Kamera ‘dashcam’ kini merupakan satu kemestian buat pengguna jalan raya kerana segalanya dirakamkan jika berlaku apa-apa.
Penggunaannya juga amat penting untuk dijadikan bukti yang dikemukakan kepada pihak berkuasa jika berlaku kemalangan, kesalahan atau jenayah lalu lintas dan pelbagai lagi.
Itulah yang berlaku pada satu video yang tular di media sosial baru-baru ini. Saksikannya di bawah :
Zuliskandariah Khalid/Facebook
Video itu dimuat naik oleh akaun Zuliskandariah Khalid, di mana pada ketika itu, dia dan beberapa lagi rakan sedang dalam perjalanan ke satu lokasi.
Sedang rancak mereka berbual mengenai kenduri kahwin, tiba-tiba muncul Perodua Kelisa yang memasuki lorong mereka.
Selepas itu, kereta Kelisa itu mengubah laluan ke kanan jalan pada saat akhir tanpa memberikan lampu isyarat kanan terlebih dahulu.

Ia mengakibatkan kereta Wira yang tiba daripada belakang tidak sempat mengelak dan melanggar Kelisa terbabit. Terangkat dan hampir terbalik Wira itu dibuatnya.
Namun apa yang menjadi buah mulut netizen adalah perbualan wanita-wanita itu di dalam kereta. Ini kerana mereka bukan main rancak berbual sebelum itu.
‘Perbincangan’ mereka masih diteruskan walaupun sudah melepasi lokasi insiden

“Mabuk ke apa akak ni?”, soal salah seorang daripada mereka. Mujurlah mereka tidak terlibat dengan kemalangan.
“Apa pasal macam gitu Mai?”, soal salah seorang daripada mereka yang mungkin mahu memahami mengapa agaknya kereta Kelisa terbabit dipandu sebegitu rupa.
“Mana aku tahu, dia yang bawa (pandu)”, jawab rakannya. Betul juga, tiada siapa yang tahu mengapa melainkan si pemandu itu sendiri.
Lucu sungguhlah mak cik-mak cik dalam rakaman ini. Apa pun, jaga keselamatan masing-masing dan pandulah kenderaan secara berhemah ya!