Kebelakangan ini, ramai ahli politik dikritik oleh orang ramai ekoran tidak mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan, terutamanya ketika menghadiri majlis perkahwinan.
Sedangkan mereka adalah pemimpin kerajaan yang sepatutnya mematuhi undang-undang itu sendiri serta menjadi contoh buat orang awam.
Terbaharu, netizen mula memberi perhatian terhadap majlis resepsi perkahwinan anak perempuan kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham yang berlangsung di Putrajaya.

Ini berikutan beberapa foto dimuat naik di media sosial menunjukkan beliau sekeluarga dilihat bergambar tanpa memakai pelitup muka dan tidak menjaga jarak fizikal.
Foto itu kemudian mendapat perhatian seorang pengguna Twitter, @zack_rockstar yang sempat bertanya kepada Dr Noor Hisham mengapa ianya berlaku.
Tahniah @DGHisham dapat menantu tapi kenapa macam takde SOP? Facemask tak pakai penjarakan sosial pun takde nampaknya. pic.twitter.com/JbxvOCovnC
— Zack Rockstar (@zack_rockstar) March 21, 2021
@zack_rockstar/Twitter
Tidak lama selepas itu, Dr Noor Hisham kemudian menjawab dan menjelaskan bahawa majlis itu hanya dihadiri oleh ahli keluarganya tanpa orang luar dan foto itu hanya diambil seketika.
Malah personaliti televisyen, Fedtri Yahya yang menjadi hos ketika majlis itu turut mengesahkan perkara yang sama.

“Semua anak menantu dan cucunya. Ini majlis yang sangat menjaga SOP. Jemputan tak sampai 100. 90% ahli keluarga”.
Menurut pengguna Twitter tersebut, isu itu ditimbulkan kerana dia mahu jawapan Dr Noor Hisham dirujuk oleh orang awam yang ingin mengadakan majlis perkahwinan.
Ini kerana banyak isu terkait dengan berat sebelah apabila ia melibatkan kepatuhan SOP oleh ahli politik, menteri dan pemimpin tertinggi kerajaan.