan di jalan raya dan juga berdekatan dengan restoran ataupun medan selera yang sedang menunggu pesanan siap dimasak untuk dihantar kepada pelanggan.
Mereka juga sangat komited dalam menjalankan tugas agar dapat memberikan perkhidmatan yang cepat mengikut tempoh yang ditetapkan.
Baru-baru ini, telah tular sebuah video memaparkan gelagat seorang abang Foodpanda di litar motocross telah mencuri perhatian warganet.
Video pendek berdurasi 7 saat itu telah dikongsikan di laman Twitter pada 22 Mac lalu dan sehingga kini berjaya meraih 10.5K tanda suka dan 9,600 retweet.
Video yang dikongsikan oleh pengguna Twitter dikenali sebagai @anthraxxxx memaparkan gelagat seorang abang Foodpanda yang sedang memecut laju di laluan yang terletak bersebelahan dengan trek motocross tersebut.
Meskipun abang Foodpanda ini tidak berlumba secara serius, namun aksinya di litar berkenaan membuatkannya kelihatan seperti ingin berlumba dengan peserta motocross di situ.
Penularan video ini membuatkan warganet memberikan pelbagai reaksi kagum dan memuji abang Foodpanda berkenaan. Antara komen yang diberikan adalah:
“Hahaha masa ini lah orang nak pesan makanan”.
“Aku mati-mati ingat dia pun nak berlumba sekali”.
“Orang yang pesan makanan tengah berlumba pun Foodpanda boleh saing-saing ikut untuk hantar pesanan, berkebolehan”.
Kebelakangan ini, ramai ahli politik dikritik oleh orang ramai ekoran tidak mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan, terutamanya ketika menghadiri majlis perkahwinan.
Sedangkan mereka adalah pemimpin kerajaan yang sepatutnya mematuhi undang-undang itu sendiri serta menjadi contoh buat orang awam.
Terbaharu, netizen mula memberi perhatian terhadap majlis resepsi perkahwinan anak perempuan kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham yang berlangsung di Putrajaya.
Ini berikutan beberapa foto dimuat naik di media sosial menunjukkan beliau sekeluarga dilihat bergambar tanpa memakai pelitup muka dan tidak menjaga jarak fizikal.
Foto itu kemudian mendapat perhatian seorang pengguna Twitter, @zack_rockstar yang sempat bertanya kepada Dr Noor Hisham mengapa ianya berlaku.
Tahniah @DGHisham dapat menantu tapi kenapa macam takde SOP? Facemask tak pakai penjarakan sosial pun takde nampaknya. pic.twitter.com/JbxvOCovnC
Tidak lama selepas itu, Dr Noor Hisham kemudian menjawab dan menjelaskan bahawa majlis itu hanya dihadiri oleh ahli keluarganya tanpa orang luar dan foto itu hanya diambil seketika.
Malah personaliti televisyen, Fedtri Yahya yang menjadi hos ketika majlis itu turut mengesahkan perkara yang sama.
“Semua anak menantu dan cucunya. Ini majlis yang sangat menjaga SOP. Jemputan tak sampai 100. 90% ahli keluarga”.
Menurut pengguna Twitter tersebut, isu itu ditimbulkan kerana dia mahu jawapan Dr Noor Hisham dirujuk oleh orang awam yang ingin mengadakan majlis perkahwinan.
Ini kerana banyak isu terkait dengan berat sebelah apabila ia melibatkan kepatuhan SOP oleh ahli politik, menteri dan pemimpin tertinggi kerajaan.
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dalam satu kenyataan di Facebook memandang serius akan tindakan seorang lelaki yang meninggalkan sampah di tempat letak kenderaan di negeri itu.
“Kelakuan seorang lelaki yang membuang sampah yang banyak dari keretanya ke atas jalan raya amatlah dikesali dan ia tidak sepatutnya berlaku”.
Menerusi satu video pendek yang turut dilampirkan, lelaki tersebut kelihatan sedang membersihkan kereta jenis Perodua Bezza dan sampah hanya dibiarkan di atas jalan.
Setelah selesai, lelaki itu masuk ke dalam kereta dan secara terang-terangan membuang sisa sampah ke luar tingkap.
Kejadian itu dikatakan berlaku di Jalan Masjid Kapitan Keling, berhampiran dengan Kuil Dewi Mercy di George Town.
Jelas MBPP, tindakan itu akan didakwa di bawah Seksyen 47(1)(e) Akta Parit, Jalan dan Bangunan 1974. Jika sabit kesalahan, individu boleh didenda sehingga RM500.
Untuk sabitan kali kedua atau seterusnya, individu yang didapati bersalah boleh didenda sehingga RM1,000.
Hidup dengan norma yang baru merupakan gaya hidup masyarakat dunia masa kini berikutan pandemik COVID-19 yang melanda.
Pergerakan terbatas, kita juga tidak boleh bergaul bebas seperti sebelumnya. Malah jarak perlu dijaga selain pemakaian pelitup muka dan juga cecair sanitasi boleh dikatakan wajib.
Jika ke tempat awam, sering kali ianya dilengkapi dengan cecair pembasmi kuman tidak kiralah yang automatik ataupun tidak.
Baru-baru ini, tular satu video lucu menunjukkan hasil inovasi seorang lelaki yang mencipta botol pam cecair sanitasi automatik.
Video itu dimulakan dengan kekurangan dalam menggunakan botol pam cecair sanitasi yang biasa, di mana kita perlu memicitnya.
Oleh kerana itulah, dia mendapat idea untuk mencipta botol cecair sanitasi yang akan keluar dengan sendirinya menggunakan pengesan atau sensor haba tangan manusia.
Lelaki itu yang pada mulanya kelihatan agak yakin dengan ciptaanya, berubah menjadi agak terkejut dan tidak dapat mengawal botol pam cecair sanitasi automatiknya.
Ternyata ciptaannya itu gagal berfungsi seperti apa yang diharapkan. Insiden lucu itu ternyata mengundang pelbagai komen pengguna lain, antaranya :
Ya. Hanya sekali guna saja, ia boleh sanitasi seluruh bilik.
Kamera ‘dashcam’ kini merupakan satu kemestian buat pengguna jalan raya kerana segalanya dirakamkan jika berlaku apa-apa.
Penggunaannya juga amat penting untuk dijadikan bukti yang dikemukakan kepada pihak berkuasa jika berlaku kemalangan, kesalahan atau jenayah lalu lintas dan pelbagai lagi.
Itulah yang berlaku pada satu video yang tular di media sosial baru-baru ini. Saksikannya di bawah :
Ia mengakibatkan kereta Wira yang tiba daripada belakang tidak sempat mengelak dan melanggar Kelisa terbabit. Terangkat dan hampir terbalik Wira itu dibuatnya.
Namun apa yang menjadi buah mulut netizen adalah perbualan wanita-wanita itu di dalam kereta. Ini kerana mereka bukan main rancak berbual sebelum itu.
‘Perbincangan’ mereka masih diteruskan walaupun sudah melepasi lokasi insiden
“Mabuk ke apa akak ni?”, soal salah seorang daripada mereka. Mujurlah mereka tidak terlibat dengan kemalangan.
“Apa pasal macam gitu Mai?”, soal salah seorang daripada mereka yang mungkin mahu memahami mengapa agaknya kereta Kelisa terbabit dipandu sebegitu rupa.
“Mana aku tahu, dia yang bawa (pandu)”, jawab rakannya. Betul juga, tiada siapa yang tahu mengapa melainkan si pemandu itu sendiri.
Lucu sungguhlah mak cik-mak cik dalam rakaman ini. Apa pun, jaga keselamatan masing-masing dan pandulah kenderaan secara berhemah ya!