Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dalam satu kenyataan di Facebook memandang serius akan tindakan seorang lelaki yang meninggalkan sampah di tempat letak kenderaan di negeri itu.
“Kelakuan seorang lelaki yang membuang sampah yang banyak dari keretanya ke atas jalan raya amatlah dikesali dan ia tidak sepatutnya berlaku”.
Sampah itu difahamkan hanya dibiarkan si pelaku setelah dia selesai membersih dan mengemas keretanya.
“Tindakan yang tegas akan diambil ke atas mana-mana individu yang mengotorkan bandar raya kita”.
Buruk punya perangai & tidak bertanggungjawab membuang sampah dari keretanya ke atas jalan raya
— penangkini (@penang_kini) March 24, 2021
Lokasi : Jalan Masjid Kapitan Keling pic.twitter.com/oG8gjchC1q
@penang_kini/Twitter
Menerusi satu video pendek yang turut dilampirkan, lelaki tersebut kelihatan sedang membersihkan kereta jenis Perodua Bezza dan sampah hanya dibiarkan di atas jalan.
Setelah selesai, lelaki itu masuk ke dalam kereta dan secara terang-terangan membuang sisa sampah ke luar tingkap.
Kejadian itu dikatakan berlaku di Jalan Masjid Kapitan Keling, berhampiran dengan Kuil Dewi Mercy di George Town.
Jelas MBPP, tindakan itu akan didakwa di bawah Seksyen 47(1)(e) Akta Parit, Jalan dan Bangunan 1974. Jika sabit kesalahan, individu boleh didenda sehingga RM500.
Untuk sabitan kali kedua atau seterusnya, individu yang didapati bersalah boleh didenda sehingga RM1,000.