Hidup dengan norma yang baru merupakan gaya hidup masyarakat dunia masa kini berikutan pandemik COVID-19 yang melanda.
Pergerakan terbatas, kita juga tidak boleh bergaul bebas seperti sebelumnya. Malah jarak perlu dijaga selain pemakaian pelitup muka dan juga cecair sanitasi boleh dikatakan wajib.
Jika ke tempat awam, sering kali ianya dilengkapi dengan cecair pembasmi kuman tidak kiralah yang automatik ataupun tidak.
Baru-baru ini, tular satu video lucu menunjukkan hasil inovasi seorang lelaki yang mencipta botol pam cecair sanitasi automatik.

Video itu dimulakan dengan kekurangan dalam menggunakan botol pam cecair sanitasi yang biasa, di mana kita perlu memicitnya.
Oleh kerana itulah, dia mendapat idea untuk mencipta botol cecair sanitasi yang akan keluar dengan sendirinya menggunakan pengesan atau sensor haba tangan manusia.

Namun demonstrasinya tidak berjalan lancar apabila hasil ciptaannya itu ‘tidak memberikan kerjasama’ yang diharapkan.
Habis memancut keluar cecair sanitasi itu hingga ke siling! Anda tengoklah sendiri :
— No Context Humans (@HumansNoContext) March 24, 2021
@HumansNoContext/Twitter
Lelaki itu yang pada mulanya kelihatan agak yakin dengan ciptaanya, berubah menjadi agak terkejut dan tidak dapat mengawal botol pam cecair sanitasi automatiknya.
Ternyata ciptaannya itu gagal berfungsi seperti apa yang diharapkan. Insiden lucu itu ternyata mengundang pelbagai komen pengguna lain, antaranya :
Ya. Hanya sekali guna saja, ia boleh sanitasi seluruh bilik.


Ada juga simpati padanya memandangkan tekanan yang kuat hingga cecair itu memancut keluar pasti sakit jika terkena tangan..

Apa pun, syabas kepada pemuda ini atas niat dan usahanya. Ingat, gagal sekali tidak bermakna gagal untuk selamanya!